NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akhirnya replika lembu memakai samping, songkok diturunkan




Georgetown: Dekorasi Hari Raya Aidilfitri iaitu replika lembu memakai samping dan songkok di bulatan berhampiran Jalan Ayer Itam, di sini, sudah diturunkan, semalam.

Tindakan itu dilakukan segera selepas ia tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai terutama masyarakat Muslim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Itam, Joseph Ng Soon Siang berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung isu dekorasi dan replika berkenaan.

Joseph berkata, dia turut memohon maaf kepada rakan beragama Islam khususnya mengenai kekhilafan tercetus itu.

"Kami tidak berniat bagi mengguris sensitiviti masyarakat terutama dalam mengekalkan keharmonian sedia terjalin dengan pelbagai kaum di Pulau Pinang.

"Umumnya setiap kali musim perayaan, saya akan meletakkan perhiasan mengikut tema perayaan di lokasi berkenaan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Joseph berkata, kelalaian dibuat tanpa sebarang niat buruk berhubung hiasan sempena Syawal itu sudah menyentuh sensitiviti rakan Muslim di situ.

"Dengan ini, sekali lagi saya ingin memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian ini," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo