NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua ADUN PAS antara lima angkat sumpah Exco Perak

IPOH: Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, termasuk dua daripada PAS, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di Ipoh pada Selasa petang.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu, Razman Zakaria (Gunung Semanggol) dan Mohd Akmal Kamarudin (Selama) mengangkat sumpah bersama-sama Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah) dan Datuk Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Ahmad Saidi Mohamad Daud (Changkat Jering) dari UMNO.

Istiadat angkat sumpah dihadiri Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Pada 10 Disember lalu, Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14.

Ia disusuli dengan lima Exco mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Mereka merupakan empat ADUN dari UMNO iaitu ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Sementara mewakili Bersatu pula adalah ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Selepas pelantikan 10 Exco itu bermakna kesemua sembilan Exco lama dikekalkan dengan tambahan Zainol Fadzi.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-adun-pas-antara-lima-angkat-sumpah-exco-perak-273266

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo