NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Pulau Pinang tolak cadangan jambatan ketiga, fokus isu ekonomi dan kebajikan rakyat


PAS PULAU PINANG TEGAS MENOLAK CADANGAN JAMBATAN KETIGA KERAJAAN NEGERI.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan media Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Kamaruzaman Mohamad iaitu membantah rancangan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang untuk membina Jambatan ke-3 bagi menggantikan Projek Terowong bawah laut yang gagal dilaksanakan sehingga masa ini.

Kami berpendirian bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang perlu memberi keutamaan kepada isu ekonomi dan kebajikan rakyat di negeri ini berbanding melakukan satu lagi pembaziran wang rakyat ketika negara sedang berhadapan era pasca pandemik COVID-19.

Misalnya, sebanyak RM305 juta telah dibelanjakan untuk  kajian kebolehlaksanaan fasa awal rancangan pembinaan Terowong Dasar Laut sebelum ini, namun telah tertangguh  kerana kes perbicaraan mahkamah yang melibatkan Mantan Ketua  Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Persoalannya, pertama; adakah Kerajaan Negeri gagal dalam mengurus serta mengawal kewangan secara berhemah sehingga boleh merisikokan masa depan negeri ini, kedua; adakah rancangan projek ini sudah termasuk dalam Rancangan Struktur Negeri 2030 (RSN 2030), dan ketiga; adakah cadangan projek jambatan ke-3 ini dapat menyelesaikan kesesakan yang sedia ada sebagaimana pelan asal yang dicadang iaitu Penang Transport Master Plan (PTMP) yang masih kabur matlamatnya.

Oleh yang demikian, PAS Pulau Pinang sekali lagi menyatakan pendirian tegas bahawa kami membantah sekeras-kerasnya projek Jambatan ke-3 ini dan menggesa supaya kerajaan negeri terus memberi fokus kepada projek pembangunan yang mampan dan lestari dalam era pasca pandemik COVID-19 ini dengan mengutamakan kebajikan rakyat.

Islam Memperkukuh Perpaduan

Ustaz Muhammad Fauzi bin Yusoff
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

2 Oktober 2021



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo