NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label PAHANG. Show all posts
Showing posts with label PAHANG. Show all posts

Penagih Dadah Akan Diusir Dari Tanah Kesultanan - Sultan Pahang

PEKAN, 25 Nov 2025 – KDYMM Sultan Pahang menegaskan bahawa tiada tempat bagi penagih dadah untuk menghuni di Tanah Kesultanan, iaitu tanah kurniaan milik baginda.

Baginda bertitah agar ibu bapa memberi perhatian serius terhadap pembentukan jati diri anak-anak serta memastikan mereka menjauhi gejala negatif termasuk penyalahgunaan dadah.

“Mana-mana anak yang terlibat dengan dadah akan saya usirkan dari Tanah Kesultanan kerana saya mahu rakyat yang tinggal di sini benar-benar bersih dari segala aspek, termasuk kebersihan rumah dan kebersihan diri,” titah baginda.

Sultan Pahang bertitah demikian ketika berangkat ke Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) kepada 26 penerima dari Pekan, Kuantan dan Rompin di Masjid Tengku Ampuan Besar Fatimah, Kampung Polo.

Baginda turut menyarankan 3,729 penduduk yang menghuni Tanah Kesultanan agar mengemukakan cadangan dan idea kepada Majlis Kesultanan Pahang bagi memastikan tanah kurniaan itu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Usaha bersama ini diharap dapat memperkukuhkan kemakmuran Tanah Kesultanan serta menjamin kesejahteraan generasi kini dan masa hadapan,” titah baginda.

Sumber | Portal Rasmi Istana Pahang 


Sidang DUN Pahang berjalan ikut jadual esok

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan berlangsung di Wisma Sri Pahang seperti dijadualkan esok. - Gambar fail/BERNAMA

KUANTAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan berlangsung di Wisma Sri Pahang seperti dijadualkan esok, menurut Yang Dipertuanya Datuk Seri Ishak Muhamad.
Beliau berkata persidangan itu akan berjalan mengikut takwim ditetapkan sebelum ini sehingga dimaklumkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan DUN.
Berdasarkan jadual, persidangan DUN Pahang berlangsung esok hingga Jumaat ini.
Ishak berkata persidangan DUN Pahang esok akan diteruskan dengan perbahasan Belanjawan Pahang 2023 yang dibentangkan oleh Wan Rosdy pada Jumaat lepas.
"... berjalan sehingga kita dimaklumkan Menteri Besar sudah menghadap dan mendapat perkenan untuk membubarkan DUN," kata Ishak semasa dihubungi di sini hari ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilaporkan berkata DUN di bawah pentadbiran BN akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen kecuali Melaka, Johor dan Sabah kerana belum mencapai tempoh matang.
Pahang ditadbir BN. Terdapat 42 kerusi DUN di Pahang dengan keputusan Pilihan Raya ke-14 (PRU-14) menyaksikan BN menang 25 kerusi, Pakatan Harapan (sembilan) dan PAS (lapan).
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Situasi banjir tambah baik, jumlah mangsa mula berkurangan


KUALA LUMPUR: Situasi banjir semakin bertambah baik di Melaka, Pahang dan Johor apabila jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan petang ini.

Di Melaka, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra, berkata jumlah mangsa berkurangan kepada 315 orang daripada 85 keluarga petang ini, berbanding 341 mangsa daripada 91 keluarga pagi tadi, dengan semuanya ditempatkan di tiga PPS di Jasin.

Di Pahang, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan jumlah mangsa banjir sedikit susut kepada 292 orang berbanding 301 individu pagi tadi.

Semua mangsa daripada 85 keluarga itu ditempatkan di lapan PPS, dengan Pekan mencatat jumlah paling ramai iaitu 161 orang diikuti Rompin (79) dan Maran (52).

Di Johor, banjir semakin surut dengan jumlah yang berada di PPS kini 3,441 orang setakat jam 4 petang, berbanding 3,714 orang pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata empat daerah masih terjejas banjir membabitkan 46 PPS, dengan Segamat mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,446 orang, diikuti Muar (1,180), Tangkak (686) dan Batu Pahat (129).

"Sebuah PPS ditutup iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Dalam di Segamat berikutan semua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Cuaca ketika ini dilaporkan cerah melainkan tiga daerah iaitu Johor Bahru, Segamat dan Kota Tinggi yang mendung," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lima sungai masih di paras bahaya iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, serta Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Sungai Muar di Panchor, Sungai Muar di Liang Batu, dan Sungai Muar di Bukit Kepong, semuanya di Muar. – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

PAHANG: 4 Daerah catat penambahan mangsa




JERANTUT: Mangsa banjir di empat daerah di Pahang iaitu Temerloh, Bera, Maran dan Pekan meningkat apabila banyak kawasan dinaiki air apabila arus Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Semantan mengalir ke hilir.

Keseluruhannya, banjir di Pahang bertambah baik berikutan tiada hujan sejak tiga hari lalu manakala jumlah mangsa berkurangan kepada 33,844 orang sehingga jam 8 pagi ini, berbanding 35,213 pada 4 petang semalam.

Banyak daerah menunjukkan pengurangan mangsa dan penduduk mula pulang untuk mencuci rumah masing-masing walaupun mereka masih tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang berkata jumlah mangsa banjir pada jam 8 pagi ini daripada 10,051 keluarga di 244 PPS.

Katanya, di Temerloh mangsa bertambah kepada 12,663 dari 3,629 keluarga di 79 PPS berbanding 12,275 petang semalam daripada 3,514 keluarga di 81 PPS.

Menurutnya mangsa banjir di Bera turut meningkat kepada 2,282 dari 654 keluarga di 22 PPS berbanding petang semalam 2,184 mangsa dipindahkan ke 20 PPS membabitkan 623 keluarga .

Katanya, daerah Maran turut menunjukkan peningkatan iaitu jumlah mangsa banjir kini meningkat ke 1,183 dari 332 keluarga di 28 PPS berbanding semalam 1,160 mangsa banjir.

"Di Pekan turut meningkant dengan mencatatkan 1,790 mangsa dari 534 keluarga di 21 PPS pagi ini berbanding hanya 1,745 semalam dari 520 keluarga di 21 PPS.

Daerah lain menunjukkan penurunan mendadak di mana Bentong mencatatkan 4,700 mangsa dari 1,597 keluarga di 17 PPS dan Raub mempunyai 176 mangsa banjir dari 48 keluarga di tiga PPS.

Daerah lain yang berkurangan ialah Jerantut dengan 605 mangsa dari 131 keluarga di 13 PPS, Lipis 894 mangsa dari 281 keluarga di sembilan PPS manakala Kuantan 9,646 mangsa dari 2,845 keluarga di 34 PPS.

Dalam perkembangan sama, lebih banyak jalan kini dibuka kecuali di daerah yang menghadapi peningkatan paras air air.

Katanya di Temerloh, Jalan yang masih ditutup ialah Jalan Kuala Lumpur – Kuantan, Jalan Gemas – Temerloh, Jalan Temerloh – Mentakab, Jalan Bolok- Sok Mek, Jalan Utama Mempaga/Bkt Damar/Lakum, Jalan Kampung Gantok, Jalan Seberang Temerloh, Jalan Kampung Lipat Kajang, Jalan Teluk Ira-Rumpun Makmur, Jalan Simpang Songsang-Bangau, Jalan Megat Segama, JalanPaya Luas – Paya Jauh, Jalan Kg Belenggu, Jalan Bahagia – Belenggu halt, Jalan Batu Kapur – Sg. Buloh,

Jalan Sanggang–Lubuk Kawah dan Jalan Jenderak Loop.

Di Pekan jalan yang ditutup ialah Jalan Teluk Ganchong Lepar, JalanPelak –Belimbing dan Jalan Mentiga Terapai.

Di Bentong Jalan yang ditutup ialah Jalan Karak - Simpang Pelanggai manakala di Maran Jalan Pekan Sehari Kg Awah,

Jalan Kampung Wau /Kertau, Jalan Serengkam, Jalan Bukit Tajau-Bandar Pusat Jengka, JalanChenor Sekara Kening, Jalan Peijing dan Jalan Masuk Kampung Paya Ladang.

Manakala di Bera jalan yang ditutup ialah Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Bohor Bahru, Jalan Bukit Serdang, Jalan Kampung Menteri, Jalan Kuala Bera, Jalan Charuk Puting – Guai dan Jalan Charuk Puting –Selindang. 


--BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Pahang catat lebih 14,000 mangsa banjir



KUANTAN: Seramai 14,143 mangsa banjir ditempatkan di 186 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang setakat jam 4.30 petang, hari ini.

Jumlah itu meningkat mendadak berbanding 5,686 mangsa banjir di 131 PPS 9.45 pagi tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS yang dibuka setakat ini di Pahang ialah di daerah Raub, Maran, Lipis, Jerantut, Kuantan, Temerloh, Pekan, Bentong dan Bera.

Sementara itu, sebanyak 21 sungai melepasi paras bahaya di Pahang, manakala 10 sungai melepasi paras amaran dan berjaga-jaga pula membabitkan 15 sungai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di lima daerah di Pahang iaitu Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.

Amaran hujan berterusan waspada pula di Bentong, Temerloh, Maran dan Pekan Bera dan Rompin.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

98 kenderaan diarah patah balik di SJR Bentong

KUALA LUMPUR: Sebanyak 98 kenderaan diarahkan berpatah balik ketika cuba melalui tiga sekatan jalan raya di sekitar daerah Bentong dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata semua pemandu diarah berpatah balik selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen sah untuk merentas negeri.

"Ini termasuk tiada (surat) kebenaran merentas negeri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ada yang menggunakan surat kebenaran oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas sebab yang tidak munasabah.

"Kita turut mengeluarkan lima kompaun atas pelbagai kesalahan lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tiga sekatan jalan raya didirkan di sekitar daerah Bentong iaitu selepas Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan; hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tinggi dan Jalan Simpang Durian, Manchis.

"Kita minta orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kompaun ke atas individu yang melanggar peraturan mengikutPeraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021," katanya.

- BH

Musang king: Operasi tebang pokok tidak langgar perintah mahkamah


KUANTAN - Operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub tidak melanggar perintah Mahkamah Rayuan seperti yang didakwa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebaliknya berkata, kerja-kerja penguatkuasaan tersebut dilakukan di luar kawasan kebun yang dimiliki Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

"Operasi dan kawasan penguatkuasaan yang dilakukan ini telah mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang (LA) negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara terbabit ke Mahkamah Rayuan.

"Ini adalah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai-pegawai dan kakitangan penguat kuasa.

"Jadi, saya berharap ia tidak dijadikan isu perkauman kerana sebelum ini kerja-kerja penguatkuasaan turut dilakukan di Sungai Ichat (pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina) di Cameron Highlands; serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, tindakan bersepadu membabitkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, tempoh kerja-kerja penguatkuasaan bermula pada Sabtu dan dijangka sehingga 2 Ogos depan membabitkan kebun-kebun haram termasuk durian musang king dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam yang berkeluasan 101.17 hektar.

Tambah Wan Rosdy, tindakan akan diambil termasuk menahan mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kawasan hutan simpan berkenaan tanpa kebenaran, malah apa juga barangan dan kenderaan akan disita.

"Semalam (Ahad), seramai 18 pekebun durian musang king telah ditahan di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Raub untuk tahanan reman. Mereka akan disiasat di bawah Akta Perhutanan Negara.

"Sebelum itu, empat orang ditahan, menjadikan seramai 22 individu yang ditahan dalam tempoh dua hari operasi tersebut," ujar beliau.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148299/BERITA/Semasa/Musang-king-Operasi-tebang-pokok-tidak-langgar-perintah-mahkamah

Pahang: Hadir Ke PPV Tanpa Temu Janji Boleh Dikompaun-JKNP

6 JUN: Mana-mana pihak yang didapati merancang untuk mencuba nasib bagi mendapatkan vaksin COVID-19 dengan hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) tanpa sebarang temu janji yang telah ditetapkan boleh dikenakan tindakan kompaun.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, peringatan itu dibuat kerana tindakan kumpulan atau individu yang melakukan tindakan tersebut telah menyebabkan kawasan PPV mengalami kesesakan dan menyukarkan proses kawalan keselamatan dilakukan.

Menurut beliau, pihaknya kecewa dan kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang bertindak melakukan perbuatan sedemikian.

“Saya ada menerima laporan daripada PPV membabitkan kes individu tanpa temu janji yang berkumpul di pusat vaksin dengan harapan diberi peluang mendapatkan vaksin COVID-19.

“Kita perlu ikut proses yang ditetapkan, bukan boleh datang secara ‘walk-in’ seperti itu. Bila keadaan seperti ini berlaku, petugas di PPV terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa untuk mengarahkan kumpulan atau individu ini beredar dari kawasan (PPV) berkenaan.

“Jadi, untuk kali ini kita memberi amaran dan peringatan terlebih dahulu. Namun, jika perkara ini terus berulang, kita tiada pilihan lain kecuali mengeluarkan kompaun kepada mereka yang sengaja hadir ke PPV tanpa temu janji,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Bahari memberitahu kaedah pengurusan vaksin di semua PPV dilakukan berdasarkan senarai temu janji yang sudah disahkan melalui aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata, perkara tersebut sepatutnya sudah difahami oleh orang ramai secara jelas menerusi platform khusus yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pahang

“Segala temu janji boleh disemak melalui dua platform iaitu aplikasi MySejahtera dan Sistem Imunisasi Covid-19 Pahang.

“Jika anda belum menerima pengesahan temu janji untuk suntikan vaksin jadi jangalah datang kerana tindakan itu boleh menyebabkan kesesakan. Kita sebenarnya tidak mahu kehadiran terlalu ramai orang di PPV dalam satu-satu masa,” katanya

Sementara itu, Bahari memaklumkan, pihaknya sudah mempunyai senarai nama kedua sekiranya individu yang dijadualkan menerima vaksin tidak dapat hadir.

“Semua senarai penerima vaksin dan daftar nama kedua akab dihubungi, sekiranya penerima yang dijadualkan tidak hadir. Tiada istilah orang ramai mencuba nasib untuk mendapatkan vaksin kerana kita sudah laksanakan secara sistematik.

“Kita tidak semudahnya akan melayan permintaan individu yang ingin mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ kerana semua itu perlu mengikut prosedur ditetapkan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

http://www.pnbbcportal.com/2021/06/06/hadir-ke-ppv-tanpa-temu-janji-boleh-dikompaun-jknp/

Kerajaan PN Perlu Susun Kerangka Tamatkan Sepenuhnya 'Aktiviti Perjudian' Di Negara Ini !

KUANTAN - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menyusun kerangka ke arah menamatkan sepenuhnya aktiviti berteraskan perjudian dari terus beroperasi di dalam negara ini.

Demikian ditegaskan pada satu kenyataan rasmi yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang, Mohd Tarmizi Yahaya hari ini.

Katanya, tindakan itu dapat dilaksanakan dengan tidak lagi diberi sambungan untuk melanjutkan perlesenan setelah tamat tempohnya yang akan datang.

"Untuk merealisasikannya kerajaan mesti memiliki iltizam politik untuk tidak menjadikan cukai dari sektor tersebut sebagai perolehan hasil kewangan negara. Biarpun memberi nilai sangat besar berbilion ringgit, hakikatnya ia tidak harus menjadi sumber pendapatan apatah lagi sebagai kebergantungan.

"Jangan kerana ‘pulangan lumayan’, kerajaan bersikap ‘menutup mulut’ atau ragu-ragu dari kebenaran bahawa perjudian sama ada berlesen atau tidak, ianya tetap haram di sisi Islam. Malah yakinlah, ketegasan ini akan mendapat sokongan moral rakyat, sekali gus membersihkan kantung negara," tambah beliau lagi.

Beliau yang juga merupakan ADUN Panching berkata setiap tahun cukai sektor perjudian semakin bertambah, tidak termasuk dari perjudian tanpa lesen yang bererti terlalu besar sebenarnya jika ia dapat dicukaikan. Namun, kerajaan tidak seharusnya untuk merasa ‘kehilangan dan kekesalan’ kerana tidak memperolehinya.

Sebaliknya, pertambahan hasil dan bercambahnya kegiatan tanpa lesen tersebut perlu menjadi satu kebimbangan. Ia penanda aras kepada bertambah ramainya penagih judi dan juga jumlah wang yang telah disia-siakan. Angka itu juga mewakili sebahagian mungkar dan jenayah katanya lagi.

"Wang perjudian tidak lain memberikan kos melepas kepada tanggungjawab yang diabaikan atau pembayaran tidak dilunaskan. Bahkan tidak mustahil menjadi pemicu munculnya jenayah oleh mereka yang terdesak. Hitungkan semua kitaran ini, berapa ramai yang menjadi mangsa?.

Kerajaan jangan dilihat sebaris tauke atau syarikat perjudian ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ atau atau ‘cubit paha kanan, paha kiri terasa’. Kerajaan wajib melindungi dan menyelamatkan rakyat, bukan membina kekayaan seperti tauke atau syarikat perjudian atas merananya rakyat.

Genting Highland yang setanding Las Vegas dalam kalangan penjudi akan jauh lebih masyhur ke seluruh dunia jika aktiviti perjudian dapat ditamatkan. Peranginan alam semulajadi dan istirehat keluarga akan lebih melonjakkan potensinya sebagai destinasi pelancongan.

Lebih dari itu, apabila kasino di Genting Highland dapat ditamatkan, pasti tindakan untuk menutup sama nombor ramalan, loteri, lumba kuda, tikam ekor dan perjudian lain akan lebih mudah. Demikian itu juga perjudian terselindung pasti akan dapat ditangani bila ia menjadi kejanggalan dalam masyarakat. #sumber

Kuantan bakal setanding dengan Bandar Raya lain dalam negara




21 FEB : Pengisytiharan Kuantan sebagai sebuah bandar raya hari ini akan memberikan kesan positif dalam pelbagai sudut terutama kepada rakyat di negeri tersebut, demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan di facebook rasmi milik beliau.

Muhyiddin melontarkan keyakinan bahawa Datuk Bandar Kuantan yang pertama, Dato’ Hamdan Hussin akan terus bekerja keras menjadikan Kuantan sebagai sebuah bandar raya yang setanding dengan bandar raya lain di negara ini.

“Walaupun majlis tersebut berlangsung dalam skala sederhana bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung wabak COVID-19, saya yakin majlis bersejarah ini akan diingati dan dibanggakan oleh segenap lapisan rakyat Pahang.

“Perubahan status bandar Kuantan tentunya akan membawa banyak kesan positif kepada penduduk dalam pelbagai segmen seperti kemudahan infrastruktur memandangkan ia merupakan sebahagian daripada keperluan untuk menjadi bandar raya.

“Kepada Datuk Bandar, bekerjalah dengan penuh tekun demi memacu kemajuan Kuantan agar berada sebaris dengan bandar raya lain di negara ini, sekali gus memberi impak positif kepada negeri dan rakyat Pahang dalam pelbagai aspek,” ujarnya.

Terdahulu, Muhyiddin mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada majlis pemasyhuran Kuantan sebagai bandar raya dan perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan di Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang.

Turut mencemar duli ke majlis bersejarah itu adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Hadir sama YAB Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Majlis turut menyaksikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato’ Hamdan Hussin dilantik dan mengangkat sumpah selaku Datuk Bandar Kuantan yang pertama.

Muslimat PAS Pahang Mahu Tindakan Undang-Undang Di Kenakan Terhadap 'Darren Chan' !


KUANTAN - Muslimat PAS Negeri Pahang mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook, Darren Chan kerana menawar kegiatan yang menjurus kepada persundalan elit.

Sehubungan itu, laporan polis telah digerakkan Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan negeri ini menggesa kegiatan tidak bermoral dan menggadai maruah wanita terutama anak muda remaja tersebut dapat dihentikan segera.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan Bentong, Faezah Mohammad berkata, aplikasi tersebut boleh menyebabkan kegiatan pelacuran mungkin terjadi semudah akses di hujung jari antara Sugar Daddy dan Sugar Baby.

“Pemilik dan seluruh aplikasi ini mesti disiasat dan diharamkan kerana menyedia ruang kepada rakyat Malaysia terlibat dalam perbuatan salah di sisi agama dan undang-undang,” ujarnya kelmarin.

Beliau yang menyuarakan kebimbangan terhadap keterlibatan anak-anak mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu diiringi Ketua Penerangan Muslimat PAS Bentong, Yusma Yusof membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Jerantut, Ustazah Norasmah Idris mahu aplikasi tersebut dihapuskan sama sekali dari terus menyebabkan golongan kesempitan wang terjebak ke dalam kegiatan ditawarkan Sugarbook.

Tegasnya, kecanggihan teknologi yang berkembang pesat era millenia ini mesti dipantau dari perkara merosakkan akhlak dan menjerumus ke kancah maksiat serta menyelamatkan negara dari kemurkaan Allah.

Norasmah bersama Ahli Jawatankuasa Harian Muslimat PAS Jerantut menyuarakan perkara tersebut ketika hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Jerantut, kelmarin.

Manakala laporan oleh Muslimat PAS Kawasan Kuantan telah dibuat Ketua Penerangan, Maskhazila Ismail yang diiringi Ketua, Azizah Ali dan Timbalan, Ustazah Sakinah Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam.

Muslimat PAS Kawasan Temerloh pula menyifatkan Sugarbook terang-terang membawa kepada aktiviti penzinaan dan kegiatan tidak bermoral ke atas maruah kaum wanita khususnya generasi pemangkin negara di IPT.

Ketua Muslimat PAS Temerloh, Ustazah Alawiyah Kasdan berkata, ia bukan sahaja mencemarkan IPT, tetapi lebih utama adalah kesalahannya di sisi agama dan undang-undang yang mesti dipandang serius dan berat.

“Ia merosakkan imej masyarakat dan negara. Jalan-jalan dosa mengundang kemurkaan Allah seperti ini mesti ditutup. Islam melarang menghampiri zina, apalagi melakukan zina. Ia dosa besar wajib dijauhi.

“Tidak mustahil juga berlaku kelahiran tidak sah taraf dan mengambil jalan teruk seperti buang bayi dan sebagainya,” ujarnya yang hadir bersama Ketua Penerangan Muslimat PAS Temerloh, Suhaila Sahbudin di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, semalam.

Beliau menasihatkan pelajar yang terjebak agar kembali ke pangkal jalan dan bertaubat serta berharap pihak kementerian berkaitan mengambil langkah usahasama membanteras segera isu ini dengan tindakan sewajarnya.

Sementara Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota telah membuat laporan polis dengan turut bersama Pertubuhan Cakna Hal Ehwal Wanita (HELWA Care) Kuantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, hari ini.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Indera Mahkota, Habsah Ali menegaskan, laporan itu sebagai mempertahankan maruah wanita yang seolah dipijak-pijak dengan kegiatan dan pekerjaan dipromosikan Sugarbook.

Bidas beliau, pemilik platform ‘dating’ itu ternyata tidak sensitif dengan sentimen keagamaan, malah menyebabkan kegiatan dan perhubungan sosial bebas semata-mata untuk mendapat pulangan lumayan.

Manakala Timbalan Pengerusi HELWA Care, Salbiah Seeni Abdul memuji langkah diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pantas membuka fail kes dan menggesa masyarakat tidak bimbang melaporkan anasir seperti ini.

Menurut Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kuantan, Sarjan Hamie Abdullah, semua laporan berkenaan akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Ketua Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor menegaskan, sepatutnya golongan lelaki menjadi pelindung maruah wanita, tetapi aplikasi tersebut Sugar Daddy mencemarkan Sugar Baby.

Beliau mendesak siasatan pihak berkuasa akan dilakukan hingga akar umbi dan membanteras dan mengenakan hukuman sewajarnya ke atas pihak terbabit kerana melanggar undang-undang dan kemuliaan wanita. 

Isu Tanah Durian Musang King Raub, Penceroboh Gagal Cabar Notis Pengosongan di Mahkamah!!


Kes pencerobohan tanah durian Musang King di Raub, Pahang. Statusnya adalah DICEROBOH dan TIADA HAK sama sekali.
Teguran mahkamah kepada kerajaan negeri:

1. Pencerobohan adalah satu jenayah. wajar diambil tindakan.
2. Baiki sistem permohonan tanah.
3. Kawasan diceroboh adalah kawasan tadahan air. Yang Arif Hakim menegaskan kerajaan negeri perlu lebih menjaga alam sekitar❗

Sumber : https://www.facebook.com/rimbundamai/posts/427741178680005

#####

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu dalam prosiding dengan hanya pihak terlibat dibenarkan masuk ke dalam mahkamah, difahamkan atas faktor penjarakan fizikal dan peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif memaklumkan keputusan tersebut kepada media selepas prosiding tamat.

Siew berkata, mahkamah memberikan dua alasan dalam menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun terlibat tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

"Selain itu, mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh (di tanah berkenaan). Sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman ini," katanya.

Siew berkata mahkamah juga memutuskan supaya plaintif menjelaskan kos sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Peguam Negara.

Ditanya jika plaintif akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah atau membuat rayuan kepada pentadbir tanah yang mengeluarkan notis pengosongan itu, Siew berkata pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan pekebun terlibat.

"Kita akan berbincang apakah tindakan yang efisien dan lebih baik supaya penyelesaian terbaik dapat diambil supaya kepentingan pekebun tidak terjejas. Rayuan adalah satu cadangan yang akan dibincangkan.

"Bagaimanapun, saya berpendapat memandangkan kami sudah sampai ke tahap ini, jika kami membuat rayuan, ia adalah terhadap keputusan mahkamah hari ini berbanding merayu terhadap notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965," katanya.

Pekebun itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang telah ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub, kira-kira 170 kilometer dari sini, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.

Sebanyak 110 pekebun memfailkan permohonan itu pada 28 Ogos lepas manakala bakinya membuat permohonan serupa pada 9 Sept dengan menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.

Pada prosiding itu, semua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak.
Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

-- BERNAMA

Pahang lulus usul lantik lima ADUN tanpa pilihan raya


20 NOV: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi melantik lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tanpa melalui proses pilihan raya.

Usul tersebut dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan diluluskan dengan suara majoriti tanpa kehadiran pembangkang.

Ini apabila tujuh ADUN DAP dan seorang dari PKR bertindak keluar dewan sebagai tanda bantahan.

Seorang lagi ADUN PKR, iaitu Lee Chean Chung dari Semambu tidak hadir pada persidangan hari ini.

Terdahulu, Wan Rosdy mengusulkan pindaan terhadap Perkara 18 Bahagian Kedua undang-undang itu dibuat bagi membolehkan lantikan lima ADUN daripada golongan berkaliber, bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat, khususnya dalam situasi pandemik wabak COVID-19 yang belum pasti kesudahannya.

“Pertambahan ADUN dilantik ini mampu mengurangkan kadar nisbah seorang ADUN dengan jumlah penduduk, kerana kita adalah negeri yang besar. Ini adalah untuk saling melengkapi dan bukan pertindihan kepada perkhidmatan ADUN sedia ada.

“Lantikan ini tidak bersifat politik, sebaliknya berorientasikan rakyat. Kita nampak peluang mereka untuk berkhidmat dan perlu dibawa ke DUN untuk justifikasi kelayakan profesional mereka, sebelum boleh dilantik,” katanya pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang hari ini.

Pindaan itu, menurut Wan Rosdy menyatakan lantikan ADUN berkenaan hendaklah atas usul tujuh ADUN dan mendapat kelulusan majoriti mudah, selain mereka boleh mengambil bahagian dalam perbahasan dan berhak mengundi.

Bagaimanapun, lima ADUN dilantik itu tidak layak dipilih sebagai Menteri Besar atau menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

“Lantikan ini bukan luar biasa kerana Sabah dan Terengganu sudah melaksanakannya. Pindaan ini telah dibincangkan pada mesyuarat EXCO 22 Julai lalu dan Mesyuarat Pasca EXCO pada 3 Ogos lalu yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri juga bersetuju dengan cadangan ini,” katanya.

ADUN Bilut, Lee Chin Chen merupakan yang pertama membantah usul itu kerana mendakwa lantikan itu melanggar prinsip demokrasi, kerana mereka yang tidak mendapat mandat rakyat menerusi pilihan raya boleh berada dalam DUN Pahang.

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga ADUN Pelangai berkata, tindakan itu wajar dilakukan bagi membolehkan kerajaan negeri melantik seorang wakil profesional daripada golongan minoriti atau yang tidak menang pilihan raya ke dalam DUN, untuk mengutarakan permasalahan masyarakat mereka.

Persidangan bersambung pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Mahkamah Dimaklum Status Pekebun Haram Durian di Raub Sebagai Penceroboh

KUANTAN, 11 Rabiulawal 1442H, Rabu – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu 110 penanam durian Musang King di Raub tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri Pahang supaya mereka mengosongkan kebun.

Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak yang mewakili enam responden yang dinamakan dalam permohonan itu berkata penanam terlibat tidak diberikan sebarang hak atau lesen pendudukan sementara (TOL) mahupun mempunyai hak milik terhadap tanah yang telah diusahakan dengan tanaman tersebut.

Keadaan ini, menurut Noor Fadzila menjadikan status mereka sebagai penceroboh atau setinggan.

Beliau berkata pemohon juga tersilap apabila memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis yang dikeluarkan pentadbir tanah.

“Pemohon seharusnya memfailkan notis rayuan kerana notis bukanlah suatu yang disyaratkan undang-undang untuk dikeluarkan tetapi sebagai makluman kepada pemohon atau orang yang terlibat apabila ada kesalahan dilakukan yang mana dalam kes ini berlaku pencerobohan terhadap tanah kerajaan.

“Kerajaan negeri mengeluarkan notis yang memberikan peluang lebih kurang sebulan untuk pemohon mengosongkan tanah walaupun sebagai pemilik, mereka boleh terus masuk dan membuat execution,” hujahnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zainal Azman Ab Aziz.

Noor Fadzila berkata jika pemohon terkesan dengan notis penggosongan itu di bawah Seksyen 418 Kanun Tanah Negara 1965, mereka boleh memfailkan rayuan terhadap keputusan pentadbir tanah Raub dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh notis diserahkan kepada mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata mahkamah tidak perlu memberikan kebenaran kepada pemohon kerana permohonan itu tidak mempunyai asas, sia-sia dan menyalah guna proses mahkamah.

Sementara itu, peguam Siew Choon Jern berkata status pemohon sebagai setinggan perlu dihujahkan semasa perbicaraan penuh dan bukannya pada peringkat permohonan kebenaran yang sedang berlangsung.

“Pada peringkat ini kami telah menunjukkan beberapa merit supaya mahkamah dapat memberi kebenaran tersebut kerana memberikan kebenaran tidak bermakna anak guam kami telah menang. Kami perlu mengemukakan segala alasan kami untuk pertimbangan hakim,” katanya.

Zainal Azman menetapkan 9 Disember ini untuk keputusan terhadap permohonan itu dan membenarkan perintah penggantungan terhadap notis penggosongan yang sepatutnya berakhir hari ini, disambung sehingga tarikh sama.

Siew juga memaklumkan mahkamah bahawa salah seorang pemohon daripada 111 penanam kumpulan pertama yang memfailkan permohonan itu telah memutuskan untuk tidak meneruskan permohonan tersebut.

Penanam durian terlibat memfailkan permohonan itu dengan menamakan enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984, pemohon juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun seluas kira-kira 2,167 hektar (5,357 ekar) kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd. – Bernama

Empat Masjid Ditutup Sementara di Kuantan

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (MSAS) Sungai Isap antara empat masjid di Kuantan yang akan ditutup sementara. -Foto Ihsan Facebook

KUANTAN: Empat masjid diarahkan tutup sementara, berikutan terdapat satu kes disahkan positif wabak COVID-19 di daerah ini.

Empat masjid terbabit ialah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (MSAS) Sungai Isap, Masjid Othman Ibnu Affan Bukit Rangin, Masjid Lama Permatang Badak dan Masjid al-Hidayah Paya Besar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman, berkata penutupan empat masjid berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat Task Force diadakan Jumaat lalu, yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Beliau berkata, pada mesyuarat itu Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), diminta meneliti keperluan untuk mengarahkan masjid sekitar rumah individu terbabit yang disahkan positif COVID-19, tidak mengadakan solat Jumaat dan ditutup sementara.

Katanya, keputusan berkenaan dibuat bagi mengelak berlaku penularan wabak COVID-19.

"Walaupun berat keputusan itu, demi keselamatan masyarakat setempat Kerajaan Negeri terpaksa mengambil langkah pencegahan awal.

"Masyarakat tidak perlu terlalu cemas, berikutan terdapat kes COVID-19 di daerah ini dan Jerantut kerana Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi berkaitan sudah mengambil langkah pencegahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Norolazali berkata, masyarakat turut diingatkan supaya terus mengamalkan normal baharu terutama membabitkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, jaga kebersihan dan tidak berkumpul dengan jumlah yang ramai.

Sementara itu, Pengerusi MSAS Sungai Isap, Dr Sharafuddin Aisa Osman, berkata penutupan sementara MSAS, selepas pihaknya mendapat arahan daripada Pejabat Kadi Daerah Kuantan, Jumaat lalu.

Katanya, solat fardu dan Jumaat serta semua bentuk aktiviti keagamaan ditangguhkan sehingga mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

"Saya berharap masyarakat setempat bersabar, seterusnya mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan dan kesihatan diri sendiri, keluarga serta individu lain. Penutupan sementara masjid, bagi memastikan tidak berlaku aktiviti berkumpul," katanya - BH

Di sebalik Masyhurnya Musang King Raub



SEBAGAI orang Raub secara jujurnya saya teruja juga dengan populariti Raub melonjak selaku pengeluar Musang King nombor satu negara. Sehingga jika tiba musim durian, di kiri kanan jalan di Sungai Ruan hingga Sungai Klau, Bukit Bukit Durian, tumbuh sepanjang jalan.

Begitu juga dari jalan Tras hingga simpang Sungai Bilut hingga ke Bentong. Begitulah senarionya. Bagaimanapun jika kita lihat di Sungai Ruan itu sendiri ada satu bangunan store baja yang sangat besar!

Satu peringatan buat kita, bahawa Musang King kebergantungannya kepada baja bahan kimia sangat tinggi.

Saya pernah jumpa salah seorang pakar pertanian Cina ini dan dia bercerita, apa saja jenis pokok buah-buahan ini kita boleh programkan, dengan bahan kimia yang direka untuk menghasilkan buah.

Dan dia tunjuk kepada saya satu pokok manggis dalam pasu dan kecil lagi, tetapi sudah ada buah. Berapa bahayanya kehidupan generasi yang akan datang jika semua aktiviti mereka tiada kawalan.

Bagaimanapun oleh kerana ianya hanya menguntungkan satu pihak yang tidak bertanggungjawab sahaja, maka ianya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya terbiar tanpa berbuat sesuatu tindakan secara menyeluruh.

Golongan pertanian secara haram ini hanya mementingkan duit dan kekayaan semata-mata. Mereka tidak mengharapkan apa-apa daripada Jabatan Pertanian, kerana mereka ada cukup kepakaran dari menyesuaikan tanah dengan jenis tanaman dan sebagainya dan cukup peralatan untuk menerokai tanah secara haram.

Mereka sudah terlalu biasa dalam hutan dari zaman Komunis  dahulu hingga ke hari ini. Pegangan dan cara kehidupan mereka tidak pernah berubah daripada Komunis yang memusuhi Islam. Itulah pendirian dan prinsip hidup mereka.

Selain itu sebagai anak bumi Raub dan penduduk tetap yang kesetiaan dan cinta kepada negara yang menjunjung Islam dengan tidak berbelah bahagi, mewakili beribu-ribu lagi warga Raub lain yang hanya memiliki tanah warisan dari nenek moyang, iaitu Tanah Rezab Melayu yang bertahun-tahun memohon tanah tiada mendapat perhatian pejabat tanah. Jika ada pun di awal tahun 60-an dahulu pembukaan Tanah Pinggir, diberi kepada penduduk kampung, itulah sahaja. Bukan semua yang dapat, keadaan semakin berubah.

Bayangkan jika adik-beradik arwah mak atau arwah ayah sahaja beberapa orang, berkembang pula anak masing-masing kepada beberapa orang pula, maka tanah yang ada dibahagi-bahagi kepada keluasan semakin kecil, maka itulah hartanah yang dimiliki kebanyakan anak Raub.

Hari ini akibat dari penerokaan tanah haram berkenaan timbul pula masalah pencemaran air sungai. Apabila hujan lebat sungai-sungai utama punca air Daerah Raub tercemar. Masalah tiada air paip sudah menjadi kelaziman di Daerah Raub.

Bagaimana keadaan rumah tiada air, kedai-kedai peniaga makan dan terlalu banyak masalah timbul. Pendekatan, kaum Cina ini apa sahaja yang mereka buat mesti sahaja ada akibat buruk  yang timbul. Kerana setiap apa yang mereka buat, mereka tidak memerlukan perancangan selain dari keuntungan seratus peratus, dan mereka berjaya.

Orang Melayu, tiada tanah, tiada alatan dan tiada kepakaran akan terus tinggal jauh jadi pembeli durian yang lebih kepada keracunan, air yang asalnya anugerah Allah S.W.T juga dicemari dengan baja dan racun dari kebun-kebun haram beribu-ribu hektar di hutan-hutan simpan Raub.

Berapa lama lagi masalah ini akan terbiar begitu sahaja tanpa kepedulian dari setiap pihak yang berwajib dalam negeri Pahang?

Komunis yang tiada kuasa di meja-meja rundingan negeri dan Parlimen, namun mereka telah lama menguasai percaturan hidup Dengan amalan memberi rasuah, halal haram orang Islam. Betapa tidak, jika mereka ternak ikan air tawar, benda-benda haram, seekor Babi dijadikan makanan ikan tersebut.

Jika tidak pun Babi itu diberi secara fizikal tubuh seekor Babi, telah dicipta secara saintifik darah Babi menjadi bentuk bijirin untuk makanan ikan dan haiwan lain seperti ayam itik.

Semoga Allah S.W.T membantu kepimpinan negara Malaysia ini dengan orang-orang Islam yang bertakwa demi untuk menyelamatkan ummah generasi akan datang.

JARIAH ISMAIL
Penduduk Raub – HARAKAHDAILY 7/9/2020

Kes Ladang Durian Haram di Raub Dalam Siasatan SPRM


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan dalam kes dakwaan pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub.

SPRM Putrajaya dalam satu kenyataan hari ini berkata, siasatan dijalankan oleh pihak SPRM Pahang.

"Ketika ini, SPRM sedang mengumpul maklumat dan meneliti beberapa dokumen berkaitan daripada pihak terlibat.

"Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pencerobohan tanah di Raub untuk melaporkan terus kepada pejabat SPRM berdekatan," katanya.

Pada 1 Ogos lalu, Kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian di Raub itu ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras. - SH

DAP Politikkan, Putarbelit dan Manipulasi Isu Peneroka Tanah Haram di Raub.


 

Kenapa Takut Menghukum Penceroboh Tanah Kerajaan?


Akhbar-akhbar utama melaporkan mengenai pencerobonan dan penerokaan besar-besaran Hutan Simpan Daerah Raub, Pahang seluas 4,400 hektar atau hampir 11,000 ekar oleh 200 orang kaum Cina yang menjadikannya dusun-dusun Durian Musang King – puratanya seorang pekebun telah menceroboh seluas 50 hingga 60 ekar tanah sangat mengejutkan rakyat Malaysia.

2. Pada Khamis 3 Ogos 2020 beberapa NGO telah berhimpun secara aman di pekan Raub Pahang bagi menunjukkan protes dan telah membuat laporan polis serta mendesak supaya SPRM melakukan siasatan kerana kemungkinan besar adanya unsur rasuah oleh pegawai-pegawai jabatan-jabatan berkenaan terhadap jenayah pencerobohan ini tambahan ia dilakukan pada skala yang sangat besar dan sudah berjalan puluhan tahun tanpa ada sebarang tindakan undang-undang.

3. Sementara itu, beberapa tahun kebelakangan ini dilaporkan hukuman dan tindakan begitu tegas dan keras terhadap orang Melayu yang didapati bersalah oleh mahkamah, menceroboh dan meneroka Hutan Simpan secara haram di beberapa negeri walaupun keluasan tanah terlibat hanya ‘sekangkang kera’ sebagaimana kejadian di Perak dan Kedah – didenda puluhan ribu ringgit dan dipenjara seperti termaktub dalam Akta 313.

4. Namun dalam isu pencerobohan tanah di Raub Pahang ini pula agak berlainan apabila beberapa akhbar tempatan membuat laporan tetapi dengan nada penuh sopan memujuk agar Kerajaan Negeri Pahang memberi pertimbangan sewajarnya, bertolak ansur dan mencari penyelesaian terbaik dengan situasi menang-menang terhadap para penceroboh dan peneroka haram kaum Cina ini dengan alasan mereka telah bersusah-payah mengusahakan tanah tersebut, bahkan ada yang sudah hampir 40 tahun berbuat jenayah tersebut!

5. Kita masih ingat pada tahun 2019, bagaimana dengan tegas dan kerasnya kerajaan PKR Selangor meroboh beratus-ratus buah rumah penduduk Melayu di Bukit Kuang apabila Tanah Kerajaan dijual Kerajaan Negeri Selangor kepada Pemaju Hartanah dan di Paya Jaras iaitu Tanah Rizab Sungai tanpa pampasan walaupun para penduduk terlibat telah menduduki dua kawasan ini sejak lebih 50 tahun! Dan lebih mengejutkan Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan dengan bangganya status milik kekal kepada puluhan penceroboh kaum Cina di Tanah Rizab Melayu di satu Kawasan Perindustrian, Utara Selangor!

6. Sekarang kita, dari kalangan kaum Melayu dan kaum-kaum Peribumi termasuk di Sarawak dan Sabah hendak bertanya kepada semua MP dan ADUN PH, sejak bila kaum Cina dan kaum India keturunan pendatang yang dibawa masuk oleh penjajah British pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, diberi status warganegara Kelas Pertama di Malaysia? Kenapa kini wujud elemen “Antara Dua Darjat” bagi pelanggaran Undang-Undang Malaysia khususnya Akta 313 apabila melibatkan kaum-kaum ini?

7. Lihat juga apa yang dilaporkan berkaitan tanah di Negeri Pahang. Pada sesi Parlimen ke-14 bertarikh 27 Ogos 2020, kita dimaklumkan, walaupun sudah 63 tahun Merdeka, Kerajaan Negeri Pahang masih gagal mewartakan Kawasan Hutan tertentu sebagai Kawasan Tanah Rizab Orang Asli. Begitu juga di Sabah, dilaporkan masih ramai penduduk Peribumi kaum-kaum Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain kaum masih gagal diberi status tanah milik kekal walaupun mereka sudah tinggal dan usahakan tanah terlibat lebih 60 tahan. Kita juga dapati kebanyakan keluasan tanah dipohon hak milik kekal oleh penduduk miskin Peribumi ini hanya seluas sekangkang kera sahaja!

8 Pada masa kini, ramai orang Melayu di Semenanjung sedang memerhati dengan penuh teliti tindakan seterusnya dan juga penyelesaian yang bakal dibuat oleh semua yang berkait dan pihak Kerajaan Negeri Pahang berhubung pencerobohan dan penerokaan besar-besaran Hutan Simpan Raub kerana ini akan memberi implikasi terhadap tindakan bakal diambil di masa hadapan terhadap ramai lagi penceroboh dan peneroka Hutan Simpan di Pahang dan di seluruh Malaysia,

9. Ramai rakyat sedia maklum pada 24 Julai 2013, BERNAMA telah melaporkan satu pendedahan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ketika itu, bahawa seluas 4,800 hektar Hutan Simpan telah diceroboh dan diterokai termasuk di Kawasan RAMSAR di negeri itu terutamanya di lima daerah – Raub, Jerantut, Cameron Highlands, Maran dan Bera. Selepas 7 tahun, seluas mana telah bertambah tanah yang diteroka secara haram itu!

10. Hakikatnya keadaan sama sedang berlaku di semua negeri di Malaysia cuma masih belum didedahkan! Bukankah sepatutnya para pemimpin yang paling bersih tanpa kira daripada parti mana sekalipun serta merupakan pejuang yang menyeru kepada keadilan dan kesamarataan juga suka dan sering melaungkan istilah rasis, zalim dan macam-macam lagi kepada pihak lain – menuntut supaya Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan tegas dan keras, termasuk mengheret ke mahkamah semua penceroboh dan peneroka haram kerana telah amat nyata melanggar dengan sewenangnya Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) iaitu Akta 313!

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Pekebun di RPS Sungai Chalit tekad tebang pokok durian


RAUB: “Saya terpaksa tebang pokok-pokok durian seperti yang dilakukan tauke-tauke besar jika dikenakan bayaran se­perti dalam kontrak.

“Mana saya hendak ‘cekau’ duit RM7,000 seekar (0.4 hektar) untuk bayar kepada syarikat berkenaan. Takkan saya hendak biar kebun durian ditender kepada tauke-tauke besar,” kata Khairul Radzi, 34, yang merupakan generasi kedua Rancangan Penempatan Sementara (RPS) Sungai Chalit di sini semalam.

RPS Sungai Chalit yang dibuka pada penghujung 1970-an bertujuan mengekang pengaruh komunis disertai seramai 128 peserta pelbagai kaum.

Difahamkan, setiap peserta RPS berkenaan menerima tanah anugerah sebanyak 0.80 hektar manakala sebanyak 3.23 hektar tanah lagi yang ditanam kelapa sawit diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Pertubuhan Peladang (LKPP).

Khairul yang merupakan ge­nerasi kedua berkata, dia kini hanya bergantung kepada pendapatan mengusahakan penanaman durian dan hasil pertanian lain bagi menyara keluarga.

Katanya, jika tanah berke­naan diambil oleh pihak syarikat dilantik kerajaan negeri, penduduk kampung termasuk generasi kedua kehilangan sumber pendapatan dan menjadi penganggur.

Dalam pada itu, generasi pertama RPS Sungai Chalit, Mat Isa Saleh, 67, merayu kerajaan agar menimbangkan kembali pengambilan tanah seluas 0.80 hektar yang dianugerahkan kepada penduduk di situ.

Katanya, penduduk di situ bukan sengaja melakukan pe­nerokaan haram tetapi mengusahakan tanah yang dianuge­rahkan selepas menjadi peserta rancangan itu yang bertujuan mengekang pengaruh komunis.

Tambahnya, pengambilalihan tanah berkenaan yang me­nyaksikan kawasan itu akan dipagar juga menyukarkan penduduk di situ yang bergantung kepada air bukit untuk menye­langgara bekalan air berkenaan. – UTUSAN
© all rights reserved
made with by templateszoo