NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Jawapan escapism, tidak konkrit' - Puad Zarkashi kritik kenyataan 'basi' Azalina



JOHOR BAHRU - Penjelasan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan disifatkan sebagai jawapan 'basi' serta tidak menjawab isu sebenar.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, alasan landskap politik negeri dan Persekutuan berbeza selain setiap negeri mempunyai perlembagaan serta sultan masing-masing hanya dilihat sebagai usaha menghalalkan kerjasama BN-PN.

“Jawapan Azalina basi, tidak konkrit dan bersifat escapism. Itu jawapan untuk menghalalkan kerjasama BN-PN.

“Sudah terang lagi bersuluh BN mahu bertanding solo dan meninggalkan PH sebelum Parlimen dibubarkan.

"Pada BN, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah liabiliti,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Selasa.

Pada Isnin, Azalina dilaporkan berkata, kerjasama dan persefahaman yang dilakukan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak melanggar asas pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat.

Ketua Penerangan UMNO itu menambah, pendekatan kerjasama politik di peringkat negeri perlu dilihat secara berasingan daripada kedudukan Kerajaan Perpaduan di pusat kerana setiap negeri mempunyai landskap politik, kepimpinan dan peruntukan perlembagaan yang berbeza.

Dalam pada itu, Mohd Puad yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu turut mendakwa, sebab sebenar BN masih belum bersedia meninggalkan Kerajaan Madani kerana UMNO masih memerlukan kuasa pentadbiran di peringkat pusat.

"Jawapan sebenar kenapa BN belum bersedia tinggalkan Kerajaan Madani ialah seperti yang sering saya dengar dalam mesyuarat MKT.

"Tanpa jawatan menteri, UMNO susah tolong kawan. Susah untuk bangkit dan tiada kuasa tawar menawar," katanya.

Menurut Mohd Puad, perkara itu antara sebab UMNO masih berhati-hati untuk menamatkan persefahaman melalui Memorandum Persefahaman (MoU) BN-PH.

“Maksudnya UMNO belum sedia jadi pembangkang di peringkat pusat. Itu sebenarnya jawapan jujur daripada UMNO. Sebab itu UMNO takut MoU BN-PH dibatalkan," ujarnya lagi.


Sumber | Sinar Harian




 




 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Sebetulnya zahid yg tak yakin umno boleh menang selesa, dan zahid tak yakin yg pas akan bagi laluan pd dia utk jadi pm sekiranya sokongan pas perlu,
    Umno nampak selesa di johor & ns sbb hal tertentu.. jugak sbb pas bagi laluan dan membantu, dan lebih dari itu pas tidak menyerang umno atas sebab tertentu.. sekurang²nya untuk masa kini atas sebab..
    Dan dari segi isu², pas ada lebih banyak peluru untuk menyerang umno, dan pas ada player yg jauh lebih baik dari umno,
    Untuk masa sekarang nih pas tak rugi tampa umno, tapi zahid yg lebih rugi.. pmx dah tak percayakan zahid... keperluan umno pada pmx adalah kerana ph dah rasa tidak mampu menang tampa umno, tapi jika ph/bn menang lagi pun anwar semacam sudah tidak munkin ambil zahid sbgai tpm,
    Pas/pn move ini adalah delima bagi zahid... zahid semacam rasa dia tidak boleh hidup tampa jawatan penting... dan dia tidak popular.. lihat saja walaupun bn/umno menang besar dijohor dan ns, dalam jalan² waktu lawatan kenegeri² lain orang ramai tak le begitu teruja dgn kehadiran dia.. samada di pasar & etc... tu dia berjawatan, tampa jawatan.. Tuhan lah yg lebih tahu.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo