NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi, Nik Nazmi keluar parti PKR, kosong kerusi Parlimen: Saya tak follow lagi - Anwar



JOHOR BAHRU - Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum bersedia memberikan sebarang maklum balas berhubung tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa.

Anwar ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka, Desa Mutiara Tebrau pada petang Ahad berkata, beliau belum mengikuti perkembangan perkara itu.

“Saya tak follow lagi,” katanya ringkas pada majlis tersebut.

Terdahulu, Anwar menghadiri Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini.

Bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR itu pada Ahad mengumumkan keluar daripada parti berkenaan sekali gus mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa Isnin.

Pengumuman itu dibuat oleh kedua-dua bekas menteri berkenaan ketika Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.

Rafizi berkata, surat pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin, manakala pemakluman rasmi keluar parti kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh akan dibuat pada Selasa.

Menurutnya, langkah itu bagi membolehkan tindakan tersebut tidak dilihat sebagai lompat parti kerana menghormati mandat yang dimenangi atas tiket PKR dan PH.

Pada sidang media sama, mereka turut mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia (MU).

Untuk rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.


Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo