NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setelah julang DAP, UMNO kini sucikan falsafah ‘Malaysian Malaysia’ pula

Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata sumpah 'wallahi wabillahi watallahi ‘No Anwar, No DAP’ yang dilaungkan oleh UMNO ditukar menjadi 'Love Anwar, Love DAP.'

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan sempena tahun baharu 2023 mengimbas beberapa isu politik sepanjang 2022 yang menyaksikan kebenaran terserlah dan kepalsuan lakonan terdedah.

Menurutnya ini termasuk sumpah ‘wallahi wabillahi watallahi ‘No Anwar, No DAP’ yang dilaungkan oleh UMNO ditukar menjadi ‘Love Anwar, Love DAP.’

“Buku-buku sejarah politik bakal merekodkan bahawa pada tahun 2022 UMNO menjulang parti berideologi kiri DAP dan mensucikan falsafah Malaysian Malaysia. Rakyat bertanya adakah UMNO masih relevan?

“Tahun 2022 merekodkan betapa agenda Reformasi hanya lakonan murah mereka yang kini leka bersekedudukan dengan kleptokrat dan perasuah. Benarlah bahawa kuasa dan jawatan boleh membuat manusia menjual maruah.

“Rakyat telah sedar lakonan Reformasi dipelopori PKR sudah masuk tong sampah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (31 Disember 2022).

Malah Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata tahun 2022 juga merekodkan betapa masih ada sekelompok pejuang yang masih tegar dengan idealisme perjuangan di mana Perikatan Nasional tetap bertegas tidak berkompromi dengan maksiat dan kerosakan.

Wan Saiful menjelaskan dengan 74 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional kekal berprinsip, bersih, berintegriti, berkaliber, dan berwibawa serta memilih untuk terus memperjuangkan kebajikan rakyat.

Katanya, ramai pakar menjangka ekonomi Malaysia dan dunia akan mencabar pada tahun 2023 dan memburukkan lagi keadaan, perang Russia-Ukraine dijangka bakal mengheret Belarus serta Poland.

“Kesan kepada ekonomi Malaysia pasti ada dan rakyat pasti terkesan. Kerajaan PH-BN yang tidak kompeten ini masih belum ada idea apa yang harus dilakukan.

“Tahun 2023 juga akan menyaksikan apa akan jadi kepada kedaulatan undang-undang di Malaysia,” katanya.

Menurut Wan Saiful lagi rakyat akan menilai apa yang bakal berlaku kepada kes-kes mahkamah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan sekutu kluster mahkamahnya.

Katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH kini menyayangi “kluster mahkamah” dan sedang mensucikan UMNO kerana mahu duduk serumah, namun Wan Saiful mengingatkan bahawa rakyat akan menilai adakah kedaulatan undang-undang negara akan dirosakkan oleh PH demi untuk membela kekasih baharu mereka, UMNO.

“Rakyat juga akan menilai tindakan Speaker Dewan Rakyat berkaitan empat orang Ahli Parlimen Sabah yang jelas telah melompat parti. Adakah PH-BN akan mempertahankan konsep kedaulatan undang-undang, atau adakah kerajaan PH-BN ini akan melenturkan undang-undang untuk menjaga kepentingan diri. Keputusan Speaker nanti adalah petanda awalnya,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Wan Saiful berkata Bersatu perlu segera membuktikan kemampuan menghasilkan cadangan dasar-dasar alternatif yang berkualiti untuk mengurangkan bebanan rakyat, disamping cekap mengenal pasti kelemahan kerajaan yang perlu diperbaiki.

“Jika di Britain, pembangkang dipanggil “His Majesty’s Most Loyal Opposition”. Maksudnya, dalam konteks Malaysia, menjadi tanggungjawab pembangkang untuk tidak bersetuju dengan kerajaan dan mencari idea-idea alternatif, dalam rangka memenuhi amanah yang diberikan oleh negara.

“Pembinaan kekuatan dalaman parti pula mesti menjadi keutamaan Bersatu. Proses latihan, perkaderan, pembentukan cawangan baru, pengukuhan cawangan dan bahagian, semuanya perlu diberi perhatian dan diusahakan.

“Baik pemimpin cawangan, bahagian, negeri mahupun Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, semuanya mesti memainkan peranan untuk memperkukuh parti. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi mesti turun padang membantu Bahagian-Bahagian, terutama dalam menghadapi Pilihanraya Negeri tak lama lagi,” katanya.

Katanya Bersatu juga perlu menyedari bahawa kemenangan banyak kerusi adalah hasil sokongan generasi baharu politik atau anak muda, dengan pendaftaran automatik pengundi turut melibatkan pelbagai lapisan usia.

“Generasi baharu menolak rasuah, menolak politik wang, dan menolak politik menipu demi kuasa. Sebaliknya Generasi Baharu mahukan budaya politik baru, budaya yang bersih dan budaya prihatin kepada nasib rakyat. Generasi Baharu mahukan peluang dan platform untuk mereka turut mendekati dan membantu rakyat.

“Bersatu mesti menyahut keinginan Generasi Baharu ini dan menerima mereka dengan tangan terbuka. Beri ruang kepada Generasi Baharu untuk memainkan peranan dalam parti. Lantik mereka ke jawatan-jawatan yang sesuai dalam parti dan bantu mereka untuk naik, supaya mereka boleh berperanan membasmi budaya tak sihat sekiranya ada, dan membawa budaya yang lebih segar dalam parti.

“Bersatu ada amanah penting yang wajib ditunaikan. Kita mesti menjadi alternatif sebenar untuk negara. Dan kita mesti berani membuat pilihan yang betul walaupun sukar, demi kebaikan jangka panjang untuk parti. Yang mana perlu dibersihkan, bersihkanlah. Yang mana perlu diperkukuh, perkukuhkanlah,” ujarnya.

Speaker ada kuasa putuskan status 4 MP Sabah keluar Bersatu

BANGI, 7 Jamadilakhir 1444H, Sabtu – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memiliki kuasa penuh untuk membuat keputusan secara bersendirian tanpa perlu merujuk mana-mana pihak.

Pakar Perlembagaan, Prof  Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, dalam menentukan keputusan itu, semua pihak perlu menghormati dan menerima sama ada empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar Bersatu perlu mengosongkan kerusi atau sebaliknya.

“Speaker Dewan Rakyat boleh buat keputusan secara bersendirian.

“Tidak ada keperluan undang-undang untuk beliau rujuk pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen terlebih dahulu,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas status empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar parti.

12 Disember lalu, empat Ahli Parlimen iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang), mengumumkan keluar Bersatu, namun kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana mahu memberi sokongan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Prof Shamrahayu berkata, Speaker sememangnya mempunyai kuasa untuk menentukan perjalanan urusan Dewan Rakyat.

Malah, keputusan nanti tidak boleh dicabar di mahkamah berikutan Speaker yang diberi kuasa membuat keputusan, maka ia adalah urusan Dewan Rakyat.

Pada masa sama, beliau berpandangan, keempat-empat ahli Parlimen Sabah itu tidak perlu mengosongkan kerusi kerana keputusan keluar Bersatu bukan dibuat secara individu, sebaliknya secara ‘en block’.

Katanya, walaupun dibuat di peringkat cawangan parti di Sabah, keputusan keluar parti ini hakikatnya secara en block.

“Jika individu yang umum keluar parti, baru perlu dikosongkan kerusi yang disandang,” katanya.

Kelmarin, Johari mengesahkan menerima notis pemakluman daripada Bersatu mengenai kekosongan luar jangka membabitkan empat kerusi Parlimen di Sabah, dan memiliki 21 hari untuk membuat keputusan mengenainya. - Ismaweb 

Suami, isteri berjaya kumpul RM27,700 dalam tabung tin sepanjang 2022

PETALING JAYA – Banyak kisah kejayaan individu berjaya menabung dengan jumlah yang agak besar, dikongsikan di media sosial.

Antaranya pengguna Facebook, Noir Ida Johnny yang berjaya mengumpul wang berjumlah RM27,700 sepanjang tahun 2022, hasil menabung bersama suami.

“Miss Kitty bersama suami menabung duit RM20, RM50 dan RM100 selama satu tahun 2022. Kumpul duit ini sebanyak Rm27,700 untuk dua tin tabung. Tahun depan kita sambung lagi menabung,” katanya pada kapsyen hantarannya itu.

Rata-rata netizen turut berkongsi rasa teruja di atas kejayaannya itu sekali gus turut mengajak pasangan masing-masing untuk melakukan perkara sama sempena tahun baru 2023.

“Salahuddin Zakaria kita dua kena buat macam ni,” kata Aisyah Abdullah.

“Shidi Haiqal boleh buat macam ni mula 1 Januari 2023. Tak apa bagi ja tunai setiap hari, sayang tolong simpan,” seloroh DQ Aiyeen pula.

“RM76 satu hari, RM532 seminggu, RM2128 sebulan itu pun baru RM25,536. Bersemangat semua,” seorang lagi netizen yang cuba membuat kira-kira.

Hantaran Noir Ida itu mendapat perhatian padu netizen setelah menerima 1,800 perkongsian dengan 492 komen sejak dikongsikan semalam. – KOSMO! ONLINE


Ahli akademik tidak semestinya sesuai jadi Menteri KPM, KPT, kata Puad Zarkashi

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (UMNO) Datuk Mohd. Puad Zarkashi menegaskan bahawa mempunyai latar belakang akademik tidak semestinya sesuai untuk memimpin Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau berkata, sebaliknya apa yang penting adalah idea dan komitmen selain pemimpin itu perlu berjiwa rakyat.

“Tidak semestinya orang akademik paling sesuai menerajui KPT atau KPM. Kalau tidak ada ‘political will’ (iltizam) pun tak guna juga. Yang penting idea dan komitmen.

“Ada orang bukan (ahli) politik tetapi bila jadi Menteri, dia lagi kuat main politik. Lebih parah bila tidak berjiwa rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik baru-baru ini yang menggesa supaya ahli politik tidak dilantik sebagai Menteri KPM atau KPT selepas Pilihan Raya Umum ke-16.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad turut mengkritik Maszlee berhubung isu sekolah pedalaman ketika beliau menerajui KPM.

Katanya, jumlah sekolah pedalaman di dalam negara masih tinggi meskipun kerajaan sudah melancarkan pelan transformasi pendidikan di Paitan Sabah sejak 2013 lalu.

“Namun, perkara ini kurang diberi perhatian oleh Maszlee ketika dia menjadi Menteri KPM. Tidak nampak Maszlee sampai ke sekolah pedalaman,” ujarnya.

Justeru, tambahnya, peruntukan lebih besar perlu disalurkan untuk sekolah pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak menerusi Bajet 2023. – KOSMO! ONLINE

Ujian roket baharu ‘dalang’ di sebalik penampakan UFO di Korea Selatan

SEOUL – Korea Selatan mendedahkan bahawa kejadian ‘penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO)’ baru-baru ini sebenarnya adalah satu bentuk roket baru yang sedang dibangunkan oleh negara itu, lapor akbar Daily Star semalam.

Media sosial dihebohkan dengan keterujaan orang ramai yang mendakwa telah melihat sebuah objek melambung tinggi di udara dengan meninggalkan jejak wap berwarna pelangi dan lampu misteri.

Khabar angin penampakan makhluk asing telah tersebar, tetapi pihak tentera kemudian mendakwa mereka adalah ‘dalang’  di sebalik objek misteri itu.

Kejadian itu berlaku disebabkan ujian roket yang dilancarkan ke langit, dengan Kementerian Pertahanan mendakwa ia adalah satu bentuk roket baharu.

Bentuk roket yang tidak diumumkan itu membolehkan pengawasan dari angkasa lepas dijalankan dan  memberi peluang kepada Korea Selatan untuk memperkukuh pertahanannya.

Seorang pengguna Twitter berkata: “Apakah ini? Adakah ini UFO? Saya takut.”

Susulan kejadian itu, pegawai kecemasan Korea Selatan menerima beratus-ratus laporan daripada penduduk yang bimbang tentang prospek kehidupan makhluk asing di Bumi.

Situasi panik berlaku kerana tiada penduduk dimaklumkan mengenai pelancaran itu bagi tujuan keselamatan. – Agensi 


PAS gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong China

PETALING JAYA: Pas menggesa kerajaan menangguhkan sementara kemasukan pelancong daripada China berikutan lonjakan kes Covid-19 di republik itu.

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin berkata, kerajaan perlu memerhati perkembangan di China dan negara-negara lain yang sudah menerima pelancong dari negara berkenaan sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam Malaysia.

Katanya, Malaysia perlu mengambil iktibar daripada penularan wabak pada 2020 yang terjadi disebabkan tiadanya langkah mencegah masuk pelancong berisiko sehingga membawa masuk Covid-19 ke dalam negara.

“Pas terpanggil dengan kenyataan Menteri Kesihatan (Dr. Zaliha Mustafa) daripada kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional mengenai isu kemasukan pelancong asing khasnya daripada negara China memandangkan penularan kes baharu di negara itu semakin meluas.

“Pas menyarankan kerajaan berwaspada dengan penularan kes baharu Covid-19 selepas China membenarkan rakyatnya mengembara ketika kes pandemik di negara republik itu melonjak sehingga 62,439 kes dalam seminggu,” katanya dalam satu kenyataan.

Penduduk China yang sebelum ini disekat daripada ke luar negara selama tiga tahun akibat pandemik Covid-19 kini sudah dibenarkan melancong ke pelbagai destinasi impian mereka.

Biarpun kadar jangkitan Covid-19 di China ketika ini meningkat mendadak, situasi itu tidak menghalang rakyatnya daripada menempah tiket penerbangan untuk bercuti ke luar negara, terutama menjelang musim sambutan Tahun Baharu Cina.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan dengan menetapkan semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China di pintu masuk antarabangsa perlu melalui saringan demam dan sekiranya dikesan bergejala akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Malah, pemantauan di pintu masuk juga di perkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan daripada pesawat yang datang dari negara China dan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif Covid-19.

Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata, kerajaan perlu mengenal pasti dan memeriksa pelancong-pelancong yang sudah berada di dalam Malaysia bagi mengetahui status Covid-19 mereka.

Tambahnya, masyarakat turut perlu berwaspada dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan wabak berkenaan.

“Sementara itu, rakyat dinasihatkan kekal menjaga SOP dengan menitikberatkan penggunaan pelitup muka dan tidak berada di kawasan yang sesak,” katanya. – UTUSAN

Umno sedang dihanyutkan

Minda Presiden PAS

UMNO SEDANG DIHANYUTKAN

Sekiranya dibaca tentang sejarah penubuhan UMNO dan perlembagaannya, secara terang-terangan mereka merupakan sebuah parti yang mewakili orang Melayu Islam dan bumiputera bukan Islam (orang asal Malaysia), kategori yang termasuk suku kaum dari Malaysia Timur. Kesemua mereka boleh menyertai parti itu. 

Demikianlah semangat UMNO dalam memperjuangkan kelangsungan masa depan bumiputera dan Islam dalam satu konsep bahawa kaum bumiputera, khususnya Melayu Islam, ialah penduduk asal Malaysia. Keistimewaan diberikan selepas semua pihak bersetuju kepada syarat penjajah yang memberikan kerakyatan serta hak sebagai rakyat kepada bukan penduduk asal sewaktu kemerdekaan. 

Begitu juga, hasil pengiktirafan orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini diadakan bagi membetulkan kezaliman penjajah yang meletakkan penyusunan masyarakat majmuk yang telah diatur mengikut agenda politik mereka.

UMNO yang menjadi laksana tulang belakang kerajaan bersama parti-parti gabungannya sejak negara mencapai kemerdekaan yang sudah mencecah lebih daripada 60 tahun, sudah pasti dihinggapi penyakit tua. Mereka menghadapi cabaran yang sangat getir, khususnya apabila mereka tewas sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan kini lebih parah keadaannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Oleh itu, sepatutnya muhasabah dilakukan berserta islah bagi melangsungkan perjuangannya. Khususnya ujian harta, pangkat, takhta dan lain-lain yang menjadi ujian besar apabila terlalu lama berkuasa. Firman Allah SWT:

﴿وَŁ‚َŁ„ِŁŠŁ„ٞ Ł…ِّنۡ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆِيَ ٱلَّؓكُورُٔ٣﴾

“Dan sedikit sekali daripada kalangan hamba-hamba-Ku yang berterima kasih (bersyukur).” (Surah Saba’: 13)

Sejak berlaku krisis kepimpinan hingga menyebabkan tampuk kepimpinan jatuh ke tangan pihak yang lebih bersifat oportunis yang dibejati dengan politik wang tanpa ideologi, sehinggakan kini ada pula yang melepaskan ideologi perjuangannya. Keadaan tersebut laksana orang lemas tidak tahu berenang dan meraba-raba apa sahaja bagi menyelamatkan diri, termasuk memeluk batu yang lebih menenggelamkannya. 

Perkara sedemikian ternyata berlaku apabila ada kelompok yang melompat ke arah Pakatan Harapan (PH) yang menjadi gabungan antara parti DAP yang berideologi cauvinis ekstrem, sosialisme bertopengkan demokratik sekular, terbuka anti-Islam, serta PKR yang pragmatik sekular dan PAN sebagai alat tambahannya. Walaupun mereka berjaya menubuhkan kerajaan pusat hasil jumlah kerusi yang tidak mencukupi, tetapi mereka bergayut dengan parti-parti kecil yang rapuh tanpa ideologi yang konsisten. 

Undi yang dihasilkan pula datang daripada majoriti bukan Islam, bersama slogan menipu rakyat yang kuat bunyinya, kononnya mahu menghapuskan rasuah, menentang perompak dan lanun yang terlibat dalam penyalahgunaan harta negara dan lain-lain. Rupa-rupanya semua itu laksana tin kosong yang kuat bersuara tanpa isi yang sebenar, apabila semua pihak yang diserang itu menjadi rakan akrab mereka bagi menubuhkan kerajaan di luar tabii. 

Mampukah UMNO yang diheret oleh segelintir pemimpin bermasalah itu melakukan normalisasi terhadap PH, iaitu suatu konsep yang diperkenalkan oleh Barat kepada negara Arab terhadap Israel yang nyata kebuntuannya. Situasi itu laksana mahu menukar matahari agar terbit pada waktu malam yang gelap bukan sebagaimana secara normalnya. 

Namun, dalam UMNO masih terdapat ramai kepimpinan di semua peringkat sehingga akar umbi yang masih setia kepada perlembagaannya yang mempertahankan Islam, Melayu dan bumiputera. Mereka tidak redha kepada kapten yang membawa bahteranya tanpa kompas yang betul, sehingga boleh melanggar batu karang yang dapat dilihat dengan nyata, atau dilingkup oleh ombak besar gelora politik yang sedang menggila untuk berkuasa dengan teori matlamat menghalalkan segala cara dengan meneruskan amalan politik luar tabii itu.

PAS bukanlah berlagak mengajar itik yang pandai berenang, tetapi bertanggungjawab bagi menyelamatkan itik yang dihalau oleh tuannya yang hanya ingin menyembelihnya tanpa membiakkannya. PAS sejak awal lagi mengajak UMNO untuk bergabung dalam Muafakat Nasional (MN) yang sahih bersama parti-parti Melayu Islam dan bumiputera yang terbesar, UMNO, PAS dan BERSATU, kemudian disertakan bersama dalam Perikatan Nasional (PN) yang bergabung dengan semua pihak yang tidak ekstrem. 

Akan tetapi, kepimpinan yang terpacak itu menolak dengan rakus kerana ramalan nujumnya yang salah bahawa UMNO boleh menang besar, sehingga sekurang-kurangnya mereka mampu memperoleh majoriti kecil tanpa kerjasama dengan parti lain.

PAS telah mengenali semua parti yang dipeluk oleh pemimpin UMNO yang dipilih menjadi kawannya sekarang, semata-mata merasa ingin menyelamatkan diri berada dalam kerajaannya yang sangat rapuh laksana ranting kering.

Kami mengenali ideologi songsang dan sesat yang dianut oleh parti-parti itu yang tidak berubah matlamat dan tujuannya, walaupun mereka mengambil pendekatan menukar pemimpin, atau berdiam diri tidak bersuara seperti dahulu, atau menukar nada suaranya termasuk memohon maaf. Walau bagaimanapun, ideologinya yang sosialis, sekular, pragmatik, temanya ‘Malaysian Malaysia’ tetap tidak boleh dibendung oleh parti-parti sekular pragmatik, sekalipun disertakan bersama para ilmuwan pengampu yang tiada konsep amar ma‘ruf dan nahi munkar. 

PAS dan parti-parti komponen dalam PN tidak akan ‘membunuh’ UMNO sepertimana yang diiklankan oleh segelintir pemimpin yang hanya melompat ke pokok yang dilihat akan buahnya sahaja, laksana kera yang kelaparan.  

Sejarah secara berulang kali, telah membuktikan PAS bersama UMNO ketika bermulanya perjuangan kemerdekaan lagi, khususnya bagi menyelamatkan keadaan ketika berlakunya darurat Komunis apabila PAS menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sewaktu berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. PAS juga laksana rumah tumpangan kepada pemimpin UMNO yang disingkirkan apabila berlaku krisis dalaman antara mereka. 

Sebaliknya, dalil tidak mustahil DAP ‘menelan’ UMNO sepertimana sejarah berlaku di Singapura, apabila UMNO ketika itu ditelan oleh PAP yang kemudiannya telah melahirkan DAP.

Sejarah juga membuktikan PAS banyak membantu UMNO dan dakwaan akan ‘membunuh’ UMNO jika kerjasama antara dua parti itu dilakukan adalah tidak benar serta mengarut. Sesiapa yang kata bahawa PAS nak bunuh UMNO, tanya dulu siapakah yang bunuh UMNO di Singapura dahulu? Jawapannya ialah PAP (People Action Party), bukan PAS.

Dahulu sekitar tahun 1950-an, UMNO memenangi pilihan raya di Singapura, kemudian Lee Kuan Yew menubuhkan parti PAP dengan mengambil orang Melayu yang diletakkan di hadapan seperti sekarang mereka meletakkan orang Melayu di hadapan. Dulu pernah Yusof Ishak diletakkan di hadapan, dan diletakkan menteri-menteri Melayu di hadapan, namun selepas itu UMNO ditelan habis di Singapura oleh PAP.

Seterusnya, PAP memasuki ke Semenanjung Malaysia, apabila cawangan parti itu ditukarkan kepada DAP yang berasaskan perjuangan PAP. Perkara tersebut berlaku apabila diambil keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada Malaysia.
    
Justeru, UMNO harus sedar bahawa percaturan yang dibuat mereka dengan memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan rakan-rakannya akan merugikan orang Melayu dan Islam.

Meskipun PAS pernah bekerjasama dengan DAP dan rakan-rakannya sebelum ini, tetapi akhirnya PAS menolak untuk bekerjasama kerana parti itu yang nyata menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Antara penentangan yang dilakukan oleh DAP termasuklah menghalang dan mengkritik usaha PAS untuk mengharamkan arak kepada orang Islam sahaja di negara ini, sekalipun ia diizinkan kepada orang bukan Islam. Selain itu, DAP juga menentang keras pelaksanaan syariat di negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS, walaupun ia hanya ingin dilaksanakan bagi penganut Islam sahaja. 

Ada orang kata mengapa dahulu PAS berkawan dengan DAP, maka jawabnya, dahulu kita berkawan dengan DAP berkonsepkan tahaluf siyasi yang membolehkan kita menentang kezaliman dan penyelewengan atas titik persamaan. Akan tetapi, DAP tidak menghormati konsep adanya perbezaan apabila mereka menentang Islam, malah menentang dasar-dasar dan perjuangan PAS. Bahkan, secara terbuka mereka membela orang Islam yang murtad.     

Islam mengharamkan umatnya daripada berwala’ (bersetia) sehingga sanggup menjual aqidah dan maruah umat terhadap mereka yang bermusuh dan menjadi ancaman kepada agama dan umat.

Rasulullah SAW menjadi teladan dalam mematuhi firman Allah SWT:

﴿Ł„َّŲ§ يَŲŖَّŲ®ِŲ°ِ ٱلۡŁ…ُŲ¤ۡŁ…ِنُŁˆŁ†َ ٱلۡكَٰفِŲ±ِŁŠŁ†َ Ų£َوۡŁ„ِيَŲ§ٓŲ”َ Ł…ِن ŲÆُŁˆŁ†ِ ٱلۡŁ…ُŲ¤ۡŁ…ِنِŁŠŁ†َۖ وَŁ…َن يَفۡŲ¹َŁ„ۡ Ų°َٰŁ„ِكَ فَŁ„َيۡŲ³َ Ł…ِنَ ٱللَّهِ فِي Ų“َيۡŲ”ٍ Ų„ِŁ„َّŲ§ٓ Ų£َن ŲŖَŲŖَّŁ‚ُواْ Ł…ِنۡهُŁ…ۡ ŲŖُŁ‚َىٰŲ©ٗۗ وَيُŲ­َŲ°ِّŲ±ُكُŁ…ُ ٱللَّهُ نَفۡŲ³َهُŪ„ۗ وَŲ„ِŁ„َى ٱللَّهِ ٱلۡŁ…َŲµِيرُ٢٨﴾

“Janganlah orang-orang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang beriman. Sesiapa yang berbuat demikian, nescaya terlepaslah dia (tidak akan memperoleh apa pun) daripada pertolongan Allah, kecuali kerana (siasah) memelihara diri (sementara waktu) daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (seksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali.” (Surah Ali ‘Imran: 28)

PAS sekali-kali tidak mati, walaupun telah mengalami kekalahan berpuluh-puluh kali di semua peringkat, namun tetap bertahan bersama aqidah perjuangannya. Adapun UMNO hanya kalah sekali sahaja. 

Marilah kita bersama pertahankan aqidah perjuangan dan umat, janganlah hanyut dan dihanyutkan. Kita hanya berbeza pendekatan sahaja, namun matlamat untuk menegakkan Islam dan mempertahankan bangsa bersama Islam adalah titik persamaan antara kita semua.

Tegakkan Islam dan Melayu bersamanya, maka pasti semua bangsa dan kaum akan selamat. Tanpa aqidah Islam dan Melayu, pasti semuanya tidak akan selamat. 

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 7 Jumada al-Akhirah 1444 / 31 Disember 2022

[Bil: 73 / 2022]

Harga emas jatuh dua tahun berturut-turut

Harga emas turun 0.6 peratus berbanding setahun lalu -NSTP/Faiz Anuar


BENGALURU: Harga emas meningkat hari ini, namun menuju kepada kerugian tahunan kedua berturut-turut apabila kenaikan kadar agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menjejaskan daya tarikan logam berharga itu yang tidak menjana pulangan.

Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,818.64 seauns setakat 0309 GMT.

Niaga hadapan emas AS jatuh 0.1 peratus kepada AS1,824.60.

"Bagi kebanyakan tahun ini, emas berada di bawah tekanan daripada kecenderungan Fed menaikkan kadar. Namun menjelang akhir tahun, ia menyaksikan sedikit pemulihan dan mendapat talian hayat dengan jangkaan bahawa Fed akan memperlahankan kenaikan," kata ketua makro global di Tastytlive, Ilya Spivak.

Logam berharga itu menuju kepada penurunan tahunan 0.6 peratus apabila dolar AS muncul sebagai aset selamat pilihan di tengah-tengah kenaikan kadar faedah agresif oleh Fed.

Indeks dolar menuju tahun terbaiknya sejak 2015, menjadikan emas mahal bagi pemegang mata wang asing.

Bagaimanapun, harga emas meningkat hampir AS$200 daripada paras terendah dalam lebih dua tahun dicatatkan pada September lalu dan dalam landasan untuk mencatatkan prestasi suku tahunan terbaik sejak Jun 2020, berikutan harapan bahawa bank pusat AS akan memperlahankan tahap kenaikan kadarnya.

Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas (bps) pada Disember selepas empat kenaikan 75 bps berturut-turut.

Kadar lebih tinggi meningkatkan kos peluang untuk memegang emas kerana ia tidak membayar faedah.

"Pada 2023, harga emas akan menyaksikan banyak ketidaktentuan namun tidak bergerak terlalu jauh kerana ia akan tersekat antara dolar lebih kukuh dan penurunan pulangan Perbendaharaan," kata Spivak.

"Jika kemelesetan menjejaskan permintaan industri pada 2023, maka platinum dan palladium berkemungkinan akan terkesan."

Spot perak meningkat 0.4 peratus kepada AS$23.97, platinum tidak berubah pada AS$1,054.86 dan palladium hampir tidak berubah pada US$1,814.75.

Harga perak dan platinum kedua-duanya menuju kepada kenaikan tahunan, manakala palladium menghampiri penurunan tahunan empat peratus.

-Reuters


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Polis lumpuhkan Geng Harrier Putih

Ketua Polis Daerah Serdang Acp A A Anbalagan menunjukkan peralatan yang dipercayai digunakan suspek curi kenderaan ketika mengadakan sidang media mengenai kejayaan tangkapan sindiket curi kenderaan dan tangkapan senjata api serta dadah. - BERNAMA


SERDANG: Taktik empat lelaki yang menjadi penjual buah dengan bergerak sekitar Lembah Klang untuk memantau keadaan sebelum mencuri kenderaan akhirnya terbongkar, selepas ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Seri Kembangan dan Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. Anbalagan berkata keempat-empat suspek berusia antara 41 dan 59 tahun, yang dikenali sebagai Geng Harrier Putih itu ditahan selepas pihaknya menerima maklumat kejadian curi kenderaan di tepi jalan Bandar Kinrara 3/1, Puchong, Selangor, pada hari sama tangkapan dibuat.
"Siasatan mendapati kesemua suspek berselindung sebalik pekerjaan mereka iaitu menjual buah menggunakan kenderaan seperti kereta dan van sekitar Lembah Klang untuk mencuri kenderaan yang diparkir di kawasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan perumahan.
"Geng ini akan menggunakan kereta jenis Harrier berwarna putih milik seorang daripada suspek untuk melakukan aktiviti curi kenderaan pada waktu pagi dengan menyasarkan pelbagai jenis kereta mengikut permintaan pembeli yang dipercayai dalam kalangan pemilik bengkel kenderaan di luar kawasan Lembah Klang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini, hari ini.
Siasatan lanjut mendapati setiap suspek memperoleh RM1,500 hingga RM2,000 bagi setiap kereta yang berjaya dicuri.

Anbalagan berkata hasil semakan kesemua suspek dipercayai terbabit dalam 15 kes curi kenderaan yang direkodkan pada tahun ini di Serdang, Kajang, Brickfields, Cheras dan Subang Jaya dan tiga daripadanya mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau melibatkan kes curi kenderaan dan dadah.
"Polis kini sedang mengesan seorang lagi lelaki yang disyaki dalang dalam kes tersebut, dipercayai turut mempunyai kaitan keluarga dengan seorang daripada suspek yang ditahan," katanya.
Kesemua mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga asing dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini pada Rabu lepas, selepas disyaki memiliki 33.56 gram dadah jenis syabu dan sepucuk pistol jenis revolver.
Katanya, suspek yang berusia lingkungan 27 hingga 60 tahun itu dipercayai mengedar dadah sekitar Serdang dan membeli pistol tersebut daripada seorang lelaki dipercayai dari negara jiran dengan harga RM800 pada 2019 untuk melindungi diri.
"Semakan mendapati wanita warga asing itu merupakan teman wanita seorang daripada suspek, tidak memiliki pasport dan telah berada di dalam negara ini sejak tiga tahun lepas.
"Tiga lelaki yang ditahan turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine serta amphetamine hasil saringan ujian air kencing," katanya.
Semua suspek direman tujuh hari sehingga 4 Jan 2023 untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

TM tamatkan sewa ibu pejabat, pemegang sukuk rugi

PETALING JAYA: Pemegang sukuk Menara ABS dijangka mengalami kerugian sehingga ratusan juta ringgit apabila Telekom Malaysia (TM) membuat keputusan untuk menamatkan sebahagian besar sewaan bangunan ibu pejabatnya yang terletak di Bangsar, dekat sini.

Pemegang sukuk Menara ABS terdiri daripada institusi pelaburan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji (TH).

Sumber industri sukuk berkata, kerugian besar itu akan turut memberi kesan kepada ahli-ahli dan pendeposit dua institusi tersebut.

“KWSP mungkin tidak begitu terkesan kerana ini bukan pelaburan yang besar bagi mereka, tetapi ini akan memberi kesan kepada TH dan jutaan pendepositnya,” katanya.

TM dan anak syarikatnya kini hanya akan menyewa kira-kira 10 peratus ruang pejabat Menara TM, penurunan yang ketara dari 70 peratus sebelum ini.

Pelaburan KWSP dan TH dalam sukuk Menara ABS pada 2008 merupakan detik bersejarah kepada TM yang memerlukan dana untuk projek internet jalur lebar yang kini dikenali sebagai Unifi.

Sumber berkata, melalui sukuk Menara ABS yang bersandarkan aset hartanah Menara TM dan beberapa hartanah lain, TM mengumpulkan kira-kira RM1 bilion untuk projek internet jalur lebar.

“Namun, apabila sukuk sudah hampir matang pada awal tahun depan, TM telah berubah fikiran dan mengambil keputusan untuk tidak membeli semula hartanah di bawah sukuk Menara ABS dan juga untuk berpindah dari bangunan ibu pejabatnya itu.

“Keputusan ini bakal mengakibatkan kerugian kepada institusi pelaburan negara di kala pasaran pelaburan yang amat mencabar,” ujarnya.

Pada masa sama, TM telah mengumumkan keuntungan bersih yang meningkat lebih 20 peratus kepada RM983.1 juta untuk sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2022. – UTUSAN

Kes Covid-19 di China meningkat, saham Asia merosot

SINGAPURA: Pasaran saham Asia dan harga minyak masing-masing jatuh semalam, berikutan peningkatan kes Covid di China membingungkan pelabur yang telah menjangkakan ekonomi kedua terbesar dunia itu untuk mendapatkan semula momentum selepas kelonggaran sekatan Covid-19 yang ketat.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia-Pasifik di luar Jepun turun 1.06 peratus dan ditetapkan untuk kerugian minggu ketiga berturut-turut.

Saham China dibuka 0.4 peratus lebih rendah, Hong Kong jatuh 1.0 peratus, manakala Nikkei Jepun jatuh lebih daripada 1.0 peratus kepada paras terendah hampir tiga bulan, selain indeks S&P/ASX 200 yang tinggi sumber Australia susut 1.18 peratus.

Awal minggu lalu, China mengumumkan akan menamatkan keperluan kuarantin untuk pelancong masuk pada 8 Januari dan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Jepun telah mewajibkan ujian Covid-19 untuk pelancong dari China.

Penganalisis Nomura berkata, mungkin terdapat gelombang jangkitan yang ketara di seluruh China, merebak dari bandar ke kawasan luar bandar, semasa perjalanan tergesa-gesa di seluruh negara untuk Tahun Baharu Cina pada 22 Januari 2023.

“China mungkin mendapati dirinya dalam situasi yang sukar kerana penangguhannya untuk menerima pendekatan ‘hidup dengan Covid.’

“Dasar sifar-Covid sebelum ini mungkin telah terlalu melindungi mereka, kemudian meningkatkan risiko lonjakan jangkitan apabila kawalan dilonggarkan,” katanya dalam nota kajian.

Kebimbangan bahawa usaha bank pusat untuk menjinakkan inflasi boleh membawa kepada kelembapan ekonomi dan ketidakpastian tentang keadaan ekonomi China berikutan pemansuhan kawalan Covid telah menyebabkan pasaran lemah.

Pasaran kini menetapkan harga dalam 69 peratus peluang kenaikan kadar 25 mata asas apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS mengadakan semakan dasar pada Februari, dan mereka kini melihat kadar AS memuncak pada 4.94 peratus pada separuh pertama tahun depan.

Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada awal Disember selepas empat kenaikan 75 mata asas berturut-turut.

Hasil perbendaharaan AS telah meningkat apabila peniaga cuba menilai kesan China membuka semula ekonominya terhadap dasar kenaikan kadar Fed.

Dalam pasaran komoditi, minyak mentah AS jatuh 0.52 peratus kepada AS$78.55 setong dan Brent berada pada AS$82.84, turun 0.5 peratus. 

Peningkatan kes Covid di China telah menimbulkan keraguan terhadap pemulihan pantas dalam permintaan bahan api dalam pengguna minyak kedua terbesar di dunia. – AGENSI

Arjunaidi bersara, Sasikala pangku Ketua Polis Selangor

SHAH ALAM: Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi dilantik pemangku Ketua Polis Selangor berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Arjunaidi Mohamed yang bersara wajib mulai 2 Januari depan.

Majlis serah terima tugas diadakan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali.

Pada majlis tersebut, Arjunaidi dalam ucapanya menzahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberikan peluang menjawat pelbagai jawatan termasuk Ketua Polis Selangor. 

“Saya berharap semua pegawai dan anggota polis berkhidmat penuh ikhlas dan dedikasi agar matlamat digariskan pucuk pimpinan PDRM dapat dicapai. 

“Kita juga perlu lebih matang dalam cara bekerja, berfikir dan menyelia. Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah dan semua kontinjen Selangor yang memberikan sokongan padu kepada saya dan isteri,” katanya.

Arjunaidi sebelum bersara menyumbang selama 35 tahun dalam PDRM serta pernah bertugas di tujuh Kontinjen Polis iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Bukit Aman dan Selangor. – UTUSAN


TM sahkan lebih 250,000 pelanggan Unifi Mobile terjejas akibat pelanggaran data

PETALING JAYA: Telekom Malaysia (TM) mengesahkan 250,248 pelanggan Unifi Mobile, yang terdiri daripada individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terjejas akibat pelanggaran data yang melibatkan maklumat perhubungan mereka.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, jenis data yang terlibat membabitkan nama pelanggan, nombor telefon dan e-mel, namun Ia tidak membabitkan maklumat lain.

“TM mengesahkan bahawa pelanggaran itu telah dibendung dan langkah telah diambil untuk meminimumkan potensi kesan kepada 250,248 pelanggan ini. Pelanggan tertentu yang terjejas telah dimaklumkan.

“Pelanggan yang tidak menerima sebarang pemberitahuan adalah mereka yang tidak terjejas,” demikian menurut kenyataan itu.

TM telah melaporkan perkara itu kepada Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara, Jabatan Perlindungan Data Peribadi, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ia memaklumkan mengenai pelanggaran data pada 28 Disember melibatkan jumlah yang terhad untuk maklumat pelanggan Unifi Mobile.

Walaupun langkah keselamatan tambahan telah dilaksanakan untuk mengasingkan risiko dan melindungi pelanggannya, TM berkata, bahawa pelanggan tidak mengalami sebarang gangguan perkhidmatan dalam kejadian itu.

“TM sedang memantau dengan teliti dan sedang menjalankan penilaian tambahan. Kami menasihati pelanggan supaya mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila menerima komunikasi daripada pihak yang tidak dikenali, serta memastikan maklumat dalam talian mereka pada setiap masa,” kata kenyataan itu.

TM juga menyatakan bahawa privasi dan keselamatan pelanggannya tetap menjadi keutamaan tertinggi syarikat dan pihaknya mengambil serius tentang perkara tersebut.

“Kami akan terus mengukuhkan dan memastikan rangka kerja keselamatan data, dasar, sistem dan proses kami sentiasa pada penanda aras piawaian Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT) Bank Negara Malaysia dan ISO27001, serta piawaian global lain untuk mengelakkan kejadian sedemikian,” tambahnya. – UTUSAN

1.8 juta nombor akaun Maybank didakwa bocor tidak wujud

PETALING JAYA: Sebanyak 1.8 juta akaun pelanggan yang didakwa bocor seperti yang didedahkan oleh sebuah laman sesawang adalah akaun-akaun yang tidak wujud atau tidak sah.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana siasatan awal mendapati akaun-akaun tersebut tidak wujud kerana transaksi tidak boleh dilakukan melalui nombor akaun berkenaan.

Katanya, siasatan awal juga mendapati terdapat potensi data yang didakwa bocor adalah merujuk kepada satu insiden kebocoran yang berlaku pada tahun 2018.

“Walau bagaimanapun, pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan adalah diperlukan untuk tujuan siasatan terperinci di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].

“Manakala siasatan mengenai kebocoran data SPR dalam laman sesawang berkenaan akan diserahkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk tindakan selanjutnya memandangkan ia adalah di luar bidang kuasa Akta 709,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada dakwaan kebocoran data melibatkan hampir 13 juta rakyat Malaysia daripada pangkalan data milik Maybank, Astro dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kata Fahmi, notis sekatan juga telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan menghalang orang awam mengakses laman
sesawang tersebut.

“Saya ingin mengingatkan semua Pengguna Data agar sentiasa memastikan tahap keselamatan siber berada pada paras yang baik dan sentiasa mematuhi prinsip dan standard perlindungan data peribadi selaras dengan Akta 709,” tegasnya.

Menurut Fahmi, kementeriannya memandang serius dakwaan kebocoran data yang dibuat sebuah laman sesawang pada 25 Disember 2022 yang lalu.

Katanya, KKD melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (CSM) sedang mendapatkan maklum balas daripada Maybank dan Astro berhubung dakwaan kebocoran data bagi memastikan kesahihan pemilikan data. – UTUSAN


14 sebab mengapa Ahmad Zahid wajar bela diri atas 40 pertuduhan rasuah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam terkhilaf ketika mencapai dapatan berkaitan pemberian dan penerimaan wang secara rasuah sewaktu membebaskan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan kes Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan pusat sehenti, tiga bulan lalu.

Pihak pendakwaan berpendirian, hakim bicara terkhilaf apabila menolak pembuktian elemen menerima suapan secara rasuah atau elemen mendapatkan benda berharga tanpa balasan daripada Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB), walhal terdapat keterangan lisan dan berdokumen yang kukuh untuk membuktikannya.

Tegas pendakwaan, hakim berkenaan juga tersalah arah ketika menolak keterangan mengenai penghantaran rasuah kepada Timbalan Perdana Menteri apabila membuat perbandingan fakta antara kes tersebut dengan kes solar hibrid yang dihadapi oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Pendakwaan selaku perayu terkilan dengan keputusan tersebut dan merayu agar Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ahmad Zahid dan seterusnya memanggilnya membela diri terhadap kesemua pertuduhan.

Demikian sebahagian daripada 14 alasan yang terkandung dalam petisyen rayuan yang difailkan oleh pihak pendakwaan, semalam.

Pendakwaan merayu keputusan Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa yang membebaskan Presiden UMNO itu daripada 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem VLN dan pusat sehenti di China.

Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk kali kedua selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menerajui Kerajaan Perpaduan susulan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Alasan lain adalah hakim bicara terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mencapai dapatan bahawa keterangan saksi pendakwaan ke-17 adalah suatu yang difikirkan semula (afterthought) hanya kerana keterangan berkaitan penyerahan RM3 juta tidak dinyatakan dalam pernyataan bertulis saksi itu.

Pendakwaan turut menyatakan, hakim berkenaan terkhilaf apabila gagal mengambil kira bahawa saksi-saksi pendakwaan tiada sebarang motif jahat atau motif terselindung ketika memberi keterangan berhubung pemberian dan penghantaran wang tunai kepada Ahmad Zahid.

Hakim berkenaan juga tersalah arah apabila memutuskan pertuduhan-pertuduhan adalah cacat kerana tidak mengandungi butiran mengenai identiti individu-individu yang membuat penyerahan wang kepada Ahmad Zahid, sedangkan kehendak butiran sedemikian tidak diperuntukkan dalam undang-undang.

Pada 23 September lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan menerima suapan daripada syarikat UKSB berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem VLN.

Ahmad Zahid dibebaskan tanpa dipanggil membela diri daripada semua pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Hakim Mohd. Yazid berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid, 69, didakwa atas 33 pertuduhan menerima suapan S$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali OSC di China dan VLN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai S$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018. – UTUSAN


Bergurau ada bom di LTAPP, wanita warga asing ditahan polis

Padah bergurau membawa bom dalam beg, seorang wanita warganegara asing ditahan Polis Pulau Pinang semasa pemeriksaan di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada Khamis. - Gambar hiasan


GEORGE TOWN: Padah bergurau membawa bom dalam beg, seorang wanita warganegara asing ditahan Polis Pulau Pinang semasa pemeriksaan di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita berusia 33 tahun itu bersama dua rakannya dijadualkan menaiki penerbangan ke Medan, Indonesia jam 5.30 petang semalam.
Beliau berkata, pihak polis menerima maklumat dari pihak LTAPP terdapat ancaman ungkapan bom di kaunter pendaftaran masuk di LTAPP Bayan Lepas.

"Sewaktu petugas melakukan pemeriksaan barangan di dalam beg, seorang wanita warganegara asing dengan lantang memberitahu petugas 'ada bom' di dalam beg tersebut sehingga didengari orang ramai yang turut berada di situ," kata Kamarul Rizal dalam kenyataan hari ini.
Ekoran dakwaan tersebut, wanita yang bekerja sebagai operator kilang di Ipoh itu kemudian ditahan polis pada jam 4.30 petang.

"Meskipun bergurau, namun wanita berkenaan tetap ditahan bagi membantu siasatan," katanya lagi.
Wanita itu direman selama dua hari sehingga 31 Disember bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Sumber | Astro Awani 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Indonesia tarik balik sekatan pergerakan COVID-19

Kerajaan Indonesia memutuskan untuk menarik balik sekatan COVID-19 membabitkan aktiviti awam di seluruh negara. - Gambar fail/REUTERS


JAKARTA: Kerajaan Indonesia memutuskan untuk menarik balik sekatan COVID-19 membabitkan aktiviti awam di seluruh negara, kata Presiden Joko Widodo pada Jumaat.
Keputusan itu dibuat berdasarkan angka jangkitan COVID-19 yang terkini, kata Widodo di istana presiden di Jakarta, lapor Xinhua.
Kerajaan memutuskan untuk menamatkan protokol sekatan awam yang dikenali PPBM selepas melakukan pertimbangan selama 10 bulan.

"Tiada lagi sekatan pergerakan dan perhimpunan," kata presiden.
Bagaimanapun, Widodo menyeru orang ramai sentiasa berwaspada meskipun PPBM telah ditamatkan.
"Saya menasihatkan semua rakyat supaya berhati-hati dan berwaspada. Orang ramai mesti meningkatkan kesedaran mereka tentang risiko COVID-19," katanya.
Beliau juga menyarankan agar orang ramai terus memakai pelitup muka di kawasan sesak atau tempat tertutup.
-- BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Legenda bola sepak Brazil, Pele meninggal dunia

SAO PAULO: Ikon bola sepak Brazil Pele yang dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dan pemenang Piala Dunia tiga kali meninggal dunia hari ini pada usia 82 tahun.

“Semua yang boleh kami ungkapkan kepada anda adalah terima kasih. Kami menyayangi anda tidak terhingga. Berehatlah dengan tenang,” tulis anak perempuan  Pele, Kely Nascimento di Instagram.

Hospital Albert Einstein yang merawat Pele dalam satu kenyataan berkata, kematiannya selepas sekian lama bertarung dengan kanser disebabkan oleh ‘kegagalan pelbagai organ.’

Dinobat sebagai atlet abad ini oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1999, Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak dalam sejarah yang memenangi tiga Piala Dunia pada 1958, 1962 dan 1970.

Digelar “O Rei” (Raja), dia menjaringkan lebih 1,000 gol dalam kerjayanya yang paling terkenal sebelum bersara pada 1977.

Kesihatan Pele semakin merosot seleps dia bertarung dengan masalah buah pinggang serta kanser kolon, dan menjalani pembedahan terakhir pada September 2021, diikuti dengan kemoterapi.

Pelbagai reaksi diberikan oleh komuniti bola sepak dunia sejurus selepas berita kematian legenda Brazil itu diumumkan.

Bintang penyerang Brazil, Neymar berkata, Pele telah ‘mengubah bola sepak menjadi seni.’

Bintang Perancis, Kylian Mbappe pula berkata, legasi legenda itu ‘tidak akan pernah dilupakan’, sambil menambah: “RIP RAJA.”

BOLA SEPAK SAMBA

Dilahirkan pada 23 Oktober 1940, di bandar tenggara Tres Coracoes,  Pele atau nama sebenarnya, Edson Arantes do Nascimento membesar dengan menjual kacang tanah di jalanan untuk membantu keluarganya yang miskin.

Ibu bapa Pele menamakannya sempena pencipta lampu Amerika Syarikat, Thomas Edison.

Pele sudah menyerlahkan pesonanya sejak berusia 15 tahun, apabila dia mula bermain secara profesional bersama Santos.

Dia mengetuai kelab itu dengan pelbagai gelaran, termasuk Piala Antara Benua berturut-turut menewaskan Benfica pada 1962 dan AC Milan pada 1963.

Dikenali sebagai genius bola sepak, dia melambangkan gaya permainan yang dipanggil ‘bola sepak samba’ di Brazil, di mana dia diisytiharkan sebagai ‘khazanah negara.’

Pele menjaringkan rekod sepanjang masa 1,281 gol dalam 1,363 perlawanan untuk Santos (1956-74), pasukan kebangsaan Brazil dan New York Cosmos (1975-77).

Tetapi di luar rekodnya, dia akan diingati kerana merevolusikan sukan itu, nombor 10 yang sentiasa ada di belakangnya. – AFP


Pemilik Tesla di Britain merungut terpaksa beratur berjam-jam untuk cas bateri kereta.

LONDON: Ramai pemilik Tesla di Britain banyak menghabiskan musim perayaan Krismas dan tahun baharu di atas jalan raya tahun ini kerana terpaksa beratur berjam-jam lamanya untuk mengecas kereta elektrik mereka.

Beberapa barisan panjang dikesan di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) sejak beberapa hari lalu.

Lebih 24 buah kereta elektrik itu dilaporkan tersekat di tapak pengecasan di tempat letak kereta Waitrose di perkampungan Hertfordshire South Mims pada Hari Krismas.

Seorang pengguna TikTok berkata, pemilik Tesla memenuhi hampir semua stesen menunggu melebihi satu jam untuk mengecas kereta mereka.

Seorang pengguna Facebook merakamkan banyak kenderaan Tesla beratur panjang untuk menunggu giliran menggunakan pengecas besar Tebay Southbound di Cumbria semalam.

“Semua rakan Tesla elektrik kami beratur untuk mengecas di Perkhidmatan Tebay bagi meneruskan perjalanan percutian pasca Krismas ke selatan. Amat sukar juga untuk meletak kereta kerana keadaan sangat sibuk,” kata seorang pengguna.

“Sudah berada di sini lebih sejam. Masih ada 15 lagi kereta di hadapan saya, mungkin perlu menunggu paling minimum dua jam lagi.

“Sungguh menjengkelkan kerana seluruh keluarga menunggu selama lebih dua jam hanya untuk mengecas kereta,” rungut seorang pengguna di laman Twitter.

Di Westmorland, barat laut England, seorang pemandu kenderaan elektrik berkata, usaha mengecas di stesen pengecasan lebuh raya kini amat sukar dan memeningkan.

“Dua jam 30 minit menunggu untuk mengecas kereta, perjalanan paling teruk sebagai pemandu Tesla,” katanya.-AGENSI


PN Pahang tubuh 18 portfolio

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang menubuhkan 18 portfolio tumpuan dipegang kesemua 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu di negeri ini.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, portfolio tumpuan itu bertujuan membayangi kerja-kerja dijalankan oleh Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri.

Katanya, penubuhan portfolio tumpuan itu sebagai petanda bahawa PN Pahang serius untuk menjadi pembangkang yang konstruktif di negeri ini.

“Kerajaan negeri ada Menteri Besar dan 10 Exco dengan 18 portfolio. Kami juga membariskan 18 portfolio yang akan diketuai oleh seorang ADUN.

“Kecuali ketua pembangkang (ADUN Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) yang akan memegang dua portfolio, kesemua 17 ADUN seorang satu portfolio.

“Ini sebagai petanda bahawa PN memang serius menjadi pembangkang yang konstruktif supaya pelbagai perkara dibawa dalam dan luar dewan boleh diselaraskan secara khusus di mana setiap ADUN memainkan peranan masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Sekretariat PN Pahang di sini hari ini.

Menerusi portfolio tumpuan yang diperkenalkan, Tuan Ibrahim akan memegang dua portfolio iaitu Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta portfolio Sumber Asli, Tenaga dan Air.

Ia diikuti ADUN Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang memegang portfolio Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga.

ADUN Beserah, Andansura Rabu pula memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian manakala ADUN Lepar, Mohd. Yazid Mohd. Yunus portfolio Belia, Sukan dan Kebudayaan.

Dalam pada itu Saifuddin berkata, PN Pahang juga menubuhkan Sekretariat PN Pahang diketuai oleh Andansura.

“Saya harap penubuhan sekretariat ini dapat meningkatkan prestasi Dewan Undangan Negeri (DUN) PN Pahang dalam mereka menjalankan amanah, tugas dan tanggungjawab mereka.

“Bagi kawasan-kawasan kami belum menang sama ada Parlimen atau DUN, kami akan melantik penyelaras yang mana sebahagian mereka mungkin calon boleh menang dan mungkin tokoh baharu yang ingin kami ketengahkan.

“Tujuannya untuk memastikan supaya urusan perkhidmatan kepada rakyat diteruskan selain memainkan peranan sebagai satu pasukan bersama ADUN dan Ahli Parlimen Pahang dalam usaha membantu rakyat,” katanya. – UTUSAN


Kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji tahunan tambahan khas RM100 berkuat kuasa 1 Januari

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Januari ini.

JPA menerusi kenyataan berkata, bayaran KGT tambahan itu hanya layak diberikan kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Menurutnya, pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula tidak layak menerima bayaran tambahan kenaikan berkenaan.

“Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang layak termasuk bertaraf tetap, sementara dan kontrak dan telah dilantik sebelum 1 Januari 2023 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2023.

“Bayaran tambahan kenaikan itu pula akan dibuat mulai tarikh pembayaran gaji penjawat awam bagi Januari 2023 dan ia diberi pada tahun 2023 sahaja.

“Pemberian kenaikan tambahan khas tidak mengubah Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) dan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai, tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Katanya, pegawai yang dikenakan tata tertib selain dikenakan tindakan buang kerja yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 turut layak menerima KGT itu.

Selain itu, pegawai yang meninggal dunia pada 1 Januari 2023 juga layak menerima KGT khas berkenaan. – UTUSAN


Isu Menara KL : Apa boleh kita faham dari surat ni?

Apa boleh kita faham dari surat ni?

Tuduhan macai bahawa Kerajaan lepas telah jual aset negara iaitu Menara KL adalah pembohongan semata. Aset itu kekal milik negara, cuma Telekom Malaysia telah menyerahkan konsesi pengurusan Menara KL kepada Kerajaan selaras dengan program transformasi perniagaan Telekom Malaysia. 

Tidak pelik bagi syarikat seperti Telekom, bagi mengurangkan kerugian kumpulan untuk mengeluarkan sebarang perniagaan anak syarikat yang berada dalam kerugian atau menyebabkan kerugian diperingkat kumpulan. Sebab itu, menerusi program transformasi perniagaan syarikat, konsesi Menara Kuala Lumpur diserahkan semula oleh Telekom Malaysia. Namun Menara Kuala Lumpur masih aset milik Kerajaan Malaysia.

Kerajaan PH-BN cuba menutup kelemahan mereka mentadbir dengan menuduh Kerajaan lepas dengan pelbagai tuduhan yang tidak realistik. Membuang masa agensi penguatkuasa untuk menyiasat. Dalam masa yang sama mereka terus gagal menyelesaikan isu rakyat seperti kos sara hidup, harga barangan asas yang mahal, janji-janji pilihanraya yang tidak ditepati. Mohon Menteri KOMEDI fokus kepada isu seperti jaringan internet luar bandar yang masih lagi berada pada tahap mengecewakan.

Nurul Islam Mohamed Yusoff

Bersatu hantar notis pada speaker, maklum kekosongan 4 kerusi di Sabah

Empat Ahli Parlimen itu (dari kiri) Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang), bertindak keluar Bersatu, pada 10 Dis lalu.

PETALING JAYA: Bersatu sudah menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memastikan bahawa telah berlaku kekosongan “luar jangka” membabitkan empat kerusi Parlimen di Sabah yang didakwa ditandingi sebagai ahli Bersatu, kata naib presidennya, Ronald Kiandee.

Ronald yang juga ketua Bersatu Sabah, berkata permohonan sudah dibuat kepada Speaker supaya kekosongan itu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari.

Katanya, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa keempat-empat Ahli Parlimen itu adalah calon bertanding sebagai ahli Bersatu pada PRU15 merujuk kepada surat bertarikh 3 Nov daripada setiausaha Bersatu Sabah.

“Telah berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan melibatkan empat daripada ahlinya yang telah bertanding dalam PRU15 sebagai ahli parti Bersatu dengan menggunakan logo parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Keahlian mereka dalam GRS adalah sebagai anggota parti Bersatu,” katanya dalam kenyataan.

Keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan adalah Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran, ketika mengulas lanjut, berkata tindakan empat Ahli Parlimen terbabit duduk di blok kerajaan dan tidak menyokong Bersatu merupakan tindakan “crossing the floor” dan ia melanggar janji pilihan raya kepada pengundi.

“Akibat daripada itu, keahlian mereka sebagai anggota parti Bersatu telah gugur mengikut perlembagaan parti Bersatu dan perkara ini telah dimaklumkan melalui surat Bersatu bertarikh 21 Dis 2022.

“Justeru, menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan, ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat dan kerusi mereka hendaklah dikosongkan,” katanya.

Pada 10 Dis, Pengerusi GRS Hajiji Noor mengumumkan kesemua pimpinan tinggi Bersatu Sabah keluar parti, termasuk empat Ahli Parlimen itu.

Jelasnya, di peringkat persekutuan, Bersatu adalah pembangkang, manakala GRS telah berikrar menyokong kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi GRS Jeffrey Kitingan, berkata empat Ahli Parlimen itu tidak dikira melompat kerana bertanding atas tiket GRS, sambil menambah mereka menerima ‘surat watikah’ bertanding PRU15 daripada GRS, bukannya Bersatu.

Beliau juga merujuk kedudukan mereka dalam Bersatu terhenti selepas menjadi ahli GRS, pada 27 Okt, memandangkan perlembahaan dalam Bersatu sendiri menyatakan keanggotaan gugur secara automatik sekiranya menjadi ahli parti lain.

Air Terjun Niagara hampir beku akibat ribut salji

ONTARIO, KANADA – Ribut salji tebal yang melanda Kanada dan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan Air Terjun Niagara di Ontario hampir beku sehingga mewujudkan pemandangan serba putih serta memukau mata pengunjung, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan kelmarin, pengunjung dilihat memenuhi lokasi pelancongan popular di bahagian sempadan Kanada tersebut bagi melihat sendiri pemandangan yang jarang berlaku itu.

Imej dari udara yang dirakam selepas ribut salji melanda menunjukkan salji tebal memenuhi laluan pejalan kaki serta ais terbentuk berhampiran kawasan air terjun.

Kabus yang keluar dari air terjun juga secara beransur-ansur menambah lapisan air yang membeku di persekitaran, seterusnya menghasilkan ketulan ais besar dan menjadikan ia kelihatan seperti berada di bawah kaca.

Ribut salji paling buruk dalam tempoh 50 tahun melanda sebahagian Kanada dan beberapa negeri di AS dengan New York yang paling teruk terjejas.

Setakat kelmarin, 50 orang meninggal dunia di AS akibat fenomena ekstrem itu dengan banyak mayat ditemui di dalam kenderaan yang ditimbuni oleh salji tebal. – Agensi 


UMNO perlu kembali kepada asas


SELEPAS
tewas dua Pilihan Raya Umum (PRU) berturut-turut, UMNO perlu kembali kepada asas penubuhan.

Sudah cukuplah dengan percubaan yang tidak demokratik dan tidak organik untuk mengekalkan dua kedudukan teratas tanpa bertanding. Parti telah banyak kali menderita akibat masalah ini sebelum ini, termasuklah pemanjangan tempoh jawatan (Majlis Tertinggi) dalam perkhidmatan dengan alasan untuk "menguatkan" kedudukan kita dan mengelakkan pergaduhan dalaman sebelum pilihan raya akan datang.

Jelas sekali tujuannya tidak berjaya seperti yang ditunjukkan dalam keputusan kita dari Pilihan Raya Umum ke-13 sehingga PRU15. Kita kalah buat kali pertama pada 2018 dan sama juga dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.

Pada 2013, UMNO memenangi 88 kerusi. Pada 2018 pula, kita memenangi 54 kerusi (pengurangan 34 kerusi) dan pada 2022, kita ditinggalkan dengan 27 kerusi yang memalukan daripada 106 yang dipertandingkan.

Perbalahan dan sabotaj

Jelas sekali, perubahan kita untuk mengukuhkan parti gagal kerana masih terdapat perbalahan dan sabotaj diri yang berleluasa dalam sistem.

Oleh itu, janganlah kita menggunakan ramuan sama yang telah gagal untuk memulihkan masalah yang kita lalui dalam tiga pilihan raya lalu dan sebaliknya membenarkan proses demokrasi semula jadi berfungsi dan diharapkan dapat menyembuhkan parti.

Pemimpin UMNO Bahagian terutamanya mereka di enam negeri yang menunggu pilihan raya mungkin cenderung untuk mengekalkan dua jawatan teratas tanpa bertanding, cuba memenangi hati Presiden dengan harapan untuk disenaraikan sebagai calon.

Itulah yang saya maksudkan dengan sokongan "tidak organik" dalam perenggan di atas.

Presiden menentukan siapa bertanding dan siapa yang digugurkan seperti dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini.

Pada hakikatnya, walaupun pemilihan parti berlangsung, Presiden dan Timbalan sekarang akan mempunyai kelebihan yang jelas berbanding orang lain kerana mereka memegang jawatan berkuasa dalam kerajaan, masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Oleh itu, mereka harus berani untuk bersikap terbuka kepada proses demokrasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan yang membolehkan mereka kembali sebagai pemimpin parti yang sebenar dan menutup kebimbangan semua pihak tentang kesahihan mereka.

Jika tidak, akan sentiasa ada ura-ura di kalangan ahli parti yang mungkin juga mencetuskan penghijrahan kepada parti lain yang kini dilihat lebih demokratik yang mungkin mewakili kehendak dan aspirasi sebenar orang Melayu.

Pemimpin kita harus mempamerkan sikap yang sama seperti Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sendiri mencadangkan tarikh segera untuk Parlimen bersidang untuk mengangkat sumpah Ahli Parlimen baharu dan mengesahkan kedudukannya melalui undi percaya. Satu tindakan yang memerlukan keberanian.

Dalam keadaan sekarang, itu adalah sifat yang sangat diperlukan oleh ahli UMNO dalam diri pemimpin mereka.

Akar umbi UMNO tidak boleh menerima orang yang lemah yang perlu berselindung di sebalik jentera penulis, ‘influencer’ media sosial dan pemimpin bahagian yang mempunyai kepentingan peribadi untuk mempertahankan kedudukan mereka secara tidak mengikut Perlembagaan.

Ada pengkhianat

Tiga juta ahli itu tahu ada pengkhianat di antara mereka yang bekerja dengan musuh menentang barisan parti dalam tempoh empat tahun yang lalu.

Kita mesti mempercayai mereka sebagai ahli yang matang untuk mengundi secara bertanggungjawab.

Mari kita mengadakan pemilihan parti yang jelas di semua peringkat dan berdiri setia di belakang barisan sebenar yang dipilih walaupun mereka adalah penyandang.

Sudah tiba masanya untuk UMNO pulih di bawah mandat yang penuh dan baru daripada tiga juta ahli parti.

Barulah kita boleh mula memulihkan maruah dan darjat parti kita ini.

InsyaAllah.

Mantan ADUN Kempas (2013-2018)
memegang keahlian UMNO 01059553.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo