NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sudah tiba masa PH beri peruntukan sama rata selepas tewas PRN



PETALING JAYA:
 Sebuah kumpulan masyarakat sivil menggesa Pakatan Harapan (PH), yang menerajui kerajaan persekutuan, supaya menggubal undang-undang bagi menjamin dana pembangunan kawasan yang sama rata untuk semua wakil rakyat.

Projek Sama berkata, kekalahan PH pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sepatutnya meyakinkan gabungan itu, khususnya, bahawa undang-undang peruntukan sama rata adalah demi kepentingan jangka panjangnya.

“Jika undang-undang seumpamanya tidak digubal dan PH akhirnya menjadi pembangkang selepas pilihan raya akan datang, Ahli Parlimen dan Adunnya akan berdepan kesukaran besar untuk berkhidmat di kawasan mereka di bawah kerajaan yang didominasi Umno-PAS,” katanya dalam kenyataan.

NGO itu menggesa kerajaan supaya membentangkan undang-undang peruntukan sama rata untuk Ahli Parlimen apabila Parlimen bersidang semula pada Oktober, dan agar semua kerajaan negeri melakukan perkara yang sama di DUN masing-masing.

Kumpulan itu turut memuji kerajaan Perak dan Kelantan kerana telah pun memberikan peruntukan sama rata kepada semua Adun, walaupun perkara ini belum lagi diinstitusikan.

“Kami menggesa kedua-dua negeri untuk membawa kepimpinan demokratik mereka selangkah ke hadapan dengan memaktubkan peruntukan saksama ini dalam undang-undang negeri, sekali gus menetapkan duluan yang tidak boleh disangkal untuk dicontohi oleh seluruh Malaysia.”

Projek Sama juga menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya segera memulihkan akses peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung.

Kedua-dua mereka adalah antara Ahli Parlimen PKR yang menghadiri majlis pelancaran parti baharu bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli, iaitu Bersama.

Wong dan Lee dihalang daripada mengakses portal MyKhas, yang menguruskan peruntukan khas untuk kawasan pilihan raya, pada Mei lepas.

Projek Sama menolak hujah Anwar bahawa peruntukan kawasan boleh disalurkan ‘terus kepada rakyat’ tanpa melibatkan Ahli Parlimen.

“Jika ini benar, mengapa PH secara jelas menuntut peruntukan sama rata untuk Ahli Parlimen dalam memorandum persefahaman 2021 dengan kerajaan Ismail Sabri Yaakob?” soalnya.


Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo