NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label PULAU PINANG. Show all posts
Showing posts with label PULAU PINANG. Show all posts

Ramasamy patut bersyukur, kata bekas Ahli Parlimen DAP


Menurut Kasthuri Patto, P Ramasamy dapat menikmati kuasa, keistimewaan dan manfaat sebagai timbalan ketua menteri II Pulau Pinang disebabkan DAP.

PETALING JAYA: Kasthuri Patto berkata, P Ramasamy, yang mengumumkan keluar DAP semalam, sepatutnya menghargai peluang yang diberikan parti itu dalam kerjaya politiknya.

Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan daripada DAP itu berkata, Ramasamy, yang menyertai parti pada 2005, diberi peluang untuk bertanding di kerusi DUN Perai dan Parlimen Batu Kawan pada PRU12 (2008).

Selepas menang pada PRU12, Ramasamy dilantik sebagai timbalan ketua menteri II dan kekal memegang jawatan itu selama tiga penggal.

Peluang seperti itu diberikan kepada Ramasamy walaupun beliau muka baharu, kata Kasthuri.

“Beliau bukan siapa-siapa dalam arena politik ketika diterima menjadi ahli (DAP) pada 2005,” katanya dalam kenyataan.

Kasthuri turut mengaitkan kejayaan Ramasamy pada PRU12 dengan momentum yang didorong oleh gerakan “Makkal Sakti” Hindraf dan “tsunami rakyat” yang mengakibatkan perubahan ketara lima kerajaan negeri – Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Terengganu. DAP bersekutu dengan PKR dan PAS pada 2008.

“Beliau dilantik sebagai timbalan ketua menteri II (Pulau Pinang) dan selama 15 tahun, menikmati kuasa, keistimewaan dan manfaat yang datang dengan jawatan itu.

“Paling penting, ia disebabkan oleh DAP,” katanya.

Kasthuri seterusnya berkata, Ramasamy “menikmati segala yang DAP berikan” kepadanya dan kini menunjukkan sikap sebenarnya selepas tidak dicalonkan pada PRN.

“Kamu seorang yang tidak kenang budi,” katanya kepada Ramasamy.

Ramasamy adalah antara bekas Adun di Pulau Pinang yang tidak dicalonkan untuk PRN esok.

Semalam, Ramasamy mengumumkan keluar daripada DAP dan mendakwa DAP Pulau Pinang sedang melakukan “pembersihan” untuk menyingkirkan individu yang dianggap menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Ramasamy turut meluahkan kekecewaannya terhadap Loke Siew Fook, mendakwa setiausaha agung DAP itu tidak memaklumkan lebih awal keputusan tidak mencalonkannya.

Kasthuri mendakwa Ramasamy telah “mensabotajnya” semasa beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Batu Kawan dengan “menyekat sebarang cara untuk saya mendapatkan maklumat tentang apa yang berlaku di (kawasannya) Perai”.

Beliau turut mendakwa telah “diganggu” oleh Ramasamy dan pasukannya.

FMT telah menghubungi Ramasamy untuk mendapatkan komen.


Jenayah rogol remaja bawah umur di Pulau Pinang membimbangkan


SEBANYAK 77 kes jenayah rogol daripada 96 kes yang dilaporkan di Pulau Pinang antara Julai 2021 hingga November tahun ini adalah melibatkan remaja bawah umur atau juvana.

Statistik itu menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, adalah sesuatu yang agak membimbangkan apatah lagi kebanyakan kes melibatkan pesalah juvana tersebut membabitkan individu yang dikenali mangsa.

“Kebanyakan jenayah rogol ini didapati dilakukan oleh suspek yang dikenali mangsa yang mana ini secara tidak langsung memberi gambaran faktor seks bebas terlalu berleluasa dalam kalangan mereka yang di bawah umur ketika ini,” katanya.

Mohd. Shuhaily berkata demikian kepada pemberita selepas sesi townhall anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang yang bertajuk ‘Remaja dan Jenayah : Isu dan Cabaran’ di Dewan Budaya di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel dalam program tersebut ialah pakar motivasi, Mohamed Hanafiah Malek; Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamad dari Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa USM serta Datuk Dr. P. Sudramoothy selaku moderator program.

Menurut Mohd. Shuhaily, demografi yang terlibat dengan jenayah rogol itu juga menunjukkan mereka terdiri daripada remaja daripada kelompok B40.

“Apa yang kita bimbangkan ialah bagaimana dengan nasib mangsa, stigma masyarakat dan apa jalan penyelesaian kepada isu ini.

“Kita bimbang apabila remaja yang terlibat menjadikan hal ini satu perkara yang biasa bagi mereka dan lama-kelamaaan mereka bangga dengan jumlah lelaki yang mereka kenali pula,” katanya.

Tambah Mohd. Shuhaily, secara keseluruhan juga statistik jenayah terutama melibatkan pesalah juvana di Pulau Pinang juga agak membimbangkan yang mana seramai 1,251 orang ditahan sejak Julai tahun lalu hingga November tahun ini.

Jelas beliau, mereka yang ditahan itu berusia 10 hingga 19 tahun dan terdiri daripada 86 peratus lelaki iaitu 1,078 orang manakala selebihnya perempuan.

“Statistik pelaku jenayah yang ditahan di dalam lokap adalah seramai 392 orang terdiri daripada 377 lelaki (96 peratus) dan 15 perempuan (empat peratus),” katanya.


........
Komen: Kalau Kelatan ni mesti ada penyokong giler PH jaja


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

PAS Pulau Pinang tolak cadangan jambatan ketiga, fokus isu ekonomi dan kebajikan rakyat


PAS PULAU PINANG TEGAS MENOLAK CADANGAN JAMBATAN KETIGA KERAJAAN NEGERI.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan media Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Kamaruzaman Mohamad iaitu membantah rancangan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang untuk membina Jambatan ke-3 bagi menggantikan Projek Terowong bawah laut yang gagal dilaksanakan sehingga masa ini.

Kami berpendirian bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang perlu memberi keutamaan kepada isu ekonomi dan kebajikan rakyat di negeri ini berbanding melakukan satu lagi pembaziran wang rakyat ketika negara sedang berhadapan era pasca pandemik COVID-19.

Misalnya, sebanyak RM305 juta telah dibelanjakan untuk  kajian kebolehlaksanaan fasa awal rancangan pembinaan Terowong Dasar Laut sebelum ini, namun telah tertangguh  kerana kes perbicaraan mahkamah yang melibatkan Mantan Ketua  Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Persoalannya, pertama; adakah Kerajaan Negeri gagal dalam mengurus serta mengawal kewangan secara berhemah sehingga boleh merisikokan masa depan negeri ini, kedua; adakah rancangan projek ini sudah termasuk dalam Rancangan Struktur Negeri 2030 (RSN 2030), dan ketiga; adakah cadangan projek jambatan ke-3 ini dapat menyelesaikan kesesakan yang sedia ada sebagaimana pelan asal yang dicadang iaitu Penang Transport Master Plan (PTMP) yang masih kabur matlamatnya.

Oleh yang demikian, PAS Pulau Pinang sekali lagi menyatakan pendirian tegas bahawa kami membantah sekeras-kerasnya projek Jambatan ke-3 ini dan menggesa supaya kerajaan negeri terus memberi fokus kepada projek pembangunan yang mampan dan lestari dalam era pasca pandemik COVID-19 ini dengan mengutamakan kebajikan rakyat.

Islam Memperkukuh Perpaduan

Ustaz Muhammad Fauzi bin Yusoff
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

2 Oktober 2021



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Nelayan menang rayuan halang projek kerajaan Pulau Pinang bina 3 pulau

Nelayan mengadakan bantahan terhadap projek tambakan laut di Teluk Kumbar, selatan Pulau Pinang pada Mac 2020.

GEORGE TOWN: Projek tiga pulau di Pulau Pinang menghadapi rintangan selepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) membenarkan rayuan nelayan yang mahu ia dibatalkan kerana menjejaskan punca pendapatan mereka.

Unit Nelayan Sungai Batu, yang terjejas secara langsung akibat Projek Pulau Pinang Selatan (PSI), merayu terhadap kelulusan terdahulu yang diberikan JAS pada Julai 2019.

Difahamkan, pemaju mungkin perlu memfailkan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) yang baharu jika mereka mahu meneruskan projek mega itu.

Keputusan yang memihak kepada Unit Nelayan itu diumumkan peguam Meenakshi Raman dalam sidang media maya hari ini.

Unit itu yang diketuai Zakaria Ismail, 63, terdiri daripada 185 nelayan dari selatan pulau itu.

Keputusan itu dibuat lembaga rayuan alam sekitar dengan tiga anggota yang diketuai Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayub.

Dalam menerbalikkan kelulusan PSI, Rozina berkata, ketua pengarah JAS sudah memberi kebenaran menggunakan draf pelan struktur, yang belum dipersetujui gabenor, oleh itu ia tidak sah.

Dalam menjelaskan keputusan lembaga itu, Meenakshi berkata, pemaju projek sudah meminta kelulusan untuk EIA berdasarkan versi draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030.

Katanya, pelan itu yang merupakan rangka tindakan perancangan bandar peringkat makro, belum diluluskan gabenor ketika penghujahan.

Pelan struktur itu hanya diluluskan gabenor pada 28 Ogos 2019 dan disiarkan dalam warta negeri pada 24 Okt tahun sama.

Ia dilaporkan permohonan EIA untuk projek PSI dibuat lebih awal pada 21 Jun 2019 dan diluluskan dalam tempoh dua hari, dengan kerajaan Pulau Pinang berkata ia adalah usaha keras selama dua tahun.

Disebabkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 masih berkuat kuasa ketika itu, lembaga berkenaan berkata, projek yang dicadangkan itu tidak sah.

“Lembaga itu turut mempertimbangkan jika mereka boleh mengawal selia dan mengatasi kecacatan ini, tetapi kemudiannya mendapati ia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Dengan mempertimbangkan semua faktor, lembaga itu mengetepikan kelulusan terdahulu yang diberikan ketua pengarah JAS kerana ia adalah ultra vires, tidak sah dan batal mengikut Seksyen 34A (4) (a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.”

Meenakshi berkata, keputusan lembaga itu adalah muktamad dan tiada kaedah lain untuk merayu, tetapi pemaju boleh memohon EIA lain untuk pertimbangan JAS.

Prosiding lembaga itu adalah yang pertama sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikuatkuasakan.

Selain Rozina, anggota lain dalam panel itu adalah pakar alam sekitar – Mazlin Mokhtar dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ramdzani Abdullah dari Universiti Putra Malaysia.
Zakaria Ismail

Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail sebak selepas mendengar keputusan lembaga itu.

Katanya, ia adalah perpaduan nelayan dan NGO Pulau Pinang yang menyumbang kepada kejayaan rayuan itu.

“Saya sedih selama ini kerana memikirkan projek itu akan diteruskan. Kami bergantung hidup kepada hasil tangkapan di kawasan yang dicadangkan untuk penambakan itu. Ia sangat penting kepada kami, keselamatan makanan dipertaruhkan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka, termasuk peguam yang tampil membantu. Hari ini, Allah makbulkan doa kami.”

- FMT

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Banjir kilat Pulau Pinang, DAP dilihat gagal



Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR: Kekerapan bencana banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang memperlihatkan kegagalan DAP menguruskan negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Ir Ahmad Rafaie A Rashid (gambar) berkata masih belum nampak usaha DAP untuk membaik pulih sistem pembangunan negeri itu bagi mengelakkan dari berlaku banjir kilat.
Advertisement

Menurut beliau, mengetahui punca masalah adalah kunci bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Puncanya banjir kilat ini berlaku kerana pembangunan yang terlalu melampau (banyak) berlaku.

“Bila pembangunan terlalu banyak, air hujan yang turun tidak sempat untuk diserap oleh permukaan bumi kerana permukaan bumi sudah banyak digondolkan akibat pembangun.

“Contohnya tanah sepatutnya terbuka dan menyerap air hujan, tetapi apabila dibuat bangunan dia akan menutupi dengan konkrit, maka air hujan yang turun tidak boleh diserap bumi ia akan lalu atas permukaan konkrit, permukaan jalan raya, jadi kandungan air terlalu banyak atas permukaan maka terjadilah banjir,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Justeru itu kata beliau bagi menyelesaikan isu berkenaan kerajaan negeri perlu menghentikan pembangunan rumah mewah di kawasan lereng-lereng bukit.

“Menggondol bukit, kita tahu Allah SWT cipta bukit ini dengan hikmah-hikmah tertentu sebagai pasak bumi dan sebagainya, tetapi bila digondolkan sedemikian rupa tanpa kawalan, tanpa keperluan maka ianya akan memberikan kesan negatif sepertimana kita hadapi sekarang ini,” katanya.

Tambah beliau, negeri itu juga perlu memberi fokus kepada pembinaan infrastruktur seperti sistem parit dan saliran.

“Air ini bila dia turun lebat tidak diserap ke bumi sebab dilindungi oleh lantai konkrit dan sebagainya maka air itu akan mengalir.

“Dia nak mengalir tidak ada longkang yang cukup, tidak ada saliran yang cukup maka dia akan masuk dalam rumah, lalu melimpah di atas jalan raya.

“Jadinya kita kena sediakan longkang dan perparitan dan saliran yang sesuai supaya bila air hujan itu turun, ada laluan,” katanya.

Secara umumnya, Rafaie berkata perkara ini akan mengambil masa yang panjang namun dalam masa sama masih tidak nampak usaha DAP ke arah tersebut.

“Dalam tempoh setahun, tidak tahu berapa puluh kali banjir, semalam pun banjir teruk di pulau dan inilah bukti DAP gagal mengurus pembangunan di sini hingga menyebabkan banjir kilat di Pulau Pinang,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/8/2021

https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/19/banjir-kilat-pulau-pinang-dap-dilihat-gagal/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


Malapetaka PSR : Jawapan terhadap 7 hujah dangkal Ketua Menteri Pulau Pinang


SURAT TERBUKA UNTUK KETUA MENTERI PULAU PINANG

Malapetaka PSR : Jawapan terhadap 7 hujah dangkal Ketua Menteri Pulau Pinang

Surat terbuka ini saya tujukan pada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai menjawab 7 perkara utama daripada kenyataan media pada 13 Jun 2021 yang bertajuk "KENYATAAN BALAS BERHUBUNG ISU SUMBER PERIKANAN DI TAPAK PROJEK TAMBAKAN SELATAN PULAU PINANG (PSR)"

Saya telah nyatakan jawapan-jawapan bagi setiap perkara utama seperti berikut;

1. Pulau Pinang kehilangan peluang untuk membangun.

Jawapan :
  1. Sebenarnya Kerajaan Negeri akan kehilangan peluang pemilikan 70% daripada pegangan Pulau A jika PSR diteruskan.
  2. Pulau Pinang tak pernah kehilangan peluang membangun tanpa tambakan laut. Pembangunan Seberang Perai adalah masa depan Pulau Pinang yang mesti diutamakan dan sudah tentu gadaian 70% pegangan Pulau A dapat dielakkan.
  3. Apa yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri sekarang umpama "Si Suami mahu bermewah dengan berhutang membeli kereta mahal, namun barang kemas isteri digadaikan". Idea pembangunan kononnya bijak, rupanya dengan menggadai hak milik awam.
  4. Selain itu , peluang untuk tender terbuka (open tender) bagi pelaksanaan projek ini juga hilang. Ini berlaku apabila SRS PD dan SRS TC diizinkan oleh Kerajaan Negeri menjadi Pembangun Projek dan Kontraktor Turnkey, di mana masing-masing mendapat peluang secara runding terus (direct nego).
  5. Ke mana perginya seruan 'open tender' kerajaan negeri Pulau Pinang selama ini?
  6. Telah hanyut dibuai kepentingan tertentu kah atau terlalu terdesak untuk teruskan tambakan PSR walaupun dengan menggadai tanah pesisir pantai strategik demi pemaju kesayangan ?
2. Pulau Pinang kehilangan peluang mewujudkan pekerjaan untuk rakyat (setelah melaksanakan projek tambak laut).

Jawapan:

  1. Jika benar projek tambak laut mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat , apa sudah jadi dengan Projek Tambakan Seri Tanjong Pinang 2 (STP2) yang sedang terbengkalai kini ?
  2. Berapa banyak peluang pekerjaan yang ada dalam kalangan rakyat berbanding untuk pekerja asing ? Berapa banyak peluang kerja yang sesuai untuk nelayan ?
  3. Pada hemat saya, kalau tambakan STP2 pun sedang nyawa-nyawa ikan mencari pelabur sekarang,jangan bermimpi di siang hari untuk mampu mengurus tambak PSR !
3. Nelayan dikatakan mendapat manfaat 'Social Impact Management Plan' (SIMP) yang boleh memperbaiki sosio-ekonomi.

Jawapan:
  1. Cukuplah dengan janji palsu yang tiada hitam putih tersebut. Pemberian RM 20000 hanya untuk tekong bot untuk seumur hidup tersebut itu pun dah dikira penghinaan terhadap nelayan. Untuk rekod saguhati seumur hidup awak-awak adalah kurang daripada amaun tersebut.
  2. Apa kata saya cadangkan YAB Ketua Menteri (KM) dan ADUN-ADUN yang menyokong PSR , ambil sahaja pakej RM 20 ribu seumur hidup tersebut .
  3. Kemudian sebagai tukar ganti, berikan gaji-gaji YAB KM dan semua ADUN kepada nelayan terjejas. Kalau begitulah tawarannya, barulah padan untuk YAB KM untuk cakap soal memperbaiki sosio-ekonomi.
4. Nelayan masih ada tempat yang luas untuk aktiviti penangkapan di luar kawasan tambakan PSR.

Jawapan:

  1. Sepatutnya kawasan tambakan PSR perlu di buat jauh daripada kawasan berteluk strategik pembiakan ikan dan udang tersebut. Dengan lojik yang sama, apa salahnya jika tambakan laut PSR dibuat di kawasan luas lautan kira-kira lebih 10 batu nautika luar daripada pesisir pantai Pulau Pinang .
  2. Sudah tentu laluan khas alur navigasi seluas 250 meter tak diperlukan lagi. Sudah tentu penghuni-penghuni PSR nanti lebih privasi dan aman di tengah laut.
  3. Kenapa Kerajaan Negeri perlu merampas kawasan penangkapan nelayan yang subur tersebut ?
5. Kawasan selatan hanya menyumbangkan 4% kepada pengeluaran ikan pada tahun 2015.

Jawapan:
  1. Jika benar pengeluaran ikan adalah 4% , ini bermakna selama ini Kerajaan Negeri seolah-olah sengaja membiarkan pengeluaran tersebut rendah untuk dijadikan alasan bagi menyokong tambakan PSR .
  2. Adalah sangat tidak wajar jika kegagalan terancang direncana secara licik demi agenda jahat tambakan PSR ?
  3. Seharusnya Kerajaan Negeri harus fokus mempertingkatkan angka 4% , bukan melaksanakan tambakan laut PSR boleh menjatuhkan lagi angka pengeluaran perikanan tersebut.
6. Kerajaan Negeri akan memastikan kerja penambakan berlaku secara terkawal dan tidak menyebabkan pencemaran.

Jawapan:
  1. Banyak sangat janji yang tak ditepati bahkan menyebabkan bencana. Tembakan laut STP2 adalah bukti nyata bahawa laut di kawasan Tanjong Tokong telah tercemar . Kenapa harus berpura tak tahu hal ini?
  2. Kerajaan Negeri mempunyai rekod gagal mengawal projek pembangunan yang menyebabkan bencana dan kematian nyawa seperti insiden Bukit Kukus dan Granito, Tanjong Bungah. Hasil siasatan disorok daripada pengetahuan masyarakat awam sehingga sekarang.
  3. Tambakan laut PSR dengan kehadiran kapal-kapal korek yang mengangkut sisa akan berisiko mempertaruhkan nyawa nelayan dengan bot-bot kecil mereka apabila trafik laluan air di kawasan berkenaan menjadi sibuk.
7. Kerajaan Negeri ingin menegaskan mereka tidak perlu membuat satu pilihan iaitu antara membangunkan PSR, dan membela nasib nelayan demi keselamatan makanan. Kononnya kedua-duanya boleh dipilih.

Jawapan:
  1. Apa yang berlaku sebenarnya adalah Kerajaan Negeri memilih untuk ;
a) mengutamakan kepentingan pemaju PSR dengan menggadaikan 70% pegangan Pulau A
b) menganggu ekosistem kawasan subur penangkapan ikan yang kos efektif untuk nelayan pantai beroperasi kerana dekat dengan pantai.
c) menghalau nelayan bot kecil untuk pergi jauh daripada laut pesisiran pantai.

Nelayan terus terpaksa tanggung kos tinggi untuk beroperasi dan pemaju kesayangan terus suka hati atas tawaran istimewa daripada Kerajaan Negeri sebagai rakan kongsi kesayangan .

Sayang sungguh Kerajaan Negeri kepada Pemaju SRS ya ? Inikah yang dimaksudkan dengan 'tidak berniat untuk meremehkan sumbangan nelayan pesisir pantai ?

Bagaikan 'anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah bakal mati kelaparan'.

Semoga jawapan dari yang saya kemukakan ini dapat diterima dengan hati yang terbuka oleh YAB Ketua Menteri dan cukup untuk semua pihak membuat penilaian tentang malapetaka yang cuba dinafikan.

Zikrullah Ismail
Bukit Jambul, Pulau Pinang
14 Jun 2021

Kerajaan Pulau Pinang ego, tidak sensitif: Che Abdullah

GEORGETOWN - Keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang meneruskan Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) disifatkan sangat ego dan tidak sensitif terhadap alam sekitar serta sumber alam.

Timbalan Menteri Pertanian dan Sumber Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, walaupun Ketua Menterinya mengakui projek berkenaan akan memberi kesan terhadap alam sekitar namun beliau masih angkuh dan berkeras untuk meneruskannya.

Menurutnya, teguran dan pandangan daripada pakar-pakar, pemegang taruh, pertubuhan bukan kerajaan atau NGO serta aktivis-aktivis alam sekitar tidak diambil perhatian.

"PSR yang akan diteruskan ini akan menjadi malapetaka kepada nelayan di Pulau Pinang khususnya dan menjejaskan sektor perikanan negara.

"Ketika Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang berusaha keras bersama pelbagai pihak menambah baik solusi untuk meningkatkan SSL ikan negara namun kerajaan DAP Pulau Pinang tanpa rasa bersalah mengumumkan untuk meneruskan projek ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Pada Rabu Sinar Harian melaporkan kerajaan Pulau Pinang tetap dengan pendirian untuk meneruskan Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) walaupun banyak pihak mendesak supaya ia dibatalkan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak perlu memilih antara PSR dan alam sekitar serta nelayan sebaliknya yakin dengan kemajuan teknologi dan kejuruteraan bagi membolehkan projek berkenaan dibangunkan tetapi tetap memulihara alam sekitar dan masyarakat.


Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah menafikan projek berkaitan akan memberi kesan malah pihaknya selalu berkongsi dengan masyarakat mengenai rancangan yang akan dilakukan.

Sementara itu, Che Abdullah yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ketika di Parlimen pada 19 Julai tahun lalu menyatakan seramai 4,996 nelayan akan terjejas dengan projek PSR.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 1,422 orang adalah nelayan tradisional zon A selain projek berkenaan akan menjejaskan pendaratan perikanan tangkapan marin di negeri ini sebanyak 51,184 metrik tan atau nilainya RM525 juta setahun akibat kemusnahan kekal yang akan berlaku.

"Keangkuhan dan ketidak prihatinan kerajaan negeri ini terserlah selepas bantahan dibuat oleh rakan mereka dalam Pakatan Harapan juga tidak diendahkan.

"Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pernah menyarankan projek ini dibatalkan malah Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin sendiri pernah menyatakan tentangan beliau," katanya.

Jelasnya, perkara itu diluahkan ketika perjumpaan bersama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang turut meminta MAFI memberi tekanan kepada kerajaan negeri agar tidak meneruskan projek tersebut.

"Saya berkesempatan bertemu dan mendengar rintihan masyarakat serta pemimpin setempat sebelum ini yang melahirkan kebimbangan mereka terhadap kelangsungan hidup selepas ini.

"Jadi persoalannya apakah motif sebenar kerajaan negeri yang dilihat bersungguh-sungguh meneruskan projek ini," katanya.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/143473/BERITA/Nasional/Kerajaan-Pulau-Pinang-ego-tidak-sensitif-Che-Abdullah


PSR: Masih banyak persoalan tidak dijawab kerajaan negeri




GEORGETOWN: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penang Forum menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan berhubung bantahan terhadap projek tambak laut di perairan selatan negeri ini (PSR) yang sehingga kini masih menjadi tanya.

Aktivis Penang Forum, Khoo Salma Nasution berkata, antara persoalan itu adalah bagaimana kerajaan negeri akan membiayai projek-projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang akan menelan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit.

Sedangkan menurutnya, jangkaan keuntungan yang bakal diperolehi daripada projek tambakan separuh Pulau A di bawah PSR hanya sebanyak RM600 juta dalam masa tujuh hingga 10 tahun.

Selain itu tambah beliau, kerajaan negeri juga masih tidak menjawab persoalan bagaimana kos projek PSR telah melambung daripada RM8 bilion untuk dua pulau berkeluasan 1,428 hektar pada tahun 2015 kepada RM7 bilion untuk separuh pulau sahaja (485 hektar) pada tahun ini.

“Kerajaan negeri sehingga kini juga tidak dapat memberi justifikasi terhadap anggaran populasi bagi ketiga-tiga pulau yang dijangka akan mencecah 446,000 penduduk pada 2030 seperti yang dinyatakan di dalam laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Projek PSR itu kembali menjadi sorotan banyak pihak selepas kerajaan negeri bertekad meneruskannya meskipun mendapat bantahan pelbagai termasuk terbaharu daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang mahu projek tersebut dihentikan serta-merta.

Mengulas lanjut, Khoo Salma berkata, selain mengundang risiko ekonomi yang besar, projek PSR itu juga akan mendatangkan risiko kemusnahan alam sekitar yang amat tinggi.

Sebagai contoh jelasnya, penambakan tiga pulau yang berkeluasan 1,821 hektar itu memerlukan sebanyak 190 juta meter isipadu pasir.

“Jika perkara ini sukar dibayangkan oleh orang awam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah mengumpamakan jumlah penggunaan pasir itu seumpama keluasan 76,000 kolam renang bersaiz Olimpik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu kerajaan negeri supaya berpegang kepada fakta dan realiti sebenar mengenai projek PSR supaya rakyat tidak terus terpedaya dengan projek tambak laut skala besar yang bakal mendatangkan malapetaka tersebut. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/psr-masih-banyak-persoalan-tidak-dijawab-kerajaan-negeri/

Isu feri uzur di Pulau Pinang: Kenapa sekarang baru Guan Eng marah?




KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan (MOT), Datuk Seri Wee Ka Siong menempelak bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu feri uzur di Pulau Pinang yang sebenarnya telah bermula sejak penghujung tahun 2019.

Menurut Ka Siong, mengapa sekarang Guan Eng marah dan mempersoalkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak membeli alat ganti untuk membaiki Feri Pulau Pinang tersebut bagi membolehkannya dan beroperasi.

“Sepatutnya Lim Guan Eng tanya diri sendiri kerana pada masa itu dia begitu ‘powerful’ dan saya bukan Menteri Pengangkutan, saya hanya Ahli Parlimen Pembangkang sahaja,”katanya dalam entri Facebooknya.

Ka Siong berkata, Feri Pulau Pinang tersebut telah dihantar ke Limbungan Bagan Dalam bersebelahan dengan Sungai Perai pada 27 November 2019.

Jelasnya, pengendali perkhidmatan pada masa itu ialah RapidFerry iaitu sebuah anak syarikat Prasarana.


Katanya lagi, sebab feri ini dihantar ke limbungan ialah ‘due for docking’’ dan memang dalam keadaan uzur.

“Alat-alat ganti yang diperbuat di Belanda pula tidak diperoleh. Maka feri ini tidak dapat beroperasi sejak 27 November 2019 dan berada di situ sehinggalah ke hari ini.
“Tumpang tanya Lim Guan Eng, pada 27 November 2019, siapa Menteri Kewangan pada masa itu? Prasarana adalah sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Ingat tak pada hujung tahun 2019, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM30juta kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) untuk tujuan pembelian Catamaran baharu serta mengambil alih perkhidmatan ini daripada RapidFerry milik Prasarana,”katanya.

Untuk peringatan katanya lagi, Guan Eng sekadar mengumumkan saja peruntukan tapi RM30 juta tidak disenaraikan dalam Belanjawan 2020.

Beliau menambah, Guan Eng mudah lupa siapa Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan pada 27 November 2019 ketika pemerintahan PH?

“Kalau lupa, ini saya ingatkan. Saya pernah memperinci semuanya, siap ada hansard Dewan Rakyat yang pernah diungkapkan sendiri oleh Guan Eng.

“Walau bagaimana pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Chow Kuan Yow, Ketua Menteri Pulau Pinang kerana sentiasa berbincang dengan MOT untuk mencari jalan penyelesaian pragmatik terhadap permasalahan khusus di negeri Pulau Pinang.

Malah, beliau sendiri turun padang menaiki feri “bot laju” pada 30 Disember 2020 bersama-sama dengan kakitangan pelabuhan sebelum perkhidmatan feri mula diambil alih oleh PPSB pada awal Januari lalu,”katanya.

Ujarnya lagi dalam entri Facebooknya itu, pada 24 Disember 2020, pihak Prasarana yang dimiliki oleh kerajaan pusat telah menulis surat kepada Exco Pengangkutan Kerajaan Pulau Pinang untuk menawarkan 6 buah feri (sama ada beroperasi atau tidak) secara percuma kepada Kerajaan Pulau Pinang.

Namun, Kerajaan Negeri pada 18 Januari 2021 telah bersetuju dan sudi menerima hanya sebuah feri saja.

“MOT terbuka dan menerima keputusan Kerajaan Negeri. Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada CM Chow!

“Lagi lima buah feri lama boleh diubahsuai menjadi muzium, restoran dan feri khas pelancong pada waktu tertentu, tapi bukan sebagai mod pengangkutan awam,”katanya.
Sejak Januari 2021, negara kita sentiasa berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi mencegah penularan wabak Covid-19.

Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) pula perlu melalui proses RFP atau tender terbuka walaupun ia melibatkan feri lama ataupun yang telah rosak.

Akhirnya replika lembu memakai samping, songkok diturunkan




Georgetown: Dekorasi Hari Raya Aidilfitri iaitu replika lembu memakai samping dan songkok di bulatan berhampiran Jalan Ayer Itam, di sini, sudah diturunkan, semalam.

Tindakan itu dilakukan segera selepas ia tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai terutama masyarakat Muslim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Itam, Joseph Ng Soon Siang berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung isu dekorasi dan replika berkenaan.

Joseph berkata, dia turut memohon maaf kepada rakan beragama Islam khususnya mengenai kekhilafan tercetus itu.

"Kami tidak berniat bagi mengguris sensitiviti masyarakat terutama dalam mengekalkan keharmonian sedia terjalin dengan pelbagai kaum di Pulau Pinang.

"Umumnya setiap kali musim perayaan, saya akan meletakkan perhiasan mengikut tema perayaan di lokasi berkenaan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Joseph berkata, kelalaian dibuat tanpa sebarang niat buruk berhubung hiasan sempena Syawal itu sudah menyentuh sensitiviti rakan Muslim di situ.

"Dengan ini, sekali lagi saya ingin memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian ini," katanya.

Ahmad Fuzi Terima Watikah Pelantikan TYT Pulau Pinang




30 APRIL: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri (YDP) Pulau Pinang kelapan kepada bekas diplomat, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak di Istana Negara, hari ini.

Pelantikan itu berkuat kuasa esok sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang sudah berkhidmat selama 20 tahun.

Selepas istiadat pengurniaan watikah itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Ahmad Fuzi.

Istiadat pengurniaan itu turut disaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Yang turut hadir, isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Razak Jaafar.

Ahmad Fuzi, 72, yang juga anak jati Sungai Bakap, Pulau Pinang, menyertai perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran negara pada 1972 serta pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti, termasuk Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri sehingga tahun 2009.

Beliau pernah mengetuai delegasi pegawai kanan Malaysia dalam rundingan pelbagai persidangan dua hala, serantau dan antarabangsa, selain terbabit dalam penganjuran sidang kemuncak seperti Sidang Kemuncak NAM (Pergerakan Negara-negara Berkecuali), Sidang Kemuncak OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan Sidang Kemuncak ASEAN.

3 penyandang termasuk Ramkarpal tewas dalam pemilihan DAP Pulau Pinang


Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh antara tiga penyangdang yang tewas dalam pemilihan DAP Pulau Pinang hari ini.

Dua lagi yang tewas adalah bekas Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik dan bekas exco kerajaan negeri Danny Law Heng Kiang.

Mereka gagal mendapat cukup undi untuk berada dalam kedudukan 15 tertinggi.

Antara muka baru dalam kepimpinan DAP negeri adalah adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy, exco kerajaan negeri Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.


Bagaimanapun, Ramkarpal dimasukkan ke dalam barisan kepimpinan selepas dilantik sebagai ahli jawatankuasa.

Tiga lagi yang dilantik adalah Syerleena Abdul Rashid, Chong Eng, Heng Lee Lee dan Lim Siew Khim.



Menurut pemilihan DAP negeri, 15 calon dengan undi tertinggi diisytihar sebagai pemenang.

Mereka kemudian akan membuat pemilihan bagi mengisi pelbagai jawatan dalam kepimpinan negeri, serta membuat lima pelantikan.

Berikut adalah barisan kepimpinan baru DAP Pulau Pinang:

Pengerusi: Chan Kon Yeow

Timbalan Pengerusi: P Ramasamy

Naib Pengerusi: Zairil Khir Johari, Jagdeep Singh Deo

Setiausaha: Lim Hui Ying

Penolong Setiausaha: Lim Siew Khim

Bendahari: Wong Hon Wai

Penolong Bendahari: Soon Lip Chee

Setiausaha Organisasi: Jason H’ng Mooi Lye

Penolong Setiausaha Organisasi: Lay Hock Peng, Yeoh Soon Hin

Setiausaha Publisiti: Steven Sim Chee Keong

Penolong Setiausaha Publisiti: Syerleena Abdul Rashid

Pengarah Pendidikan Politik: Teh Lai Heng

Ahli Jawatankuasa: Phee Boon Poh, Phee Boon Chee, RSN Rayer, Ramkarpal Singh, Heng Lee Lee, Chong Eng


PN Pulau Pinang puji komitmen PAS




PERMATANG PAUH: Komitmen dan prestasi PAS sebagai anggota parti komponen Perikatan Nasional (PN) khususnya di Pulau Pinang ketika ini disifatkan baik meskipun parti itu turut menjalin kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN).

Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri, Datuk Shabudin Yahaya berkata, setakat ini, PAS berjaya memberikan kerjasama yang baik dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dalam PN di peringkat negeri.

“Saya rasa itu sudah cukup memberi keyakinan kepada PN untuk terus bekerjasama dengan PAS dalam usaha mengukuhkan jentera menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Itu (untuk terus bekerjasama dengan UMNO dalam MN) adalah pendirian PAS dan tidak ada apa-apa faktor termasuk dari segi perundangan yang boleh menghalang hubungan dan kerjasama itu daripada diteruskan buat masa ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shabudin yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri berkata, tumpuan dan fokus utama PN Pulau Pinang buat masa ini ialah untuk terus mengukuhkan jentera parti.

Katanya, ketika ini satu jawatankuasa berkaitan telah pun dibentuk dengan kehadiran tiga parti komponen utama dalam PN negeri iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan.

“Jadi, untuk beberapa minggu akan datang ini, kita akan adakan satu lagi mesyuarat bagi membolehkan beberapa strategi untuk menghadapi PRU-15.

“Persediaan jentera, kursus serta latihan berkaitan juga telah kita adakan secara berperingkat dan ini akan diteruskan dengan menggabungkan pengalaman ketiga-tiga parti dalam menguruskan jentera pilihan raya masing-masing,” katanya.

Jelas Shabudin, semua persiapan ini adalah sebahagian persediaan awal bagi menghadapi PRU-15 termasuk kemungkinan berlakunya pertandingan satu lawan satu, tiga penjuru dan sebagainya.

“Persiapan seperti ini penting kerana apabila sampai masanya untuk pilihan raya, kita telah pun bersedia sepenuhnya,” katanya.

Bagaimanapun beliau memberitahu, segala bentuk persiapan juga bergantung kepada arahan pucuk pimpinan parti serta keadaan politik semasa ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Tanah kubur di Pulau Pinang kritikal



TANAH Perkuburan Islam Jalan Perak, Georgetown, Pulau Pinang yang semakin padat berikutan pertambahan penduduk Islam di sekitar kawasan itu.

Sumber : Kosmo Online

Oleh KHUZAIRI ISMAIL

GEORGETOWN: Umat Islam semakin bertambah, ruang kubur semakin terhad. Tanah perkuburan Islam sedia ada pula sudah semakin padat menyebabkan jarak antara kubur terlalu rapat.

Di lokasi yang disifatkan segi tiga emas dengan tanah bernilai tinggi seperti di Timur Laut, membuka kawasan tanah perkuburan Islam baharu disifatkan sebagai mustahil.

Apatah lagi dengan perkembangan pesat pembangunan komersial seperti apartmen dan bangunan perniagaan…


Kisah Babi Industri di Pulau Pinang. Apa Kata Kerajaan DAP Negeri?




TASEK GELUGOR: Ternakan babi di negeri ini telah mencapai tahap industri dengan sebahagian besar pengeluaran haiwan itu adalah untuk tujuan eksport berbanding menjadi keperluan makanan atau industri tempatan.


Pengerusi Badan Bertindak Pencemaran Sungai Kreh (BBPSK), Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim berkata, berada sebagai industri bermakna penternakan ini tentu sekali amat menguntungkan para pengusahanya.

Pun begitu menurut beliau, penternakan tersebut telah memberi kesan buruk yang menyebabkan pencemaran ke atas sumber air dan mengeluarkan bau busuk hingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk.

Namun kesalinya, impak terjadi ke atas alam sekitar dan kesejahteraan penduduk itu seperti diabaikan apabila tiada tindakan diambil atau penguatkuasaan undang-undang oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Adakah disebabkan keuntungan besar dari industri penternakan babi ini, (maka) kerajaan negeri menutup mata dan telinga tanpa menghiraukan pencemaran yang semakin berleluasa,” persoal Ustaz Razib.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor mengupas isu bertajuk “Sungai Kreh: Bela Ikan atau Bela Babi?” anjuran Muslimat PAS Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menurutnya, Sungai Kreh sepanjang 13 kilometer itu walaupun didakwa tercemar oleh pembuangan sisa kilang oleh pihak tertentu, tetapi BBPSK mendapati penyebab utama adalah kerana pelepasan najis babi.

Terang beliau, masalah yang sudah berlarutan lebih 40 tahun itu turut mengakibatkan pencemaran ke atas beberapa sungai lain dan memasuki kawasan kampung daripada lembangan sama dengan Sungai Kreh.

Antaranya Sungai Korok, Parit Kampung Selamat, Sungai Kreh Tasik, Sungai Kecil Pokok Machang, Parit Malakof, Sungai Lubuk Meriam dan Sungai Lubuk Meriam Dalam serta tali air ladang kelapa sawit dan sawah padi sekitar.

“Berdasarkan maklumat pihak berkuasa, terdapat 77 lot bersamaan 136,000 ekor babi diternak di Kampung Selamat ini. Hasil tinjauan terbaharu kami saksikan proses pembersihan tinja babi dilepaskan terus ke parit dan mengalir ke dalam sungai tanpa tapisan,” ujarnya.

Maklum beliau, tinjauan tersebut dilakukan bersama lima NGO termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di kandang ternakan babi di Kampung Selamat, di sini hujung tahun lalu.

Malah isu ini juga telah mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di mana wakil KASA turun padang melihat sendiri serta menerima memorandum daripada penduduk.

Kata Ustaz Razib, masalah pencemaran yang timbul bukan sahaja menyebabkan ketidakpuasan hati penduduk dalam kalangan komuniti Melayu, malah juga daripada kaum Cina dan India warga setempat.

Beliau juga kesal kerana selain bantahan penduduk seperti tidak diendahkan, malah tindakan juga tidak dikenakan ke atas penyebab masalah tersebut di mana penternakan berlaku tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Jelasnya, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan sistem Penternakan Moden Babi (MPF) pada 17 September 2014, manakala DUN Pulau Pinang juga meluluskan Enakmen Penternakan Babi 2016.

Tetapi persoalnya, 13 lot ternakan babi di Kampung Selamat itu bukan sahaja tidak berlesen, malah 64 lot lainnya langsung tidak mengikut ketetapan MPF, apatah lagi untuk mematuhi pelepasan kumbahan ‘zero discharge’.

Sedangkan ujarnya, para peniaga di tepi jalan di negeri ini sering kali berdepan arahan penutupan atau sitaan yakni tindakan drastik, tetapi layanan sebaliknya terhadap masalah dilakukan dari industri ternakan babi.

Katanya, jika diambil tindakan, ia tidak berat di mana jika disabit dan didakwa mahkamah hanya dikenakan denda ringan seperti dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 82(5) kompaun RM250 hingga RM2,000.

“Jika dilihat, undang-undang terhadap kesalahan berkaitan tidak setimpal. Ini membuatkan pelanggaran berulang, seolah-olah pesalah tidak serik,” kesali beliau. – HARAKAHDAILY 4/2/2021

Harga kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang boleh beli makanan untuk 9,162 keluarga


HARGA Mercedes S560e untuk kegunaan Ketua Menteri yang berharga RM458,122.78 boleh digunakan untuk membekalkan bakul makanan bernilai RM50 kepada 9,162 buah keluarga di seluruh Pulau Pinang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga dari PAS Yusni Mat Piah berkata, dia terkejut selepas membaca laporan berita mengenai tindakan Kerajaan DAP-PH Pulau Pinang yang membeli kereta jenama mewah itu untuk kegunaan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau menegaskan, pembelian kenderaan tersebut memperlihatkan Kerajaan Negeri tidak sensitif dan prihatin terhadap rakyat Pulau Pinang yang sedang menderita kesan penularan pandemik Covid-19.

“Nilai harga kereta tersebut cukup untuk membekalkan bakul makanan bernilai RM50 kepada 9,162 buah keluarga di seluruh Pulau Pinang.

“Ini sangat-sangat berbeza dengan sikap Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh Perikatan Nasional yang lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat dengan pengenalan pelbagai bentuk skim dan bantuan kepada golongan rentan.

Yusni turut mempersoalkan mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggunakan peruntukan membeli kenderaan mewah itu untuk membantu 5,443 orang yang diberhentikan kerja di negeri tersebut.

Tegas beliau Kerajaan DAP-PH Pulau Pinang seharusnya menangguhkan dahulu hasrat membeli kereta rasmi baharu dan memberikan penumpuan kepada soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat ketika ini.

Bagaimanapun beliau kesal selepas Kerajaan Negeri memilih untuk berbelanja demi untuk tuntutan sendiri.

“Jawapan yang saya dapat dalam sidang dun lepas bahawa seramai 5,443 orang diberhentikan kerja manakala 8 hotel terpaksa ditutup di Pulau Pinang sepanjang musim COVID-19. Mengapakah peruntukan yang ada tidak mengutamakan mereka ini dahulu.

“Itu belum lagi belanjawan negeri tahun ini yang membawa kepada defisit RM403.8 juta. Keadaan menunjukkan kerajaan tidak berhemah dalam berbelanja,” kata Yusni.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang pada 7 Januari lalu mengumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang telah dibekalkan dengan kereta rasmi baharu model Mercedes S560e bagi menggantikan kereta Mercedes S300L yang dibeli pada 2013.

Pembelian kereta itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 29 November 2019.

Menurut kenyataan itu, tarikh pembelian Mercedes S560e adalah pada 31 Disember 2020 dengan kos pembelian sebanyak RM458,122.78, iaitu penjimatan sebanyak RM127,765.22 daripada harga asal-SM

Derita pencemaran najis babi


Mungkin itu ungkapan paling sesuai buat penduduk Kampung Air Melintas Kecil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, berhubung isu pencemaran najis babi di Sungai Kereh akibat longgokan najis babi yang mengalir dari ladang di Kampung Selamat yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari sini.

Penduduk, Abu Hasan Awang,52, memberitahu Bernama, pencemaran serta bau busuk dari air yang mengalir di Sungai Kereh itu sudah terlalu lama berlaku, namun penyelesaian masih tidak menunjukkan tanda berakhir hingga kini.

“Bayangkan dari 1980-an hingga kini, masalah ini tetap sama. Pihak berkuasa, agensi berkaitan, wakil rakyat, datang silih berganti, hanya datang,lihat kemudian pulang. Pencemaran itu tetap berlaku hingga kini. Sampai bila?” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Air Melintas Kecil baru-baru ini.

Abu Hasan berkata memandangkan isu pencemaran sungai itu masih berlarutan, wajar sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut yang berkemungkinan melibatkan faktor “orang dalaman”.

“Siasatan SPRM itu perlu dan wajar. Saya bersetuju jika SPRM nak datang siasat. Pencemaran Sungai Kereh sebab perkara ini sudah berpuluh tahun (40 tahun), berpunca dari ladang babi dan juga bahan kimia kilang.

“Kalau musim kemarau lagi teruk, bau amat kuat, bercampur najis babi dan bahan kimia dari kilang, ” tambahnya. Beliau yang sebelum ini mengerjakan sawah tidak lagi berbuat demikian disebabkan air sungai yang tercemar itu turut memusnahkan hasil tanaman padinya, sebaliknya kini meraih pendapatan sebagai pemandu lori.

Berkongsi kenangan ketika Sungai Kereh belum tercemar pada awal 1970-an, Abu Hasan berkata, sungai itu lubuk rezeki untuk penduduk setempat mencari rezeki kerana banyak udang galah.

Namun kini aktiviti menangkap dan menjual udang galah tidak lagi dapat dilakukan.

Kekecewaan sama diluahkan pesawah Hishamudin Md Isa, 42, yang menanggung kerugian akibat pencemaran Sungai Kereh malah menceritakan pengalaman menjijikkan ketika mahu mengambil hasil padi.

“Pernah ada najis seketul-seketul di situ. Tidak sanggup rasanya. Padi juga banyak yang rosak dan kami pesawah mengalami kerugian ribuan ringgit. Itu belum masuk habis kaki gatal-gatal,” katanya .

Bagaimanapun, Hishamudin mengakui menarik nafas lega apabila perkara itu mendapat perhatian Jawatankuasa Petugas Khas yang ditubuhkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang diarahkan menyelesaikan segera isu berkenaan.

Katanya, lawatan bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Datuk Dr Nadzri Yahaya baru-baru ini yang turun meninjau lokasi pencemaran, dilihat dapat memberi kelegaan serta ruang penyelesaian sebaiknya demi kesejahteraan penduduk setempat dan sekitarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri (Pulau Pinang), Dr Norlela Ariffin berkata, beliau meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat laporan polis di bawah Sekyen 430 Kanun Keseksaan dan kini perkara itu masih dalam siasatan polis.

Tambahnya, pihak polis telah mengambil 11 sampel air sungai yang ada najis Babi serta sampel dari kandang yang disyaki melepaskan najis.

“Jika SPRM hendak siasat, saya mengalu-alukan supaya tidak ada pencemar yang dibiarkan membuang sisa kumbahan ke dalam parit dan sungai sehingga BOD (Oksigen Biokimia) terlalu tinggi,” katanya.

Menurutnya Enakmen Ternakan Babi 2016 hanya diwartakan pada tahun 2020 dan Peraturan Ternakan Babi pula hanya diwartakan pada Mac 2020. Disebabkan itu kerajaan negeri melalui Jabatan Veterinar tidak dapat mengambil tindakan.

“SPRM boleh siasat kenapa proses pewartaan Enakmen Ternakan Babi ambil masa yang begitu lama berbanding Enakmen Perladangan Unggas yang diluluskan pada sesi kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2020 dan diluluskan di Mesyuarat Exco pada 9 Dis lalu untuk diwartakan pada 1 Jan 2021,” katanya. FMT

Isu Air: Kedah Mahukan Bayaran, Bukan Sumbangan

ALOR SETAR, 23 Dis -- Kerajaan Negeri Kedah tetap mahukan bayaran caj air mentah dari Sungai Muda yang mengalir ke Pulau Pinang dan bukannya bayaran berbentuk sumbangan daripada kerajaan negeri terbabit.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata untuk itu kerajaan negeri berhasrat menetapkan caj 10 sen bagi setiap satu meter padu air mentah itu, namun bersedia berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai harga berkenaan.

“Kita nak bayaran. Bukan sumbangan. (Kalau) sumbangan, ikut suka bayar berapa duit pun, 4 kupang (40 sen) 5 kupang (50 sen). Sumbangan ini juga kalau nak bagi boleh, tak mau bagi pun boleh,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini yang menggalakkan Pulau Pinang memberi sumbangan kewangan atas pengorbanan Kedah untuk tidak meneroka kawasan tadahan air di Ulu Muda.

Muhammad Sanusi turut menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sebelum ini yang menyatakan kerajaan negeri Pulau Pinang sedia berunding mengenai isu pampasan air sebagai perkembangan positif bagi mencari penyelesaian berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri Kedah tidak boleh memberi jaminan untuk tidak merobohkan mana-mana struktur bangunan termasuk rumah ibadat yang dibina atas tanah yang bukan milik persendirian dan bertentangan dengan undang-undang.

“Kalau saya jamin satu struktur tidak akan dirobohkan, padahal dibina atas tanah orang lain ataupun dibina di padang permainan kanak-kanak atau dibina di pinggir jalan menghalang lalu lintas, ia bertentangan dengan Akta Jalan Parit dan Tali Air (Akta 133), macam mana seorang Menteri Besar boleh beri jaminan bahawa pihak tertentu boleh melanggar akta tersebut di negeri ini,” soalnya.

Isnin lepas, sebuah gabungan badan bukan kerajaan Hindu dilaporkan menggesa Menteri Besar Kedah itu memberi jaminan tiada lagi kuil dirobohkan di Kedah sebaliknya dipindahkan jika perlu.

Pada awal Disember lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah selepas tapak berkenaan yang dimiliki kerajaan negeri hendak dibangunkan yang seterusnya menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak.

-- BERNAMA

Isu Air Kedah-Penang, Najib Tolong Bagi Pencerahan

Negeri Melaka membayar Johor untuk mengambil air mentah. Selangor juga membayar Pahang untuk air mentah.

Jadi, saya tidak tengok apa masalah untuk Pulau Pinang membayar Kedah jika kerajaan DAP Pulau Pinang asyik menegur negeri Kedah untuk memastikan air Sungai Muda tidak tercemar memandangkan 80% dari keperluan air Pulau Pinang adalah dari sungai tersebut.

Apa yang ramai tidak tahu ialah pada tahun 2011, kerajaan Pulau Pinang telah mengenakan caj pengambilan air mentah sebanyak 3 sen setiap 1,000 liter ke atas syarikat air Pulau Pinang.

Caj ini digandakan pula ke 6 sen pada tahun 2016 atau sekitar RM21 juta setiap tahun.

Ianya hasil bersih tanpa apa-apa kos yang ditanggung kerajaan Pulau Pinang.

Justeru itu, saya rasa ianya tidak keterlaluan untuk Kerajaan Pulau Pinang berkongsi 50% daripada hasil ini dengan kerajaan Kedah supaya Kedah boleh meningkatkan usaha memastikan sumbar air semulajadi terpelihara.

Caj pengambilan air mentah yang dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang pada tahun 2011 boleh menjadi asas rundingan antara Kedah dengan Pulau Pinang.

Sumber : https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157551224860952/

Pulau Pinang tak akan bayar caj air Kedah

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang memaklumkan, tidak akan membayar caj air mentah kira-kira RM50 juta setahun seperti dituntut Kerajaan Kedah.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, mengesahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) sudah menerima surat daripada syarikat pengusaha air negeri itu (Kedah) baru-baru ini berkaitan tuntutan tersebut dan telah pun memberikan penjelasan berhubung tindakan tidak membayar caj berkenaan.

"Kita telah memberikan jawapan tidak akan membayar caj tersebut memandangkan Pulau Pinang menggunakan hak antarabangsa iaitu menggunakan air dari sungai khususnya di bahagian sempadan negeri Pulau Pinang sejajar dengan undang-undang dan hak antarabangsa.

"Kita tidak akan bayar sebab kita mengambil air dari Sungai Muda di bahagian negeri Pulau Pinang sejajar dengan hak antarabangsa tentang air dan undang-undang negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung beberapa tuntutan, antaranya caj air mentah kira-kira RM50 juta setahun, yang tidak pernah menerima sebarang jawapan dan bayaran daripada Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Chow berkata, Pulau Pinang menyokong usaha Kedah untuk membuat tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pampasan kerana tidak membenarkan pembalakan di hutan lokasi tadahan air di negeri itu.


"Kita sokong negeri Kedah menuntut pampasan ini daripada Kerajaan Persekutuan seandainya Kedah mengambil tindakan untuk mewartakan Hutan Simpan Kekal di Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air bagi memastikan Ulu Muda dapat membekalkan air kepada tiga negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang," katanya sambil menambah isu sedemikian harus ditangani di peringkat Persekutuan. – BERNAMA
© all rights reserved
made with by templateszoo