NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label MN. Show all posts
Showing posts with label MN. Show all posts

“Jangan takut jadi pembangkang” – Akmal gesa Umno keluar kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, secara terbuka menggesa UMNO meninggalkan Kerajaan Perpaduan dan kembali menjadi pembangkang bagi membina semula kekuatan parti.

Berucap pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO, Akmal menegaskan UMNO tidak perlu gentar menjadi pembangkang, malah menyifatkannya sebagai langkah strategik untuk kebangkitan semula parti.

Menurutnya, beberapa “garis merah” UMNO telah dilanggar, khususnya melibatkan DAP, sekali gus mencerminkan maruah dan prinsip UMNO tidak lagi dihormati dalam kerajaan sedia ada.

Akmal turut mendakwa desakan keluar kerajaan perpaduan datang daripada akar umbi UMNO, sambil menyuarakan keyakinan bahawa parti itu mampu merampas semula kuasa dalam tempoh dua tahun sekiranya memilih haluan pembangkang.

Dalam ucapannya juga, Akmal menekankan keperluan penyatuan politik Melayu, dengan mencadangkan UMNO dan PAS sebagai pelopor utama penyatuan tersebut. Menurutnya, perpecahan parti-parti Melayu hanya merugikan akar umbi.

Beliau turut mencadangkan pembubaran Perikatan Nasional (PN) dan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN), susulan krisis politik di Perlis. Cadangan itu mendapat reaksi positif daripada pimpinan PAS, namun dengan syarat UMNO keluar terlebih dahulu daripada gabungan bersama Pakatan Harapan (PH).

Isu hala tuju UMNO ini dijangka menjadi antara agenda penting menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada pertengahan Januari ini.


NGO pimpinan Annuar buka pendaftaran keahlian secara dalam talian

Hari ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin mengumumkan secara terbuka  telah mendaftar keahlian dengan Muafakat Nasional.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan, Muafakat Nasional (MN) yang diterajui bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa kini membuka pendaftaran keahlian kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama yang berumur 18 tahun ke atas selaras dengan matlamat penubuhannya.

Setiausaha Kerja MN, Datuk Mohd. Irwan Rizal berkata, pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi muafakatnasional.org.my

“Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah, perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, selain laman sesawang rasmi, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai MN dari media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok serta talian 011-72751075.

Mohd. Irwan turut menjelaskan MN ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan bukannya parti politik.

Pada Khamis lalu, Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan pengaktifan MN sebagai platform yang menggerakkan agenda perpaduan dan penyatuan serta memantapkan pembinaan negara dan bangsa.

Hari ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin mengumumkan secara terbuka  telah mendaftar keahlian dengan MN. – MalaysiaGazette

PAS sentiasa terbuka runding Umno bila-bila masa


PAS sentiasa terbuka untuk berunding dengan Umno sekiranya parti itu ingin menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang juga hanya mempereratkan lagi hubungan dalam Perikatan Nasional (PN) tetapi tidak pernah menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Umno.

"Kalau perhati betul-betul kenyataan daripada Presiden PAS, tidak ada sebab apabila kita menyebutkan penyatuan ummah, bererti (kita) tidak boleh bermusuh.

"Walaupun tidak boleh berkawan (sebagai satu gabungan parti) tetap tidak boleh bermusuh.

"Ya kita bersedia, kami sentiasa terbuka untuk sebarang rundingan atau perbincangan pada bila-bila masa," katanya pada sidang media majlis penutup Program Pendakian 121 Puncak di Taman Eko Rimba, di Kuala Lumpur, semalam.

Ketika ditanya mengenai adakah PAS terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), beliau berkata parti itu mengekalkan pendirian untuk tidak mempunyai “hubungan” dengan parti itu pada PRU15.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai penggunaan logo pada PRU15, Takiyuddin berkata calon bertanding termasuk calon PN bagi ketiga-tiga negeri yang ditadbir PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah akan menggunakan logo PAS.

"Setakat ini kita telah mendapat ‘sort of’ lampu hijau daripada PN untuk PAS menggunakan logo PAS iaitu bulan, di negeri negeri yang ditadbir oleh PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Setakat ini, itulah yang diterima dan dipersetujui.

"Rasional PAS meminta penggunaan logo itu dan bagi saya, mungkin tidak ada masalah. Jadi maknanya semua calon-calon PN akan menggunakan logo PAS.

“Kalau itu yang dimuktamadkan. Tidak boleh satu negeri ada logo PAS, ada logo Bersatu kerana kalau ikutkan PN ini adalah satu parti campuran," katanya yang turut memaklumkan ia bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai pengagihan kerusi, Takiyuddin berkata perkara itu akan dimuktamadkan beberapa hari sebelum penamaan calon.

- Bernama






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Tak kerjasama tak bermakna bermusuh



KUALA LUMPUR:
Keputusan PAS bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukannya bermakna parti itu bermusuhan dengan UMNO.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak menyebut langkah untuk menghentikan kerjasama dengan UMNO walaupun ada ada usaha mempererat lagi hubungan dalam PN.

Beliau berkata, PAS terbuka dengan rundingan dengan UMNO sama ada sebelum ataupun selepas PRU-15, termasuk untuk membentuk kerajaan campuran, jika tiada parti yang dominan untuk menubuhkan kerajaan.

"Saya tak anggap begitu. Kenyataan Presiden PAS mempererat lagi hubungan dalam PN tetapi tidak pernah menyatakan tidak bekerjasama dengan UMNO. Kalau perhatikan betul-betul kenyataan itu, tidak ada.

"Sebab kita menyebutkan penyauan ummah. Anda tidak boleh bermusuhan. Kalaupun tidak boleh berkawan tetapi jangan bermusuh. Anda tak boleh berkawan, jangan isytihar bermusuhan. Itu tak boleh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pendakian 121 Puncak sempena Ulangtahun Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ke-121 di sini, hari ini.

Mengulas kegusaran UMNO Pulau Pinang yang masih menaruh harapan terhadap kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN), Takiyuddin berkata, perlu ada persefahaman di antara kedua-dua parti supaya tidak berlaku pertindihan kerusi ditandingi.

"Kalau sekiranya gabungan tak dapat, ada percaturan. Maknanya macam persefahaman di antara parti. Mungkin apabila parti tertentu meletakkan calon dan parti ini tak letak. Itu dipanggil persefahaman.

"Boleh jadi begitu. Bukan saya nak katakan ada tetapi boleh jadi begitu. Bila kita tak berjaya menubuhkan gabungan bersama, kita boleh berbincang dari segi persefahaman," katanya.

Menjawab pertanyaan sama PAS tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti yang memenangi PRU-15, beliau berkata, pihaknya terbuka untuk berbuat demikian tetapi bukan dengan Pakatan Harapan (PH).

"Sudah semestinya kalau selepas pilihan raya memang perkara yang boleh dijangka, terutama bila tidak ada 'single party' yang dominan untuk menubuhkan kerajaan. Tidak ada pilihan, lain melainkan perlu ada kerjasama di antara parti-parti.

"Ya (pas sedia) untuk (bentuk kerajaan) campuran. Kami sentiasa terbuka untuk sebarang rundingan pada bila-bila masa sekalipun. Dengan PH? Memang kita tak ada hubungan," katanya.

PAS enggan bekerjasama dengan PH kerana bermusuhan dengan DAP. - Foto hiasan NSTP/ASWADI ALIAS
PAS enggan bekerjasama dengan PH kerana bermusuhan dengan DAP. - Foto hiasan NSTP/ASWADI ALIAS






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Muafakat Nasional : UMNO tunggu keputusan mesyuarat PAS hujung minggu ini

KUALA LUMPUR – UMNO masih menunggu dua siri mesyuarat penting PAS yang dijadual berlangsung hujung minggu ini sebelum memutuskan status kerjasama Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pun begitu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap PAS dapat segera memberi kata putus.

“Kita tunggu apa keputusan mesyuarat mereka, saya difahamkan mereka (PAS) ada dua mesyuarat pada Sabtu dan Ahad, jadi UMNO menunggu keputusan itu.

“Kita tak tetapkan dateline tapi iyalah kita mesti membuat ketetapan dengan pantas.

“Bila pun pilihan raya umum segalanya kena buat persiapan dengan pantas,” katanya ketika ditemui media di Menara Datuk Onn pada Khamis.

Menurut Ahmad, Barisan Nasional (BN) ada pengalaman dalam urusan itu maka semua perkara dilakukan mengikut tarikh-tarikhnya.

“Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Mohamad Hasan telah selesai menjelajah dari Perlis sampai ke Sabah.

“Jadi sekarang kita membuat ulangan terhadap itu dan membuat persediaan pilihan raya. Bila pun tarikhnya UMNO-BN kena sentiasa berjaga-jaga,” ujarnya.

Sumber | SuaraTV

PRU15 dan Penyatuan Ummah

Pengalaman politik Presiden PAS, bezakan beliau dengan yang lain.

Perjumpaan antara Presiden PAS dan Presiden Umno, berlaku di sebuah restoran, seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno. Umno, menggariskan tiga syarat utama bagi pertautan kembali Muafakat Nasional. Kemudian, Presiden PAS bertemu pula dengan Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin. TS Muhyiddin dikhabarkan tidak meletakkan apa-apa syarat.

Dikala hubungan dengan PN semakin erat, berbagai himpunan dibuat bersama bagi menunjukkan kekuatan perikatan politik itu, kini semua mata melirik kepada tindakan PAS yang dilihat boleh menjejaskan hubungan dengan Bersatu. Apatah lagi setelah TS Muhyiddin Yassin mengisytiharkan BN adalah musuh utama PN.

Mursyidul Am PAS segera membetulkan kenyataan TS Muhyiddin bahawa PAS tidak akan menjadikan sesama Islam menjadi musuh. Bermakna secara jelasnya, PAS, istiqamah berpegang dengan pendirian yang sudah sekian lama mereka tegaskan bahawa Perkukuhan MN, Pertahankan PN. PAS bertekad mahukan dua parti Melayu Islam ini menjadi gabungannya.

Sifirnya amat jelas dan mudah, jika tiga parti ini bergabung, maka kemenangan akan menjadi hak milik orang Melayu Islam, tuan empunya tanah tumpah darah ini. Dua contoh yang sangat signifikan untuk disebut bagi membuktikan kenyataan ini benar. Satu, kemenangan PH pada PRU-14, hasil daripada pecahnya undi kerana Umno dan PAS bertembung di kerusi yang sama.

Kedua, kemenangan Umno di tujuh PRK, dengan bantuan PAS yang tidak masuk bertanding. Fakta kedua ini juga menunjukkan bahawa PAS tidak gilakan jawatan. Semua kerusi itu adalah kerusi Umno. PAS tidak langsung berfikir apalagi meminta untuk Umno membuka laluan bagi PAS bertanding. PAS hanya membantu. Kemudian, dari mulut PM sendiri mengesahkan yang PAS adalah rakan yang baik dalam kerajaan, tidak menyusahkan dengan meminta jawatan itu dan ini.

Umno silap besar jika diambil kemenangan di Melaka dan Johor sebagai tanda aras, kerana undi teras dan peratusan mengundi jatuh. Bermakna pengundi atas pagar, masih belum menyatakan pendirian mereka. Ditambah lagi dengan perbalahan bagi jawatan Ketua Menteri di Melaka dan lawak pengundi di Johor, ‘order lain, sampai lain’ merujuk kepada MB Johor. Atas kertas, memang Umno menang, tetapi di mata dan fikiran pengundi atas pagar, adakah Umno sudah berubah? Jika rakyat berfikir sebaliknya, pangkahan mereka pada PRU-15, mungkin membunuh Umno.

Semua ini sudah difikirkan oleh Presiden PAS yang penuh pengalaman politik itu. Jelas dan konsisten semenjak dahulu, beliau menegaskan keperluan untuk ketiga-tiga jemaah Melayu Islam ini bersatu. Beliau tahu, hanya ini sahaja jalannya buat masa ini, bagi menyelamatkan Malaysia dari dirampas semula oleh PH yang dibenci oleh rakyat. Rakyat kesal, melihat sendiri selama 22 bulan cara PH memerintah. Dan penyatuan ini memberikan rakyat pilihan terbaik.

Dengan keyakinan yang tinggi inilah, Presiden PAS tidak menyerang Umno dan Bersatu. Beliau melancarkan serangannya kepada PH sahaja. Dalam bulan September sahaja, beliau menulis pandangan dari fikirannya sebanyak tujuh artikel. Menyerang PH dan menerang berkenaan peri pentingnya Islam dijaga. Dan untuk tujuan itu, Melayu Islam mesti bersatu.

Lalu beliau diserang dengan rakusnya oleh pimpinan dan soldadu-soldadu PH. Dengan fakta yang menipu, fitnah, berbohong, semua ramuan najis, racun dan dosa itu, PH masukkan dalam campuran penerangan mereka, dihidangkan kepada ahli mereka yang tidak mengetahui hal sebenar, asalkan puashati mereka menyerang Presiden PAS. Tetapi itu semua, bagi Presiden PAS, hanyalah bagaikan anjing yang menyalak. Perjalanan dakwah, tetap beliau teruskan.

Lihatlah semua ke masa hadapan. PAS, Umno dan Bersatu, mesti duduk semeja, membincangkan penyatuan ummah di bawah jemaah yang mereka pimpin. Tiada pilihan lain, Presiden PAS selalu menjadi pemangkin bagi menggerakkan usaha yang dicintai Allah dan rasul ini. Beliau menghadam ayat al-Quran berkenaan berpegang teguh kepada tali Allah dan janganlah berpecah belah. Beliau ulamak yang bukan sahaja memahami, bahkan paling kuat mengamalkan al-Quran. Ingatlah, kita dimuliakan Allah kerana mengambil Islam sebagai pegangan hidup kita.

Pastinya risau sungguh PH melihat semua penyatuan Melayu Islam ini. Ia adalah langkah pengakhiran bagi impian mereka. 

Mohd Nasir Abdullah
3 Oktober 2022

Formula agihan kerusi Umno-PAS Selangor tak lagi terpakai, kata Noh Omar


PETALING JAYA:
Formula pengagihan kerusi antara Umno dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) di Selangor sebelum ini tidak lagi terpakai selepas parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN).

Mengesahkan perkara itu, Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata, antara formulanya adalah mana-mana kerusi yang dimenangi calon PAS atau Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kekal ditandingi calon daripada parti terbabit.

“Dari segi pengagihan kerusi, itu dulu, betul masa MN dulu. Tetapi sekarang ini bila dah PAS dah masuk PN, jadi formula ini kita tidak boleh pakai lagilah.

“Apa-apa terpulang kepada pucuk pimpinanlah. Kalau MN tak ada dah besok, tak adalah pakai formula ini. Kalau kata kita pergi solo, kita ikutlah,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Pada 20 Mei lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama Umno dan PAS menerusi MN sebagai “nyawa-nyawa ikan”.

Bagaimanapun, sehingga kini Umno dan PAS belum menandatangani perjanjian pembatalan gagasan terbabit.

Dari segi pengagihan kerusi MN di Selangor sebelum ini, terdapat persetujuan bahawa mana-mana kerusi yang dimenangi atas tiket Umno tetapi calonnya meninggalkan parti itu dengan menyertai Bersatu, maka kerusi terbabit perlu diserahkan semula kepada Umno.

Bagi kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) pula, maka MN akan meletakkan calon berdasarkan undi kedua tertinggi yang diperoleh sama ada oleh Umno atau PAS pada PRU14.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi itu berkata, tanggapan pihak tertentu bahawa Umno Selangor cenderung mengambil pendekatan melawan arus dengan meneruskan kerjasama dengan PAS bagi mengukuhkan MN adalah tidak benar.

Beliau berkata, pihaknya akur dengan keputusan pucuk pimpinan dan setakat ini masih menunggu keputusan muktamad dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti.

“Tak ada siapa melawan arus. Lain-lain negeri pun berkawan elok sahaja, sebab kita di Selangor memang sudah rapat, kita kawan macam biasa.

“Keputusan muktamad kita akan tunggu daripada pucuk pimpinan, tetapi kita dari segi kawan dan hubungan silaturahim, kita buat kerjasama. Apa salahnya, kalau Hari Raya dia datang, kalau ada program dia nak datang, datanglah,” katanya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Muafakat Nasional siapa khianati siapa – Nik Amar

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU: Ketika peringkat awal penubuhan Muafakat Nasional (MN) tawaran kepada Bersatu untuk menyertai muafakat tersebut turut dipersetujui pemimpin Umno.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, usaha menawarkan Bersatu menyertai kerjasama tersebut bagi membolehkan muafakat tersebut berperanan lebih besar.

Katanya, pada peringkat awal Umno sebagai pengasas bersama MN bersetuju menawarkan kepada Bersatu menyertai kerjasama tersebut.

“Dalam MN PAS dan Umno merupakan pengasas utama. Dan kita mahu pakatan tersebut lebih besar dengan menjemput sama Bersatu.

“Umno setuju menjemput Bersatu untuk joint sama. Ketika itu Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yasin juga sebagai perdana menteri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Advertisement

Baru-baru ini Presiden Umno Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurutnya parti tersebut memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara terkandung dalam Piagam MN, namun tidak disepakati.

Piagam MN yang ditandatangani pada 14 September 2019 antara lain menyebut ‘Membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara’.

Pada 21 Ogos 2020, Ahmad Zahid dilapor mengesahkan Umno dan PAS menjemput Bersatu menyertai MN.

Menurutnya jemputan itu diputuskan pada mesyuarat yang dipengerusi bersama Timbalan Presiden Umno Dato’ Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, baru-baru ini Umno Selangor menjelaskan parti itu akan meneruskan kerjasama dengan PAS.

“Bagaimanapun peliknya Presiden Umno pula memaklumkan tidak mahu meneruskan kerjasama dengan PAS.

“Jadi siapa yang mengkhianati siapa. Malah Umno sendiri pun dilihat masih bercelaru dengan kenyataan yang dikeluarkan memperlihatkan seolah keputusan dibuat presiden secara peribadi dan bukan keputusan yang disepakati parti itu,” katanya.

Sedangkan kata beliau PAS sentiasa terbuka untuk meneruskan kerjasama dengan Umno dalam MN demi perpaduan ummah. 

Sumber |  HARAKAHDAILY

Disebalik Zahid tolak MN, PAS kekal agenda Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR: PAS bertegas tidak akan bersama dengan pihak yang terbukti bersalah melakukan tindakan pecah amanah, salah guna kuasa serta mengamalkan rasuah dalam kepimpinan.

Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, agenda Penyatuan Ummah yang dibawa PAS tetap akan diteruskan walaupun Presiden Umno, Datuk Seri Zahid menolak penyatuan itu.

“PAS memberi jaminan bahawa PAS akan teruskan agenda penyatuan ummah ini meskipun Presiden Umno menolak secara total agenda penyatuan ini.

“Untuk pemimpin Umno yang masih yakin bahawa PAS dan Umno adalah tawaran terbaik buat rakyat Malaysia, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan untuk teruskan agenda ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Khairil Nizam, agenda penyatuan Ummah itu merupakan agenda yang perlu dibawa bersama demi kesejahteraan dan kegemilangan Keluarga Malaysia.

Katanya, PAS akan terus dengan prinsip Islam Memimpin, Keadilan untuk Semua, dan Ummah sebagai Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta agama yang tidak ekstrim melawan Islam.

Menurut Khairil Nizam, PAS tetap dengan pendirian negara mestilah dipimpin oleh pemimpin Melayu Islam selaku kelompok majoriti dalam usaha membangunkan negara yang adil dan makmur.

“Jurang perpaduan nasional, kesenjangan ekonomi yang ketara antara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar, serta landskap politik negara yang bercelaru adalah antara masalah rakyat yang timbul akibat daripada lemahnya kuasa politik umat Islam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru Khairil Nizam mengajak semua parti Islam dan Melayu duduk semeja dan memikirkan nasib generasi umat Islam di negara ini.

Katanya, seruan itu bagi memastikan nasib umat Islam lebih terpelihara serta dibela dari sudut pendidikan, ekonomi, sosial dan politik berteraskan kepada peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara.

Khairil Nizam turut berterima kasih kepada semua pemimpin politik negara yang berjiwa besar serta terus komited dalam agenda Penyatuan Ummah.

Katanya, agenda penyatuan Ummah itu diakui keberkesananya seperti yang dapat lihat di Kedah, Perak, Selangor dan Pahang.

“Semangat kebersamaan ini juga dilihat kukuh diperingkat akar umbi meskipun pada masa yang sama ada segelintir pemimpin yang makin hilang kepercayaan serta telah putus harapan kepada usaha murni ini.

“Tahniah buat semua barisan kepimpinan PAS dan Umno di negeri-negeri tersebut dan juga untuk Perdana Menteri kita yang sentiasa terbuka menyokong penyatuan ummah dalam kalangan umat Islam di Malaysia. 

Sumber | HARAKAHDAILY

PAS tetap pertahan Piagam Muafakat Nasional


KUALA LUMPUR:
Biarpun Presiden Umno Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap kerjasama Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, namun PAS masih mengharap penyatuan ummah.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki berkata, PAS tetap konsisten dengan pendirian semua parti Melayu/Islam perlu duduk semeja bagi menghadapi PRU ke-15.

Kata beliau sekiranya PAS, Umno dan Bersatu boleh berada dalam satu pakatan, kemungkinan kemenangan besar mampu diraih pada PRU ke-15.

“Pemimpin yang berpandangan jauh mesti seorang yang berjiwa besar, jangan hanya pentingkan diri atau partinya sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam Ahmad Zahid dilapor memberitahu kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada PRU-15.

Menurutnya Umno memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk menyetujui perkara yang terkandung dalam Piagam MN, namun ia tidak dipersetujui.

Piagam yang ditandatangani pada 14 September 2019 antara lain menyebut membentuk kerjasama bagi mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kestabilan negara.

Bagaimanapun kesediaan Bersatu menyertai MN diketepikan pemimpin utama Umno biarpun usaha itu telah dipersetujui pada peringkat awal.

Misbah juga berkata, PAS tetap pertahan Piagam MN bagi mewujudkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengembangkan naratif Islam dan Melayu.

“Pemimpin Umno sepatutnya berterima kasih kepada Bersatu kerana sanggup keluar dari Pakatan Harapan (PH) sehingga tumbang kerajaan PH selepas 22 bulan berkuasa di Putrajaya.

“Tanpa pengorbanan Bersatu, kerajaan PH diyakini kekal sehingga sekarang. Sebaliknya selepas PH tumbang, ada pemimpin Umno yang membuat akaun bersumpah (SD) untuk mengangkat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” ujarnya.

Oleh itu katanya kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ‘Memperkasakan MN dan Memperkuat Perikatan Nasional (PN)’ adalah langkah terbaik bagi menghadapi PRU-15,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2022







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Veteran UMNO dengan sombong cadang bubar MN


Bagi mengelak salah faham tentang status kewujudan Muafakat Nasional (MN), Veteran Umno menyarankan supaya kerjasama antara Umno dan PAS itu "dimatikan secara rasmi," kata Setiausahanya Mustapha Yaakub.

Justeru pihaknya mendesak agar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan secara rasmi yang (menyatakan) MN sudah mati dan telah berkubur.

"Veteran Umno sedari dulu mahukan MN dibubarkan bagi mengelak ia dipersendakan dan dipoimikkan.

"PAS yang dengan angkuh sombong meninggalkan Umno dalam MN telah memilih untuk bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) masih lagi menaruh harapan dan sering membangkit isu MN.

"Kenyataan Takiyuddin Hassan (setiausaha agung PAS) yang terbaru jelas menunjukkan PAS mempermainkan MN," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Takiyuddin berkata penyatuan ummah menerusi MN yang digagaskan oleh PAS dan Umno adalah formula terbaik

Katanya, ini kerana penyatuan ummah itu bukan hanya terhad kepada parti-parti tertentu sahaja, sebaliknya ia boleh disertai oleh mana-mana parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mempunyai matlamat sama iaitu ke arah penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam piagam Muafakat Nasional.

"Oleh sebab itu, PAS masih lagi menyeru supaya penyatuan ummah ini membabitkan semua pihak terutamanya parti-parti Melayu Islam, parti bumiputera dan juga parti bukan Melayu yang tidak ekstrem sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang," katanya.

Bagaimanapun Zahid pula menegaskan kerjasama kedua-dua parti itu melalui MN perlu dilupakan pada pilihan raya umum Ke-15 (PRU15).

Tegasnya, Umno telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN namun tidak disepakati.

Sehubungan itu veteran Umno mahu pucuk pimpinan parti menghentikan sandiwara PAS dan dengan segera mematikan MN.

"Dengan cara itu juga ianya boleh menyelamatkann maruah PAS dari dituduh 'gila talak'.

"Umno dan PAS telah berpisah dalam MN. Tidur tidak sebilik lagi.

"Jadi jangan digantung tidak bertali. Lafazkan talak. Ceraikan talak tiga," kata Mustapha lagi.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Muafakat Nasional : benarkan UMNO ikhlas ?

Semalam ramai bertanya respon mengenai Timbalan Presiden PAS umumkan mengenai wujud perbincangan kerjasama bersama Umno hadapi PRN Johor.

Saya respon dengan nyatakan tiada yang pelik sebab pendirian PAS sejak awal pertahan MN dan perkukuh perkuat PN

PAS memang menampilkan diri sebagai pengikat perpaduan melayu. Walaupun jelas Presiden Umno dan beberapa pimpinan kanan Umno sebut MN sudah tidak wujud tetapi istoqamah PAS cuba menyatu padukan Melayu harus kita hormati.

Sebagai rekod kena ingat bagaimana Umno mempermainkan PAS dalam isu perpaduan Melayu bila PN dibentuk dan Umno serta PAS yang asalnya pembangkang lepas pru14 telah menjadi kerajaan. Umno dipelawa menjadi komponen PN namun Umno tolak umno kata kalau nak penyatuan Melayu BERSATU kena masuk MN.

Surat pelawaan dihantar secara rasmi (melalui surat bertarikh 13 Ogos 2020, yang ditandatangani bersama Presiden PAS dan Umno sendiri) dan BERSATU jawab secara rasmi beberapa hari selepas itu sedia sertai MN tetapi malangnya Umno sendiri yg panik dengan kesanggupan dan keikhlasan BERSATU bersama MN atas nama penyatuan ... selepas itu Umno sendiri mengelak bincang perkara ini dan mengelak mesyuarat besar MN sehinggalah MN kelihatan hidup segan mati tak mahu sehingga Presiden Umno sendiri kata MN sudah tak wujud.

Hari ini pula Umno Kelantan umumkan putuus hubungan dengan Pas Kelantan serta merta.

Jadi sudah tentu pribumi Malaysia dapat lihat siapa sebenar memusuhi penyatuan. Mungkin pengalaman 22 bulan tidak mengajar atau kepentingan melepaskan hukuman bagi mereka yang bergelar #klustermahkamah itu jauh lebih penting.

Sumber | FB 

PRU15: Majlis Syura setuju perkasa MN, PN, Satukan kuasa politik umat Islam


KUALA LUMPUR: Muzakarah Majlis Syura Ulamak bersetuju untuk menegaskan kepentingan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat Islam dan negara.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, persetujuan itu dicapai Majlis Syura Ulamak yang bersidang semalam (29 Disember) bertajuk ‘Hala Tuju Ta’awun Siyaasi dan Misi Pilihan raya PAS Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)’.

Menurutnya, perundingan kerusi antara parti-parti Melayu Islam perlu dilaksanakan semaksimumnya bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU15 dan bagi mendapat kemenangan dengan majoriti besar.

Ini, jelasnya selaras dengan panduan Allah dalam Surah al-Anfal, ayat 46 yang bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah bertelingkah lalu kamu gagal dan hilanglah kekuatan kamu. Dan bersabarlah kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”

Beliau menambah, semangat ta’awun siyasi dalam MN dan PN juga hendaklah sentiasa disuburkan oleh pimpinan dan ahli parti-parti politik Melayu Islam dengan pertemuan bersemuka dan bermusyawarah secara berterusan.

“Masing-masing hendaklah sentiasa berlapang dada, saling memaafkan dan mengelak daripada menjadikan media terbuka termasuk media sosial sebagai medium perantaraan bagi menyelesaikan krisis dan pertikaian,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ia sesuai dengan perintah Allah dalam Surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud: “Maka dengan rahmat daripada Allah kamu bersikap lunak terhadap mereka. Dan jika kamu bersikap kasar, keras hati pasti mereka bertempiaran lari dari keliling kamu maka maafkanlah mereka, mohonlah keampunan Allah buat mereka dan berunding serta bermusyawarah dengan mereka dalam urusan tersebut. Seterusnya apabila kamu telah bertekad maka bertawakkal berserah dirilah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah suka orang-orang yang sentiasa bertawakkal menyerah diri (kepada Allah)”.

Tambah beliau lagi, Majlis Syura Ulamak juga mengucapkan takziah kepada mangsa banjir dan terima kasih tidak terhingga kepada misi-misi bantuan yang sedang berjalan.

“Dalam masa yang sama, Majlis Syura Ulamak menyeru semua lapisan masyarakat melipatgandakan lagi usaha-usaha membantu mangsa banjir yang terjejas teruk dari sudut material,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/12/2021




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

UMNO Selangor berharap dapat autonomi teruskan Muafakat dengan PAS


KUALA SELANGOR - UMNO Selangor berharap pucuk pimpinan tertinggi parti itu memberi autonomi untuk meneruskan kerjasama dengan Pas di negeri ini menerusi Muafakat Nasional (MN).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, hubungan kerjasama antara UMNO dan Pas di negeri ini amat baik dan dilihat lebih berkesan.

"Kalau boleh Selangor ini berilah autonomi untuk menguruskan sendiri (kerjasama antara UMNO dan Pas).


"Setakat hari ini, kita ada hubungan yang baik dengan Pas. Kita nampak MN di Selangor ini lebih berkesan," katanya pada sidang akhbar selepas Lawatan Kerja di Aducktive Good Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Kota Puteri di sini pada Khamis.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi memperkukuh MN termasuk mengadakan perbincangan dan mesyuarat pada bulan lalu.

"Kita minta diberi sedikit keistimewaan di Selangor ini untuk UMNO dan Pas meneruskan kerjasama MN," ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, segala keputusan berhubung kerjasama itu terserah kepada kepimpinan parti masing-masing.

"Apa pun keputusan, ini diputuskan pucuk pimpinan peringkat atas dan kita akan mengikut ketetapan ditentukan," katanya.

Sumber : SH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Jika luka terhadap Bersatu ‘besar sangat’, kenapa sertai kerajaan Muhyiddin - Fadhli Shaari

Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS

Umno tidak patut menggunakan keanggotaan Bersatu dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini untuk menghalang parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu menyertai Muafakat Nasional (MN), kata Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

“Jika luka kerana Bersatu menjadi sebahagian daripada PH itu sangatlah besar untuk dilupakan, kenapakah Umno sanggup menjadi sebahagian daripada kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin ketika itu?,” soalnya.

Fadhli berkata, Umno dan Bersatu perlu melupakan permusuhan mereka kerana “jika masing-masing membelek kronologi demi kronologi, sampai bila pun kita tidak akan bersepakat”.

Beliau berkata, Umno dan PAS telah bersepakat untuk menjemput Bersatu ke dalam MN sebelum ini dan PAS pula tidak bermasalah turut menerima masuk PKR, Amanah, Putra dan Pejuang dalam MN dengan syarat tertentu.

“Tiada sebarang masalah untuk mengajak parti-parti (tertentu ini) untuk bersama MN. Asal saja mereka sudi memutuskan hubungan dengan DAP yang dilihat menjadi tulang belakang sebenar dalam Pakatan Harapan.

“Soalnya, sanggupkah mereka? Tidak ada sesiapa pun dalam PAS akan tersinggung jika pihak ini tiba-tiba memohon untuk menyertai MN apabila mereka bermufarakah dengan DAP,” katanya mengulangi pendirian parti itu untuk meluaskan keanggotaan MN.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno termasuk Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan menolak ketegasan Hadi mahukan Umno menerima masuk Bersatu dalam MN.

Zahid hari ini dilihat mengaitkan tindakan Presiden PAS mempersoalkan keikhlasan Umno menjayakan MN sebagai “alasan politik ibarat menukar fatwa mengikut selera politik”.

“Seseorang yang bergelar ulama harus mengikut ‘nas’ yang sahih, bukan memanipulasi hukum mengikut selera politik untuk memperdagangkan agama demi mencapai objektif siasah,” kata Zahid.

Sebelum ini, Mohamad yang juga dikenali Tok Mat berkata PAS tentunya arif mengenai keputusan perwakilan Perhimpunan Agung Umno lalu bahawa parti itu tidak akan membentuk sebarang kerjasama politik dengan Bersatu.

“Umno terikat dengan pendirian ini. Jadi, amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima, sebelum PAS mencadangkan keanggotaan baru dalam MN,” katanya.

Beliau berkata, Umno juga berpendirian walaupun PKR, Amanah atau Pejuang adalah sebahagian daripada ummah yang berkepentingan, Umno tidak pernah mempelawa mereka untuk menyertai MN kerana tidak mahu menyakiti hati PAS.

Fadli yakin respons Mohamad tidak berdasarkan konteks sebenar kenyataan Hadi mengenai isu berkenaan.

“Kenyataan Presiden PAS yang dikeluarkan dalam sidang media…langsung tidak bernada menolak MN seperti yang ditulis oleh media. Bahkan ia lebih kepada mengajak Umno untuk kembali duduk semeja berbincang bagaimana untuk memperkasakan Muafakat Nasional,” katanya.

Beliau berkata, jika tidak berlaku perdamaian antara Umno dan Bersatu yang menunjangi Perikatan Nasional, kemungkinan besar Pakatan Harapan akan menawan semula Putrajaya pada PRU15.

“Hakikatnya, tiada jalan keluar melainkan muafakat. Jika tidak ingin Pakatan Harapan berkuasa kembali, hanya muafakat sebagai jalan keluar. Atau kita perlukan satu lagi pengajaran di dalam PRU15 barulah kita sedar kepentingan muafakat,” katanya.

- FMT

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Muafakat Nasional muafakat ummah




Oleh : Ahmad Fadhli Shaari 

Tanpa mengurangi rasa hormat saya kepada Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Utama Mohamad bin Hassan, saya kira kenyataan YB Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS perlu didengar dari sumbernya yang asal. Merujuk kepada pautan-pautan berita pihak ketiga tidak semestinya menggambarkan konteks sebenar kenyataan itu dikeluarkan.

Kenyataan Presiden PAS yang dikeluarkan di dalam sidang media yang dirujuk oleh Timbalan Presiden UMNO itu langsung tidak bernada menolak Muafakat Nasional seperti yang ditulis oleh media. Bahkan ia lebih kepada mengajak UMNO untuk kembali duduk semeja berbincang bagaimana untuk memperkasakan Muafakat Nasional. 

Secara logiknya, jika hanya PAS  dan UMNO sahaja dalam Muafakat Nasional, sudah tentu kek yang akan ‘dinikmati’ oleh PAS lebih besar berbanding dengan menerima satu lagi tetamu bernama PPBM. Namun, itu bukan matlamat PAS. Matlamat PAS ialah untuk memperkuatkan muafakat ummah ini dengan memperluaskan lagi keanggotaan di dalam Muafakat Nasional.

Jika ditinjau dari sudut kronologi, UMNO dan PAS kedua-duanya telah bersepakat untuk menjemput PPBM ke dalam Muafakat Nasional. Timbalan Presiden UMNO berhujah, “salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang PH. PPBM adalah komponen PH waktu itu..” Ya benar, namun tidakkah kita lupa bahawa PPBM inilah yang akhirnya meninggalkan PH dan menjadi sebahagian daripada kerajaan yang sama-sama kita tubuhkan pada Februari 2020. Jika luka kerana PPBM menjadi sebahagian dari PH itu sangatlah besar untuk dilupakan, kenapakah UMNO sanggup menjadi sebahagian dari kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyidin Yasin ketika itu?

Kemudian, Dato Sri Utama menulis lagi, “Kerana itu UMNO tidak pernah mengajak PKR, Amanah, PUTRA ataupun Pejuang untuk menyertai MN, walaupun mereka juga sebahagian dari ummah yang berkepentingan. Jujurnya kerana UMNO TIDAK MAHU MENYINGGUNG PAS.” Sebenarnya, tiada sebarang masalah untuk mengajak parti-parti yang disebutkan tadi untuk bersama Muafakat Nasional. Asal saja mereka sudi memutuskan hubungan dengan DAP yang dilihat menjadi tulang belakang sebenar di dalam Pakatan Harapan. Soalnya, sanggupkah mereka? Tidak ada sesiapa pun di dalam PAS akan tersinggung jika pihak-pihak ini tiba-tiba memohon untuk menyertai Muafakat Nasional apabila mereka bermufarakah dengan DAP. 

Jika masing-masing membelek kronologi demi kronologi, sampai bilapun kita tidak akan bersepakat. Hakikatnya, UMNO perlu belajar menerima PPBM dan tentu sekali, PPBM juga perlu belajar untuk menerima UMNO. Jika tidak, muafakat ummah seperti yang diangkat oleh Tan Sri Presiden PAS itu tidak akan berjaya.

Yakinkah UMNO berdasarkan perkembangan di Melaka, jika ia diaplikasikan ke seluruh negara, dapat menang besar sebagaimana di Melaka? Bagaimana jika di dalam pilihanraya umum nanti, pengundi bukan Melayu keluar beramai-ramai sehingga menjadikan ‘turn out’ mencapai 75% misalnya, bolehkah UMNO dan Barisan Nasional menang jika berlaku pula pertembungan tiga penjuru?

Dengan perkembangan di Melaka di mana undi PAS atas nama Perikatan Nasional bertambah dengan ketara berbanding PRU yang lepas, di atas kertas, atas nama Perikatan Nasional barangkali PAS boleh menambah kerusi melebihi 18 buah kerusi parlimen yang dimenangi pada tahun 2018, namun berjayakah Perikatan Nasional untuk menang sebagai sebuah kerajaan tanpa sokongan UMNO dan Barisan Nasional? Jawapan terhadap soalan ini, boleh diteka dengan mudah. 

Hakikatnya, tiada jalan keluar melainkan muafakat. Jika tidak ingin Pakatan Harapan berkuasa kembali, hanya muafakat sebagai jalan keluar. Atau kita perlukan satu lagi pengajaran di dalam PRU15 barulah kita sedar kepentingan muafakat. 

Ini bukan jawapan terhadap Dato' Seri Utama Mohamad bin Hassan, ini hanya menjelaskan pendirian PAS dan ketegasan YB Tan Sri Dato Seri Presiden PAS. Dan sekali lagi, ia tidak mengurangi rasa hormat saya kepada Dato' Seri Utama Timbalan Presiden UMNO.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

PAS tolak Muafakat Nasional kerana UMNO tak ikut Piagam




LARUT: PAS menolak gagasan Muafakat Nasional (MN) kerana UMNO tidak mengikut piagam yang dipersetujui ketika kerjasama dua parti itu dibentuk.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan piagam MN, dua parti itu sedia menerima parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, namun malangnya apabila sampai peringkat pelaksanaan, kepimpinan UMNO hanya mahu parti itu dan PAS dalam MN.

“Bermakna ini sudah lari daripada perjanjian, ini tak betul sedangkan kita berpegang pada perjanjian. UMNO mahu Pas dan parti mereka sahaja dalam MN.

“UMNO tak boleh mengarahkan Pas kerana Pas parti tersendiri. Nak suruh Pas dengan UMNO sahaja (dalam MN) tak boleh, sebab kita dah berjanji dengan parti-parti lain, kita sudah tetapkan tarikh nak berjumpa dengan Bersatu dan parti lain, bahkan nak terima Bersatu masuk MN.


“PAS terbuka tetapi malangnya dia (pimpinan UMNO) nak PAS dengan UMNO sahaja, jadi tak bolehlah, PAS tak boleh diarah, PAS parti tersendiri, PAS bukan di bawah BN (Barisan Nasional),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Mahabbah Rasulullah SAW sempena Maulidur Rasul di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor dekat sini hari ini.


Turut hadir Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.


Sementara itu, dalam ucapannya di majlis tersebut, Abdul Hadi berkata, Pas akan melawan sesiapa sahaja jika ada pihak yang degil walaupun pihak berkenaan mempunyai kekuatan.


“Siapa pihak yang degil itu? Kita akan lihat nanti, tapi satu contoh sudah berlaku di Melaka (PRN) apabila UMNO degil kita lawanlah.


“Dalam PRU-15 nanti tak tahu lagi. Boleh jadi UMNO kena fikir balik kerana dalam PRN Melaka undi kepada UMNO tak naik, undi ditakuk lama, bagaimana kalau semua keluar habis mengundi? Jadi dia (UMNO) kena fikir baliklah,” katanya.

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/pas-tolak-muafakat-nasional-kerana-umno-tak-ikut-piagam/





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

MN arena UMNO, PAS bincang kemaslahatan umat





PUTRAJAYA: Muafakat Nasional (MN) perlu terus kekal untuk menjadi arena kepada UMNO dan PAS bertemu serta berbincang mengenai kemaslahatan ummah di negara ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, meskipun PAS menganggotai Perikatan Nasional (PN) manakala UMNO kekal dalam Barisan Nasional (BN), ia tidak bermakna MN akan ditinggalkan dan tidak relevan.

"Bagi UMNO, biarlah MN menjadi wadah boleh memayungi semua, bukan sekadar kepentingan politik PAS dan UMNO. Apatah lagi apabila ideologi dan pendekatan kedua-dua parti ini sangat berlainan," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan PAS tidak boleh terus terbelenggu dengan MN sekiranya pakatan itu hanya membabitkan parti itu dan UMNO saja.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS juga menolak sebarang fahaman cuba menafikan keperluan gagasan seperti Perikatan Nasional (PN) untuk menangani masyarakat majmuk di negara ini.

Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN menyifatkan pembentukan PN menyebabkan MN 'tidak lagi berseri' selain tidak ada daya penarik dan seperti tidak ada erti.

"Yang jelas UMNO tidak pernah membelakangi dan meninggalkan MN. Sedikit demi sedikit, dengan segala daya yang ada, MN ini cuba UMNO kukuhkan dari segenap aspek.

Beliau berkata, ketika MN digagaskan, UMNO sangat jelas dengan tujuannya iaitu bagi mempertemukan dua parti Melayu dan menjadi wadah ke arah kesatuan serta penyatuan yang jujur dan ikhlas.

Katanya, wadah itu seharusnya menjangkaui politik dan perlu menjadi medan segala kepentingan Melayu dan Islam dibincangkan dan dirumuskan.

Atas faktor itu katanya, UMNO sejak awal lagi tidak mahu MN ia didaftarkan sebagai sebuah perikatan politik, walaupun didesak pelbagai pihak dalam UMNO dan PAS.

Tambah beliau, ada sebahagian daripada individu yang sebelum ini pendukung MN tiba-tiba cenderung melihat PN sebagai jalan pintas untuk berkuasa sehingga melupakan mantera perpaduan ummah dan laungan penyatuan merentas politik.

"Ramai dilihat mula dibuai 'kerusi empuk' dan berasa enak memegang tampuk kekuasaan menyebabkan MN secara perlahan-lahan seakan dilepas dan dilupakan.

"Seolah-olah semua masalah dan kepentingan Melayu-Islam itu selamat dalam dakapan PN. Perpaduan ummah itu penting, tetapi ia harus diperjuangkan secara berterusan dan terangkum. Bukan bermusim.

"Ia mesti diusaha dan dijayakan sepanjang masa. Bukannya sekadar berbincang dan bermesyuarat demi sebuah pilihan raya dan menguasai Putrajaya semata-mata," katanya.

Pada masa sama, Mohamad berkata, permuafakatan MN juga harus praktikal dan realistik kerana UMNO dan PAS adalah parti politik memiliki perbezaan kepentingan politik.

Beliau berkata, berikutan itulah UMNO tidak pernah mengajak Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR mahupun PBB di Sarawak menyertai MN kerana ia realistik dan memahami sejarah PAS dengan AMANAH serta menghargai kelainan PKR dan PBB.

Katanya, apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akhirnya mengesahkan PAS memilih PN, sekali gus menyebabkan UMNO 'terluka' walaupun terbuka menerima keputusan itu.

"UMNO sejak awal faham ia tidak boleh meletakkan MN sebagai penghalang kerjasama politik antara PAS dan BERSATU manakala PAS tidak boleh menggunakan MN untuk memaksa UMNO menerima BERSATU kerana kami adalah seteru politik," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/892508/mn-arena-umno-pas-bincang-kemaslahatan-umat


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


MN, PN patut tumpu kerusi dimenangi pembangkang - PAS

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada program Pelancaran Dana Fasa 2 Pasaraya Wakaf Ummah di Tapak Pasaraya Wakaf, Mukim Pak Sabah Dungun. - Foto GHAZALI KORI

DUNGUN: PAS menggesa parti dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak berebut kerusi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), sebaliknya menumpukan kerusi yang dimenangi pihak lawan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, gesaan itu bagi menambah bilangan kerusi pada PRU-15 sekali gus mengukuhkan kedudukan MN dan PN.

Beliau berkata, ia juga bagi mengelak pertembungan sesama parti dalam gabungan itu.

"Jadi buat masa sekarang ini (kita harap) supaya tiga-tiga parti memberi fokus pada kerusi yang belum kita menang (iaitu) kerusi dimenangi PH (Pakatan Harapan).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan UMNO akan mempertahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, PAS memilih untuk menyokong calon daripada parti penyandang kerusi berkenaan sama ada Barisan Nasional (BN) atau BERSATU sekiranya berlaku pertembungan dalam gabungan berkenaan.

Katanya, langkah itu diambil kerana PAS mahu mengelak pertembungan antara BN dan BERSATU.

"Bagi PAS, kita tetap berpegang utuh dengan penyatuan ummah yang menjadi teras parti dan rundingan berterusan akan dilakukan bersama MN dan PN bagi mencapai titik persamaan.

"Kita mahu supaya umat ini bersatu dan kita mahu elak tiga penjuru (kerana ini) pendirian parti dan saya fikir apa masalah pun ada jalan keluar, InshaAllah," katanya.

bharian/-


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Pahang mantapkan lagi Muafakat Nasional

KUALA KRAU: Kebersamaan antara pimpinan Muafakat Nasional (MN) dalam beberapa aktiviti penyampaian sumbangan kepada kelompok cukup untuk menggambarkan keutuhan semangatnya di negeri ini.

Apatah lagi kebersamaan itu wujud dalam waktu yang saling memerlukan, terutamanya semasa musim pandemik Covid-19 di negeri Pahang.

Antaranya adalah melalui program penyampaian sumbangan ayam segar, sayur-sayuran dan telur ayam kepada 755 buah keluarga di Felda Jengka 18, di sini, semalam.

Menurut Pengurus Felda Jengka 18, Haslin Abdullah, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

Katanya, beliau turut berharap hubungan dan jalinan permuafakatan Muafakat Nasional di Pahang terus diperkukuhkan dengan kesatuan dan kerjasama.

“Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dato’ Haji Nazri Ngah dan YB Ustaz Shahril Azman yang prihatin terhadap penduduk yang terjejas dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akibat pandemik Covid-19.

“Semoga hubungan yang terjalin terus diperkukuhkan dengan bekerjasama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” katanya.

Program disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan Dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Nazri Ngah bersama Ahli Dewan Negeri Jengka, Ustaz Shahril Azman.

Turut serta ialah Pengarah Felda Wilayah, Termizi Lee yang prihatin kepada para penduduk Felda yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Hadir bersama mengagihkan barangan tersebut ialah Ketua PAS dan Ketua UMNO Cawangan Jengka 18 dan Pengerusi JKKR, menunjukan kemantapan muafakat antara dua parti tersebut.

Sumber – Harakahdaily


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo