NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PEJUANG Guna NGO Sementara Tunggu Kelulusan ROS

SHAH ALAM: Ahli Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) akan bergerak menggunakan saluran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sementara waktu.
Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata percaturan itu dibuat sementara menanti kelulusan parti berkenaan yang masih tertangguh di peringkat Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Apabila diluluskan, katanya, PEJUANG akan mengambil segala kredit usaha dan khidmat yang diberikan NGO berkenaan.

"Kita kena bersabar, sebab sabar separuh daripada iman. Sambil-sambil itu tidak bermakna kita tidak boleh bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Maka kita tubuhkan dengan kelulusan RoS, sebuah NGO, iaitu Pertubuhan Gerak Khidmat Rakyat Malaysia (KHIDMAT).

"Gunakan NGO ini untuk apa juga aktiviti kita, mewakili PEJUANG, bila sudah lulus nanti kita boleh ambil kredit semua kerja dan kebaikan sebagai usaha pejuang," katanya pada ucaptama Majlis Amanat Perjuangan 2021, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pemudanya, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.

Menyentuh matlamat PEJUANG, Mukhriz berkata, parti itu akan merintis usaha untuk membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat.

Katanya, perangkaan yang menunjukkan kadar kemiskinan tegar di negara ini berada pada tahap tiga peratus ialah tidak cukup memberangsangkan.

"Kalau boleh kita jadikan sampai sifar, saya tahu ini sesuatu yang mustahil, tetapi yang mustahil itu dapat kita buat kalau diusahakan.

"Cumanya, kita semua kena berkorban dulu, baru dilihat sebagai perjuangan," katanya.

TunM Tempelak Anwar, Ada Majoriti Utuh

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan segala janji dan kata-kata ditaburkan Ahli Parlimen Port Dickson itu langsung tidak boleh dipercayai.

"Kita tawar kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Plus, tetapi Anwar tolak saya bulat-bulat.

"Saya tawarkan untuk jadi Perdana Menteri selama enam bulan saja, dia tolak. Saya bagi nama Shafie (Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) pun dia tak nak.

"Masalahnya sekarang, Anwar tak ada cukup sokongan tapi asyik cakap ada majoriti utuh, kuat dan meyakinkan.

"Eh, you (awak) pergi baliklah!" katanya pada sidang media Majlis Amanat Perjuangan 2021, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemudanya, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.

Anwar kelmarin dilaporkan berkata gagasan baharu yang bakal dibentuk PH terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin parti politik, termasuk Dr Mahathir.

Bagaimanapun, tawaran itu diberikan secara bersyarat, iaitu perlu mematuhi segenap prinsip yang digariskan gagasan baharu PH dan tidak boleh mempunyai sebarang agenda peribadi.

Mengimbau peristiwa pada 2008, Dr Mahathir berkata, bekas Menteri Kewangan berkenaan mengakui mempunyai sokongan yang mencukupi dalam kalangan Ahli Parlimen, selepas kerajaan diterajui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu hanya meraih majoriti tipis.

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PEJUANG, berkata dakwaan 'manis' itu langsung tidak mempunyai asas.

"Cuba kamu kira berapa kali Anwar pernah janji dan tunaikan janji dia? Sebab itu saya langsung tak percaya apa lagi dia nak cakap.

"Saya dulu sanggup ketepikan masa silam dan bekerjasama dengan Anwar, tetapi sekarang dia yang tak nak bekerjasama dengan saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir menegaskan yang PEJUANG mempunyai 'pelan B' sekiranya Pendaftar Pertubuhan (RoS) masih bertegas untuk tidak meluluskan pendaftaran parti itu.

"Kita ada pelan B, tetapi ia rahsia lah. Sama juga macam nasib menimpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) apabila dibatalkan pendaftarannya pada saat akhir.

"Kita masih boleh mengharungi pilihan raya dengan cara lain," katanya.

Kartel Daging Import: Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan Untuk Bertindak

Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM)  menyambut baik langkah kerajaan untuk menambah baik piawaian halal membabitkan daging dan produk daging yang diimport sebagaimana hasrat  yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Baru-baru ini kecoh di laman sosial isu 'kartel daging haram' yang telah dipercayai beroperasi sejak 40 tahun lalu dan diragui operasi perniagaannya

SPPM juga menyeru agar rakyat di Malaysia bertenang dan memberi kepercayaan penuh kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan dan mengheret mereka yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan

Mutakhir ini masyarakat semakin bimbang untuk menikmati masakan berasaskan daging ekoran isu kartel daging haram yang meresahkan ummat Islam di negara kitan

Langkah untuk menilai dan mengemaskini semula piawaian status halal bagi daging import bertepatan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan berkaitan kartel daging haram di Malaysia"kata Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia(SPPM), Normala Sudirman.

Justeru, SPPM mendesak agar langkah  penguatkuasaan undang -undang perlu diperketatkan lagi  dan pelaksanaan undang -undang perlu dilaksanakan secara telus demi menjamin makanan daging import yang dibekalkan lebih terjamin kebersihannya serta patuh syariah

SPPM menyeru agar industri penternakan dipertingkatkan lagi dan usaha membekalkan makanan yang 'Halalan Thoyyiba ' iaitu halal, bersih dan berkat harus menjadi fokus utama khususnya ummat Islam di Malaysia disamping kita bekerja keras agar suatu hari nanti bekalan daging mencukupi bagi keperluan penduduk di negara kita 

SPPM juga menyambut baik pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  yang  bersetuju supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat isu kartel daging import terbabit.

COVID-19: Hampir 83 Juta Kes Tutup Tirai 2020


JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 82.47 juta berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 19.67 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.24 juta kes dan Brazil dengan 7.5 juta kes sementara Rusia kini melangkaui 3 juta kes.

Manakala negara yang melepasi angka 2 juta kes adalah Perancis, United Kingdom, Turki dan Itali.

Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Ukraine, Afrika Selatan dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belanda, Indonesia, Belgium, Romania, Chile, Iraq, Kanada dan Bangladesh, pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 400,000 kes termasuk Pakistan, Filipina, Switzerland, Maghribi, Israel, Portugal, Sweeden, Arab Saudi, Austria, Serbia dan Hungary.

Sebanyak 37 negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 1.79 juta.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 341,000 kes diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, United Kingdom, Perancis, Rusia Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 dan 50,000 kes kematian adalah Argentina, Colombia, Peru dan Jerman.

Afrika Selatan, Poland, Indonesia dan Turki pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

22 Terkorban Serangan di Lapangan Terbang Yaman


GLOBAL | Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam tiga letupan menggegarkan lapangan terbang di bandar pelabuhan Aden, Yaman pada Rabu sejurus selepas anggota kabinet baru kerajaan tiba di ibu kota itu.

Dianggarkan 50 yang lain cedera, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri Yaman.

Antara yang terkorban orang awam, pekerja lapangan terbang dan pegawai yang hadir menyambut ketibaan anggota Kabinet itu. Anggota kabinet dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang sumber keselamatan berkata letupan itu menyasarkan ruang VIP di lapangan terbang, yang berada di bawah kawalan pasukan Majlis Peralihan Selatan (STC).

Perdana Menteri Yaman Maeen Abdulmalik Saeed, mengesahkan dalam akaun Twitternya "pegawai kerajaan berada di Aden dan semua dalam keadaan baik."

"Tindakan pengganas yang pengecut menyasarkan lapangan terbang Aden adalah sebahagian perang yang dilancarkan terhadap negara Yaman dan pegawai kita.

"Perbuatan itu hanya akan menguatkan lagi azam kita untuk melaksanakan tugas sehingga berakhirnya rampasan kuasa (yang dilakukan Houthi pada 2014) dan memulihkan semula negara," kata perdana menteri.

Sementara itu, Menteri Penerangan Moammar Al-Eryani menuduh puak Houthi melakukan serangan itu.

"Serangan dilakukan Houthi yang disokong Iran di lapangan terbang Aden tidak akan menghalang kita untuk melaksanakan tugas demi negara," kata menteri itu di Twitter.

Houthi dalam satu kenyataan menafikan tuduhan itu.

- Bernama

Pemecah Belah Muafakat Nasional Adalah Kerja Pemimpin Munafik - Mokhtar Senik


Menganggap hubungan PAS dan Umno sebagai "persaudaraan Aus dan Khazraj" bekas ketua Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik menganggap pihak yang mengkritik kerjasama itu sebagai perbuatan pemimpin munafik.

Menurut komen dibuatnya, antara pihak yang dianggap cuba memecah-belahkan hubungan berkenaan termasuklah Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, selain "pendukung PH" (Pakatan Harapan).

"Pendek kata semua statment2 (kenyataan) itu sarat dengan harapan agar PAS dan Umno kembali berperang dan MN (Muafakat Nasional) terburai ikatannya.

"Sakit benar hati mereka melihat persaudaraan PAS Umno. Saya yakin mereka tidak akan berjaya kecuali jika ada pimpinan Umno atau PAS yang menari mengikut irama sumbang mereka.

"Persaudaraan Aus dan Khazraj ini perlu dijaga rapi. Kerana orang-orang Abdullah bin Ubai sentiasa mencari ruang dan peluang," katanya di media sosial.

Dalam sejarah Islam Aus dan Khazraj merupakan dua kumpulan yang berseterus sekian lama sebelum berdamai dengan peranan Nabi Muhammad SAW.

Abdullah Ubai (atau Ubayy) pula dianggap sebagai ketua golongan munafik.

Mokhtar berkata 'serangan' terhadap MN tekal dilakukan termasuk pemimpin PH dan veteran Umno.

"Presiden PAN (Amanah) minta ahli PAS kenang balik peristiwa Memali. Ku Li minta Umnmo jangan biarkan PAS tumpang tuah Umno," katanya.

Dua zaman yang berbeza

Justeru katanya ketika ini sangat penting agar amalan walak diamalkan.

Mokhtar yang juga anggota Ulama Pusat PAS berkata Tengku Razaleigh kini cuba menyemarakkan semula semangat "asobiyyah" Umno melalui amaran yang diberikannya.

"Rupa-rupanya Ku Li sudah jauh tertinggal di belakang berbading ahli Umno yang lain," katanya.

"Saya yakin saranan Mat Sabu (Presiden Amanah, Mohamad Sabu) agar ahli PAS mengenang peristiwa Memali tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS.

"Kami orang PAS diajar dengan akhlak Islam. Berbaik dengan Umno tidak bermakna menafikan kemurnian perjuangan para syuhada Memali. Kerana kedua-dua zaman itu berbeza," katanya.

Untuk rekod Tengku Razaleigh sendiri pernah bekerjasama dengan PAS melalui partinya, Semangat 46, untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah yang membawa kepada penguasaan PAS di Kelantan pada 1990.

Walaupun memeterai persefahaman dengan Umno melalui MN, PAS kini menjadi sebahagian daripada komponen Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu serta beberapa parti lain. Umno pula kekal tidak menyertai PN.

Pada 26 Dis lalu anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan memintda PAS segera memutuskan sama ada mahu terus dengan MN atau PN menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Kita (Umno) nak PAS buat keputusan nak bersama dengan Umno dalam MN ke tidak, lekas buat keputusan sebab kita nak pilihan raya ni,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

PH Akan Gagal Raih Sokongan Melayu Tanpa Saya - TunM


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya.

Menurut Mahathir penglibatannya ketika berada bersama PH sewaktu pilihan raya umum 2018, telah membantu meningkatkan sokongan orang Melayu terhadap gabungan itu.

"Saya telah membantu pembangkang untuk menang (pada PRU14) kerana saya telah bawa sokongan orang Melayu.

"DAP yang tidak pernah memperolehi lebih dari 18 kerusi, mendapat 42 kerusi kerana sokongan orang Melayu yang saya bawa," katanya dalam temubual dengan China Press.

Untuk rekod, PH memenangi 89 kerusi pada pilihan raya 2013 dengan DAP memperolehi 38 kerusi parlimen. Gabungan itu, dengan bantuan Bersatu yang diasaskan oleh Mahathir, memenangi sejumlah 113 kerusi parlimen pada pilihan raya 2018.

Walaupun sokongan orang Melayu terhadap PH meningkat, usahanya untuk meraih undi Melayu di kawasan pedesaan masih terhad dengan Bersatu hanya meraih 13 kerusi.

Mahathir berkata dia ingin bekerjasama dengan Anwar tetapi presiden PKR itu telah menolak cadangan tersebut.

"Apa yang telah saya lakukan kepadanya? Saya telah membebaskannya (dari penjara) dan saya belum sampai masa untuk mengundurkan diri. Tapi saya undurkan diri lebih awal.

"Saya tidak menghalangnya, saya mahu bekerja dengannya, saya katakan kepadanya,'baiklah, jika kamu tidak suka saya, berilah saya enam bulan (lagi) kerana jika kamu tidak mempunyai sokongan orang Melayu, pembangkang tidak boleh menang," kata Mahathir.

Mahathir dilantik sebagai perdana menteri selepas PH dan parti sekutunya di Sabah - Warisan, menang pilihan raya 2018.

Bagaimanapun, kerajaan tersebut tumbang selepas 22 bulan mentadbir apabila Bersatu menarik diri daripada PH melalui Langkah Sheraton.

Mahathir, yang menentang tindakan Bersatu itu akhirnya disingkirkan daripada parti itu. Dia kini menubuhkan parti baru yang dinamakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Dia sepatutnya menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar tetapi tidak dapat menjadi kenyataan apabila kerajaan PH tumbang.

Anwar perlu memastikan dia mempunyai sokongan untuk menjadi perdana menteri yang seterusnya, kata Mahathir.

"Tetapi lihat rekodnya, berapa kali dia mendakwa mendapat sokongan (majoriti)? Sebaliknya dia tidak mendapat sokongan," katanya.

Dia juga mendedahkan ramai penyokong tegar Anwar memintanya untuk tidak membiarkan Anwar mengambil alih jawatan perdana menteri.

"Oleh itu, saya memutuskan, sekiranya (kita) tidak mahu Anwar mengambil alih, maka biar Dewan Rakyat tentukannya,” katanya.

Antara mereka yang berkomplot menjatuhkan kerajaan PH, termasuklah pemimpin kanan parti Anwar sendiri, Azmin Ali, yang juga Ahli Parlimen Gombak.

"Ketika Anwar mengatakan dia mendapat sokongan, dia menjelaskan yang dia akan mengecualikan saya. Sekiranya dia mempunyai sokongan, maka buktikan, tetapi dia tidak memilikinya.

"Mereka (ahli parlimen kerajaan) berjanji untuk menyokong Anwar mungkin kerana janji-janji yang dibuat olehnya. Tetapi mereka yang merupakan sebahagian daripada gabungan kerajaan faham bahawa dengan menggulingkan Muhyiddin Yassin, mereka juga perlu mengundurkan diri dan masa depan mereka akan menjadi tidak menentu," katanya.

Semasa pengundian Belanjawan 2021, Anwar hanya mampu mengumpulkan sokongan 108 anggota parlimen untuk menolak belanjawan, dengan perbezaan tiga undian yang menyokong apabila ia diluluskan dengan sokongan 111 ahli parlimen.

Pada masa ini, terdapat 220 ahli parlimen daripada 222 ahli parlimen di Dewan Rakyat. Terdapat dua kekosongan kerusi parlimen, di Batu Sapi dan Gerik susulan kematian penyandangnya mendiang Liew Vui Keong dan allahyarham Hasbullah Osman.

Sementara itu, Amanah dan DAP berpendapat satu anjakan politik diperlukan oleh pembangkang, dengan mencadangkan gabungan besar yang menyatukan semua parti pembangkang.

Meskipun, Pemuda PKR (AMK) Selangor berkata mereka terbuka dengan cadangan tersebut, tetapi menegaskan pembentukan gabungan besar pembangkang itu tidak boleh melibatkan Mahathir.

Anwar pula telah menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja - termasuk Mahathir - asalkan mematuhi prinsip PH dan parti gabungan lain tidak boleh membawa agenda peribadi.

Bagaimanapun, Mahathir menyatakan apa yang diharapkan oleh Anwar adalah sokongan 'tidak berbelah bahagi' daripadanya yang tidak dapat dilakukannya.

Kartel Daging – Di Mana Silapnya?

Kartel "Daging Haram", Pihak Berkuasa Negeri Mesti Segera Tangani Kebimbangan Pengguna

KUANTAN - Pihak berkuasa negeri Pahang diminta mengambil langkah bagi mengekang penularan perkara-perkara tidak diingini dan boleh menjejaskan keharmonian berikutan isu kartel daging haram import ketika ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, isu ini sangat sensitif di mana kini semakin serius berdasarkan berita-berita yang dibongkarkan dan tersebar, sekali gus menuntut kesahihannya disahkan segera.

“Kerana daging halal ini merupakan penggunaan atau barangan harian di kedai-kedai makan yang menggunakan daging import sebegini menjadi hidangan kepada ramai pelanggan. Jadi kesahihan isu ini menuntut tindakan serius agensi terbabit.

“Juga perlu supaya segera umumkan syarikat-syarikat yang telah dikenal pasti tidak menggunakan daging yang halal. Kerana jenama yang digunakan di pasaran sekarang ini terlalu banyak, dan juga dibimbangi menjejaskan pihak lain yang tidak bersalah.

“Ada pengilang tempatan yang beroperasi dengan baik pematuhan halal boleh terkena kesan negatif jika kartel terlibat tidak didedahkan ke pengetahuan awam segera,” ujar beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Pekerja dan Kepenggunaan PAS Pusat.

Tambah beliau, penguatkuasaan untuk memantau dan melakukan pemeriksaan dan penyeliaan ke atas semua pemegang permit import daging-daging daripada luar untuk pasaran negeri Pahang juga perlu segera dijalankan.

“Kita khususkan kepada negeri Pahang ini sebab kita rasa bahawa ianya tidak dapat lari, Pahang tak dapat lari daripada terlibat dengan isu kartel daging halal ini. Jadi, kita mengharapkan ianya diberikan satu perhatian yang sangat serius, tindakan segera dan tegas diambil.

“Ini untuk melindungi umat Islam terutama sekali daripada terpedaya dengan isu halal dan haramnya daging yang mereka gunakan setiap hari. Dan melindungi juga sensitiviti daripada pengusaha-pengusaha tempatan yang tulen,” ujarnya.

Isu didedahkan media sejak sebulan lalu ini telah disusuli dengan beberapa lagi siri laporan pembongkaran dan reaksi dari banyak pihak, namun bercampur baur dengan berita tokok tambah dan palsu dimainkan terutama di media sosial.

Kian menggempar dan melaratkan kebimbangan awam apabila tular muat naik yang tidak sahih dan disensasikan bersama kisah-kisah rekaan atau ulangan cerita lama hingga meletuskan kesangsian besar terhadap jualan daging.

Bagaimanapun, kesan isu ini telah menampilkan agensi-agensi terlibat dalam rantaian perbekalan daging ini memberi jaminan dan kesediaan meningkatkan kawal selia yang ketat atas perkara berkaitan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Speaker dan Timbalan Berjaya Batal Saman TunM dan 4 Lagi Pemimpin Pejuang

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan dikemukakan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, dan timbalannya untuk membatalkan saman Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain yang mempertikaikan kesahihan pelantikan mereka.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid berkata, mahkamah dilarang mempersoalkan urusan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti dinyatakan Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Pelantikan Speaker dan timbalannya didebatkan serta diundi pada persidangan 13 Jul lalu, dengan 111 Ahli Parlimen menyokong, manakala 109 membantah.

“Pelantikan itu sebahagian daripada prosiding Dewan Rakyat,” katanya.

Kamal berkata, pertikaian mengenai pelantikan Azhar dan timbalannya, Azalina Othman Said, dimuktamadkan dengan undian Ahli Parlimen.

“Dewan Rakyat dan Dewan Negara mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk melantik dan menyingkir Speaker serta timbalannya,” tambahnya.

Mahathir dan Ahli Parlimen Mukhriz Mahathir (Jerlun), Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) mahu mahkamah mengisytiharkan pelantikan Azhar dan Alazina tidak mengikut Perlembagaan kerana menyalahi Perkara 57 Perlembagaan dan Peraturan Tetap 3, 4, 6, dan 47 Dewan Rakyat.

Selain Azhar dan Azalina, Timbalan Speaker Rashid Hasnon serta Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, turut dinamakan sebagai defendan.

Kenapa Amanah Jadi Benteng Mahathir Pukul Anwar?

Nampaknya Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar, bercakap sama seperti nada saya bercakap juga dalam menangani kritikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada PH semalam.

Kata beliau, “kalau ada” kelemahan dan ‘kebobrokan’ semasa pentadbiran PH, bebannya tidak diletakkan hanya pada Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja kerana yang menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu adalah isteri Datuk Seri Anwar dan ada juga Menteri-Menteri dari PKR.

Ini boleh diterima walaupun ramai tahu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dari PKR rata-rata tidak berani menyanggah Tun Dr Mahathir semasa pentadbiran PH, cuma yang pelik kenapa geng AMANAH dan bukan geng PEJUANG yang jadi benteng Tun Dr Mahathir.

Peliknya lagi Datuk Mahfuz nampak agak ‘over’ di dalam mempertahankan Tun Dr Mahathir sehingga sampai ke tahap menyebut bukan Tun Dr Mahathir sahaja yang tidak boleh bawa agenda peribadi ke dalam ‘grand coalition’ tetapi Datuk Seri Anwar juga tidak boleh buat begitu.

Itu masih ok walaupun ramai tahu yang ada agenda peribadi, termasuk untuk menidakkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar, adalah Tun Dr Mahathir, bukannya Datuk Seri Anwar yang hanya sekadar menuntut perlaksanaan janji yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir.
Paling melucukan ialah bila Datuk Mahfuz sampai boleh menyebut beliau “tidak nampak adanya agenda peribadi dibawa Tun Dr Mahathir semasa 22 bulan PH mentadbir kerajaan”.

Come on lah, Datuk Mahfuz, kalau orang awam pun boleh nampak takkanlah orang yang berada dalam PH dan lebih dekat dengan Tun Dr Mahathir tak boleh nampak perkara ini?

Apa hebatnya Tun Dr Mahathir yang hanya ada 4 Ahli Parlimen sahaja hingga AMANAH yang ada 11 Ahli Parlimen dan DAP yang ada 42 Ahli Parlimen seperti melutut kepada beliau?

WhatsApp "tidak berfungsi" Pada tahun 2021 Adalah Berita Lama

Terdapat beberapa laman berita sejak semalam melaporkan bahawa WhatsApp akan berhenti berfungsi untuk iPhone dan Android tertentu pada tahun 2021. Namun, kisah itu telah dilaporkan setahun yang lalu pada tahun 2019, dan tidak ada yang baru.

Pada bulan Disember 2019 Lepas telah banyak portal berita melaporkan bahawa pengguna sistem operasi telefon lama tidak lagi dapat menggunakan WhatsApp mulai 1 Februari 2020. Ini bermaksud bahawa telefon yang berjalan pada iOS 9, dan Android 4.0.3 dan yang lebih baru tidak akan mempunyai  sebarang masalah dengan mengakses aplikasi sembang pada tahun 2021.

Malah telefon seperti iPhone 4s - dilancarkan pada tahun 2011 - akan juga dapat menggunakan aplikasi WhatsApp kerana ia telah dikemas kini sehingga iOS 9.3.5.  Peranti seperti Samsung Galaxy S2 dan Galaxy Note yang asli menjalankan Android 4.1 Jelly Bean, Masih membenarkan pengguna mengakses aplikasi tahun depan juga.

Menurut WhatsApp, mereka juga mengatakan bahawa berita itu "bukan sesuatu yang baru".  Mereka juga mengatakan bahawa telefon berkenaan sudah tidak disokong oleh whatsapp, ini bermakna jika telefon anda mempunyai telah mempunyai akses ke WhatsApp sekarang, kemungkinan besar akan berfungsi seperti biasa pada tahun 2021.

"Mereka hanya berbicara tentang perubahan Polisi WhatsApp yang telah diumumkan pada bulan Disember 2019, dan entah bagaimana mereka menghubungkannya pula dengan 1 Januari 2021," Ulas Jurucakap WhatsApp mengenai berita yang tersebar.

Untuk mengetahui sistem operasi telefon yang anda gunakan, bagi pengguna iPhone boleh pergi ke Tetapan> Umum> Maklumat.  

Pengguna Android, sebaliknya, dapat pergi ke Tetapan> Perihal Telefon untuk melihat versi yang digunakan oleh telefon pintar mereka.

Sumber : News18 

Pemuda UMNO Lapor Polis Dakwaan Keluarga Bekas Gabenor BNM Terima Dana 1MDB

(FMT) – Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap dakwaan keluarga bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Aziz pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Exco Pemuda UMNO, Shahrul Nasrun Kamaruddin berharap polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan segera dengan memanggil Zeti serta keluarganya.

“Saya sebagai rakyat yang cintakan negara mendesak satu laporan terperinci tiada satu pihak pun, termasuk bekas pemegang jawatan tertinggi dalam mana-mana institusi kewangan yang mempunyai penglibatan dalam skandal 1MDB, diberikan perlindungan dan tidak dihadapkan ke muka pengadilan atas apa jua sebab.

“Rakyat Malaysia memerlukan kebenaran dalam usaha kita membersihkan semula nama negara tercinta ini di mata dunia,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Isnin lalu, laman MalaysiaToday mendakwa pegawai kanan di AmInvestment Bank Bhd bersekongkol membantu dua syarikat yang ada kaitan dengan Low, menjana keuntungan berjuta-juta daripada bon 1MDB pada hari pertama ia dikeluarkan.

Penjualan bon bernilai RM5 bilion itu dikatakan diatur AmInvestment dan diluluskan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) ketika itu, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, walaupun dibantah pemegang saham, kerajaan Terengganu.

Penerbitan bon bernilai RM5 bilion, yang dikatakan untuk pembangunan bersama Pulau Bidong dengan Mubadala, didakwa dilakukan terburu-buru atas nasihat penasihat khas TIA tanpa menyelesaikan isu dibangkitkan lembaga pengarahnya.

Wang yang diperolehi 1MDB daripada bon itu digunakan untuk membayar PetroSaudi JV sebanyak AS$1 bilion. Bagaimanapun, penyiasat kes itu mengesahkan AS$700 juta dipindahkan ke syarikat ada kaitan dengan Low, Good Star Ltd.

Low kemudian didakwa memindahkan berjuta dolar kepada pelbagai individu dan entiti, termasuk suami Zeti, Tawfiq Ayman, menerusi syarikat yang dikaitkan dengannya, Cutting Edge Industries Ltd, dalam sepucuk surat bertarikh 13 Mac 2019.


PAS Jadi Jambatan Penghubung UMNO-BERSATU

(PN BBC) – PAS tidak akan meninggalkan Muafakat Nasional (MN) dan mahu pun Perikatan Nasional (PN), sebaliknya bersedia menjadi jambatan penghubung bagi mengukuhkan hubungan dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang pilihan raya umum (PRU-15).

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara berkenaan selari dengan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengukuhkan MN dan memperkasakan PN di peringkat pusat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata kerjasama PAS parti yang membentuk gabungan MN dan PN perlu diperkukuhkan jika mereka mahu membentuk kerajaan Persekutuan yang kuat selepas PRU-15.

“Kalau kita nak menjadi kerajaan yang gagah, dalam pilihan raya akan datang ini perlu ada kerjasama yang mantap antara PAS, UMNO dan BERSATU… pengalaman yang lepas kita lihat kerajaan ini tidak stabil kerana jumlahnya (majoriti) kecil.

“Baru-baru ini dalam Belanjawan 2021, kita berjaya dengan undian 111 bagi kerajaan Perikatan Nasional dan 108 pembangkang, berbeza tiga undi… jadi dengan undian itu kerajaan jadi tidak stabil dan menjejaskan keyakinan pelabur,” katanya pemberita selepas Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, dalam PN tidak ada satu pun parti yang boleh bergerak sendiri bagi menghadapi PRU-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa tahun depan.

“Saya pernah sebut sebelum ini, ketiga-tiga parti ini iaitu PAS, UMNO dan Bersatu secara asasnya tidak ada satu pun yang boleh berdiri sendiri. Jadi disebabkan itu kita mesti merapatkan persefahaman dan mengurangkan pertembungan.

“Setakat ini pertemuan antara sayap parti sedang berjalan dan kita dapat maklumat hubungan itu ada, cuma secara formal dan tidak formal… tapi di semua peringkat hubungan antara PAS dan UMNO secara asasnya memang berlaku dan berjalan dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, PAS mengetahui UMNO dan Bersatu mempunyai masalah dan sewajarnya semua pihak berusaha mengetepikan pertembungan dan perselisihan, sekali gus mencari titik pertemuan untuk kepentingan bersama.

“Untuk pilihan raya akan datang… paling lewat pun pada pandangan saya secara peribadi adalah pada Jun hadapan.

“Kita nak pilihan raya akan datang ini dapat wujudkan kerajaan yang lebih gagah dan stabil, yang bukan hanya menjaga kepentingan orang Melayu, Islam tetapi seluruh rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, beliau difahamkan MN tidak boleh didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) disebabkan nama itu sudah digunakan pihak lain.

“Nama tu sudah ada didaftarkan di ROS dan kita tidak tahu macam mana… itu yang saya difahamkan… sebab itu kita tidak boleh nak daftar, kalau nak daftar kena buat perubahan nama.

“Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada lagi cadangan nama lain… untuk kita berjalan kita kekalkan dengan MN cuma tidak daftar,” katanya.

- MalaysiaToday

Dua Pengarah Syarikat Pembekal Daging Mengaku Tidak Bersalah Guna Logo Halal Tanpa Perakuan

JOHOR BAHRU: Dua pengarah syarikat yang juga pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menggunakan logo halal tanpa perakuan pihak berkuasa awal bulan ini di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini pagi ini.

Pengakuan dibuat di hadapan hakim Mohamad Haidar Abdul Aziz.

Mengikut kertas pertuduhan, bagi pertuduhan pertama, Rahman Sheikh Abdullah, 44, yang mewakili perniagaan Raihanah Cold Storage Sendirian Berhad didakwa melakukan perkhidmatan yang berhubung makanan halal dengan menggunakan logo halal tanpa diperakui halal oleh pihak berkuasa berwibawa yang dilekatkan di lori milik syarikat itu.

Kesalahan didakwa dilakukan pada 1 Disember lalu, pada jam 1 petang di premis perniagaan di Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru.

Kesalahan dilakukan di bawah Perenggan 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8(a) perintah yang sama.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Rahman bersama Raihanah Kasim, 42, dituduh secara bersama selaku pemilik syarikat Raihanah Enterprise melakukan kesalahan sama, pada lori milik syarikat yang berbeza di lokasi dan masa sama.

Kesalahan dilakukan di bawah Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah perenggan 8(a) perintah yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, T. Ashvinii.
Manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Noor Liana Hashim dan Lau Kok Guan.

Mahkamah menetapkan kedua -dua tertuduh diberi jaminan RM40,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan 19 Januari depan.

- Astro Awani

PAS Masih Kekal Bersama MN - Idris Ahmad

KOTA MELAKA: Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad menafikan khabar angin yang tersebar di ruangan maya akhir-akhir ini kononnya PAS bakal meninggalkan Muafakat Nasional (MN).

Menurut beliau, khabar angin tersebut hanyalah sentimen yang dimainkan oleh musuh yang cuba menyusup masuk ke dalam parti gabungan MN ini untuk memecahbelahkan perpaduan di dalam gabungan ini dan memenangkan Pakatan Harapan (PH).

“Saya masih lagi terlibat dalam Jawatankuasa Perunding di Peringkat Nasional dan juga Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa Teknikal ini saya pengerusi dan Dato’ Seri Khalid Nordin (pengerusi) di pihak Umno.

“Di peringkat jawatankuasa perunding (Umno) diketuai oleh Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan dan PAS pula diketuai oleh Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Memang baru-baru ni kita mesyuarat… tak ada apa-apa, dan hari ini pun kita mesyuarat lagi,” ujar beliau menyangkal tentang khabar angin tersebut.

Ketika ditanya tentang harapan beliau terhadap masa depan MN, Ustaz Idris berharap agar MN dapat diperkukuhkan lagi kerana ini wadah untuk dua parti yang teras dalam kalangan orang Melayu yang mempengaruhi peringkat akar umbi sama ada di peringkat ahlinya, kepimpinan sehingga ke peringkat bawah.

“PAS juga pernah bersama dengan Parti Melayu, Semangat 46 dan sebagainya zaman dahulu, cuma tidak berapa kuat. Tetapi apabila kita wujudkan perpaduan dengan Umno, kita jadi kuat sebab Umno ni dia ada grassroot dan PAS pun ada grassroot,” ujar beliau.

Sementara itu, apabila diminta mengulas tentang pembentukan kerajaan baharu Perak berkaitan portfolio Exco yang diberikan kepada PAS, beliau berkata orang PAS ini diibaratkan seperti pepatah Melayu tentang benih yang baik.

“Kalau campak di laut jadi pulau, campak di darat jadi gunung. Insya-Allah kita boleh kerja mana-mana tempat dan bukan suatu masalah yang besar,” ujar beliau.

Ustaz Idris berkata demikian kepada Harakahdaily semasa ditemubual selepas merasmikan Maktab Quran Al Iqra di Taman Alai Perdana, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Ustaz Idris telah menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid As-Syakirin Pasir Puteh, Bachang yang turut dihadiri oleh Exco Melaka, Dato’ Norhizam Hassan Baktee dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Dato’ Ustaz Kamarudin Sidek.

Sementara itu, pengasas Maktab Quran Al-Iqra, Dr Mohd Rozey Baba, 51, menjelaskan bahawa matlamat penubuhan pusat ilmu ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai yang ingin mempelajari ilmu Al-Quran dengan lebih mendalam melalui pengajian talaqqi, iaitu bersemuka dengan guru tanpa perantaraan.

“Kita akan ajar dia daripada huruf yang pertama sampai juzuk Quran habis dan kita tambah nilai orang awam supaya Al-Quran jadi pakaian harian. Maknanya apabila dia bangun tidur, perkara pertama kalau dia pegang telefon pintar itu, dia akan baca Al-Quran.

“Masa pengajian selepas waktu Isyak dan Subuh manakala pengajian pada waktu siang hari perlu tengok kepada keperluan sebab yang mahu datang kebanyakan yang bekerja,” ujar beliau menjelaskan tentang pusat pengajian ini yang bakal beroperasi pada bulan Januari tahun hadapan. – HARAKAHDAILY 29/12/2020

UMNO Rela Sokong Anwar Demi Kuasa?


Selepas 10 bulan Perikatan Nasional (PN) memerintah negara sejak kejatuhan kerajaan PH yang lepas, politik negara masih lagi goyah apabila jumlah majoriti yang dimiliki kerajaan hanya dibezakan dengan 3 undi.

Berdasarkan undi belah bahagi terhadap Belanjawan 2021, kerajaan PN hampir tumbang apabila terdapat desas-desus mengatakan segelintir Ahli Parlimen UMNO akan menolak belanjawan tersebut jika permintaan mereka gagal dipersetujui oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Namun, segalanya terjawab apabila tiada satu pun Ahli Parlimen UMNO yang berani menolak, malah tetap menyokong walaupun permintaan mereka tidak ditunaikan sepenuhnya.

Selepas beberapa siri serangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang, antaranya mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen dan usaha Anwar Ibrahim mempersembahkan akuan bersumpah (SD) yang dimilikinya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober, pemerintahan yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi gagal ditumbangkan oleh kerana pendirian UMNO yang tidak jelas.

Meskipun, terdapat beberapa nama disebut menyokong Anwar, antaranya ialah Zahid Hamidi dan Najib Razak, namun sehingga ke hari ini tiada apa-apa yang berlaku.

Saya berpendapat bahawa UMNO berada dalam dilema iaitu sama ada ingin terus menyokong pemerintahan Muhyiddin ataupun membentuk gabungan politik baru bersama PKR, DAP dan Amanah.

Hal ini tercetus apabila beberapa veteran UMNO, antaranya ialah Puad Zarkashi, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Shahrir Samad, menyeru Ahli-ahli Parlimen parti itu menarik sokongan mereka dari terus menyokong kepimpinan Muhyiddin.

Hal ini demikian kerana, bagi mereka, UMNO telah dibuli dengan teruk dan ketidakadilan berlaku apabila Ahli Parlimen UMNO hanya menjawat jawatan portfolio yang tidak penting dalam Jemaah Menteri, meskipun mempunyai Ahli Parlimen yang terbesar dalam kerajaan PN.

Contohya, lihat bagaimana PRN Sabah yang menyaksikan penenggelaman BN sehingga mengakibatkan jawatan ketua menteri diserahkan kepada parti pimpinan Muhyiddin Yassin walaupun mereka menang kerusi terbanyak.

Adakah UMNO sedar bahawa mereka bukan lagi kuasa besar dalam politik tanah air? Berdasarkan perjanjian yang dimeterai antara parti-parti dalam Perikatan Nasional, UMNO terpaksa melepaskan Sabah, Sarawak, Kedah, Terrengganu, dan Kelantan kepada PPBM, GPS, dan PAS.

Sedarkah UMNO bahawa mereka mungkin terpaksa melepaskan beberapa negeri lagi misalnya di Johor, Perak, dan Melaka jika terus berada dalam PN pada PRU-15 akan datang?

Sedarkah bahawa UMNO terpaksa melepaskan kerusi yang dimenangi kepada wakil rakyatnya yang telah berpaling tadah ke PPBM? Ini ditambah lagi dengan “sahabat sejati” mereka iaitu PAS yang seolah-olah berpihak kepada Muhyiddin dan seakan-akan sudah lupa piagam yang dipersetujuinya bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Adalah amat tidak wajar apabila jawatan timbalan perdana menteri tidak diserahkan kepada UMNO dengan alasan Presiden Zahid Hamidi mempunyai kes di mahkamah.

Persoalannya, undang-undang mana yang menyatakan seseorang itu tidak layak menjawat jawatan timbalan perdana menteri kerana mempunyai kes yang masih berjalan walaupun belum dinyatakan bersalah atau tidak?

Adakah Muhyiddin ingin menjadi diktator ataupun ingin menonjolkan imej bersih beliau kepada rakyat?

Ataupun mungkinkah benar desas-desus bahawa beliau mahukan Azmin Ali menjadi pengganti beliau pada masa akan datang?

Bagi saya, saranan pemimpin veteran UMNO tersebut perlu disegerakan walaupun ditentang oleh segelintir ahli Parlimen UMNO yang telah mendapat habuan jawatan dalam kabinet dan GLC.

Menteri Sains, Inovasi, dan Teknologi, Khairy Jamaluddin mengatakan tiada siapa yang layak menggantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri, baik dalam UMNO mahupun pembangkang. Beliau juga menyarankan Muhyiddin terus mengetuai kerajaan pada PRU-15 akan datang. Persoalannya, adakah wajar pemimpin dalam UMNO sendiri mengeluarkan kenyataan sebegini rupa?

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa pemimpin yang menyatakan bahawa UMNO rela hilang kuasa daripada bekejasama dengan DAP. Hal ini demikian kerana, mereka merasakan bahawa orang Melayu akan menolak UMNO jika menjalinkan hubungan dengan DAP kerana telah mengorbankan dasar perjuangan parti itu iaitu ABATA (Agama, Bangsa,Tanah, Air).

Kini, slogan “No Anwar, No DAP” digunakan bagi memastikan tiada sebarang kerjasama dapat dilakukan.

Secara peribadi, saya merasakan bahawa UMNO akan mengalami kerugian yang sangat besar jika terus menyokong kerajaan sedia ada. Hal ini berlaku kerana, mereka tidak mungkin lagi berkuasa seperti dulu akibat dibayangi oleh PPBM pimpinan Muhyiddin. Pada waktu yang sama, secara sedar atau tidak, UMNO bakal hilang satu persatu pemimpin mereka yang sedang menjalani perbicaraan di mahkamah.

Saya yakin bahawa ini merupakan masa yang tepat untuk menjatuhkan Muhyiddin dan seterusnya menamatkan penguasaan parti pimpinan beliau di peringkat persekutuan dan negeri. Buat masa ini, keputusan yang paling tepat ialah untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri di samping merangka strategi baru bagi menghadapi PRU-15 kelak.

Dengan menyokong Anwar sebagai perdana menteri ke-9, ia bukanlah satu langkah ke belakang, namun merupakan strategi yang mampu memastikan UMNO kekal menjadi parti Melayu utama di negara ini tanpa perlu mengikut telunjuk PAS dan PPBM.

Muhammad Hafeezzur Rahman

Selepas Membuat Usul Jatuhkan Peja, Dato Manaf Dilantik Penasihat MB Perak

Wakil rakyat yang membawa usul undi percaya sehingga menyebabkan Adun Chenderiang Ahmad Faizal Azumu tersingkir daripada jawatannya sebagai menteri besar kini dilantik sebagai penasihat khas menteri besar baru Perak.

Adun Pengkalan Baru, Abd Manaf Hashim, kini berkhidmat sebagai penasihat khas kepada Menteri Besar Saarani Mohammad, dengan jawatannya bertaraf exco kerajaan negeri.

Mempertahankan pelantikan itu Saarani berkata, sebaliknya pemilihan Abd Manaf dibuat bukanlah sebagai imbuhan kerana memulakan proses mengetepikan Ahmad Faizal.

Sebaliknya kata Saarani ia dibuat berdasarkan kelayakan Abd Manaf sendiri.

“(Pelantikan) ini bukan imbuhan, kita tidak menjanjikan apa-apa. Tidak terlintas sama sekali bab itu.

“Kita memilih beliau sebagai antara Adun yang senior, kita yakin pada kebolehan beliau maka beliau ambil tempat itu. Tak ada imbuhan, bukan berjanji apa-apa, tak ada,” katanya seperti dipetik Utusan Online hari ini.

Abd Manaf merupakan Adun Umno yang membawa usul undi percaya kepada Ahmad Faizal yang kemudian menyaksikan timbalan presiden Bersatu itu akhirnya gagal mendapat sokongan untuk kekal sebagai menteri besar Perak.

Ekoran undian dalam DUN Perak itu Ahmad Faizal kemudian melepaskan jawatannya sebelum Saarani dipilih menggantikannya.

Isu itu bagaimanapun sempat menyaksikan Saarani perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan sokongan majoriti sebelum mengangkat sumpah sebagai menteri besar.

Ia juga menyaksikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang memohon menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, sebelum dua Adun parti itu dilantik menjadi exco.

Saarani berkata sebelum ini memang ada jawatan penasihat khas menteri besar untuk Ahmad Faizal dan ia diisi Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin.

Bagaimanapun dengan pertukaran jawatan menteri besar Zainol Fadzi – Adun Umno yang kemudian menyertai Bersatu – juga berundur dan meninggalkan kekosongan pada jawatan tersebut.

Justeru kata Saarani dia hanya mengisi kekosongan yang ditinggalkan itu dengan melantik Abd Manaf.

“Tempat itu dikosongkan oleh Zainol Fadzil, jadi saya perlu isi. Apabila nak isi mestilah orang yang pada pendapat kita layak dan antara kriterianya, pertama senior dan berpengalaman dalam bidang korporat kerana beliau dahulunya adalah ahli Lembaga Pengarah TNB (Tenaga Nasional Bhd).

“Jadi berdasarkan pengalaman itu kita lantik beliau,” katanya.

Derita pencemaran najis babi


Mungkin itu ungkapan paling sesuai buat penduduk Kampung Air Melintas Kecil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, berhubung isu pencemaran najis babi di Sungai Kereh akibat longgokan najis babi yang mengalir dari ladang di Kampung Selamat yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari sini.

Penduduk, Abu Hasan Awang,52, memberitahu Bernama, pencemaran serta bau busuk dari air yang mengalir di Sungai Kereh itu sudah terlalu lama berlaku, namun penyelesaian masih tidak menunjukkan tanda berakhir hingga kini.

“Bayangkan dari 1980-an hingga kini, masalah ini tetap sama. Pihak berkuasa, agensi berkaitan, wakil rakyat, datang silih berganti, hanya datang,lihat kemudian pulang. Pencemaran itu tetap berlaku hingga kini. Sampai bila?” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Air Melintas Kecil baru-baru ini.

Abu Hasan berkata memandangkan isu pencemaran sungai itu masih berlarutan, wajar sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut yang berkemungkinan melibatkan faktor “orang dalaman”.

“Siasatan SPRM itu perlu dan wajar. Saya bersetuju jika SPRM nak datang siasat. Pencemaran Sungai Kereh sebab perkara ini sudah berpuluh tahun (40 tahun), berpunca dari ladang babi dan juga bahan kimia kilang.

“Kalau musim kemarau lagi teruk, bau amat kuat, bercampur najis babi dan bahan kimia dari kilang, ” tambahnya. Beliau yang sebelum ini mengerjakan sawah tidak lagi berbuat demikian disebabkan air sungai yang tercemar itu turut memusnahkan hasil tanaman padinya, sebaliknya kini meraih pendapatan sebagai pemandu lori.

Berkongsi kenangan ketika Sungai Kereh belum tercemar pada awal 1970-an, Abu Hasan berkata, sungai itu lubuk rezeki untuk penduduk setempat mencari rezeki kerana banyak udang galah.

Namun kini aktiviti menangkap dan menjual udang galah tidak lagi dapat dilakukan.

Kekecewaan sama diluahkan pesawah Hishamudin Md Isa, 42, yang menanggung kerugian akibat pencemaran Sungai Kereh malah menceritakan pengalaman menjijikkan ketika mahu mengambil hasil padi.

“Pernah ada najis seketul-seketul di situ. Tidak sanggup rasanya. Padi juga banyak yang rosak dan kami pesawah mengalami kerugian ribuan ringgit. Itu belum masuk habis kaki gatal-gatal,” katanya .

Bagaimanapun, Hishamudin mengakui menarik nafas lega apabila perkara itu mendapat perhatian Jawatankuasa Petugas Khas yang ditubuhkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang diarahkan menyelesaikan segera isu berkenaan.

Katanya, lawatan bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Datuk Dr Nadzri Yahaya baru-baru ini yang turun meninjau lokasi pencemaran, dilihat dapat memberi kelegaan serta ruang penyelesaian sebaiknya demi kesejahteraan penduduk setempat dan sekitarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri (Pulau Pinang), Dr Norlela Ariffin berkata, beliau meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat laporan polis di bawah Sekyen 430 Kanun Keseksaan dan kini perkara itu masih dalam siasatan polis.

Tambahnya, pihak polis telah mengambil 11 sampel air sungai yang ada najis Babi serta sampel dari kandang yang disyaki melepaskan najis.

“Jika SPRM hendak siasat, saya mengalu-alukan supaya tidak ada pencemar yang dibiarkan membuang sisa kumbahan ke dalam parit dan sungai sehingga BOD (Oksigen Biokimia) terlalu tinggi,” katanya.

Menurutnya Enakmen Ternakan Babi 2016 hanya diwartakan pada tahun 2020 dan Peraturan Ternakan Babi pula hanya diwartakan pada Mac 2020. Disebabkan itu kerajaan negeri melalui Jabatan Veterinar tidak dapat mengambil tindakan.

“SPRM boleh siasat kenapa proses pewartaan Enakmen Ternakan Babi ambil masa yang begitu lama berbanding Enakmen Perladangan Unggas yang diluluskan pada sesi kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2020 dan diluluskan di Mesyuarat Exco pada 9 Dis lalu untuk diwartakan pada 1 Jan 2021,” katanya. FMT

ATM sahkan rangkaian datanya digodam




KUALA LUMPUR — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan telah berlaku serangan siber terhadap rangkaian data miliknya semalam.

Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, insiden itu telah dikesan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM.

Bagaimanapun, beliau berkata serangan itu hanya melibatkan segmen tertentu yang telah diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi, dan tidak menjejaskan operasi portal sebenar.

“Sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC telah melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah, seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.

“ATM juga menyedari wujudnya cubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ATM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Affendi menegaskan aspek keselamatan siber ATM sentiasa bersiap sedia bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan, dapat dikesan awal seterusnya ditangani sebaiknya.

“ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa, terutama melalui peranan BSEP dan CDOC, yang bukan hanya memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM, malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara,” katanya.

Semalam, portal web ATM dipercayai telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, dengan mempamerkan gambar tidak senonoh di portal terbabit kira-kira 12 tengah hari.

— BERNAMA


Teknologi rantaian jamin integriti daging import halal

Pendedahan memalukan mengenai industri daging halal yang berkisar gejala rasuah sistemik sebuah kartel terdiri pengeksport asing yang didakwa berkomplot dengan empat agensi kerajaan, memberi peringatan provokatif bagaimana budaya itu berakar umbi di Malaysia.

Rasuah bukan sahaja setakat rutin membabitkan prosedur birokrasi, bahkan melanggar teras Islam mengenai makanan halal yang berkaitan ritual penyembelihan, selain pembabitan pegawai kerajaan yang rata-ratanya beragama Islam.

Pelanggaran berganda dikecam Islam di mana rasuah dan tipu daya ini mengakibatkan masyarakat Islam tanpa pengetahuan mengambil daging tidak halal selama 40 tahun.


Sejak 1970-an, Malaysia berjaya mengubah industri halal menjadi antara pensijilan halal yang paling mapan dan dipercayai pada peringkat global.

Negara juga mengembangkan industri makanan dan minuman halal serta rantaian bekalan, sambil secara agresif mengambil langkah berkembang ke sektor lain seperti perjalanan, kosmetik dan pembiayaan.

Nilai eksport produk halal Malaysia meningkat hampir tiga kali ganda dalam tujuh tahun - dari RM15.2 bilion pada 2010 menjadi RM43.3 bilion pada 2017 - menyumbang kira-kira 7.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017.

Sayangnya, walaupun eksport halal menjadi sebahagian besar ekonomi negara, sumbangannya masih kecil dalam pasaran halal global yang kini dianggar bernilai AS$2.3 trilion setahun (tidak termasuk kewangan Islam) – pasaran paling cepat berkembang di mana pertumbuhan globalnya dianggarkan mencapai kadar tahunan 20 peratus setahun.

Pada 2018, Malaysia hanya menyumbang satu peratus permintaan halal global, membuktikan banyak peluang dan ruang untuk diperbaiki demi membangunkan sebuah hab halal yang telus dan dipercayai.

Walaupun unjuran penduduk Muslim dijangka meningkat menjadikannya 30 peratus penduduk dunia menjelang 2050 yang juga satu faktor pendorong pengembangan pesat industri halal, pendedahan mengenai kewujudan kartel satu berita yang tidak baik untuk industri halal di sini.

Selain keperluan reaktif memperkukuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan lebih banyak sumber dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk meningkatkan tadbir urusnya mengenai pengeluaran permit import (AP) daging ke Malaysia, keperluan mendesak dan proaktif juga diperlukan untuk mencegah kejadian itu berulang memandangkan rasuah kini menjadi satu cara hidup di Malaysia.

Antara langkah proaktif harus segera dilaksanakan pihak berkuasa terbabit - kementerian yang mengeluarkan AP dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mendapatkan sijil halal – adalah melaksanakan teknologi blockchain atau rantaian blok dalam kedua-dua urusan ini.

Dikenali juga sebagai teknologi lejar agihan (DLT), ia boleh mengubah semua strategi kartel yang licik dan licin untuk mencapai objektif penipuan mereka.

Melalui kontrak pintar, DLT menetapkan secara digital semua proses dan keperluan mengikut kepiawaian halal, mengesahkan pematuhan halal dan memastikan kebolehlaksanaan rantaian bekalan halal.

Kontrak pintar adalah protokol komputer yang bertujuan memudahkan, mengesahkan atau menguatkuasakan perundingan atau pelaksanaan kontrak secara digital.

Ia juga membolehkan pelaksanaan urusan yang boleh dipercayai tanpa pihak ketiga.

Rantaian blok adalah sistem pengagihan kuasa antara semua pihak yang menyertainya, pembayaran kepada perantara (orang tengah) tidak diperlukan dan ini menjimatkan masa dan persengketaan.

Walaupun DLT mempunyai masalahnya tersendiri, tidak dapat disangkal ia lebih cepat, lebih murah dan lebih selamat berbanding sistem tradisional. Lantaran itulah bank dan pemerintah sedang beralih kepada sistem DLT.

Ketika seseorang meminta sesuatu urusan, permintaan disiarkan ke jaringan rakan ke rakan (P2P) terdiri beberapa komputer (juga dikenal sebagai nod) yang mengesahkan transaksi dan status pengguna melalui algoritma diketahui.

Selepas disahkan, urusan digabungkan dengan urusan serupa sebelumnya bagi mewujudkan blok data baharu untuk lejar, yang kemudian digabungkan dengan rantaian blok sedia ada dengan cara yang kekal dan tidak dapat diubah.

Urusan terbaru itu kini selesai, sementara menunggu transaksi lain. Sebagai pangkalan data lejar yang disulitkan (encrypted) untuk mengaburkan maklumat supaya tidak dapat dibaca tanpa pengetahuan khusus, rantaian blok itu hampir mustahil untuk digodam, menjadikan semua rekod urusan dapat disahkan secara kekal.

Sebagai satu sistem pengagihan kuasa tanpa pemilik tunggal, sebarang perubahan dilakukan pada rekod terdahulu mesti disahkan majoriti nod atau anggota dalam jaringan. Ini menjadikan ia teknologi selamat dari segi reka bentuk.

Ringkasnya, rantaian blok halal mempunyai maklumat lengkap mengenai alamat dan jalur rantaian bekalan mereka daripada sumber hinggalah titik pembelian pengguna.

Ini memberi jaminan sangat diperlukan bagi umat Islam bahawa status halal makanan di meja mereka dapat dikesan melalui semua lokasi rantaian bekalan halal bermula dari ladang halal atau ladang ternakan pertama dalam rantaian bekalan itu termasuk identiti petani atau penternak.

Rantaian blok menyuntik kepercayaan kepada bekalan halal dan rantai nilai pemilik jenama yang lebih mampu menjamin integriti halal.

Ini juga dapat digabungkan dalam sistem keberlanjutan dan tanggungjawab korporat yang meluas demi memperluaskan pasaran jenama di luar pengguna Muslim.

Aplikasi nyata rantaian blok yang paling penting adalah asal usul data (data provenance) – dokumentasi mengenai daripada mana data itu berasal dan proses serta metodologi dihasilkannya.

Ia mewujudkan satu garis masa penjagaan tunggal data yang selamat, direka supaya ia kalis gangguan.

Sistem ini dapat digunakan untuk menyediakan 'cerita' kepada pelanggan mengenai setiap produk meliputi bahan, lokasi, proses, ramuan dan pembekal, serta memungkinkan perniagaan membuktikan tuntutan mengenai produk mereka menggunakan data sebenar.

Sudah tiba masanya kementerian menggunakan sistem itu dalam mengeluarkan AP untuk pengeksport membawa daging halal ke negara ini dan mengundang agensi kerajaan berkaitan menjadi sebahagian jaringan dalam sistem dilandaskan kepada teknologi rantaian blok.

***Penulis adalah Pengarah Media dan Komunikasi di EMIR Research

Pihak terlibat industri daging akan dipanggil fahami garis panduan - Zulkifli

KUALA LUMPUR, 29 Dis -- Kerajaan akan memanggil pihak industri yang terlibat dalam pengimportan dan penyembelihan haiwan bagi memastikan mereka memahami garis panduan yang ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ia sekali gus bagi memastikan kepatuhan yang tinggi dan berintegriti dapat dilaksanakan dengan baik. 

“Selain itu, kita akan berbincang untuk mengenal pasti kelemahan SOP (prosedur operasi standard) dan ia akan diperkuat dan diperkemas lagi, insya-Allah pada Januari akan datang,” katanya selepas Program Penyampaian Sumbangan Barangan Makanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Seri Sentosa di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut akan mengeluarkan satu kenyataan hari ini berkaitan isu daging import dan sembelihan dalam negara.

Isu berkenaan mendapat perhatian selepas media melaporkan taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.

Terdahulu, ketika berucap pada program berkenaan Zulkifli berkata MAIWP menyalurkan zakat berjumlah RM623.66 juta kepada golongan memerlukan sejak Januari hingga 30 Nov tahun ini.

Katanya, zakat yang dikutip turut diagihkan kepada 30 skim bantuan, agihan menerusi institusi pendidikan dan perlindungan serta bagi prasarana umat Islam di Wilayah Persekutuan.

-- BERNAMA

JAKIM akan keluar senarai pengimport daging berlesen


28 DIS : Senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam usaha untuk meredakan kebimbangan orang ramai berhubung isu daging import haram.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau difahamkan pihak Bahagian Pengurusan Halal Jakim bahawa lesen menjual daging ini turut melibatkan kementerian lain.

“Justeru kami akan mengadakan kerjasama lebih erat dengan kementerian yang terlibat. Saya akan cakna isu ini dan meninjau sebarang bentuk permasalahan yang ada kaitan dengan logo halal Jakim, sekiranya ada mana-mana kelemahan, kita akan kemas kini,” katanya.

Belia berkata demikian kepada pemberita di Dewan Negara hari ini.

Tambahnya, pihaknya akan terus berkolaborasi dengan pihak lain yang berkaitan dalam usaha untuk memastikan rakyat di negara ini, khususnya umat Islam mendapat produk daging import yang 100 peratus halal.

Sementara itu, beliau turut memuji tindakan pengeluar makanan proses Ramly Food Prosessing Sdn Bhd (RFPSB) yang membuat pengesahan tiada pembabitan orang tengah dalam urusan import daging dan bahan mentah daripada syarikat itu.

“Saya ucapkan syabas kepada Ramly Burger kerana kenyataan seperti itu akan hilangkan keraguan dan kerisauan orang ramai yang membeli produk syarikat berkenaan.

“Mana-mana penjual daging juga digalakkan menghebahkan kenyataan sama bagi memastikan setiap rakyat terutamanya umat Islam mendapat bekalan makanan yang halal dan bersih,” ujarnya.

Whatsapp akan hentikan operasi untuk pelbagai peranti lama Apple dan Android




Jutaan telefon di seluruh dunia tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 Januari 2021 berikutan aplikasi itu memberhentikan perkhidmatan mereka kepada berjuta-juta peranti lama.

Menurut laporan Metro UK, hanya sebilangan telefon boleh mengemaskini ke perisian yang lebih baru untuk memastikan WhatsApp mereka tetap beroperasi, tetapi sebahagian besar akan kehilangan aplikasi itu sama sekali.

WhatsApp sering menurunkan sokongan untuk peranti lama agar sentiasa dikemas kini. Mulai 31 Disember 2020, mana-mana perisian yang menggunakan iPhone yang lebih lama daripada iOS 9 tidak lagi dapat menggunakannya. Ini bermakna iPhone 4 dan versi yang lebih lama.

Bagi iPhone 4S, 5, 5S, 5C, 6 dan 6S semuanya boleh dikemas kini ke iOS 9 untuk memastikan WhatsApp terus beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, mana-mana peranti Android yang menggunakan perisian lebih lama daripada Android 4.0.3 akan turut terjejas.
Sekiranya anda mempunyai telefon yang tidak dapat dikemas kini dan tidak mahu kehilangan mesej anda, pastikan anda membuat ‘backup’ sebelum malam Tahun Baru.

Anda boleh melakukan ini dengan membuka ruangan chat yang ingin anda simpan dan memilih Group Info.

Anda kemudian perlu memilih Export Chat untuk diberi pilihan bagi memuat turun chat dengan atau tanpa media.

Namun, jika telefon anda tidak dapat dikemas kini, nampaknya anda perlu mula mencari telefon pintar yang baru pada tahun 2021.

WhatsApp dilancarkan pada tahun 2009 dan kini merupakan aplikasi pesanan paling popular di dunia. Pada tahun 2014, aplikasi itu diperoleh oleh Facebook dengan harga $19 bilion (RM76.95 bilion).

Facebook kini dalam proses menggabungkan WhatsApp dengan Instagram dan Facebook Messenger sehingga pengguna dapat berinteraksi dengan lancar antara ketiga-tiga platform tersebut.

Sumber: Mirror UK

Normalisasi Israel: Lupa Hanya Kuasa Allah Yang Kekal

Allah SWT berfirman:

﴿Ł‚ُŁ„ِ اللَّهُŁ…َّ Ł…َŲ§Ł„ِكَ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ„ْكِ ŲŖُŲ¤ْŲŖِي Ų§Ł„ْŁ…ُŁ„ْكَ Ł…َنْ ŲŖَŲ“َŲ§Ų”ُ وَŲŖَنْŲ²ِŲ¹ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ„ْكَ Ł…ِŁ…َّنْ ŲŖَŲ“َŲ§Ų”ُ وَŲŖُŲ¹ِŲ²ُّ Ł…َنْ ŲŖَŲ“َŲ§Ų”ُ وَŲŖُŲ°ِŁ„ُّ Ł…َنْ ŲŖَŲ“َŲ§Ų”ُ  ŲØِيَŲÆِكَ Ų§Ł„ْŲ®َيْŲ±ُ  Ų„ِنَّكَ Ų¹َŁ„َى كُŁ„ِّ Ų“َيْŲ”ٍ Ł‚َŲÆِيرٌ٢٦﴾ 

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jugalah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sahajalah adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali ‘Imran: 26)

Ayat ini merupakan salah satu ayat yang sunat dibaca sebagai wirid setiap kali selepas solat lima waktu yang menjadi ibadat wajib bagi rukun Islam dan tiang agama. 

Al-Quran mentafsirkan ayat itu dengan firman Allah SWT dalam surah yang lain:

﴿Ų£َŁ„َŁ…ْ ŲŖَŲ±َ كَيْفَ فَŲ¹َŁ„َ Ų±َŲØُّكَ ŲØِŲ¹َŲ§ŲÆٍ٦ Ų„ِŲ±َŁ…َ Ų°َŲ§ŲŖِ Ų§Ł„ْŲ¹ِŁ…َŲ§ŲÆِ٧ Ų§Ł„َّŲŖِي Ł„َŁ…ْ يُŲ®ْŁ„َŁ‚ْ Ł…ِŲ«ْŁ„ُهَŲ§ فِي Ų§Ł„ْŲØِŁ„َŲ§ŲÆِŁØ وَŲ«َŁ…ُودَ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¬َŲ§ŲØُوا الصَّŲ®ْŲ±َ ŲØِŲ§Ł„ْوَŲ§ŲÆِŁ© وَفِŲ±ْŲ¹َوْنَ Ų°ِي Ų§Ł„ْŲ£َوْŲŖَŲ§ŲÆِٔ٠ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų·َŲŗَوْŲ§ فِي Ų§Ł„ْŲØِŁ„َŲ§ŲÆِٔٔ فَŲ£َكْŲ«َŲ±ُوا فِŁŠŁ‡َŲ§ Ų§Ł„ْفَŲ³َŲ§ŲÆَٔ٢ فَŲµَŲØَّ Ų¹َŁ„َيْهِŁ…ْ Ų±َŲØُّكَ Ų³َوْŲ·َ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٍٔ٣ Ų„ِنَّ Ų±َŲØَّكَ Ł„َŲØِŲ§Ł„ْŁ…ِŲ±ْŲµَŲ§ŲÆِٔ٤ فَŲ£َŁ…َّŲ§ Ų§Ł„ْŲ„ِنْŲ³َانُ Ų„ِŲ°َŲ§ Ł…َŲ§ Ų§ŲØْŲŖَŁ„َاهُ Ų±َŲØُّهُ فَŲ£َكْŲ±َŁ…َهُ وَنَŲ¹َّŁ…َهُ فَيَŁ‚ُŁˆŁ„ُ Ų±َŲØِّي Ų£َكْŲ±َŁ…َنِٔل وَŲ£َŁ…َّŲ§ Ų„ِŲ°َŲ§ Ł…َŲ§ Ų§ŲØْŲŖَŁ„َاهُ فَŁ‚َŲÆَŲ±َ Ų¹َŁ„َيْهِ Ų±ِŲ²ْŁ‚َهُ فَيَŁ‚ُŁˆŁ„ُ Ų±َŲØِّي Ų£َهَانَنِٔ٦﴾ 

“(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum ‘Aad (yang kufur derhaka). (6); Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya). (7); Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di semua negeri (pada zamannya)? (8); Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9); Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (10); (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). (11); Lalu mereka melakukan banyak kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (12); Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka pelbagai azab. (13); Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan di akhirat). (14); (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya, “Tuhanku telah memuliakan daku!” (15); Dan sebaliknya apabila diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan resah dan gelisah) serta merepek dengan katanya, “Tuhanku telah menghinakan daku!” (16).” (Surah al-Fajr: 6-16)

Kedua-dua ayat ini memberi petunjuk sepanjang zaman dan sepanjang perjalanan hidup di alam dunia.

Sejarah telah membuktikan akan kebenarannya bahawa tiada kuasa besar di alam dunia ini yang bertahan dan kekal abadi selama-lamanya. Termasuklah kerajaan Nabi Sulaiman AS, sebuah kerajaan yang paling besar dan berkuasa dalam sejarah manusia. Kerajaan Raja Iskandar Zulqarnain yang dipuji oleh Allah SWT kerana keadilannya dan menjadi kuasa besar tunggal pada zamannya tetap tidak bertahan jua.

Tidak terkecuali kerajaan yang zalim durjana juga tidak akan kekal buat selama-lamanya. 

Gambaran Allah SWT mengenai pasang dan surut serta rebah dan bangun kejadian alam ini, menjadi tanda kekuasaan Allah SWT yang sentiasa menguji keimanan manusia kepada-Nya.

Perbezaan kerajaan-kerajaan itu hanyalah antara syukur dan kufur terhadap kurniaan Allah SWT.

Nabi Sulaiman AS menikmati kejayaan kerajaannya dengan bersyukur kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman menceritakan kisahnya:

﴿Ł‚َŲ§Ł„َ Ų§Ł„َّŲ°ِي Ų¹ِنْŲÆَهُ Ų¹ِŁ„ْŁ…ٌ Ł…ِنَ Ų§Ł„ْكِŲŖَŲ§ŲØِ Ų£َنَŲ§ Ų¢ŲŖِيكَ ŲØِهِ Ł‚َŲØْŁ„َ Ų£َنْ يَŲ±ْŲŖَŲÆَّ Ų„ِŁ„َيْكَ Ų·َŲ±ْفُكَ  فَŁ„َŁ…َّŲ§ Ų±َآهُ Ł…ُŲ³ْŲŖَŁ‚ِŲ±ًّŲ§ Ų¹ِنْŲÆَهُ Ł‚َŲ§Ł„َ هَŲ°َŲ§ Ł…ِنْ فَŲ¶ْŁ„ِ Ų±َŲØِّي Ł„ِيَŲØْŁ„ُوَنِي Ų£َŲ£َŲ“ْكُŲ±ُ Ų£َŁ…ْ Ų£َكْفُŲ±ُ  وَŁ…َنْ Ų“َكَŲ±َ فَŲ„ِنَّŁ…َŲ§ يَŲ“ْكُŲ±ُ Ł„ِنَفْŲ³ِهِ  وَŁ…َنْ كَفَŲ±َ فَŲ„ِنَّ Ų±َŲØِّي Ųŗَنِيٌّ كَŲ±ِŁŠŁ…ٌ٤٠﴾ 

“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakan singgahsana (Maharani Balqis) kepadamu dalam sekelip mata!”. Setelah Nabi Sulaiman AS melihat singgahsana itu terletak di sisinya, dirinya berkata: “Ini ialah limpah kurniaan Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku mengingkari (akan ni’mat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Maha Kaya, lagi Maha Mulia.” (Surah al-Naml: 40)

Ayat ini menjelaskan bahawa Nabi Sulaiman AS sentiasa bersyukur kepada Allah SWT walaupun memiliki sebuah kerajaan yang paling berkuasa.

Begitulah juga Raja Zulqarnain AS yang bersyukur kepada kurniaan Allah SWT. Firman Allah SWT: 

﴿Ų­َŲŖَّى Ų„ِŲ°َŲ§ ŲØَŁ„َŲŗَ ŲØَيْنَ السَّŲÆَّيْنِ وَŲ¬َŲÆَ Ł…ِنْ ŲÆُŁˆŁ†ِهِŁ…َŲ§ Ł‚َوْŁ…ًŲ§ Ł„َŲ§ يَكَŲ§ŲÆُŁˆŁ†َ يَفْŁ‚َهُŁˆŁ†َ Ł‚َوْŁ„ًا٩٣ Ł‚َŲ§Ł„ُوا يَŲ§ Ų°َŲ§ Ų§Ł„ْŁ‚َŲ±ْنَيْنِ Ų„ِنَّ يَŲ£ْŲ¬ُوجَ وَŁ…َŲ£ْŲ¬ُوجَ Ł…ُفْŲ³ِŲÆُŁˆŁ†َ فِي Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ فَهَŁ„ْ نَŲ¬ْŲ¹َŁ„ُ Ł„َكَ Ų®َŲ±ْŲ¬ًŲ§ Ų¹َŁ„َى Ų£َنْ ŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁ„َ ŲØَيْنَنَŲ§ وَŲØَيْنَهُŁ…ْ Ų³َŲÆًّا٩٤ Ł‚َŲ§Ł„َ Ł…َŲ§ Ł…َكَّنِّي فِŁŠŁ‡ِ Ų±َŲØِّي Ų®َيْŲ±ٌ فَŲ£َŲ¹ِŁŠŁ†ُŁˆŁ†ِي ŲØِŁ‚ُوَّŲ©ٍ Ų£َŲ¬ْŲ¹َŁ„ْ ŲØَيْنَكُŁ…ْ وَŲØَيْنَهُŁ…ْ Ų±َŲÆْŁ…ًا٩ل Ų¢ŲŖُŁˆŁ†ِي Ų²ُŲØَŲ±َ Ų§Ł„ْŲ­َŲÆِيدِ Ų­َŲŖَّى Ų„ِŲ°َŲ§ Ų³َاوَى ŲØَيْنَ الصَّŲÆَفَيْنِ Ł‚َŲ§Ł„َ انْفُŲ®ُوا  Ų­َŲŖَّى Ų„ِŲ°َŲ§ Ų¬َŲ¹َŁ„َهُ نَŲ§Ų±ًŲ§ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų¢ŲŖُŁˆŁ†ِي Ų£ُفْŲ±ِŲŗْ Ų¹َŁ„َيْهِ Ł‚ِŲ·ْŲ±ًا٩٦ فَŁ…َŲ§ Ų§Ų³ْŲ·َŲ§Ų¹ُوا Ų£َنْ يَŲøْهَŲ±ُŁˆŁ‡ُ وَŁ…َŲ§ Ų§Ų³ْŲŖَŲ·َŲ§Ų¹ُوا Ł„َهُ نَŁ‚ْŲØًا٩٧ Ł‚َŲ§Ł„َ هَŲ°َŲ§ Ų±َŲ­ْŁ…َŲ©ٌ Ł…ِنْ Ų±َŲØِّي  فَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų¬َŲ§Ų”َ وَŲ¹ْŲÆُ Ų±َŲØِّي Ų¬َŲ¹َŁ„َهُ ŲÆَكَّŲ§Ų”َ  وَكَانَ وَŲ¹ْŲÆُ Ų±َŲØِّي Ų­َŁ‚ًّا٩٨﴾ 

“Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua-dua buah bukit itu satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat mengerti pembicaraan. (93); Mereka berkata: “Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Ya’juj dan Ma’juj itu sentiasa melakukan kerosakan di muka bumi; oleh itu, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran (cukai dari hasil pendapatan kami) kepadamu, supaya kamu membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” (94); Dia menjawab: “(Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan untukku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.” (95); “Bawakan kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu.” Sehingga apabila besi itu sudah menjadi merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atas besi panas itu.” (96); Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (97); (Setelah itu) berkatalah Zulqarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar. (98).” (Surah al-Kahfi: 93-98)

Zulqarnain tetap bersyukur dalam keadaan memiliki kuasa dan menolong orang-orang yang lemah. Pada masa yang sama tidak membebankan cukai kepada rakyat kerana sudah kaya raya serta sedar bahawa kekuasaannya tidak kekal kerana baginda hamba Allah bukannya Tuhan.

Kerajaan Rom dan Parsi juga hilang ditelan zaman, apabila tamat ajal masing-masing. Bahkan kuasa besar umat Islam pada akhir zaman juga ada ajalnya walaupun sejarah mencatatkan ia sebagai sebuah kerajaan yang paling adil.

Kerajaan yang zalim seperti Firaun di Mesir yang mempunyai bala tentera paling ramai dan kuat, serta kerajaan Babylon yang mendirikan kota dan bangunan yang paling teguh atas timbunan korban rakyat yang dipaksa, juga tamat riwayatnya.

Kaum ‘Aad yang mempunyai bangunan paling tinggi dan kaum Thamud yang menguasai teknologi memahat bukit dan batu yang besar untuk dijadikan bangunan telah mati ditelan zaman.

Begitulah juga kerajaan di India dan China purba yang sudah hilang ditelan sejarah. 

Pada zaman moden, dunia menyaksikan Jerman dan Jepun bangkit dengan senjata ganas sehingga mencetuskan Perang Dunia Kedua dan berjaya menakluk beberapa wilayah dalam perlumbaannya dengan kuasa Eropah. Akhirnya mereka jatuh terjunam.

Selepas itu, Kesatuan Soviet Komunis hanya mampu bertahan dalam beberapa tempoh tahun sahaja.

Contoh lain yang paling dekat pada abad yang lalu, menyaksikan berkecainya Soviet Union dan blok Komunis.

Maka kuasa Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dan sekutunya pada hari ini sebenarnya sedang menunggu giliran untuk jatuh dan hancur. 

Negara umat Islam khususnya negara Arab yang kelihatan kaya harta, cuba berlindung di sebalik agenda normalisasi terhadap negara haram Israel yang dijadikan benteng pertahanan oleh kuasa Barat bagi menghadapi dunia Islam.

Hanya mereka yang faqir dan miskin iman serta rohnya sahaja merasakan beroleh perlindungan harta dan takhta walaupun perlindungan hanya sekangkang kera daripada kuasa Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat mengikut agenda Donald Trump. Pemimpin yang nyata telah mengalami kekalahan dalam pilihan raya negara sendiri yang kelihatan sangat rapuh untuk dijadikan pelindung diri.   

Namun, kelihatan masih ada negara yang berbaris menunggu giliran bagi melaksanakan agenda normalisasi ciptaan Trump yang nyata telah kalah, tetapi tidak mahu mengaku kalah dengan alasan piihan raya ditipu oleh lawannya. Walaupun seluruh dunia mengetahui bahawa dialah individu yang paling banyak melakukan penipuan sehingga membimbangkan para politikus Amerika sendiri. 

Apa yang menghairankan masih ada yang terus melangkah dalam melaksanakan agenda normalisasi yang mengiktiraf negara haram Israel  dan melaksanakan segala hubungan yang sah bagi mengiktiraf negara haram yang tidak sah dari segi hukum agama dan dunia.

Pada masa yang sama, para pemimpin Israel sendiri dalam keadaan menggila dan menggelabah di bumi Palestin dan bergerak keluar mengerahkan kaum kerabatnya di seluruh dunia bagi menyelamatkan diri.

Bahkan dalam kalangan penganut agama Yahudi sendiri, terdapat mereka yang bermazhab Ortodoks, dikenali dengan Neturei Karta yang menjalankan kempen bagi menyalahkan kaum Yahudi yang menubuhkan negara haram Israel. Ini kerana telah dinyatakan dalam kitab suci mereka yang mengharamkan penubuhan negara Israel. Tindakan itu akan menjadi sebab dikuburkan bangsa Yahudi sebagai hukuman terhadap bangsa mereka yang berlaku zalim seperti membunuh para anbiya’ AS dan auliya’ yang soleh.

Hanya golongan Yahudi sekular sahaja yang tidak mempedulikan kitab suci mereka kerana fanatik perkauman Yahudi yang ingin mengembalikan semula Empayar Nabi Sulaiman AS dan merobohkan Masjid al-Aqsa untuk digantikan dengan Haikal Sulaiman (kuil besar Yahudi). Sempadan negara agung yang diimpikan itu bermula dari Sungai Nil di Mesir sehingga ke Sungai Euphrates di Iraq, di kawasan utara dan selatannya laut termasuk Kota Suci Madinah. 

Namun, Allah SWT menegaskan dalam al-Quran:

﴿وَŁ‚َŲ§Ł„َŲŖِ Ų§Ł„ْيَهُودُ يَŲÆُ اللَّهِ Ł…َŲŗْŁ„ُŁˆŁ„َŲ©ٌ  ŲŗُŁ„َّŲŖْ Ų£َيْŲÆِŁŠŁ‡ِŁ…ْ وَŁ„ُŲ¹ِنُوا ŲØِŁ…َŲ§ Ł‚َŲ§Ł„ُوا  ŲØَŁ„ْ يَŲÆَاهُ Ł…َŲØْŲ³ُوطَŲŖَانِ يُنْفِŁ‚ُ كَيْفَ يَŲ“َŲ§Ų”ُ  وَŁ„َيَŲ²ِيدَنَّ كَŲ«ِيرًŲ§ Ł…ِنْهُŁ…ْ Ł…َŲ§ Ų£ُنْŲ²ِŁ„َ Ų„ِŁ„َيْكَ Ł…ِنْ Ų±َŲØِّكَ Ų·ُŲŗْيَانًŲ§ وَكُفْŲ±ًŲ§  وَŲ£َŁ„ْŁ‚َيْنَŲ§ ŲØَيْنَهُŁ…ُ Ų§Ł„ْŲ¹َŲÆَاوَŲ©َ وَŲ§Ł„ْŲØَŲŗْŲ¶َŲ§Ų”َ Ų„ِŁ„َى يَوْŁ…ِ Ų§Ł„ْŁ‚ِيَŲ§Ł…َŲ©ِ  كُŁ„َّŁ…َŲ§ Ų£َوْŁ‚َŲÆُوا نَŲ§Ų±ًŲ§ Ł„ِŁ„ْŲ­َŲ±ْŲØِ Ų£َŲ·ْفَŲ£َهَŲ§ اللَّهُ  وَيَŲ³ْŲ¹َوْنَ فِي Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ فَŲ³َŲ§ŲÆًŲ§  وَاللَّهُ Ł„َŲ§ يُŲ­ِŲØُّ Ų§Ł„ْŁ…ُفْŲ³ِŲÆِŁŠŁ†َ٦٤﴾ 

“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil dan kikir)”, walhal tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (ni’mat dan kurnia-Nya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian antara mereka sehingga hari kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedangkan Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.” (Surah al-Ma’idah: 64)

Barangkali mereka yang berbangsa Arab itu lebih fasih berbahasa Inggeris daripada bahasa al-Quran yang disebutkan berulang kali dalam beberapa surah yang melarang berwala’ (memberikan kesetiaan) kepada musuh Islam. Antaranya firman Allah:

﴿Ł„َŲ§ يَŲŖَّŲ®ِŲ°ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِنُŁˆŁ†َ Ų§Ł„ْكَافِŲ±ِŁŠŁ†َ Ų£َوْŁ„ِيَŲ§Ų”َ Ł…ِنْ ŲÆُŁˆŁ†ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِنِŁŠŁ†َ  وَŁ…َنْ يَفْŲ¹َŁ„ْ Ų°َŁ„ِكَ فَŁ„َيْŲ³َ Ł…ِنَ اللَّهِ فِي Ų“َيْŲ”ٍ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų£َنْ ŲŖَŲŖَّŁ‚ُوا Ł…ِنْهُŁ…ْ ŲŖُŁ‚َŲ§Ų©ً  وَيُŲ­َŲ°ِّŲ±ُكُŁ…ُ اللَّهُ نَفْŲ³َهُ  وَŲ„ِŁ„َى اللَّهِ Ų§Ł„ْŁ…َŲµِيرُ٢٨﴾ 

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman rapat) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu keadaan apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah memperingatkan kamu terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Surah Ali ‘Imran: 28)

Adakah mereka itu berada dalam keadaan takut ketika perut dipenuhi makanan yang berlebihan dan duit yang melimpah ruah?

Masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka ialah papa iman dan moral. Maka hilangnya ‘izzah bersama Islam dan umatnya. 

Alangkah benarnya firman Allah SWT:

﴿ŲØَŲ“ِّŲ±ِ Ų§Ł„ْŁ…ُنَافِŁ‚ِŁŠŁ†َ ŲØِŲ£َنَّ Ł„َهُŁ…ْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØًŲ§ Ų£َŁ„ِŁŠŁ…ًأ٣٨ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ يَŲŖَّŲ®ِŲ°ُŁˆŁ†َ Ų§Ł„ْكَافِŲ±ِŁŠŁ†َ Ų£َوْŁ„ِيَŲ§Ų”َ Ł…ِنْ ŲÆُŁˆŁ†ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِنِŁŠŁ†َ  Ų£َيَŲØْŲŖَŲŗُŁˆŁ†َ Ų¹ِنْŲÆَهُŁ…ُ Ų§Ł„ْŲ¹ِŲ²َّŲ©َ فَŲ„ِنَّ Ų§Ł„ْŲ¹ِŲ²َّŲ©َ Ł„ِŁ„َّهِ Ų¬َŁ…ِيعًأ٣٩﴾ 

“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafiq bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (138); (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafiq) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya). (139).”

Mereka lupa terhadap amaran Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿يَŲ§ Ų£َيُّهَŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ آمَنُوا Ł„َŲ§ ŲŖَŲŖَّŲ®ِŲ°ُوا Ų§Ł„ْيَهُودَ وَالنَّŲµَŲ§Ų±َى Ų£َوْŁ„ِيَŲ§Ų”َ  ŲØَŲ¹ْŲ¶ُهُŁ…ْ Ų£َوْŁ„ِيَŲ§Ų”ُ ŲØَŲ¹ْŲ¶ٍ  وَŁ…َنْ يَŲŖَوَŁ„َّهُŁ…ْ Ł…ِنْكُŁ…ْ فَŲ„ِنَّهُ Ł…ِنْهُŁ…ْ  Ų„ِنَّ اللَّهَ Ł„َŲ§ يَهْŲÆِي Ų§Ł„ْŁ‚َوْŁ…َ الظَّŲ§Ł„ِŁ…ِŁŠŁ†َلٔ فَŲŖَŲ±َى Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ فِي Ł‚ُŁ„ُوبِهِŁ…ْ Ł…َŲ±َŲ¶ٌ يُŲ³َŲ§Ų±ِŲ¹ُŁˆŁ†َ فِŁŠŁ‡ِŁ…ْ يَŁ‚ُŁˆŁ„ُŁˆŁ†َ نَŲ®ْŲ“َى Ų£َنْ ŲŖُŲµِيبَنَŲ§ ŲÆَŲ§Ų¦ِŲ±َŲ©ٌ  فَŲ¹َŲ³َى اللَّهُ Ų£َنْ يَŲ£ْŲŖِيَ ŲØِŲ§Ł„ْفَŲŖْŲ­ِ Ų£َوْ Ų£َŁ…ْŲ±ٍ Ł…ِنْ Ų¹ِنْŲÆِهِ فَيُŲµْŲØِŲ­ُوا Ų¹َŁ„َى Ł…َŲ§ Ų£َŲ³َŲ±ُّوا فِي Ų£َنْفُŲ³ِهِŁ…ْ نَŲ§ŲÆِŁ…ِŁŠŁ†َل٢﴾ 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin-pemimpin, kerana sebahagian daripada mereka menjadi pemimpin kepada sebahagiannya yang lain; dan sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya tergolong sebahagian daripada mereka itu (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (51); Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafiq) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: “Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka).” Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisi-Nya (terhadap golongan yang munafiq itu); maka disebabkan itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya. (52).” (Surah al-Ma’idah: 51-52)

Petunjuk Allah SWT daripada al-Quran yang diwahyukan tetap berterusan tidak hilang ditelan sejarah.

Sekiranya musuh Islam dalam kalangan Yahudi, Musyrikin, Nasrani dan lain-lain daripada pelbagai agama dan ideologi bersatu menentang Islam dan umatnya, maka mengapa kita yang mengaku Islam, Arab, Sunni dan paling salafi (mengikuti Salaf) tidak boleh bersatu dengan Islam dan umatnya untuk melawan Yahudi Zionis dan bukan Yahudi? 

Alasannya bukanlah disebabkan berlainan bangsa dan mazhab.

Mengapa boleh menyertai kesatuan normalisasi terhadap Israel yang haram tanpa mengira mazhab dan agama?

Allah SWT menegaskan suatu panduan melalui firman-Nya:

﴿Ł„َŲŖَŲ¬ِŲÆَنَّ Ų£َŲ“َŲÆَّ النَّŲ§Ų³ِ Ų¹َŲÆَاوَŲ©ً Ł„ِŁ„َّŲ°ِŁŠŁ†َ آمَنُوا Ų§Ł„ْيَهُودَ وَŲ§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų£َŲ“ْŲ±َكُوا  وَŁ„َŲŖَŲ¬ِŲÆَنَّ Ų£َŁ‚ْŲ±َŲØَهُŁ…ْ Ł…َوَŲÆَّŲ©ً Ł„ِŁ„َّŲ°ِŁŠŁ†َ آمَنُوا Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł‚َŲ§Ł„ُوا Ų„ِنَّŲ§ نَŲµَŲ§Ų±َى  Ų°َŁ„ِكَ ŲØِŲ£َنَّ Ł…ِنْهُŁ…ْ Ł‚ِŲ³ِّيسِŁŠŁ†َ وَŲ±ُهْŲØَانًŲ§ وَŲ£َنَّهُŁ…ْ Ł„َŲ§ يَŲ³ْŲŖَكْŲØِŲ±ُŁˆŁ†َŁØŁ¢﴾ 

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mendapati bahawa manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan mendapati bahawa orang-orang yang dekat sekali persahabatannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani.” Oleh yang demikian itu, disebabkan ada antara mereka para pendeta dan ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.” (Surah al-Ma’idah: 82)

Marilah kita seluruh umat bersatu bersama Islam!

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Jumadal Ula 1442 / 28 Disember 2020
© all rights reserved
made with by templateszoo