Ramai yang tanya aku, kenapa PAS tak tandingkan jawatan tertinggi? Patutnya benarkanlah proses demokrasi. Apa beza PAS dan UMNO?
Okey meh aku jelaskan. PAS tidak pernah sesekali pun menghadkan mana mana jawatan daripada dipertandingkan. Bukan kali ni je, belum pernah dalam sejarah mana mana pemilihan pun.
Dari jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, AJK, sampailah Pengerusi Tetap dan Pemeriksa kira kira. Macam tu juga jawatan dalam Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat.
Semuanya bebas dipertandingkan. Syaratnya satu je, mesti cukup percalonan untuk jawatan yang kau nak bertanding.
Benda ni berbeza dengan parti lain. UMNO sebagai contoh pada 2023 pernah kecualikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dari dipertandingkan.
Ketika proses pencalonan dari kawasan kawasan, semua sepakat calonkan YB Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dan YB Dato Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden. Maka mereka menang tak bertanding.
Selebihnya terdapat pertandingan pada jawatan Naib Presiden, Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Ulama. Namun selepas pertimbangan, YAB Dato Seri Sanusi Md Nor menarik diri daripada kerusi Naib Presiden dan ini menyebabkan tiga lagi calon Naib Presiden menang tanpa bertanding.
Bagi kerusi Ketua Dewan Ulama, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menarik diri daripada bertanding dan memberikan ruang kepada YB Dato Ustaz Ahmad Yahya untuk terus menerajui Dewan Ulama.
Bagi kerusi Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Sukri Omar menarik diri untuk memberikan ruang kepada penyandang, YB Ustaz Afnan Hamimi untuk terus menerajui Dewan Pemuda.
Apa yang kita boleh nampak disini?
PAS adalah parti paling stabil dalam negara. Walaupun pertandingan terbuka luas, tiada langsung kecelaruan dalam proses pemilihan.
Ini berbeza dengan PKR, calon Timbalan Presiden dia sendiri tuduh pemilihan parti dia penuh pen1puan, muslihat dan salah guna kuasa. Proses pemilihan penuh dengan kekacauan.
PAS juga adalah parti yang terbuka dan menghormati proses demokrasi apabila semua jawatan dalam PAS dipertandingkan.
PAS mengajar ahlinya untuk tidak mementingkan jawatan kerana jawatan ini adalah amanah. Budaya atau unwritten rules dalam PAS, lagi kita minta jawatan, lagi kita akan ditolak.
Ini lah beza PAS dan parti lain. Mungkin ada yang tak akan faham pasal benda ni, tapi itulah PAS. Bukan jawatan yang penting tetapi amanah ahli parti, amanah rakyat yang menjadi keutamaan.
Menarikkan? Jom jadi ahli PAS. Pautan ada kat ruangan komen.
Salam Hormat,
Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi,
Lajnah Penerangan PAS Pusat
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment