KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN), hari ini mencadangkan agar Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dinamakan semula sebagai “Lebuhraya Pahang Terengganu” sekiranya projek sambungan ke Kelantan tidak dilaksanakan.
Beliau berkata, singkatan LPT tidak menggambarkan keadaan sebenar jajaran lebuh raya itu kerana ia hanya merentasi dua negeri dan tidak sampai ke Kelantan seperti yang sepatutnya.
“Kalau tidak sampai ke Kelantan, cukuplah dipanggil Lebuhraya Pahang Terengganu,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.
Mohd Syahir turut menggesa Kerajaan Persekutuan menunjukkan komitmen terhadap projek berimpak tinggi di Terengganu dan Kelantan, termasuk pembinaan LPT Fasa 3 (LPT3). Menurutnya, kerja awalan dan penilaian impak trafik bagi LPT3 telah siap pada akhir 2022 di bawah RMK12, namun projek itu tidak tersenarai dalam senarai infrastruktur utama RMK13.
Beliau mencadangkan jajaran LPT3 mengambil kira laluan asal ECRL melalui Bachok, pelabuhan Tok Bali dan kampus UMK, bagi merancakkan hab pendidikan, pertanian dan pelancongan.
Selain itu, Mohd Syahir membangkitkan kepentingan platform rundingan politik antara negeri dan Persekutuan bagi memastikan sistem federalisme yang adil, terutama kepada enam negeri majoriti Melayu-Bumiputera yang dikategorikan sebagai kurang membangun iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.
Katanya, tidak seperti RMK12 yang menetapkan 50 peratus perbelanjaan pembangunan untuk enam negeri itu, RMK13 tidak menyatakan formula sedemikian.
Beliau menegaskan bahawa masa depan negara dibina melalui pendidikan, sektor pertanian, perindustrian dan syarikat pemula, serta memerlukan iltizam politik untuk menterjemahkan slogan kepada tindakan, dan janji kepada realiti.
........Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

This is quite an insightful read. While infrastructure delays like the LPT3 project raise concerns about long-term planning, I think it’s also worth noting how similar development challenges impact urban housing too. For example projects around the Noida Expressway faced slowdowns in the past yet today Flats in Noida Expressway are among the most sought-after due to improved connectivity and government push for better facilities. Consistency in execution really makes the difference in public trust.
ReplyDelete