NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahmad Fuzi Terima Watikah Pelantikan TYT Pulau Pinang




30 APRIL: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri (YDP) Pulau Pinang kelapan kepada bekas diplomat, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak di Istana Negara, hari ini.

Pelantikan itu berkuat kuasa esok sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang sudah berkhidmat selama 20 tahun.

Selepas istiadat pengurniaan watikah itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Ahmad Fuzi.

Istiadat pengurniaan itu turut disaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Yang turut hadir, isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Razak Jaafar.

Ahmad Fuzi, 72, yang juga anak jati Sungai Bakap, Pulau Pinang, menyertai perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran negara pada 1972 serta pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti, termasuk Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri sehingga tahun 2009.

Beliau pernah mengetuai delegasi pegawai kanan Malaysia dalam rundingan pelbagai persidangan dua hala, serantau dan antarabangsa, selain terbabit dalam penganjuran sidang kemuncak seperti Sidang Kemuncak NAM (Pergerakan Negara-negara Berkecuali), Sidang Kemuncak OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan Sidang Kemuncak ASEAN.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo