NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Batu Sapi: Tiada Perintah Berkurung, Kehidupan Macam Biasa



18 NOV: Pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah, hanyalah bertujuan untuk membatal dan menangguhkan PRK Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat.

Berikutan itu Perdana Menteri, menegaskan kehidupan rakyat di Batu Sapi tidak akan terjejas dengan perisytiharan darurat berkenaan dan tiada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera dilaksanakan di kawasan parlimen berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pentadbiran kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat diteruskan tertakluk kepada amalan norma baharu dan peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuat kuasa di Sabah.

“Saya bagi pihak Kerajaan Perikatan Nasional ingin memberi jaminan bahawa apabila pandemik COVID-19 berakhir, PRK Batu Sapi akan diadakan dengan kadar segera tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila PRK diadakan kelak pengundi akan dapat melaksanakan hak demokrasi masing-masing dalam keadaan yang lebih selamat, aman dan tenteram,” katanya katanya dalam perutusan khas di sini, sebentar tadi.

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2020/11/18/prk-parlimen-batu-sapi-diadakan-setelah-wabak-tamat


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo