NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembentukan kerajaan campuran Perikatan-PAS

Pada 10 Disember 1972, Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak yakin ‘front nasional‘ parti-parti politik yang sedang diusahakan sekarang akan menjadi kenyataan dalam masa yang singkat dengan adanya persetujuan menubuhkan kerajaan campuran Perikatan-Pas.

Perdana Menteri berkata, penubuhan front itu yang bertujuan bekerjasama bagi menubuhkan sebuah negara Malaysia yang kuat dan bersatu padu sedang berada di ambang pintu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 10 Disember 1979 – Pertubuhan Perkhidmatan Masyarakat Malaysia (MCSO) menggesa kerajaan supaya membolehkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyertai perusahaan perumahan.
  • 10 Disember 1982 – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan rakyat Malaysia patut mencontohi sikap mencipta seperti yang ada pada masyarakat tani Thailand.
  • 10 Disember 1983 – Lembaga Letrik Negara (LLN) telah siap melaksanakan projek pertama tenaga solar sebagai sumber tenaga elektrik di Kampung Teluk Apau, Langkawi, Kedah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo