NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK: Percubaan kali ketujuh Suhaizan berhasil, sah tawan Parlimen Pulai dengan majoriti lebih rendah

JOHOR BAHRU – Percubaan Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bertanding kali ketujuh bertanding dalam pilihan raya membuahkan hasil apabila sah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang berlangsung hari ini.

Kejayaan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kayat itu sekaligus mempertahankan kerusi Parlimen Pulai yang disandang bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Berdasarkan kiraan undi rasmi Suhaizan mendahului dua pencabar yang lain dengan memperoleh undi 48,283.

Keputusan itu menunjukkan PH menang dengan majoriti 18,641 undi mengalahkan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar (29, 642) dan Samsudin Mohamad Fauzi (528) yang bertanding atas tiket Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerana kematian Salahuddin yang juga Naib Presiden PH dan Timbalan Presiden Amanah pada 23 Julai lalu di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Susulan itu, Suruhanjaya Piliharan Raya (SPR) menetapkan 26 Ogos lalu sebagai penamaan calon selain 5 September lalu bagi proses pengundian awal dan semalam tarikh pengundian di kedua-dua kerusi.

Pada PRU15 lalu, Salahuddin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai selepas memperoleh 64,900 undi dengan majoriti 33,174 undi menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN) yang memperoleh 31,726 undi, manakala calon PN, Loh Kah Yong dengan undi sebanyak 20,677.

Salahuddin turut menang di DUN Simpang Jeram apabila memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN, Zarul Salleh yang mendapat 6,350 undi, manakala seorang lagi calon, Datuk Lokman Md Don dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 6,062 undi.-KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo