NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel isytihar darurat di bandar Lod




Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan darurat di tengah bandar Lod, pada Rabu.

Perkara itu diputuskan selepas polis mendakwa penduduk berketurunan Arab melakukan rusuhan besar-besaran.

Ia selepas rakyat Arab-Israel terbunuh malam Selasa lalu, di tengah-tengah ketegangan antara Israel dan wilayah Palestin.

Menurut jurugambar AFP, Netanyahu turun padang sendiri ke bandar yang terletak di pusat ekonomi Tel Aviv, dekat lapangan terbang Ben Gurion itu bagi menenangkan keadaan.

Polis tempatan mengesahkan, bandar yang memiliki 77,000 penduduk termasuk 47,000 rakyat Israel dan 23,000 rakyat berketurunan Arab-Israel itu menjadi lokasi rusuhan, pada Isnin.

Namun katanya, keadaan dapat dikawal ketika ketegangan meletus di Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat dan bandar diduduki rakyat Arab-Israel pada malam Selasa.


"Rusuhan besar-besaran dicetuskan beberapa penduduk Arab.

"Banyak kerosakan harta benda dan kenderaan terbakar," kata polis dalam kenyataan.

Susulan itu, kerajaan mengarahkan bantuan disalurkan selepas media tempatan melaporkan tiga rumah ibadat dan beberapa pusat perniagaan terbakar di Lod.

Polis mengesahkan, lapan ditahan dalam beberapa kejadian rusuhan di Acre, Wadi Ara dan Jisr A-Zarqa.

Ketegangan tercetus pada Jumaat lalu membabitkan pertempuran pihak berkuasa dengan penduduk Palestin di Masjidil al-Aqsa.

Ia menyebabkan 700 penduduk Palestin cedera.

Semalam, Hamas melakukan serangan balas ke Tel Aviv selepas Israel melancarkan serangan yang memusnahkan blok bangunan di Semenanjung Gaza.

https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/05/705226/israel-isytihar-darurat-di-bandar-lod

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo