NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaza – Ashab al-Ukhdud di Zaman Kita


Hari ini, kita sedang melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana sejarah berulang.

Kisah Ashab al-Ukhdud yang dirakam dalam Surah al-Buruj bukan lagi sekadar cerita di halaman Al-Quran — ia hidup kembali di bumi Gaza.

Dulu, orang beriman dibakar hidup-hidup dalam parit berapi hanya kerana mereka menyembah Allah SWT. Hari ini, rakyat Gaza dibom, diseksa, dan dibunuh dengan kejam oleh rejim Zionis Israel, hanya kerana mereka berpegang teguh kepada Islam dan mempertahankan tanah air daripada penjajahan.

Sejak Oktober 2023, lebih 63,000 saudara kita syahid. Daripada jumlah itu, 19,000 adalah anak kecil, dan 28,000 lagi wanita dan remaja. Mereka bukan tentera, bukan penjenayah — mereka hanyalah manusia biasa yang ingin hidup bebas di tanah air sendiri.

Gaza kini hampir musnah sepenuhnya:

92% rumah kediaman lenyap dihempas bom.

70% infrastruktur hancur.

97% sekolah yang menjadi tempat perlindungan, dibom tanpa belas kasihan.

17 hospital yang masih beroperasi kini di ambang lumpuh.

79% masjid dan gereja dibom dan dimusnahkan.


Bukan itu sahaja, Gaza kini berdepan bencana kelaparan paling dahsyat abad ini. Lebih 200 kanak-kanak meninggal dunia kerana tiada makanan. Seorang daripada tiga penduduk Gaza tidak menjamah sebarang makanan selama berhari-hari. Lebih 90,000 wanita dan anak-anak memerlukan rawatan segera akibat kekurangan zat.

Semua ini berlaku kerana dunia membiarkan Zionis menutup pintu bantuan kemanusiaan. Mereka mahu Gaza menyerah kalah. Tetapi Gaza tidak akan tunduk!

Wahai saudara seislam, inilah saatnya kita sedar bahawa perjuangan Gaza adalah perjuangan kita juga. Setiap titisan darah mereka adalah ujian kepada iman kita. Setiap tangisan anak-anak Gaza adalah seruan agar kita bangkit membela.

Ingatlah, janji Allah itu pasti. Sebagaimana Ashab al-Ukhdud diabadikan dalam Al-Quran sebagai bukti kezaliman pasti binasa, rejim Zionis juga akan hancur. Kemenangan akan menjadi milik mereka yang sabar dan teguh di jalan Allah.

> "Walaupun perit, akhirnya kemenangan akan berpihak kepada Gaza."
– YB Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi

Doakan Gaza. Sebarkan kebenaran. Jangan biarkan dunia melupakan mereka.

- artikel ini disunting daripada tulisan Yb Dr Muhammad Khalil Andul Hadi

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo