NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu feri uzur di Pulau Pinang: Kenapa sekarang baru Guan Eng marah?




KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan (MOT), Datuk Seri Wee Ka Siong menempelak bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu feri uzur di Pulau Pinang yang sebenarnya telah bermula sejak penghujung tahun 2019.

Menurut Ka Siong, mengapa sekarang Guan Eng marah dan mempersoalkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak membeli alat ganti untuk membaiki Feri Pulau Pinang tersebut bagi membolehkannya dan beroperasi.

“Sepatutnya Lim Guan Eng tanya diri sendiri kerana pada masa itu dia begitu ‘powerful’ dan saya bukan Menteri Pengangkutan, saya hanya Ahli Parlimen Pembangkang sahaja,”katanya dalam entri Facebooknya.

Ka Siong berkata, Feri Pulau Pinang tersebut telah dihantar ke Limbungan Bagan Dalam bersebelahan dengan Sungai Perai pada 27 November 2019.

Jelasnya, pengendali perkhidmatan pada masa itu ialah RapidFerry iaitu sebuah anak syarikat Prasarana.


Katanya lagi, sebab feri ini dihantar ke limbungan ialah ‘due for docking’’ dan memang dalam keadaan uzur.

“Alat-alat ganti yang diperbuat di Belanda pula tidak diperoleh. Maka feri ini tidak dapat beroperasi sejak 27 November 2019 dan berada di situ sehinggalah ke hari ini.
“Tumpang tanya Lim Guan Eng, pada 27 November 2019, siapa Menteri Kewangan pada masa itu? Prasarana adalah sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Ingat tak pada hujung tahun 2019, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM30juta kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) untuk tujuan pembelian Catamaran baharu serta mengambil alih perkhidmatan ini daripada RapidFerry milik Prasarana,”katanya.

Untuk peringatan katanya lagi, Guan Eng sekadar mengumumkan saja peruntukan tapi RM30 juta tidak disenaraikan dalam Belanjawan 2020.

Beliau menambah, Guan Eng mudah lupa siapa Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan pada 27 November 2019 ketika pemerintahan PH?

“Kalau lupa, ini saya ingatkan. Saya pernah memperinci semuanya, siap ada hansard Dewan Rakyat yang pernah diungkapkan sendiri oleh Guan Eng.

“Walau bagaimana pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Chow Kuan Yow, Ketua Menteri Pulau Pinang kerana sentiasa berbincang dengan MOT untuk mencari jalan penyelesaian pragmatik terhadap permasalahan khusus di negeri Pulau Pinang.

Malah, beliau sendiri turun padang menaiki feri “bot laju” pada 30 Disember 2020 bersama-sama dengan kakitangan pelabuhan sebelum perkhidmatan feri mula diambil alih oleh PPSB pada awal Januari lalu,”katanya.

Ujarnya lagi dalam entri Facebooknya itu, pada 24 Disember 2020, pihak Prasarana yang dimiliki oleh kerajaan pusat telah menulis surat kepada Exco Pengangkutan Kerajaan Pulau Pinang untuk menawarkan 6 buah feri (sama ada beroperasi atau tidak) secara percuma kepada Kerajaan Pulau Pinang.

Namun, Kerajaan Negeri pada 18 Januari 2021 telah bersetuju dan sudi menerima hanya sebuah feri saja.

“MOT terbuka dan menerima keputusan Kerajaan Negeri. Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada CM Chow!

“Lagi lima buah feri lama boleh diubahsuai menjadi muzium, restoran dan feri khas pelancong pada waktu tertentu, tapi bukan sebagai mod pengangkutan awam,”katanya.
Sejak Januari 2021, negara kita sentiasa berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi mencegah penularan wabak Covid-19.

Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) pula perlu melalui proses RFP atau tender terbuka walaupun ia melibatkan feri lama ataupun yang telah rosak.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo