NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label PERAK. Show all posts
Showing posts with label PERAK. Show all posts

Notis Kekosongan Kerusi DUN Ayer Kuning Diserahkan kepada SPR

Ipoh – Notis pemakluman kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah diserahkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin, susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan bahawa Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, telah menghantar notis tersebut kepada SPR. Beliau menyatakan bahawa tempoh untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah 60 hari dari tarikh notis dikeluarkan.

"Kebetulan minggu depan kita akan memasuki bulan puasa, diikuti dengan sambutan Hari Raya. Jadi, kami akan berbincang dengan kepimpinan sebelum SPR mengadakan mesyuarat untuk menentukan hari penamaan calon dan hari pengundian," kata Ahmad Zahid selepas menziarahi keluarga Allahyarham Ishsam Shahruddin di Desa Seri Ampang pada Selasa.

Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat serangan jantung. Beliau memenangi kerusi DUN Ayer Kuning pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti 5,280 undi.

Sementara itu, UMNO menyerahkan kepada SPR untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi mengadakan PRK tersebut. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata bahawa parti akan mematuhi segala ketetapan yang dibuat oleh SPR dan bersedia untuk menghadapi PRK berkenaan.

SPR dijangka mengadakan mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK DUN Ayer Kuning, termasuk tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Kerusi DUN Ayer Kuning terletak dalam Parlimen Tapah dan mempunyai lebih 20,000 pengundi berdaftar. PRK ini bakal menjadi tumpuan utama, memandangkan ia merupakan PRK pertama di Perak selepas PRU15.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

‘ANU 1’ dibida RM269,000


IPOH: Nombor pendaftaran kenderaan ‘ANU 1’ menerima bidaan RM269,000. 

Ia menjadi bidaan tertinggi menerusi sesi berlangsung lima hari bermula 19 Disember hingga 23 Disember lalu bagi siri plat ANU yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak.

Pengarahnya, Mohammad Yusoff Abustan berkata, seramai 1,768 pembida menyertai bidaan siri plat itu dengan hasil kutipan bidaan keseluruhan RM2.37 juta.

Menurutnya, daripada 1,768 pembida itu, sebanyak 3,794 nombor sudah terjual.

“Kita ada 10,000 nombor ANU, namun nombor dibida sebanyak 1,768 nombor.

“Namun sebagai perbandingan untuk negeri Perak, jumlah nilai bidaan siri ANU ini tidak dapat menandingi siri plat AMG yang masih mendahului untuk negeri Perak, memandangkan banyak peminat Mercedes Benz membida AMG,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Operasi Ambang Tahun Baru di Hadapan Institut Memandu Sri Perak, Meru Raya, di sini malam tadi.

Proses pendaftaran dan bidaan dilakukan dalam talian menggunakan platform JPJeBid.

Bidaan nombor plat ANU berkenaan sebelum ini dilapor mendapat perhatian warganet kerana perkataan “anu” adalah kata ganti nama yang digunakan ketika merujuk kepada seseorang atau sesuatu.

Perkataan ‘anu’ juga dalam percakapan harian turut merujuk kepada sesuatu yang berunsur kedewasaan.

Sumber | Buletin TV3

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...





Benarkah video ucapan Raja Nazrin disifatkan menghina kesulatanan Perak


Tiktok Embed Code Gener

Ini video yang kononnya menghina Sultan Perak Nazrin Shah kerana memuji parti PAS..https://vt.tiktok.com/ZSLQWGGFJ/

Lebih 24 laporan polis telah di buat di percayai oleh penyokong PH-BN, termasuk satu laporan dari Pejabat DYMM Sultan Perak...

Walaupun video ini bukan versi penuh ucapan Sultan Perak pada tahun 2013 ketika masih Raja Muda, tetap tidak mengubah maksud ucapan Sultan Perak...

Ianya bukan versi video yang di sunting sekerat-sekerat sehingga memanipulasi atau memesongkan ucapan Sultan Perak tersebut...

Bukan sahaja baginda Sultan telah memuji parti PAS secara umum, malah turut mengkritik UMNO...

Bagunda juga secara khusus memuji pilihan ayahandanya Almarhum Sultan Azlan Shah ketika memilih Nizar Jamaluddin dari PAS sebagai Menteri Besar Perak pada tahun 2009...

Pujian kepada PAS kerana walaupun hanya memenangi beberapa kerusi DUN berbanding PKR dan DAP, tetap MB Perak dari PAS berjaya terpilih...

Ucapan pujian Sultan Nazrin Shah kepada PAS sebenarnya berpunca dari krisis politik di Perak pada tahun 2009...

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin di pilih Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah kerana kredibiliti beliau sebagai jurutera awam yang berpengalaman luas...

Namun perlantikan ini telah menjadi kontroversi kepada parti DAP dan PKR kerana PAS hanya memperoleh 6 kerusi DUN berbanding 18 DAP dan 7 PKR pada PRU-12 2008...

Pakatan Rakyat termasuk PAS ketika itu pertama kali menang di negeri Selangor, Pulau Pinang, Terengganu serta Perak mengatasi BN yang di terajui Pak Lah sebelum di gantikan Najib Razak pada tahun 2009...

Najib Razak ketika itu TPM dan Menteri Kewangan telah masuk campur urusan politik di Perak dengan menggantikan Tajol Rosli sebagai Ketua UMNO Negeri Perak...

Gerakan ini sebenarnya bermula apabila seorang ADUN BN Nasaruddin Hashim telah lompat parti dari BN ke PKR di percayai di atur Anwar Ibrahim...

Sehari selepas itu, dua ADUN PKR yang sedang di dakwa atas kesalahan rasuah pula hilang, sebelum keduanya muncul dan mengumumkan keluar parti menjadi ahli bebas namun menyokong BN...

SPR pula enggan mengadakan pilihanraya semula di kedua-dua kawasan DUN... 

Hari berikutnya, seorang lagi ADUN DAP serta Timbalan Speaker Perak turut keluar parti, menjadi bebas serta menyokong BN... 

Pemangku Sultan Perak Nazrin Shah kemudian bertemu MB Perak Nizar yang memohon untuk membubarkan DUN serta mengadakan semula PRN Perak... 

Najib Razak pula bertemu Raja Muda Nazrin Shah pada hari yang sama dengan membawa tiga ADUN yang keluar dari Pakatan Rakyat untuk memohon membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu...

Akhirnya MB Perak Nizar di minta meletakkan jawatan kerana pilihanraya semula tidak akan di jalankan, seperti yang di putuskan Almarhum Sultan Perak Azlan Shah yang ketika itu sedikit uzur... 
Kesemua 28 ADUN BN serta 3 lagi ADUN yang lompat parti telah bertemu Sultan Perak Azlan Shah, serta menyatakan tidak percaya kepada MB Nizar... 

Penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa Sultan Perak sepatutnya bertindak atas nasihat Menteri Besar dan mengadakan semula pilihanraya berdasarkan Perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Perak...
Nizar pula enggan meletakkan jawatan serta merayu kepada Sultan Perak untuk membubarkan DUN atas nama demokrasi...

Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir kemudian di lantik menjadi MB Perak pada hari berikutnya oleh Sultan Perak...

Pertikaian ini telah di bawa ke Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Nizar masih MB Perak yang sah, namun kemudian di batalkan oleh Mahkamah Rayuan hanya dalam masa satu minggu dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...
Namun di sebalik krisis politik di negeri Perak ini, ramai yang tidak tahu mengenai bantahan Penasihat DAP Lim Kit Siang ke atas perlantikan Dato' Seri Ir. Nizar sebagai MB Perak...

DAP telah menghantar nama Pengerusi Perak Ngeh Koo Ham, manakala PKR pula mencadangkan nama Bendahari PKR Perak Jamaluddin Mohd. Radzi, manakala PAS Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin...

Almarhum Sultan Perak Azlan Shah akhirnya memilih Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin setelah di maklumkan Pemangku Raja Perak Dr. Nazrin Shah...

Penasihat DAP Lim Kit Siang selaku Ahli Parlimen Ipoh Timur ketika itu kemudian membantah keputusan Sultan Perak serta mengugut untuk memulaukan majlis perlantikan MB Nizar...

Lim Kit Siang mendakwa calon beliau Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham paling layak berdasarkan jumlah kerusi terbesar DUN yang di peroleh DAP pada PRU ke-12 2008...

Lim Kit Siang menuntut agar Sultan Perak Azlan Shah menggunakan budi bicaranya melantik Menteri Besar bukan Islam yang pertama, mengatasi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak...

ADUN PKR pula di tolak Sultan Azlan Shah kerana taraf pendidikan yang hanya tamat Tingkatan 5 Sekolah Menengah...

Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sepatutnya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Ke-10 Perak pada 13 Mac 2008... 

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah berkenan menghadiri acara tersebut, namun telah tertangguh selama 4 hari akibat dari bantahan Lim Kit Siang...

Lim Kit Siang bagaimanapun telah menghadap Tuanku Raja Muda Perak untuk memohon ampun selepas selesai acara perlantikan Menteri Besar Ir. Nizar...

Jadi jelas bahawa ucapan Raja Muda Perak Nazrin Shah kemudian pada tahun 2013 yang memuji parti PAS adalah berkaitan dengan krisis politik di Perak pada tahun 2009...

Cuma ada pihak yang mungkin telah menghasut Pejabat DYMM Sultan Perak kononnya video tersebut telah menghina Sultan Perak Nazrin Shah...

Ada pihak yang benar-benar takutkan kemenangan PAS bersama PN di PRN 6 Negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini...

Sehingga sanggup mengheret Institusi Diraja ke dalam kancah politik, walhal video tersebut adalah yang asli, bukannya di sunting... 

Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.

Sumber | MalayaCyberForce

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Penduduk Tambun harap Anwar penuhi janji jangan buat macam Port Dickson


IPOH:
"Kami harap Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat tunaikan janji untuk memartabatkan Tambun dan Malaysia di mata dunia".

Demikian reaksi beberapa penduduk yang ditemui di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Jelapang Baru, Taman Desa Tambun dan Bandar Baru Putra.

Ismail Ahmad, 59, dari RPT Jelapang Baru, yang juga peniaga kecil-kecilan sekitar Tambun itu berharap Perdana Menteri Ke-10 itu dapat memenuhi segala apa yang sudah dijanjikan ketika bertanding bagi kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Dari sudut pembangunan di Tambun, beliau berjanji akan cuba mengeratkan kembali perpaduan secara menyeluruh dan akan menyalurkan bantuan tanpa mengira bangsa.

"Perak agak ketinggalan dari Pulau Pinang dan Selangor, harap beliau akan dapat memartabatkan Tambun dan Perak seiring atau lebih baik lagi selepas ini," katanya.

Katanya, sebagai rakyat, dia juga berharap Anwar dapat benar-benar menjalankan tanggungjawabnya seperti yang diamanahkan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

"Kita beri peluang kepada beliau, apa yang paling penting, beliau dapat menyelesaikan masalah rakyat terutama dari segi harga barangan keperluan seperti dijanjikan.

"Saya juga berharap beliau dapat menerajui Malaysia dan membawa balik nama negara dikenali di seluruh dunia," katanya.

Penduduk dari Taman Desa Tambun, Maisarah Md Tahir Nasution, 61, turut meluahkan perkara sama agar pemimpin itu mampu mengubah wajah Tambun.

Penduduk dari Taman Desa Tambun, Maisarah Md Tahir Nasution. NSTP/Balqis Jazimah Zahari
Penduduk dari Taman Desa Tambun, Maisarah Md Tahir Nasution. NSTP/Balqis Jazimah Zahari

"Kita sudah melihat beberapa kepemimpinan sebelum ini, jadi kita berharap kepemimpinan baharu ini dapat membangunkan infrastruktur, kemudahan peniaga dan menceriakan lagi Pekan Tambun.

"Jadi, apabila dah dapat jadi Perdana Menteri, walaupun (Anwar) datang merantau, kita nak tuntutlah juga janji untuk membangunkan lagi kawasan Tambun," katanya.

Seorang lagi penduduk dari Bandar Baru Putra turut mengucapkan tahniah kepada Anwar yang dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 dan yakin keupayaan pemimpin itu menerajui negara.

"Saya harap Anwar dapat mengutamakan isu harga barangan keperluan asas dan kos sara hidup rakyat," katanya.

Pada PRU-15, Anwar menang kerusi Parlimen Tambun selepas memperoleh majoriti 3,736.

Mendahului tiga parti lain, Pengerusi PH itu mendapat 49,625 undi, sekali gus memintas penyandang kerusi itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN) dengan 45,889 undi.

Sementara Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) mendapat 28,140 undi dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang), 1,115 undi.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Perak hasrat tubuhkan pasukan sukarelawan gerakkan misi bantuan bencana

Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Salbiah Mohamed melawat mangsa banjir di Beruas Pera (Gambar Facebook)


MANJUNG: Kerajaan Perak berhasrat menubuhkan pasukan sukarelawan khusus bagi memberi bantuan ketika dan selepas bencana, kata Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Salbiah Mohamed.

Beliau berkata ia sebagai langkah persediaan menggerakkan misi bantuan yang akan diaktifkan serta-merta apabila berlakunya bencana banjir.

Saya difahamkan di peringkat parti kita ada tubuhkan sukarelawan namun di peringkat negeri kita bercadang untuk tubuhkan sukarelawan khusus untuk bencana banjir.

Maksudnya kita perlu buat persiapan awal sebelum banjir berlaku kita sudah ada pasukan untuk membantu malah pasukan sukarelawan ini akan membantu membersihkan kawasan rumah, sekolah dan bangunan awam yang terjejas selain menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir,” katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai dekat Beruas.

Sehingga kini, 297 orang mangsa banjir di melibatkan 86 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Larut Matang dan Selama, Manjung dan Hilir Perak.

Sementara itu, ADUN Pengkalan Baharu, Azman Noh berkata kejadian banjir di kawasan itu berpunca daripada masalah saiz pembetung sedia ada yang tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak.

“Saya harapkan kerajaan segera melaksanakan projek tebatan banjir Lembangan Sungai Beruas yang melibatkan kos RM30 juta akan dilaksanakan segera pada tahun depan.

Jika projek terbabit dapat dilakukan maka masalah banjir air termenung yang berlaku di Kampung Kilang, Kampung Paya Ara, Kampung Paya Lima, Kampung Tualang, Kampung Pulau Kabung dan Kampung Padang Serai akan selesai,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Negara gagal berpunca daripada rasuah

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim membacakan khutbah Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Taman Desa Mekar, Parit Buntar pada Jumaat.


IPOH - Perbuatan pecah amanah serta rasuah menjadi antara punca yang menyebabkan negara mengalami kegagalan dalam pelbagai dimensi merangkumi kepimpinan, ekonomi, sosial, pendidikan, sains dan teknologi.


Perkara itu ditegaskan dalam teks khutbah Jumaat yang dibacakan di seluruh masjid dan Surau Diri Jumaat di Perak.

Menurut khutbah tersebut, setiap perbuatan rasuah membawa kesan hiliran yang merencatkan pelbagai sektor lain kerana setiap sektor saling berangkai dan berkait.

Kebimbangan terhadap perlakuan pecah amanah dan rasuah semakin disuarakan malah rakyat berasa semakin kecewa serta bertambah hilang keyakinan terhadap kesungguhan negara untuk membasmi rasuah.

"Usaha mencegah dan membendung rasuah tidak memberi erti dan makna jika tidak ada kesungguhan di peringkat penguatkuasaan, penyiasatan, pendakwaan dan hukuman apatah lagi jika imej dan reputasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kebelakangan ini turut tercalar dengan aduan dan laporan salah laku dalam kalangan para petugas Suruhanjaya berkenaan yang mengakibatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kian terhakis.

"Rasuah dilihat semakin membarah, menjejaskan keyakinan pelabur, menyebabkan kurang peluang pekerjaan dan meningkatkan pengangguran akibatnya rakyat semakin derita," jelas teks khutbah tersebut pada Jumaat.

Menurut khutbah tersebut, laporan, tangkapan, dakwaan dan isu sepanjang tahun 2021, menunjukkan keadaan rasuah di negara kita mencapai tahap yang semakin parah.

Katanya, adegan ‘suap’ dan ‘terima’, dan suapan yang bertopengkan derma seolah-olah perkara biasa dilakukan tanpa ada rasa malu dan langsung tidak menunjukkan sebarang ketakutan akan hari pembalasan di Padang Mahsyar.

--Sinar Harian



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Dilarang jual arak di Kuala Kangsar bermula Januari ini



KUALA KANGSAR – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan menjual minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di daerah ini bermula tahun 2022.

Larangan ini menjadikan MPKK sebagai pihak berkuasa tempatan kedua melaksanakan ketetapan itu selepas Majlis Daeran Selama yang memutuskan perkara itu sebelum ini. Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 yang berlangsung hari ini.

Bagaimanapun menurut Zulqarnain, jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam masih dibenarkan dengan beberapa syarat dikenakan.

“Ada dibincangkan tetapi kita mesti mematuhi apa-apa perundangan diperingkat Persekutuan serta akta-akta berkaitan dan juga enakmen-enakmen di peringkat negeri.

“Kita dah boleh laksanakan dan tahun 2022 kita akan mulakan untuk kawasan yang memang sudah jelas majoriti Islam kita tidak akan benarkan, maka mereka yang bukan beragama islam yang berada di situ boleh beli ditempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021, di D’ Village Resort, Karau, di sini, hari ini. -K! ONLINE



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Projek integrasi padi, udang galah bantu pesawah

Ronald melepaskan benih udang galah ke dalam sawah di Seberang Perak. - NSTP/NOOR HIDAYAH TANZIZI.
Oleh Noor Hidayah Tanzizi

SEBERANG PERAK: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperkenalkan projek rintis integrasi tanaman padi dengan ternakan udang galah bagi meningkatkan pendapatan pesawah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata projek rintis itu dilaksanakan di Seberang Perak oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak dengan kerjasama syarikat Thirty Three Management Sdn Bhd.


Beliau berkata, ia membabitkan tapak seluas lebih satu hektar dengan nisbah pembahagian 70 peratus tanaman padi dan 30 peratus lagi adalah ternakan udang galah.

"Projek ini berupaya membantu menambah pendapatan pesawah daripada hasil tanaman padi dan ternakan udang galah. Tanaman padi akan diusahakan selama tiga bulan, manakala ternakan udang galah pula lima bulan.

"Projek sama juga dirancang bakal diusahakan di kawasan IADA Pekan dan IADA Rompin, Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan tanaman padi menerusi kaedah Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di FELCRA Seberang Perak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, pesawah terbabit dijangka meraih pulangan dianggarkan lebih RM10,000 menerusi jualan hasil tanaman padi dan ternakan udang galah bagi keluasan satu hektar.

Katanya, ia berbanding hanya jualan hasil tanaman padi dianggarkan purata kira-kira RM5,000 pada keluasan sama.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 140 hektar sawah di kawasan FELCRA Seberang Perak sedang diusahakan bawah program SMART SBB.

Katanya, ia adalah salah satu inisiatif MAFI bagi mempertingkat Tahap Sara Diri (SSL) beras negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), iaitu sebanyak 75 peratus.

Beliau berkata, inisiatif SMART SBB dijangka meningkatkan pendapatan pesawah sebanyak 47 peratus atau RM2,521 per hektar semusim berbanding kaedah sebelum ini.

"Di kawasan FELCRA Seberang Perak, FGV Integrated Farming Holdings Bhd sebagai salah sebuah syarikat peneraju, akan memfokus penanaman padi wangi MRQ76.

"Padi itu adalah keluaran MARDI dengan kerjasama IADA Seberang Perak dan FELCRA Plantation Services Sdn Bhd yang memberi pulangan tinggi, iaitu RM1,540 per tan metrik berbanding padi putih yang dijual RM1,200 per tan metrik.

"FGV Holdings Berhad turut membangunkan sistem Fragrance Rice Fortified Field (3FR) yang direka khusus bagi pesawah melalui pertanian kontrak," katanya.

Selain itu, kerajaan akan meneruskan semua program input dan output pertanian bersubsidi bagi menyokong industri padi dan beras, termasuk Insentif Benih Padi Sah, Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, Skim Insentif Pengeluaran Padi, Skim Baja dan Racun Padi Bukit, serta Skim Subsidi Harga Padi, menerusi peruntukan RM1.57 bilion dalam Belanjawan 2021 kepada MAFI.

MAFI juga akan memastikan operasi keseluruhan rantaian aktiviti pengeluaran padi dan beras negara tidak terjejas sepanjang pelaksanaan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

- BH

Ketagih nasi ganja, sanggup langgar sop rentas daerah guna helikopter

Sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh, untuk mengambil tempahan 36 bungkus nasi kandar daripada sebuah restoran terkemuka di Ipoh yang juga dikenali sebagai nasi ganja, pagi tadi. - Foto Ihsan AWANI Perak
IPOH: Polis membuka kertas siasatan mengenai kejadian helikopter mendarat di Padang Ipoh, di sini, semata-mata mengambil pesanan 36 bungkus 'nasi ganja', kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan merentas daerah serta negeri.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata siasatan terhadap individu serta syarikat pemilik helikopter terbabit dibuat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020 atau Akta 342.


"Polis akan membuka kertas siasatan berkenaan isu tular helikopter dari Kuala Lumpur ambil pesanan nasi 'ganja' di Ipoh ini berdasarkan kesalahan melanggar SOP larangan rentas daerah atau negeri terhadap individu dan syarikat berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mior Faridalathrash berkata, pihaknya mengesahkan sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh, di sini, antara jam 9.55 hingga 10.15 pagi tadi.

Beliau berkata, pemeriksaan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mendapati helikopter berkenaan hanya diberi kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini.

"Selepas membuat semakan dengan pihak CAAM Ipoh, helikopter berkenaan didapati hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di LTSAS namun tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh," katanya.

Terdahulu, orang ramai 'terkejut' dengan kemunculan helikopter mendarat di Padang Ipoh, semalam, dipercayai untuk mengambil tempahan nasi kandar daripada sebuah restoran terkemuka di bandar raya ini.

Terdapat dua individu dalam helikopter berkenaan dipercayai milik syarikat swasta, 'ditugaskan' untuk mengambil tempahan nasi kandar yang dikenali sebagai nasi ganja.

Difahamkan, helikopter mendarat di Padang Ipoh, di sini untuk mengambil 36 bungkusan nasi ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, seorang jurucakap restoran nasi ganja yang enggan namanya dikenali mengesahkan ada menerima 36 bungkusan nasi berlauk ayam, daging dan telur masin daripada pelanggan di Kuala Lumpur.

Pada mulanya, beliau meragui pesanan yang dibuat dengan menganggapnya sebagai jenaka kerana ia akan diambil menggunakan helikopter.

"Saya juga ragu-ragu kerana tidak pernah lagi pelanggan ambil pesanan dengan helikopter tetapi betul jadinya. Ini adalah kali pertama pesanan diambil pelanggan dengan menaiki helikopter. Ia macam pesanan mewah yang saya pernah terima tetapi harga setiap bungkusan nasi masih sama iaitu RM10," katanya.

- BH

Salam takziah: Mufti Perak meninggal dunia






1Media.My mengucapkan Takziah di atas Kembali KeRahmatullah, Mufti Perak Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Sesungguhnya beliau menyumbang jasa yang besar kepada negeri Perak dan negara Malaysia selama berkhidmat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak dan pemergiannya sukar dicari ganti .

Perak: 300 bekas ahli PKR sertai Gerakan


24 MAC : Disebabkan kecewa dan hilang kepercayaan dengan parti, seramai 300 individu yang merupakan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), hari ini.

Seorang bekas ahli PKR Cabang Ipoh Barat, Alfaizal Shahul Hamid, 44, yang mewakili kumpulan tersebut berkata, kesemua bekas ahli PKR bertindak keluar parti sejak setahun lalu kerana parti itu dilihat hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri berbanding rakyat.

“Pada pandangan saya, Gerakan lebih menumpukan usaha terhadap ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Disebabkan itu saya bersama bekas ahli-ahli PKR yang lain mengambil keputusan menyertai Gerakan,” katanya menerusi sidang media di Pejabat Gerakan Perak, hari ini.

Pada sidang media itu, sebanyak 50 borang keahlian Gerakan setakat ini telah diserahkan kepada Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng oleh Alfaizal yang turut mewakili individu lain.

Dalam pada itu, Alfaizal memberitahu penyerahan kesemua borang keahlian akan dibuat secara berperingkat kepada Gerakan Bahagian Ipoh Barat.

“Penyertaan kami ke dalam Gerakan tidak ada sebarang paksaan tetapi keputusan itu dibuat secara sukarela,” katanya.

Sementara itu, Tean Seng mengalu-alukan kemasukan keahlian baharu ini yang bukan sahaja bekas ahli parti politik tetapi semua individu yang mahu berjuang bersama parti itu.

“Kita alu-alukan bukan sahaja yang pernah sertai parti politik lain tetapi orang muda yang tak pernah jadi ahli mana-mana parti politik.

“Sesiapa yang percaya perjuangan kami, kita terima penyertaan mereka. Ahli-ahli baharu ini akan didedahkan mengenai perjuangan parti,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Datuk MA Tinagaran menggesa kesemua 300 individu yang mendakwa bekas ahli PKR itu mengemukakan bukti keahlian mereka.

“Semua pihak boleh mendakwa bekas ahli parti sedangkan mereka tidak mendedahkan sebarang bukti,” katanya.

Konvensyen DAP Perak kecoh, konon wujud pengundi hantu

EXCO PAS Perak, Beli Tanah dan Wakafkan Kepada Golongan Asnaf

BAGAN SERAI: Beli tanah dan mewakafkannya kepada golongan asnaf untuk mereka mendirikan rumah.
Itu yang dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria yang membeli sebidang tanah seluas 1.2 hektar dan kemudiannya diwakafkan untuk pembinaan rumah kepada golongan miskin.

Tanah berkenaan dibeli pada harga RM120,000 di Kampung Alor Singa dekat sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol berkata, beliau mewakafkan tanah berkenaan kepada golongan asnaf, fakir dan miskin yang tidak mempunyai tanah agar mereka dapat membuat rumah kediaman sendiri.

“Semasa dalam proses pembelian tanah ini, saya telah menerangkan kepada pemiliknya berkenaan tujuan kegunaan tanah ini, lalu pemiliknya bersetuju dan menjualnya dengan harga demikian atas sebab ingin turut serta membantu dalam perkara ini, ” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menziarahi keluarga asnaf di Kampung Parit Haji Taib 3, Kampung Balik Bukit, Bukit Merah dan Kampung Parit Gabis Bawah di sini hari ini.

Menurut Razman, kebanyakan asnaf dalam kawasan DUN Gunung Semanggol tidak mempunyai tanah sendiri dan ada di antara mereka hanya menumpang di atas tanah milik orang lain.

Katanya, ada yang hanya menyewa sebuah rumah yang kecil dengan bilangan ahli keluarga yang ramai.

“Atas inisiatif ini, sebagai wakil rakyat, saya mengambil keputusan untuk membeli tanah ini untuk diwakafkan dengan dibahagi-bahagikan kepada golongan-golongan asnaf, fakir dan miskin dengan keluasan kira -kira 130.06 meter persegi sebagai tapak rumah untuk satu keluarga yang layak.

“Kelulusan golongan asnaf ini untuk memiliki satu lot tapak rumah adalah berdasarkan kelulusan dari pihak Baitulmal kerana pihak Baitulmal yang akan membina rumah mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Muhamad Izhar Abdullah, 33, bersyukur dengan usaha Razman dan diberitahu mereka layak untuk menerima satu lot tanah sebagai tapak rumahnya.

Menurutnya, dia tinggal menyewa dengan bayaran RM100 sebulan dan hanya itu yang mampu disediakannya sebagai tempat teduh untuk isteri dan enam orang anaknya.

Katanya, dia hanya bekerja sebagai nelayan darat di Kolam Bukit Merah di sini manakala isteri, Norizatul Akma Abdullah menjual serunding halia mengikut tempahan.

“Pendapatan purata kami berdua hanya kira -kira RM1,500 sebulan, wang itulah yang digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak, perbelanjaan harian serta membayar sewa rumah dan bil utiliti.

“Kami tidak mampu membeli tanah sebagai tapak rumah namun hari ini kami menerima berita gembira selepas diberitahu kami layak untuk dapat lot tapak rumah di atas tanah yang dibeli oleh Razman,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Selepas Membuat Usul Jatuhkan Peja, Dato Manaf Dilantik Penasihat MB Perak

Wakil rakyat yang membawa usul undi percaya sehingga menyebabkan Adun Chenderiang Ahmad Faizal Azumu tersingkir daripada jawatannya sebagai menteri besar kini dilantik sebagai penasihat khas menteri besar baru Perak.

Adun Pengkalan Baru, Abd Manaf Hashim, kini berkhidmat sebagai penasihat khas kepada Menteri Besar Saarani Mohammad, dengan jawatannya bertaraf exco kerajaan negeri.

Mempertahankan pelantikan itu Saarani berkata, sebaliknya pemilihan Abd Manaf dibuat bukanlah sebagai imbuhan kerana memulakan proses mengetepikan Ahmad Faizal.

Sebaliknya kata Saarani ia dibuat berdasarkan kelayakan Abd Manaf sendiri.

“(Pelantikan) ini bukan imbuhan, kita tidak menjanjikan apa-apa. Tidak terlintas sama sekali bab itu.

“Kita memilih beliau sebagai antara Adun yang senior, kita yakin pada kebolehan beliau maka beliau ambil tempat itu. Tak ada imbuhan, bukan berjanji apa-apa, tak ada,” katanya seperti dipetik Utusan Online hari ini.

Abd Manaf merupakan Adun Umno yang membawa usul undi percaya kepada Ahmad Faizal yang kemudian menyaksikan timbalan presiden Bersatu itu akhirnya gagal mendapat sokongan untuk kekal sebagai menteri besar Perak.

Ekoran undian dalam DUN Perak itu Ahmad Faizal kemudian melepaskan jawatannya sebelum Saarani dipilih menggantikannya.

Isu itu bagaimanapun sempat menyaksikan Saarani perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan sokongan majoriti sebelum mengangkat sumpah sebagai menteri besar.

Ia juga menyaksikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang memohon menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, sebelum dua Adun parti itu dilantik menjadi exco.

Saarani berkata sebelum ini memang ada jawatan penasihat khas menteri besar untuk Ahmad Faizal dan ia diisi Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin.

Bagaimanapun dengan pertukaran jawatan menteri besar Zainol Fadzi – Adun Umno yang kemudian menyertai Bersatu – juga berundur dan meninggalkan kekosongan pada jawatan tersebut.

Justeru kata Saarani dia hanya mengisi kekosongan yang ditinggalkan itu dengan melantik Abd Manaf.

“Tempat itu dikosongkan oleh Zainol Fadzil, jadi saya perlu isi. Apabila nak isi mestilah orang yang pada pendapat kita layak dan antara kriterianya, pertama senior dan berpengalaman dalam bidang korporat kerana beliau dahulunya adalah ahli Lembaga Pengarah TNB (Tenaga Nasional Bhd).

“Jadi berdasarkan pengalaman itu kita lantik beliau,” katanya.

Dua ADUN PAS antara lima angkat sumpah Exco Perak

IPOH: Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, termasuk dua daripada PAS, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di Ipoh pada Selasa petang.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu, Razman Zakaria (Gunung Semanggol) dan Mohd Akmal Kamarudin (Selama) mengangkat sumpah bersama-sama Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah) dan Datuk Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Ahmad Saidi Mohamad Daud (Changkat Jering) dari UMNO.

Istiadat angkat sumpah dihadiri Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Pada 10 Disember lalu, Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14.

Ia disusuli dengan lima Exco mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Mereka merupakan empat ADUN dari UMNO iaitu ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Sementara mewakili Bersatu pula adalah ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Selepas pelantikan 10 Exco itu bermakna kesemua sembilan Exco lama dikekalkan dengan tambahan Zainol Fadzi.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-adun-pas-antara-lima-angkat-sumpah-exco-perak-273266

Dua Bekas EXCO PAS Perak Dilantik Semula


IPOH: 
Kedua-dua bekas exco PAS dalam pentadbiran Ahmad Faizal Azumu dilantik semula oleh kerajaan Perak bawah Saarani Mohamad daripada UMNO.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Akmal Kamaruddin, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta petang tadi.

Pelantikan ini menyusuli pertemuan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan Sultan Nazrin pagi tadi. PAS sebelum ini memohon ampun baginda kerana mengarahkan Razman dan dua ADUNnya membatalkan pertemuan dengan Sultan Nazrin selepas dititah.

Keputusan itu diambil selepas Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM, tersingkir dari jawatan menteri besar menerusi usul percaya yang dibawa UMNO.

Pelantikan dua ADUN PAS sebagai exco melengkapkan jemaah kerajaan negeri bawah pimpinan Saarani, yang juga ketua UMNO Perak.

Turut dilantik semula Ahmad Saidi Mohamad Daud dari UMNO (Changkat Jering), dan dua ahli politik PPBM, Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) dan Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau).

Khamis lalu, lima ADUN mengangkat sumpah jawatan exco iaitu empat daripada UMNO dan seorang daripada PPBM.

Mereka adalah Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), yang juga bekas penasihat Faizal; Zolkafly Harun (Lintang), Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah), dan Khairul Shahril Mohamed (Bota). - FMT


PRK Gerik : 11 AJK UMNO Gerik Tawar Diri



IPOH, 14 Dis -- Setakat Jumaat lepas, seramai 11 individu termasuk daripada kalangan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Gerik telah menyatakan hasrat untuk menjadi calon UMNO bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Saarani Mohamad berkata sesiapa lagi yang berminat menawarkan diri sebagai calon, mempunyai masa sehingga pukul 5 petang ini untuk menghantar profil mereka kepada Setiausaha Eksekutif UMNO Perak.

"Mereka yang berminat boleh menghantar maklumat sama ada dalam bentuk e-mel ataupun bercetak. Selepas itu, semua nama ini akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Parti sebelum diputuskan oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya.

Saarani yang juga Pengerusi BN Perak bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat sulung Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) setelah beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu, pada 10 Dis lepas.

Beliau berharap semua yang menawarkan diri dapat bersedia dan reda sekiranya tidak terpilih sebagai calon yang bakal mewakili UMNO pada PRK Gerik yang ditetapkan 16 Jan depan. 

Dalam pada itu, Saarani berkata pihaknya merancang untuk mengadakan majlis pengenalan calon BN seminggu lebih awal daripada tarikh penamaan calon yang ditetapkan Suruhjaya Pilihan Raya iaitu 4 Jan depan. 

PRK Gerik akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Hasbullah Osman pada 16 Nov lepas akibat serangan jantung. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Allahyarham Hasbullah menewaskan Norhayati Kasim daripada PAS dengan majoriti 6,216 undi.

Allahyarham sekali lagi mempertahankan kerusi bagi kawasan itu pada PRU14 dengan majoriti 5,528 undi mengalahkan calon PAS Mohd Dahalan Ismail dan calon Bersatu Ibrahim Mohd Hanafiah.

-- BERNAMA

Isu Pelantikan Exco Perak

Isu kemelut politik di Perak berjaya diredakan bila PAS, Bersatu dan UMNO bersetuju mengekalkan muafakat dan menyokong perlantikan Dato Saarani sebagai MB.

Pelantikan lima exco membolehkan Kerajaan Perak berfungsi dan pentadbiran berjalan. Tentunya akan ada pertambahan exco bagi melengkapkan urus tadbir kerajaan negeri. Ini kita serah sepenuhnya kepada kebijaksanaan Tuanku. 

PAS melihat isu yang paling utama selesai hasil muafakat bersama. Soal ADUN PAS di lantik sebagai exco atau tidak adalah hak Tuanku Sultan Perak. PAS akur apa sahaja yang baik pada pandangan Tuanku kerana yakin kestabilan kerajaan adalah keutamaan Tuanku. 

Tidak timbul soal 'durhaka' atau tidak, kerana sesuatu kemelut politik harus dilihat secara menyeluruh bukan hanya sesuatu juzuk untuk membuat penilaian. Maka kita yakin mengurus kemelut yang berlaku memerlukan ruang tersendiri dan waktu yang sangat singkat. Dalam situasi begini, tidak hairan kalau salah faham, silap maklumat dan tentunya golongan yang berkepentingan akan mengambil kesempatan. 

Apapun dengan kesabaran semua pihak dan jiwa besar akhirnya ia berjaya diselesaikan. Alhamdulillah kemelut ini tidak mengambil masa yang lama. Kini masa untuk melihat ke hadapan bagi meneruskan pembangunan negeri, menjaga kebajikan rakyat dan memperkukuhkan muafakat politik. 

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
11/12/20

Perak: Lima ADUN terima lantikan Exco

KUALA KANGSAR - Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin antara lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menerima lantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini.

Pelantikan ADUN Sungai Manik itu merupakan lantikan baharu dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Menteri Besar Perak ke-14, Datuk Saarani Mohamad.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Sultan Nazrin turut memberi perkenan untuk mengekalkan empat Exco dalam pentadbiran terdahulu.

Mereka adalah ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota) masing-masing mewakili UMNO.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/114189/BERITA/Politik/Zainol-Fadzi-antara-lima-ADUN-terima-lantikan-Exco

'Ambil iktibar supaya kemelut politik Perak tak berulang' - PINTAR

PORT DICKSON: Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) meminta semua pihak mengambil iktibar supaya kemelut dan drama politik di Perak tidak berulang.

Presiden, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor, berkata semua pihak juga perlu mencontohi kesediaan UMNO memohon maaf dan permuafakatan diambil parti itu dengan PAS serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hingga membolehkan Menteri Besar Perak baharu dilantik.

Mohd Roslan berkata, pihaknya mengucapkan syabas kepada pihak terbabit yang dapat menyelesaikan kemelut politik di Perak meskipun mengingatkan isu itu tidak sepatutnya timbul sejak awal lagi.

Katanya, permuafakatan antara Barisan Nasional (BN), PAS dan BERSATU itu menunjukkan walaupun terdapat perbezaan pandangan, kesatuan lebih penting diutamakan.

"PINTAR merasakan permohonan maaf UMNO terhadap apa berlaku sangat memberikan impak besar dalam memperteguhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.

"Ini suatu tindakan perlu dicontohi mana-mana pihak dalam gabungan, iaitu kesanggupan menjaga hubungan daripada berpecah yang kesannya boleh membawa kepada keburukan," katanya.

Mohd Roslan berkata, kesediaan ketiga-tiga parti itu mendokong Menteri Besar daripada UMNO akan mengukuhkan kerjasama untuk masa akan datang.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/763626/ambil-iktibar-supaya-kemelut-politik-perak-tak-berulang-pintar
© all rights reserved
made with by templateszoo