NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir di Terengganu makin meningkat pagi ini

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 339 orang daripada 91 keluarga pagi ini, berbanding 324 orang daripada 87 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu.

“Di Kuala Nerus sebanyak dua PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal yang menempatkan 126 mangsa daripada 33 keluarga dan SK Bukit Nanas seramai 72 mangsa daripada 17 keluarga,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut memaklumkan di Kuala Terengganu sebanyak dua PPS dibuka iaitu SK Chendering yang menempatkan 34 mangsa (10 keluarga) dan SK Atas Tol seramai 63 mangsa (20 keluarga).

Di Setiu, dua PPS dibuka iaitu SK Kampung Seri Kasar yang menempatkan 16 mangsa (empat keluarga) dan Balai raya Kampung Bukit Mak Som seramai 14 mangsa (dua keluarga) manakala di Besut pula seramai 14 mangsa (lima keluarga) ditempatkan di Surau Taman Perumahan Bukit Cina.

Berdasarkan data yang dikongsi JPS melalui laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my setakat ini, tiada sungai di negeri ini yang melepasi paras bahaya. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo