Adun Batu Lintang, See Chee How, berkata bantahan itu dikemukakan semalam kerana cadangan perubahan itu akan memisahkan komuniti mempunyai hubungan budaya, sosial dan sejarah lama terjalin.
Di bawah cadangan persempadanan semula itu, katanya, daerah mengundi di kawasannya akan menyaksikan lonjakan jumlah pengundi daripada 967 kepada 6,361 orang.
Jelasnya, terdapat keperluan untuk menilai bagaimana perubahan dicadangkan itu akan menjejaskan komuniti dan pengundi.
“Sempadan pilihan raya bukan sekadar garisan atas peta. Ia mempengaruhi bagaimana komuniti diwakili dan kepentingan tempatan didengari,” kata Adun tiga penggal itu dalam catatan Facebook.
Justeru, beliau menggesa SPR mengambil kira hubungan komuniti, sejarah tempatan, realiti pentadbiran dan perwakilan berkesan sebelum mewujudkan kawasan pilihan raya baharu.
Cadangan persempadanan semula oleh SPR membabitkan 17 kerusi DUN baharu di Sarawak yang akan meningkatkan jumlah kerusi DUN daripada 82 kepada 99.
Pameran Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak Ketujuh berakhir 5 petang semalam.
SPR akan mempertimbangkan perwakilan yang diterima sebelum meneruskan peringkat seterusnya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment