NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahmad Marzuk dakwa kos penjenamaan Tabung Haji cecah RM18 juta, sangkal jawapan menteri



KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2025 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary (PN), menolak penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berhubung kos projek penjenamaan semula (rebranding) Lembaga Tabung Haji (TH).

Marzuk mendakwa beliau memperoleh dokumen sulit yang menunjukkan jumlah sebenar perbelanjaan projek itu sekitar RM18 juta, jauh lebih tinggi daripada angka RM5.9 juta yang diumumkan kerajaan.

“Kalaulah maklumat ini benar, saya serahkan kepada menteri untuk menjustifikasikannya. Jawapan menteri yang mengatakan hanya RM5.9 juta sangat salah, kerana dokumen ini menunjukkan kos sebenarnya sekitar RM18 juta,” katanya ketika mencelah pada sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pertikaian bermula awal Ogos

Isu ini mula dibangkitkan pada 11 Ogos lalu apabila Marzuk menuduh RM20 juta wang pendeposit digunakan bagi projek rebranding, yang melibatkan pelantikan tiga syarikat milik bukan Islam dan bukan bumiputera.

Kenyataan itu mencetuskan pertikaman lidah dengan Mohd Na’im di Dewan Rakyat, sehingga Marzuk digantung selama dua hari oleh Timbalan Speaker Alice Lau.

Dalam penggulungan minggu lalu, Mohd Na’im menegaskan Tabung Haji hanya memperuntukkan RM5.9 juta untuk program tiga tahun itu. Beliau berkata kos tersebut merangkumi kajian pasaran dan libat urus dengan 9.6 juta pendeposit, selain bertujuan mendekati golongan muda.

Isu kontrak syarikat bukan bumiputera

Menteri itu juga mempertahankan pelantikan syarikat bukan bumiputera, dengan mendedahkan bahawa ketika Marzuk menjadi timbalan menteri agama dahulu, Tabung Haji sendiri pernah menganugerahkan kontrak kepada 23 syarikat bukan bumiputera.

Bagaimanapun, Marzuk menolak tuduhan tersebut dengan menyatakan bahawa ada syarikat yang dimaksudkan sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan ia diperoleh melalui tender terbuka, bukan secara runding terus.

“Tidak betul kalau semua 23 syarikat itu dianggap bukan bumiputera. Ada antaranya syarikat bumiputera sepenuhnya, dan kerja yang diberikan bukan penjenamaan semula,” katanya.

Tuntutan imuniti Parlimen

Dalam perkembangan berkaitan, Marzuk turut membangkitkan isu sejauh mana ahli parlimen mempunyai imuniti untuk mendedahkan dokumen berstatus sulit sama ada di dalam mahupun di luar dewan.

--1Media.my
........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo