NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Ambil iktibar supaya kemelut politik Perak tak berulang' - PINTAR

PORT DICKSON: Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) meminta semua pihak mengambil iktibar supaya kemelut dan drama politik di Perak tidak berulang.

Presiden, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor, berkata semua pihak juga perlu mencontohi kesediaan UMNO memohon maaf dan permuafakatan diambil parti itu dengan PAS serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hingga membolehkan Menteri Besar Perak baharu dilantik.

Mohd Roslan berkata, pihaknya mengucapkan syabas kepada pihak terbabit yang dapat menyelesaikan kemelut politik di Perak meskipun mengingatkan isu itu tidak sepatutnya timbul sejak awal lagi.

Katanya, permuafakatan antara Barisan Nasional (BN), PAS dan BERSATU itu menunjukkan walaupun terdapat perbezaan pandangan, kesatuan lebih penting diutamakan.

"PINTAR merasakan permohonan maaf UMNO terhadap apa berlaku sangat memberikan impak besar dalam memperteguhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.

"Ini suatu tindakan perlu dicontohi mana-mana pihak dalam gabungan, iaitu kesanggupan menjaga hubungan daripada berpecah yang kesannya boleh membawa kepada keburukan," katanya.

Mohd Roslan berkata, kesediaan ketiga-tiga parti itu mendokong Menteri Besar daripada UMNO akan mengukuhkan kerjasama untuk masa akan datang.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/763626/ambil-iktibar-supaya-kemelut-politik-perak-tak-berulang-pintar

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo