NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parlimen: Kesal usul isu kematian adik Zara Qairina ditolak


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden meluahkan rasa kesal apabila usul berhubung perkembangan kes kematian arwah adik Zara Qairina ditolak untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) itu dikemukakan pada 7 Ogos lalu bagi membolehkan isu berkenaan dibincangkan dengan lebih terperinci.

Namun ujarnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan ia akan dijawab oleh Menteri berkaitan dalam sesi penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) minggu depan.

“Bagi saya, saya tidak selesa kalau usul ini tidak dibahaskan kerana sesi penggulungan menteri masanya terhad dan ada banyak isu yang perlu difokuskan.

“Bagi kami, isu arwah adik Zara ini isu yang besar dan perlu dibahas di Parlimen. Menteri-menteri yang berkenaan perlu memberi sesi penerangan menteri.

“Kalau dalam isu sebelum ini seperti tarif oleh Trump, Palestin atau letupan Putra Heights boleh dibuat sesi penerangan menteri, isu nasional ini juga patut diberi ruang serupa.

“Supaya ahli Parlimen kedua-dua belah pihak boleh bertanya dan mendapatkan penjelasan,” ujarnya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan, yang kebetulan berada di Parlimen.

Afnan yang juga wakil PN dan PAS turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pengurusan proses penggalian semula kubur serta bedah siasat yang dijalankan dengan teliti.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Alor Setar itu, terdapat beberapa isu penting berkaitan kes itu yang masih belum terjawab, antaranya beliau mempersoalkan ketiadaan bedah siasat segera selepas kematian arwah sehingga memaksa jasad digali semula.

Katanya, perkara itu menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

“Walaupun kita tidak selesa jasad itu digali semula namun untuk memenuhi prosedur undang-undang kita perlu akur kepada keadaan tersebut. Apabila tidak dibuat post-mortem ini maka dia menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat apa sebenarnya yang hendak disembunyikan?

“Menteri Pendidikan ada memberi penjelasan jangan buat tohmahan jangan timbulkan spekulasi. Isunya ialah siasatan yang dibuat tidak mengikut prosedur tak dibuat bedah siasat itulah menyebabkan tercetusnya spekulasi.

“Yang mencetuskan spekulasi inilah pihak berkuasa sendiri. Kalau pihak berkuasa ikut semua tindakan undang-undang ataupun prosedur yang  sepertimana biasa yang telah pun dibuat oleh kes-kes seumpama ini sebelum ini, saya rasa rakyat tidak akan bangkit.

“Seperti pada hari ini ada himpunan yang besar berlaku di Sabah dua tiga hari lepas yang berhormat Datuk Dr Aliakbar sendiri boleh sahkan himpunan tersebut ramai,” dedahnya.

Isu kedua, Afnan mempersoalkan mengapa tiada sebarang tangkapan atau reman dibuat walaupun 60 saksi sudah dipanggil memberi keterangan selepas hampir sebulan siasatan berjalan.

“Biasanya kes-kes sebelum ini reman tangkapan dibuat ada orang ditangkap jam 3:00 pagi di bilik hotel dalam pilihan raya yang lepas. Itu tak ada bukti tak ada saksi pun ditangkap akhirnya didakwa di mahkamah. itu kes-kes politik.

“Kenapa dalam kes politik boleh segera ditangkap jam 3:00 pagi kenapa kes begini yang bukan kes politik ini kes kemanusiaan kenapa tidak ada reman ataupun tangkapan ini yang menyebabkan rakyat timbul kegelisahan,” tempelaknya.

Isu ketiga, beliau menuntut penjelasan mengenai tindakan selepas laporan bedah siasat baharu diperoleh, termasuk cadangan peguam keluarga supaya inkues diadakan.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan arahan melarang guru di Sabah memberi respons terhadap isu itu, walaupun atas dasar kemanusiaan.

“Soalannya ialah kenapa nak ditutup mulut guru-guru yang nak bercakap isu-isu ini? Saya faham mereka sedar tentang arahan pekeliling daripada jabatan ataupun kementerian guru-guru tak boleh buat kenyataan awam.

“Tapi takkanlah sampai nak memberi respon atas dasar kemanusiaan pun tak boleh? Kerana sekarang ini hakisan kepercayaan kepada sekolah ini semakin menebal orang semakin bimbang hantar anak ke sekolah,” soalnya.

Isu keempat katanya, ialah keperluan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menangani isu buli secara segera, sepertimana jawatankuasa khas berkaitan dadah pernah diwujudkan.

“Kami bercakap bukan atas dasar ahli Parlimen atau ADUN semata-mata, tetapi sebagai seorang ayah. Kepercayaan kepada sekolah semakin terhakis walaupun tidak sepatutnya berlaku.

“Rakyat tidak mahu hanya jaminan lisan sekolah selamat sedangkan kes buli semakin banyak dilaporkan,” katanya.

Afnan turut merujuk beberapa kes buli yang dilaporkan media, termasuk insiden di sebuah sekolah di Meru, Shah Alam, pada 21 Jun lalu, dan kejadian membabitkan pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inanam, Sabah, baru-baru ini.

Bagi menangani isu berkenaan, beliau mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan iaitu pertamanya mewujudkan jawatan warden sekolah secara tetap.

Kedua katanya, audit dalaman perlu dilaksanakan dan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama penuh perlu dipasang dan ketiga, undang-undang atau Akta Anti Buli perlu digubal, sementara keempat, tindakan drastik terhadap pelaku buli perlu diambil.

Beliau turut menggesa Kementerian Pendidikan lebih serius dalam memastikan keselamatan sekolah dengan tindakan segera, bukan sekadar kenyataan. – HARAKAHDAILY 11/8/2025
........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Ramai orang Cina di Taman Desa Jaya, Kepong sangat membenci DATUK YIP KUM FOOK kerana dia banyak menipu dan berbohong, dan ramai orang mati kerana dia membayar orang untuk melakukan ilmu hitam, tetapi sudah ramai yang mengetahuinya. Sihir hitam itu kembali kepada dia dan keluarganya kerana dia tidak berani keluar dari rumahnya

    Dia akan menderita sampai mati dan tidak akan gembira kerana dia berbuat jahat kepada orang, dia menipu IC orang, mengambil IC orang untuk menjadi penipu atau scammer, ini sangat teruk, jika dia mati, dia akan masuk neraka yang dalam.

    Anda tidak boleh lari daripada apa yang telah anda lakukan pada masa lalu; hantu akan mencari kamu dan menghantui kamu sehingga kamu mati, menyeksa kamu dan membuat kamu menangis sehingga kiamat.

    Dan orang Cina benci DATUK YIP KUM FOOK di Pasar Desa Jaya, Kepong, kerana orang yang berniaga selalu kena minta duit untuk bayar cukai. Wanita Cina tua-tua sangat takut kepada mereka kerana menggunakan samseng, polis, pegawai DBKL, dll.

    Sekarang masyarakat umum tahu di mana Datuk Yip Kum Fook tinggal, orang Cina akan datang ke tempatnya

    Dari Ah Kong, Taman Desa Jaya, Kepong
    éƒ‘ę˜Žč“µ, éƒ‘ē§‹å…°, ēŽ‹å®‰å„½, é¢œäø–ē«

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo