NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Mak awat tak tunggu, awat nangis' - Abidin

Abidin (kanan) bertemu dengan ibunya sebaik tiba di pusat mengundi SK Sungai Duri untuk membuang undi pada pagi Sabtu.
Abidin (kanan) bertemu dengan ibunya sebaik tiba di pusat mengundi SK Sungai Duri untuk membuang undi pada pagi Sabtu.

SUNGAI BAKAP - Ibu kepada calon Perikatan Nasional (PN), Che Refiah Zakaria, 79, antara yang terawal membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri pada pagi Sabtu.

Warga emas itu hadir dengan berkerusi roda yang dibantu ahli keluarga dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membawanya ke tempat mengundi sebaik proses pengundian bermula.

Che Refiah selesai menunaikan tanggungjawab membuang undi jam 8.05 pagi sebelum dibawa keluar.

Selang 10 minit kemudian, calon PN, Abidin Ismail tiba untuk membuang undi di pusat mengundi sama dan sempat bertemu ibunya.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal itu kemudiannya bersalaman dengan ibunya yang kelihatan sebak.

"Mak awat tak tunggu, dah lama tunggu ka? Awat nangis," tanya Abidin.

Che Rafiah seolah-olah mahu menyembunyikan rasa sebak itu dan kemudiannya tersenyum.

Abidin kemudiannya meminta izin daripada ibunya untuk pergi membuang undi dan menyantuni pengundi lain di sekolah tersebut sebelum Refiah dibawa keluar dari pusat pengundian tersebut.

Sumber | SH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo