NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka: BN terbuka rundingan, tukar kerusi, kata Zahid



PETALING JAYA:
 Barisan Nasional (BN) masih terbuka untuk berunding mengenai pembahagian kerusi, termasuk pertukaran kerusi bagi PRN Melaka, asalkan ia dilakukan secara jujur dan ikhlas, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi.

Beliau berkata, prinsip asas rundingan tersebut adalah kerusi yang dimenangi mana-mana parti mesti dihormati dan tidak diserahkan begitu sahaja kepada rakan politik, seperti yang ditegaskan oleh Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh.

“… tetapi perundingan boleh dilakukan untuk ‘swap’ atau pertukaran kerusi asalkan jumlah kerusi itu sama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Kebudayaan Rungus di Kudat, lapor Bernama.

Zahid sebelum ini pernah menyatakan bahawa BN akan mempertahankan kesemua 21 kerusi DUN Melaka yang dimenanginya pada PRN 2021.

Beliau berkata, pertukaran kerusi melibatkan negeri-negeri lain yang dikuasai parti masing-masing juga boleh dirundingkan, asalkan pertukaran itu dilaksanakan secara seimbang.

“Prinsip kami adalah bahawa tidak mustahil kalau pintu itu terus terbuka untuk perundingan tetapi jangan buka seluas-luasnya, (dan) jangan tutup pintu itu serapat-rapatnya,” katanya.

Semalam, Presiden PAS Hadi Awang berkata, Perikatan Nasional (PN) yang diterajui PAS telah memulakan perbincangan awal dengan BN berhubung kerusi yang akan ditandingi pada PRN Melaka kelak.

Beliau dilaporkan berkata, perbincangan itu akan mengambil kira hakikat bahawa BN tidak menang sebarang kerusi Parlimen di Melaka pada PRU 2022.

Timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man turut berkata semalam, beliau yakin sebarang masalah berbangkit dapat diselesaikan secara baik.

“Apa yang penting adalah kerjasama antara BN dan PN diteruskan,” katanya merujuk kepada pakatan tidak rasmi antara kedua-dua gabungan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.


Sumber | FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Adakan perlawanan terbuka je di Melaka,
    Kalau trend orang dah taknak undi ph & bersatu di Ns maka di malaka dah boleh test pn lawan bn.

    Penceramah peringkat bawh boleh la terus tibai drama wak47 dll..
    Dan kalau bn tarik dari sokong pmx pun pn boleh je beri sokongngan sementara pd pmx habiskan tempoh 5 tahun,
    Untuk hidup.. berbaki sedikit masa tu, pmx boleh ambil peluang tu membiarkan sprm bekerja dgn lebih baik dgn me-seret wak47 dll ke mahkamah..
    Pmx munkin akan terus dpt sedikit kerusi, tapi umno akan lingkop, dap tu biasa la, kalau kawasan tegar dia mmg takleh buat apa dah.
    Banyak perangai umno tu.. bagi parti wawasan ganti umno di kawasan yg patut, pas dikawasan yg patut, jgk parti² yg lain bersama pn.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo