NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Tuntutan Bayaran Air: 7 Fakta Perlu Difahami

oleh: AFNAN HAMIMI

ISU POKOK ialah P. Pinang tak layan tuntutan Kedah untuk bayar air, bukan isu ‘belat’ sungai. Kedah tulis surat kepada P. Pinang untuk tuntut bayaran air. P. Pinang tak pernah jawab surat itu. Tulis surat untuk berunding. Bila surat tak dijawab, nampak macam P. Pinang tak mahu berunding. Kedah nak berunding, tapi P. Pinang tak mahu. Nampak tak siapa yang sombong? 

Jawapan P. Pinang hanya melalui media. Tiada jawapan melalui surat rasmi. Boleh jadi sudah tiada orang yang boleh menulis surat rasmi di sana. Jika benar, elok buka iklan jawatan kosong khusus untuk tukang tulis surat rasmi. Waktu orang tak ada kerja ini, confirm ramai yang nak apply. 

Pendirian P. Pinang tidak konsisten dalam isu bayaran air. Sama ada hendak bayar atau tak nak bayar. Pendirian P. Pinang berubah bila berubah Menteri Besar (MB). Kalau MB itu kawan dia, OK. Kalau MB itu lawannya, tak OK. Kalau budak-budak sekolah, tak apa lagi. Kita ini dah dewasa. Buanglah perangai budak-budak itu. 

CEO PBAPP elok tumpu untuk majukan operasi syarikat. Tak perlu masuk campur isu lain yang tak ada kaitan dengan dirinya. Kalau tetap nak bersilat, masuk dalam gelanggang politik. Jangan buka buah silat seorang-seorang dekat luar pagar. Kesian tak ada siapa nak tengok. 

Hutan Simpan Ulu Muda tetap akan dipelihara sebagai kawasan tadahan air. Nama pun Hutan Simpan. Ada undang-undang yang kawal. Tiada apa-apa kenyataan bahawa MB beritahu hutan itu akan digondolkan untuk tujuan kajian REE. Semua itu hanya tuduhan yang tak ada asas sama sekali. Orang yang tuduh itu boleh jadi tengok dengan telinga, tak guna mata. Jawab saja surat Kedah itu. Benda mudah jangan duduk kalut bagi payah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo