NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Notis Kekosongan Kerusi DUN Ayer Kuning Diserahkan kepada SPR

Ipoh – Notis pemakluman kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah diserahkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin, susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan bahawa Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, telah menghantar notis tersebut kepada SPR. Beliau menyatakan bahawa tempoh untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah 60 hari dari tarikh notis dikeluarkan.

"Kebetulan minggu depan kita akan memasuki bulan puasa, diikuti dengan sambutan Hari Raya. Jadi, kami akan berbincang dengan kepimpinan sebelum SPR mengadakan mesyuarat untuk menentukan hari penamaan calon dan hari pengundian," kata Ahmad Zahid selepas menziarahi keluarga Allahyarham Ishsam Shahruddin di Desa Seri Ampang pada Selasa.

Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat serangan jantung. Beliau memenangi kerusi DUN Ayer Kuning pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti 5,280 undi.

Sementara itu, UMNO menyerahkan kepada SPR untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi mengadakan PRK tersebut. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata bahawa parti akan mematuhi segala ketetapan yang dibuat oleh SPR dan bersedia untuk menghadapi PRK berkenaan.

SPR dijangka mengadakan mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK DUN Ayer Kuning, termasuk tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Kerusi DUN Ayer Kuning terletak dalam Parlimen Tapah dan mempunyai lebih 20,000 pengundi berdaftar. PRK ini bakal menjadi tumpuan utama, memandangkan ia merupakan PRK pertama di Perak selepas PRU15.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

PRK Nenggiri : 1 lawan 1

GUA MUSANG, 3 Ogos - Pilihanraya Kecil Dewan Negeri N43 Nenggiri pada 17 Ogos nanti bakal memperlihatkan pertembungan satu lawan satu di antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Barisan Nasional (BN). 

Kenyataan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Nik Raisnan Daud selepas menerima borang pencalonan daripada kedua-dua calon di Dewan Perdana Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang, hari ini.

Calon PAS daripada parti komponen PN diwakili Mohd Rizwadi Ismail tiba di lokasi pada pukul 9.02 minit pagi. 

Disusuli pencabarnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili calon Barisan Nasional (BN) daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.07 minit pagi.

Mohd Rizwadi yang juga calon nombor 1 pada giliran kertas undi berlogo bulan purnama itu optimis dapat mempertahankan kerusi Nenggiri pada PRK nanti. 

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pemimpin, kedua ibu bapa, adik beradik dan ribuan penyokong yang hadir pada hari ini.

"Saya mewakili Perikatan Nasional mengharapkan bulan purnama kekal di Nenggiri," katanya. 

Sebelum itu, beliau bersama para pemimpin dan penyokong bersolat hajat seawal pukul 8.00 pagi di Surau Kuning Taman Mesra dekat sini.

Ribuan jemaah itu diimamkan oleh Ahli Parlimen Kubang YB Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden PAS.

sumber : Media Point

'Mak awat tak tunggu, awat nangis' - Abidin

Abidin (kanan) bertemu dengan ibunya sebaik tiba di pusat mengundi SK Sungai Duri untuk membuang undi pada pagi Sabtu.
Abidin (kanan) bertemu dengan ibunya sebaik tiba di pusat mengundi SK Sungai Duri untuk membuang undi pada pagi Sabtu.

SUNGAI BAKAP - Ibu kepada calon Perikatan Nasional (PN), Che Refiah Zakaria, 79, antara yang terawal membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri pada pagi Sabtu.

Warga emas itu hadir dengan berkerusi roda yang dibantu ahli keluarga dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membawanya ke tempat mengundi sebaik proses pengundian bermula.

Che Refiah selesai menunaikan tanggungjawab membuang undi jam 8.05 pagi sebelum dibawa keluar.

Selang 10 minit kemudian, calon PN, Abidin Ismail tiba untuk membuang undi di pusat mengundi sama dan sempat bertemu ibunya.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal itu kemudiannya bersalaman dengan ibunya yang kelihatan sebak.

"Mak awat tak tunggu, dah lama tunggu ka? Awat nangis," tanya Abidin.

Che Rafiah seolah-olah mahu menyembunyikan rasa sebak itu dan kemudiannya tersenyum.

Abidin kemudiannya meminta izin daripada ibunya untuk pergi membuang undi dan menyantuni pengundi lain di sekolah tersebut sebelum Refiah dibawa keluar dari pusat pengundian tersebut.

Sumber | SH

Saluran anak muda lebih ramai daripada warga emas - SPR

Ramlan ketika sidang media di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Duri sempena PRK Sungai Bakap.
Ramlan ketika sidang media di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Duri sempena PRK Sungai Bakap.

SUNGAI BAKAP - Kehadiran golongan muda yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dilihat agak memberangsangkan setakat jam 11 pagi Sabtu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, walaupun pusat pengundian baharu dibuka selama tiga jam, namun saluran mengundi untuk golongan itu telah mula menerima pengundi.

"Keadaan agak seimbang, ada beberapa saluran yang saya tengok saluran anak muda lebih ramai daripada warga emas dan ini menunjukkan ramai anak muda keluar awal," katanya kepada media di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Duri.

Dalam pada itu, menurut Ramlan, SPR tidak menerima sebarang laporan sepanjang pengundian, namun hanya kesalahan kecil yang telah diambil tindakan oleh pihak berkaitan.

"Alhamdulillah sepanjang lawatan saya, ini adalah sekolah ketiga, keadaan amat tenteram dan harmoni, sehingga jam 11 pagi jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab ialah 24 peratus.

"Agak rendah berbanding pilihan raya negeri (PRN) lepas, tetapi kita kena faham ini PRK... kita harapkan supaya semua boleh turun secepat mungkin dan menaikkan peratus pengundian," katanya.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara wakil Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin dan Calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail.

Ia diadakan pada 6 Julai susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal memenangi kerusi N20 berkenaan setelah mengalahkan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Sumber | SH

Ahmad Samsuri calon Pas PRK Parlimen Kemaman

KEMAMAN: Pas mempertaruhkan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu pada 2 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Majlis Pengisytiharan Calon Pas PRK Parlimen Kemaman, di Arena Square Kemaman, di sini, malam ini.

Tuan Ibrahim berkata, pemilihan tersebut dibuat selepas sebulat suara pucuk pimpinan parti selepas mengambil kira beberapa kali selidik dan kajian lapangan yang dilakukan.

“Parti menerima lima nama dan calon yang dipilih ini merupakan tokoh yang telah berjaya mengangkat nama baik parti dan pentadbiran kerajaan serta berusaha mengangkat prestasi dan pencapaian pada tahap yang lebih tinggi.

“Calon ini juga turut menyambut hari lahirnya hari ini dan beliau dilahirkan pada 16 November 1970,” katanya.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu bakal menentang Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN), baru-baru ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Alias Che Hamid daripada Pas menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Alias berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Pejuang, Rosli Ab Ghani hanya memperoleh 506 undian.

PRK Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatalkan kemenangan Alias pada 26 September lalu. – UTUSAN

 

PRK Pelangai: Demokrasi yang tempang

PERIKATAN NASIONAL (PN) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai dengan keazaman yang lebih bersemangat berdasarkan peningkatan undi yang bertambah, dalam keadaan demokrasi tempang setelah dicabuli undang-undang yang membatalkan kemenangan parti lawan oleh pihak mahkamah.

Kita dapat menyaksikan amalan politik wang dan sogokan kepada pengundi dilakukan secara terbuka, termasuklah dengan mengumpan pengundi dengan sekampit beras ketika rakyat sukar mendapatkannya. Malah perilaku dan tata kelola ini turut dihalalkan oleh Pakatan Harapan (PH) dan rakan-rakannya yang berslogan reformasi yang sudah nyata pembohongannya. 

Perkara ini disedari oleh ramai pemimpin Umno-BN dan penyokongnya betapa kebocoran yang besar ini boleh menenggelamkan bahtera mereka, serta diketahui ancaman bahaya jerung DAP-PH dan bala tentera upahannya yang menumpang ideologi yang sesat, namun masih ada yang tidak berfikiran jauh ke hadapan demi menyelamatkan diri masing-masing dengan cara yang salah.

Al-Quran juga menceritakan bagaimana kerajaan pada zaman dahulu yang menipu rakyatnya. Firman Allah SWT:

﴿وَنَŲ§ŲÆَىٰ فِŲ±ۡŲ¹َوۡنُ فِي Ł‚َوۡŁ…ِهِŪ¦ Ł‚َŲ§Ł„َ يَٰŁ‚َوۡŁ…ِ Ų£َŁ„َيۡŲ³َ Ł„ِي Ł…ُŁ„ۡكُ Ł…ِŲµۡŲ±َ وَهَٰŲ°ِهِ ٱلۡŲ£َنۡهَٰŲ±ُ ŲŖَŲ¬ۡŲ±ِي Ł…ِن ŲŖَŲ­ۡŲŖِيٓۚ Ų£َفَŁ„َŲ§ ŲŖُŲØۡŲµِŲ±ُŁˆŁ†َلٔ Ų£َŁ…ۡ Ų£َنَŲ§۠ Ų®َيۡŲ±ٞ Ł…ِّنۡ هَٰŲ°َŲ§ ٱلَّŲ°ِي هُوَ Ł…َهِŁŠŁ†ٞ وَŁ„َŲ§ يَكَŲ§ŲÆُ يُŲØِŁŠŁ†ُل٢ فَŁ„َوۡŁ„َŲ¢ Ų£ُŁ„ۡŁ‚ِيَ Ų¹َŁ„َيۡهِ Ų£َŲ³ۡوِŲ±َŲ©ٞ Ł…ِّن Ų°َهَŲØٍ Ų£َوۡ Ų¬َŲ¢Ų”َ Ł…َŲ¹َهُ ٱلۡŁ…َŁ„َŁ€ٰٓŲ¦ِكَŲ©ُ Ł…ُŁ‚ۡŲŖَŲ±ِنِŁŠŁ†َل٣ فَٱسۡŲŖَŲ®َفَّ Ł‚َوۡŁ…َهُŪ„ فَŲ£َŲ·َŲ§Ų¹ُŁˆŁ‡ُۚ Ų„ِنَّهُŁ…ۡ كَانُواْ Ł‚َوۡŁ…ٗŲ§ فَٰŲ³ِŁ‚ِŁŠŁ†َل٤ فَŁ„َŁ…َّŲ¢ Ų”َŲ§Ų³َفُŁˆŁ†َŲ§ ٱنتَŁ‚َŁ…ۡنَŲ§ Ł…ِنۡهُŁ…ۡ فَŲ£َŲŗۡŲ±َŁ‚ۡنَٰهُŁ…ۡ Ų£َŲ¬ۡŁ…َŲ¹ِŁŠŁ†َلل فَŲ¬َŲ¹َŁ„ۡنَٰهُŁ…ۡ Ų³َŁ„َفٗŲ§ وَŁ…َŲ«َŁ„ٗŲ§ Ł„ِّŁ„ۡŲ£ٓŲ®ِŲ±ِŁŠŁ†َل٦﴾

“Dan Firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata, ‘Wahai kaumku! Bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku (istanaku); maka apakah kamu tidak melihatnya? (51) Bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)? (52) (Jika benar dia seorang rasul) Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang daripada emas atau malaikat datang bersama-samanya untuk mengiringinya?’ (53) Maka, Firaun memperbodohkan rakyatnya (dengan perkataan itu), lalu mereka patuh kepadanya. Kerana sesungguhnya mereka ialah kaum yang fasiq. (54) Maka, tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di dalam laut). (55) Dan Kami jadikan mereka sebagai pengajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian. (56)” [Surah al-Zukhruf: 51-56]

Sesungguhnya, al-Quran kekal menjadi hidayah petunjuk kepada manusia sepanjang zaman.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 23 Rabi‘ al-Awwal 1445 / 9 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 9/10/2023

PRK DUN Pelangai: 32 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi - SPR

BENTONG: Tepat jam 8 pagi ini sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 30 saluran akan dibuka hingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul.

Hari ini seramai 16,456 pengundi berhak menunaikan tanggungjawab mereka untuk pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bagi memilih wakil rakyat baharu.

PRK Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Amizar Abu Adam dari BN; Naib Yang Dipertua PAS Bentong, Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli, calon Bebas yang akan menggunakan simbol kereta.

Calon bagi PRK DUN Pelangai (dari kiri) Amizar, Kasim Samat dan Haslihelmy di pusat penamaan calon Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Calon bagi PRK DUN Pelangai (dari kiri) Amizar, Kasim Samat dan Haslihelmy di pusat penamaan calon Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

PRK DUN Pelangai diadakan selepas penyandang kawasan itu diisytihar kosong susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor Ogos lalu.

Cuaca diramalkan baik di daerah Bentong pada sebelah pagi manakala ribut petir dijangka pada waktu petang, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Petugas dan sukarelawan SPR membuat persiapan menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Petugas dan sukarelawan SPR membuat persiapan menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan calon Pejuang Isa Ahmad (65 undi).

Bagi proses pengundian yang bermula 8 pagi hingga 6 petang ini, sebanyak sembilan pusat mengundi biasa membabitkan 30 saluran dibuka, sebelum proses penjumlahan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini.

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan daripada 16,456 pengundi itu, seramai 36 adalah anggota polis manakala tiga lagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Bagaimanapun, PRK DUN Pelangai menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Oktober lepas, selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.

Petugas dan sukarelawan SPR membuat persiapan menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin.
Petugas dan sukarelawan SPR membuat persiapan menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin.

Bagi tiga calon yang bertanding, hanya Kasim yang akan mengundi esok iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Chemomoi, memandangkan Amizar dan Haslihelmy masing-masing adalah pengundi di DUN Ketari, juga dalam Parlimen Bentong.

Cuaca diramal cerah pada hari mengundi

Dalam pada itu, semakan di laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah di daerah Bentong pada sebelah pagi dan malam manakala ribut petir di satu dua tempat pada waktu petang.

Mengenai siapa dilihat lebih terkehadapan dari segi peluang untuk menang PRK ini, penganalisis berpandangan BN lebih berpotensi berbanding PN dan Bebas, berdasarkan beberapa faktor.

Menurut penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abdul Muis, berkata faktor yang membuatkan BN lebih kehadapan pertama disebabkan undi akar umbi UMNO yang kuat

Tambahnya, faktor kedua didorong undi Melayu terpecah menjadikan undi bukan Melayu akan menjadi faktor penentu terutama dalam kalangan pengundi Orang Asli dan Cina.

Mengenai pengundi luar, beliau tidak nampak ada faktor menyokong golongan 'perantau' itu untuk pulang bahkan motivasi pengundi setempat juga nampak 50-50 untuk keluar mengundi hari ini.

"Berbanding PRK Pulai dan Simpang Jeram, mungkin Pelangai juga kadar (peratusan) keluar mengundi hari. Mungkin disebabkan kelesuan dan melihat PRK ini sekadar isi kekosongan yang rutin dan tiada perubahan dalam kerajaan adalah penyebabnya," katanya.

Berbeza dengan jangkaan SPR yang menyasarkan peratusan keluar mengundi sehingga 75 peratus ke atas berbanding 78 peratus sewaktu PRU15.

Keputusan rasmi PRK Pelangai dijangka diketahui seawal jam 9 malam ini.

Petugas dan sukarelawan SPR membuat persiapan menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin.
Petugas dan sukarelawan SPR membuat persiapan menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin.

PRK DUN Pelangai adalah PRK keempat diadakan selepas PRU15 pada 19 November lalu, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lalu serta PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 September.

Tingkatkan kadar celik al-Quran warga Pelangai antara fikus utama Cikgu Kasim



BENTONG - Meningkatkan kadar celik al-Quran dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menjadi antara hasrat dan manifesto calon Perikatan Nasional PRK kawasan itu, Kasim Samat, 63, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim.

Menurutnya, selain itu beliau juga mahu memperjuangkan pembangunan infrastruktur yang diperlukan.

"Sebagai calon pilihan raya, saya pun ada bawa misi agar pembangunan perlu ditingkatkan di sini, peluang-peluang pekerjaan, infrastruktur untuk keluar masuk di DUN Pelangai agak lemah.

"Menerusi peluang diberi kepada saya nanti, insya-ALLAH saya perjuangkan untuk generasi kedua mempunyai rumah, kemudian jalan keluar masuk dan kita juga nak tingkatkan kadar celik al-Quran. Itu fokus kita," katanya ditemui ketika ziarah di Kampung Shafie pada Ahad.

Justeru, beliau berharap pengundi dapat memberikan peluang kepadanya untuk berbakti dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat di kawasan itu.

"Saya harap pengundi beri peluang kepada saya seperti peluang dan kepercayaan diberikan kepada wakil rakyat sebelum ini," ujarnya.

PRK DUN Pelangai menyaksikan persaingan tiga penjuru iaitu calon PN, BN, Bebas.

BN mempertaruhkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam, 50, yang merupakan anak jati Felda Chemomoi.

Bekas ahli UMNO Kampung Sum-Sum, Haslihelmy DM Zulhasli pula bertanding sebagai calon bebas menggunakan lambang kereta.


Sumber I Sinar Harian 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

PRK: Percubaan kali ketujuh Suhaizan berhasil, sah tawan Parlimen Pulai dengan majoriti lebih rendah

JOHOR BAHRU – Percubaan Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bertanding kali ketujuh bertanding dalam pilihan raya membuahkan hasil apabila sah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang berlangsung hari ini.

Kejayaan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kayat itu sekaligus mempertahankan kerusi Parlimen Pulai yang disandang bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Berdasarkan kiraan undi rasmi Suhaizan mendahului dua pencabar yang lain dengan memperoleh undi 48,283.

Keputusan itu menunjukkan PH menang dengan majoriti 18,641 undi mengalahkan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar (29, 642) dan Samsudin Mohamad Fauzi (528) yang bertanding atas tiket Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerana kematian Salahuddin yang juga Naib Presiden PH dan Timbalan Presiden Amanah pada 23 Julai lalu di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Susulan itu, Suruhanjaya Piliharan Raya (SPR) menetapkan 26 Ogos lalu sebagai penamaan calon selain 5 September lalu bagi proses pengundian awal dan semalam tarikh pengundian di kedua-dua kerusi.

Pada PRU15 lalu, Salahuddin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai selepas memperoleh 64,900 undi dengan majoriti 33,174 undi menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN) yang memperoleh 31,726 undi, manakala calon PN, Loh Kah Yong dengan undi sebanyak 20,677.

Salahuddin turut menang di DUN Simpang Jeram apabila memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN, Zarul Salleh yang mendapat 6,350 undi, manakala seorang lagi calon, Datuk Lokman Md Don dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 6,062 undi.-KOSMO! ONLINE


'Haram undi Suhaizan' Muhyiddin kini disiasat Bukit Aman - KPN

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR: Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan 'fatwa' haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam satu ceramah di Johor, kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan sedang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Katanya, polis menerima satu laporan terhadap kenyataan Muhyiddin itu yang dibuat di ibu negara, semalam.

"Ya kita ada terima satu laporan polis dan kita sudah buat siasatan.

"Kita akan panggil beliau (Muhyiddin) dalam masa terdekat," katanya kepada BH, hari ini.

Razaruddin berkata, siasatan terhadap Muhyiddin dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam.

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Terdahulu, tular satu video dalam media sosial menunjukkan bekas Perdana Menteri itu dikatakan mengeluarkan 'fatwa' haram mengundi calon PH, Suhaizan Kayat.

Muhyiddin didakwa berkata sedemikian ketika berucap dalam kempen ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai di Nusa Bestari, Johor Bahru, kelmarin.

Muhyiddin berkata, ia sebagai menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

"Jangan bagi satu undi pun pada pihak Suhaizan Kayat (calon PH di Parlimen Pulai), bekas Speaker (DUN Johor). Jangan bagi satu undi pun.

"Saya bagi hukum haram. Ada yang esok mencabar saya ini, ikut fatwa mana. Namun tak boleh (undi) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang, sudah sembilan bulan berlalu ujian (bagi rakyat) macam soal kenaikan harga barang," katanya.

Susulan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar kenyataan yang dibuat Muhyiddin dan menyifatkan fatwa politik dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu semata-mata untuk kepentingan politik

"Ada seorang yang bukan ulama telah mula keluarkan fatwa politik kononnya undi Suhaizan Kayat haram.

"Saya hendak tanya dengan orang itu (Muhyiddin) ayat Al-Quran dari mana? Hadis dari mana? Qias dari mana? Pandangan ijmak ulama dari mana?

"Ketika beliau (Muhyiddin) menjadi sebahagian daripada PH 1.0 dulu, semuanya halal. Apabila tidak sealiran dengan PH, keluarlah fatwa yang pelbagai," katanya selepas melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini, semalam.

Tiada PRK DUN Kempas



JOHOR BAHRU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kempas berikutan kematian penyandangnya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Osman Sapian pada Selasa.

Suhaizan menerusi kiriman mesej ringkasnya pada Rabu memberitahu, kekosongan kerusi tersebut telah berlaku lebih dari tiga tahun Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung iaitu pada Mei 2018.

"Kekosongan telah berlaku di DUN Kempas. Oleh kerana kekosongan ini berlaku lebih tiga tahun daripada PRU14.

"Selain itu tiada ada isu majoriti DUN Johor dengan kelebihan satu kerusi di pihak kerajaan maka mengikut fasal 23(5) Undang- Undang Tubuh Kerajaan Negeri, tiada PRK di DUN Kempas," katanya.

Dalam pada itu, Suhaizan yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Datuk Osman Sapian 69, disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Damansara, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.45 malam pada Selasa.

Pada 13 Oktober lepas, Osman, 69, yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini selepas diserang strok ringan dan pada November lalu beliau dilaporkan dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor.

Bagaimanapun, pada 13 November lalu Osman dilaporkan kembali stabil tetapi masih berada dalam pemerhatian rapi dan tidak sedarkan diri.

Osman dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas PRU14 dan menjadi menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/179313/BERITA/Nasional/Tiada-PRK-DUN-Kempas



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

PRK Gerik : 11 AJK UMNO Gerik Tawar Diri



IPOH, 14 Dis -- Setakat Jumaat lepas, seramai 11 individu termasuk daripada kalangan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Gerik telah menyatakan hasrat untuk menjadi calon UMNO bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Saarani Mohamad berkata sesiapa lagi yang berminat menawarkan diri sebagai calon, mempunyai masa sehingga pukul 5 petang ini untuk menghantar profil mereka kepada Setiausaha Eksekutif UMNO Perak.

"Mereka yang berminat boleh menghantar maklumat sama ada dalam bentuk e-mel ataupun bercetak. Selepas itu, semua nama ini akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Parti sebelum diputuskan oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya.

Saarani yang juga Pengerusi BN Perak bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat sulung Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) setelah beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu, pada 10 Dis lepas.

Beliau berharap semua yang menawarkan diri dapat bersedia dan reda sekiranya tidak terpilih sebagai calon yang bakal mewakili UMNO pada PRK Gerik yang ditetapkan 16 Jan depan. 

Dalam pada itu, Saarani berkata pihaknya merancang untuk mengadakan majlis pengenalan calon BN seminggu lebih awal daripada tarikh penamaan calon yang ditetapkan Suruhjaya Pilihan Raya iaitu 4 Jan depan. 

PRK Gerik akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Hasbullah Osman pada 16 Nov lepas akibat serangan jantung. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Allahyarham Hasbullah menewaskan Norhayati Kasim daripada PAS dengan majoriti 6,216 undi.

Allahyarham sekali lagi mempertahankan kerusi bagi kawasan itu pada PRU14 dengan majoriti 5,528 undi mengalahkan calon PAS Mohd Dahalan Ismail dan calon Bersatu Ibrahim Mohd Hanafiah.

-- BERNAMA

Batu Sapi: Darurat lindungi rakyat Sabah daripada COVID-19


18 NOV: Kerajaan negeri Sabah menyokong penuh keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi bagi mengelak Pilihan Raya Kecil (PRK) daripada diadakan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya menyifatkan keputusan terbabit adalah satu keputusan bijak bagi melindungi kesihatan rakyat Sabah daripada pandemik COVID-19.

“Keperluan untuk menghentikan penularan virus dan melindungi kesihatan rakyat adalah sangat penting,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Hajiji turut memberi jaminan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah COVID-19 sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengatasi wabak terbabit di Sabah.

Yang di-Pertuan Agong hari ini bersetuju, mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah, bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menasihati Seri Paduka berkenaan cadangan itu.

Dalam sesi berlangsung selama satu jam bermula dari jam 4 petang ini, Perdana Menteri mempersembahkan nasihat beliau, susulan daripada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri, berkenaan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.185) Batu Sapi, Sabah untuk ampun perkenan Seri Paduka Baginda.

Batu Sapi: Tiada Perintah Berkurung, Kehidupan Macam Biasa



18 NOV: Pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah, hanyalah bertujuan untuk membatal dan menangguhkan PRK Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat.

Berikutan itu Perdana Menteri, menegaskan kehidupan rakyat di Batu Sapi tidak akan terjejas dengan perisytiharan darurat berkenaan dan tiada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera dilaksanakan di kawasan parlimen berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pentadbiran kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat diteruskan tertakluk kepada amalan norma baharu dan peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuat kuasa di Sabah.

“Saya bagi pihak Kerajaan Perikatan Nasional ingin memberi jaminan bahawa apabila pandemik COVID-19 berakhir, PRK Batu Sapi akan diadakan dengan kadar segera tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila PRK diadakan kelak pengundi akan dapat melaksanakan hak demokrasi masing-masing dalam keadaan yang lebih selamat, aman dan tenteram,” katanya katanya dalam perutusan khas di sini, sebentar tadi.

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2020/11/18/prk-parlimen-batu-sapi-diadakan-setelah-wabak-tamat


Agong Isytihar Darurat Parlimen Batu Sapi

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong bersetuju, mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah, bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menasihati baginda berkenaan cadangan itu.
"Dalam sesi berlangsung selama satu jam bermula dari jam 4 petang ini, Perdana Menteri mempersembahkan nasihat beliau, susulan daripada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri, berkenaan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.185) Batu Sapi, Sabah untuk ampun perkenan Seri Paduka Baginda.

"Selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh, Al-Sultan Abdullah berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

"(Ini) bagi membolehkan suatu Ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan PRK bagi P185 Batu Sapi, Sabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PRK Batu Sapi: PBS sah tidak bertanding


Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon di kerusi tradisi parti itu di Batu Sapi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen berkenaan yang dijadualkan pada 5 Disember depan.

Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keputusan itu dibuat Biro Politik parti itu dalam mesyuaratnya baru-baru ini selepas mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan di negeri ini.


Katanya, PBS mengambil berat aspek keselamatan dan kesihatan rakyat sebagai perkara yang perlu diberi keutamaan dalam situasi yang mencabar ketika ini.

"Sabah terus merekodkan jumlah kes positif Covid-19 yang tertinggi di negara ini. Angkanya mencapai tiga digit dengan jumlah tertinggi 702 kes direkodkan Ahad lalu.

"Disebabkan situasi itu, PBS memutuskan untuk tidak bertanding walaupun ia adalah kerusi yang menjadi kubu kuat PBS. Sebagai parti berbilang kaum, PBS mempunyai ramai ahli dan pengikut di Batu Sapi," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu menekankan bahawa keselamatan dan kesihatan awam pengundi serta rakyat di Batu Sapi dan Sandakan lebih utama ketika ini.

Maximus berkata, beliau turut memaklumkan kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyokong mana-mana rakan kongsi dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mahu bertanding pada PRK berkenaan.

"Walaupun belum diputuskan sama ada rakan lain dalam GRS bertanding atau sebaliknya, PBS komited dan akan memberi sokongan kepada bakal calon dan akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan GRS," katanya.

Sebelum ini, beberapa parti termasuk Barisan Nasional (BN), Parti Cinta Sabah (PCS), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sudah menyatakan pendirian masing-masing untuk tidak menyertai PRK itu.

Parlimen Batu Sapi pernah menjadi kubu kuat PBS sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 yang dimenangi Naib Presiden parti itu Datin Linda Tsen.

Linda menyandang kerusi itu sejak 2010 melalui PRK bagi Parlimen berkenaan yang diadakan berikutan kematian suaminya yang menjadi Ahli Parlimen Batu Sapi ketika itu, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.

PRK Batu Sapi kali ini perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong disebabkan jangkitan paru-paru pada 2 Oktober lalu.

Mendiang Vui Keong memenangi kerusi itu atas tiket Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan majoriti 4,619 undi mengalahkan Linda pada 2018.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 November depan sebagai hari penamaan calon, diikuti pengundian awal pada 1 Disember dan pengundian biasa pada 5 Disember depan.

Batu Sapi: Perlukah ditandingi?


Oleh Ahmad Abd Hamid

SURUHANJAYA Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Batu Sapi, Sabah diadakan pada 5 Disember.

Penamaan calon ditetapkan pada 30 November. Pengundian awal pula ditetapkan pada 1 Disember.

PRK ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi, Datuk Liew Vui Keong atau VK Liew daripada parti Warisan pada 2 Oktober.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, mendiang memenangi kerusi Batu Sapi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tsen Thau Lin dengan majoriti 4,619 undi. Mendiang memperoleh 12,976
undi berbanding Thean 8,357 undi.

Tarikh 5 Disember adalah tarikh akhir PRK mesti diadakan, memenuhi keperluan pengisisian dalam tempuh 60 hari setelah perisytiharan kekosongan kerusi parlimen atau dewan negeri.

Perisytiharan kekosongan kerusi Batu Sapi telah dimaklumkan secara rasmi oleh Speaker Parlimen kepada SPR pada 6 Oktober selaras dengan Artikel 54 Perlembagaan Persekutuan.

Biasanya SPR menetapkan tarikh PRK lebih awal daripada tarikh akhir. Mungkin kali ini SPR memberi pertimbangan teliti memandangkan bahana Covid-19 yang melanda sekarang, terutama di Sabah, antara negeri yang mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi.

Justeru pemilihan tarikh mungkin dibuat dengan harapan ketika itu wabak jangkitan di Sabah sudah bertambah baik.

Dalam apa keadaan pun, PRK ini tetap mesti diadakan, kecuali ada perisytiharan darurat di kawasan berkenaan.

Justeru kebimbangan yang wujud sekarang ialah risiko yang terpaksa dihadapi dalam PRK itu di tengah-tengah wabak Covid-19 yang sehingga ini terus mencatatkan angka jangkitan tinggi setiap hari, termasuk di Sabah.

Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah baru-baru ini telah memberikan kesan menakutkan. Kes Covid-19 meningkat naik bukan sahaja di Sabah tetapi menular ke negeri-negeri lain akibat keluar masuk yang berlaku di sepanjang tempuh kempen pilihan raya dan hari mengundi yang kesemuanya melibatkan perhimpunan ramai.

Apakah kaedah terbaik memastikan gejala ini tidak berulang pada PRK Batu Sapi? Cara yang mudah dan berkesan ialah tidak ada pertandingan di Batu Sapi. Biarkan parti penyandang kerusi berkenaan iaitu Warisan, menang tanpa bertanding.

Dengan itu tidak perlu kempen dan membuang undi. Perhimpunan ramai dapat dielakkan dan risiko jangkitan dapat diminimumkan.

Sehingga ini BN dan Pakatan Harapan (PH) telah pun mengumumkan tidak akan bertanding di Batu Sapi. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi alasan mengutamakan keselamatan rakyat dalam kemelut Covid-19.

Pendirian ini memang baik. Tetapi jika BN sahaja tidak bertanding tidak bermakna tidak ada pertandingan. Mungkin ada parti lain atau calon Bebas mahu bertanding dan mereka tidak boleh dihalang. Matlamat hanya dapat dicapai jika semua pihak menurut jejak langkah BN.

Dalam pada itu SPR juga mengambil langkah persediaan seandainya berlaku pertandingan di Batu Sapi. Misalnya meminta pihak terlibat mengadakan kempen secara online serta mengelakkan pertemuan beramai-ramai.

Ini difahami kerana apabila sudah berkumpul ramai, penjarakan fizikal kerap diabaikan.

Namun jika pun kaedah ini dipatuhi, proses mengundi tetap perlu dijalankan. Pastinya akan berlaku juga perhimpunan ramai di pusat-pusat mengundi. Risiko penularan Covid-19 tetap ada.

Atau satu lagi kemungkinan, gejala Covid-19 yang sedang mengganas sekarang, dan pengalaman penularan semasa PRN Sabah, akan menyebabkan ramai tidak mahu keluar mengundi.

Mereka akan berdepan dengan pilihan antara menunaikan tanggung jawab atau tinggal di rumah demi keselamatan diri. Rasanya lebih ramai memilih tinggal di rumah.

Bola sekarang berada di kaki para pemimpin politik. Mereka yang sebenarnya menentukan perlukah ada pertandingan di Batu Sapi atau sebaliknya. Adakah mereka memikirkan keselamatan serta mengutamakan rakyat? Rakyat sedang memerhatikan.

–BebasNews


PRK Batu Sapi Pada 5 Dis



PUTRAJAYA, 13 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Batu Sapi pada 5 Disember.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan urusan PRK Batu Sapi dalam sidang media di Menara SPR di sini hari ini, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 23 Nov manakala hari pengundian awal pada 1 Dis.

PRK Batu Sapi perlu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Okt lepas dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Liew yang mewakili Parti Warisan Sabah berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti 4,619 undi dalam pertandingan empat penjuru.

PRK Batu Sapi merupakan PRK ke-13 selepas PRU-14 pada 9 Mei 2018.

Selain 12 PRK sebelum ini, turut diadakan selepas PRU-14 ialah Pilihan Raya Negeri Sabah pada bulan lepas. Batu Sapi terletak dalam daerah Sandakan di Sabah.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah berkuat kuasa hari ini sehingga 26 Okt ini.

Sebelum ini, Abdul Ghani dilaporkan berkata PRK Batu Sapi perlu dijalankan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan hanya boleh ditangguhkan sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut. – BERNAMA


Dewan Rakyat maklum kekosongan Batu Sapi pada SPR, PRK dalam tempoh 60 hari



PETALING JAYA: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kekosongan Parlimen Batu Sapi, ekoran kematian penyandangnya, Liew Vui Keong dari Warisan, pada 2 Okt.

“SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Kawasan P185 Batu Sapi, Sabah dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam kenyataan.

Liew menawan Batu Sapi pada pilihan raya umum 2018 dalam pertandingan 4 penjuru, dengan majoriti 4,619 undi untuk menewaskan pencabar dari BN, Amanah, dan PAS.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meninggal dunia di usia 60 tahun, ketika sedang dirawat di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu.



















Respon Khalid Samad Selepas Parti Pejuang Kalah PRK Slim


 

© all rights reserved
made with by templateszoo