NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dilarang jual arak di Kuala Kangsar bermula Januari ini



KUALA KANGSAR – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan menjual minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di daerah ini bermula tahun 2022.

Larangan ini menjadikan MPKK sebagai pihak berkuasa tempatan kedua melaksanakan ketetapan itu selepas Majlis Daeran Selama yang memutuskan perkara itu sebelum ini. Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 yang berlangsung hari ini.

Bagaimanapun menurut Zulqarnain, jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam masih dibenarkan dengan beberapa syarat dikenakan.

“Ada dibincangkan tetapi kita mesti mematuhi apa-apa perundangan diperingkat Persekutuan serta akta-akta berkaitan dan juga enakmen-enakmen di peringkat negeri.

“Kita dah boleh laksanakan dan tahun 2022 kita akan mulakan untuk kawasan yang memang sudah jelas majoriti Islam kita tidak akan benarkan, maka mereka yang bukan beragama islam yang berada di situ boleh beli ditempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021, di D’ Village Resort, Karau, di sini, hari ini. -K! ONLINE



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo