NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Patutlah MCA Hendak Keluar BN….

1. Sejak BN mula merosot prestasinya pada 2008 dan DAP mula berkepak pada tahun yang sama, hari inilah kali pertama saya dengar dengan telinga sendiri orang cina sumpah seranah, maki hamun dan sampai tahap mencarut terhadap DAP. 

2. Fuhhhh….dulu orang cina asyik sumpah seranah marahkan MCA dan BN. 

3. Tadi saya jumpa seorang tauke cina di Bentong. Dia punya maki DAP kaw2. 

4. Siap tunjuk group2 whatsapp geng dia tulis macam2 maki DAP. Ada yang saya faham dan ada yang tak faham…

5. Yang pakai voice banyak. Perkataan mencarut dalam Bahasa Cina saya fahamlah sikit2. Boleh tahan juga ya orang cina mencarut apabila mereka marah šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚. 

6. Kita olang tada peduli siapa mahu makan wang, siapa mahu rasuah, apa lu olang melayu mahu dapat kita tala peduli. Jangan kacau kita punya bisnes saja…

7. Ha ha ha ha….sekarang baru mereka tahu. Dulu mereka mahu matikan BN kononnya BN rasuah. Percaya lagilah cakap DAP….

8. Sekarang nada dah berubah. Tak kisah siapa rasuah atau makan wang. Yang penting jangan kacau perniagaan kami. 

9. Patutlah tiba2 MCA menyatakan hasrat untuk meninggalkan BN, kerana mereka telah menghidu sesuatu. 

10. MCA tahu apa nasib mereka jika bersama BN dalam PRU akan datang. Dan BN pula bersama DAP. Sebab itu MCA kata jika BN memilih DAP, mereka keluar BN. 

11. Jika duduk diluar bersendirian, mereka boleh bertanding mana2 kerusi yang mereka mahu dan menjadi alternatif kepada orang2 cina yang tidak mahu undi DAP. 

12. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, jika untung dapat beberapa belas kerusi pun dah cukup. Mereka boleh pilih gabungan mana yang mereka mahu masuk untuk bentuk kerajaan. 

13. Benda ini tak pelik, di Sabah orang cina boleh undi Warisan sampai DAP hilang habis semua kerusi. Walaupun Warisan tidak dapat jadi kerajaan, mereka tak hairan. 

14. Rakyat Hakim Negara - Ini Kalilah…..

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA

Wee Ka Siong dan isterinya Jessica membuang undi pada pemilihan parti MCA hari ini. Dia dijangka dipilih semula sebagai presiden MCA. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Wee Ka Siong berjaya mempertahankan jawatan presiden MCA bagi penggal 2023, menurut keputusan tidak rasmi pemilihan parti itu.

Sehingga 10.05 malam, Wee meraih 480 undi mengalahkan pesaingnya bekas ahli Jawatankuasa Pusat MCA Tan Chong Seng dengan 11 undi.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu pertama kali mememangi Jawatan presiden pada pemilihan parti 2018 mengalahkan dua pesaingnya ketika itu, iaitu bekas naib presiden MCA Gan Ping Siew dan Ngoo Teck Keong.

Pada pemilihan kali ini, Mah Hang Soon mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden, selepas menang tanpa bertanding.

Proses pemilihan parti itu dibuat mengikut Perkara 167 Perlembagaan MCA, yang memperuntukkan bahawa pemilihan perlu diadakan dalam tempoh enam bulan, selepas pilihan raya umum.

Sumner | FMT

Kerjasama dengan DAP? MCA jiwa besar tapi bukan opurtunis - Ti

Naib Presiden MCA Ti Lian Ker telah menolak keperluan untuk partinya bekerjasama rapat dengan DAP demi kelangsungan politik parti itu.

"MCA tidak akan menjadi “opportunist” politik atau mengikut “expediency” atau peluang politik semata-mata untuk berkuasa.

"Segala tindakan kami selama ini adalah berlandaskan prinsip-prinsip politik keserderhanaan dan menghurmati perlembagaan, institusi dan tradisi.

"MCA tidak akan bertindak semata-mata untuk berkuasa atau memberi janji-janji kosong maupun menjatuhkan lawan melalui fitnah atas provokasi dan justifikasi politik untuk mencari kesempatan berkuasa.

Presiden MCA Wee Ka Siong bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
"Kami tidak akan bertindak mengikut peluang atau kesempatan politik dengan menjatuhkan parti lawan melalui pembohongan , tohmahan atau fitnah dan kemudiannya memohon maaf untuk berkawan semata-mata demi untuk berkuasa," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Ti menjawab laporan beberapa hari lalu yang memetik nasihat seorang ahli akademik terhadap MCA untuk menyebelahi DAP supaya parti komponen BN itu berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memenangi kerusi pada pilihan raya negeri akan datang di Pulau Pinang dan Selangor.

Bekas timbalan menteri itu menegaskan bahawa MCA adalah sebuah organisasi besar yang mempunyai sejarah panjang dan semangat terbuka.

"Seperti mana parti- parti politik , kita akan mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan politik mengikut edaran masa dan menghurmati pasaran politik semasa," katanya lagi.

Walaupun MCA ketika ini hanya mempunyai dua ahli parlimen,Ti memberi jaminan parti itu akan terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan sedia ada demi kestabilan politik.

Ti juga menegaskan partinya boleh mengambil iktibar daripada pihak lain seperti PKR yang sebelum ini hanya berjaya memenangi satu kerusi pada pilihan raya umum 2004.

Presiden PKR Anwar Ibrahim kini menerajui kerajaan sebagai perdana menteri.

MCA juga boleh mengambil iktibar pengalaman parti seperti PRSM atau PSM yang telah lama wujud dan memperjuangkan perjuangan partinya walaupun tidak memenangi kerusi untuk tempoh yang lama, kata Ti.

MCA perlu bekerjasama dengan DAP, atau tersungkur

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menasihatkan MCA memihak kepada DAP supaya berada dalam kedudukan baik bagi mendapatkan kerusi yang boleh dimenangi pada pilihan raya negeri akan datang di Pulau Pinang dan Selangor.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, MCA tidak mempunyai pilihan selain bekerjasama dengan DAP untuk kekal relevan memandangkan Barisan Nasional (BN) kini menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran Anwar Ibrahim.

MCA, bersama Umno dan MIC, adalah tiga komponen utama BN manakala DAP adalah ahli Pakatan Harapan pimpinan Anwar.

“MCA tidak boleh terus bergantung kepada undi Melayu untuk memenangi kerusi seperti dahulu,” kata Awang Azman kepada FMT, merujuk kepada penggantungan parti itu kepada Umno untuk mendapatkan undi Melayu.

“Kelangsungannya banyak bergantung kepada hubungannya dengan DAP. Jika ia menolak, ia akan menjadi tidak relevan.”

Beliau juga berkata, adalah baik untuk kerajaan campuran jika MCA bekerjasama dengan DAP.

Seorang lagi ahli akademik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata MCA mesti kekal dalam BN atau berisiko menjadi tidak penting jika pakatan semasa antara kedua-dua gabungan itu semakin kukuh.

Sokongan untuk MCA telah berkurangan sejak 2008, katanya. “DAP terlalu kuat untuk MCA dan ia akan mempunyai kelebihan dalam soal peruntukan kerusi.”

MCA hanya memenangi dua kerusi Parlimen pada pilihan raya umum baru-baru ini dan kedua-duanya kerusi itu Johor. DAP memperoleh 40 kerusi.

James Chin, seorang profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania, berkata pengaruh MCA yang semakin berkurangan tidak semestinya bermakna parti itu sedang menghitung harinya.

Katanya, MCA memiliki kekayaan asetnya tersendiri.

“Orang ramai tidak menyedari bahawa aset MCA seperti Wisma MCA, yang dimilikinya secara langsung, dan pegangan saham majoritinya dalam Kumpulan Star melebihi RM1 bilion. Dengan ini, MCA akan sentiasa kekal sebagai parti politik,” katanya.

Chin berkata, isu yang lebih penting ialah bagaimana PH akan memperuntukkan kerusi di kawasan majoriti Cina yang secara tradisinya menjadi medan pertempuran antara MCA dan DAP.

Katanya, salah satu pilihannya ialah membiarkan kedua-dua parti ini bertarung secara langsung, dengan alasan yang terbaik adalah membiarkan pengundi memutuskan parti mana yang mereka suka untuk berada dalam kerajaan.

“Ini tidak akan menjejaskan kerajaan perpaduan kerana parti itu akan dilihat sebagai memperjuangkan suara orang Cina,” katanya.

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

MCA adakan AGM secara tertutup pertengahan Disember ini

Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata AGM tahun ini tidak akan menjemput mana-mana tetamu baik pemimpin BN, NGO Cina, ketua perwakilan asing mahupun pengamal media

KUALA LUMPUR: MCA akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-69 parti itu secara tertutup pada 17 dan 18 Dis ini.

Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata keputusan itu juga terpakai untuk AGM sayap Belia dan Wanita parti itu.

Beliau berkata kehadiran yang terbuka kepada perwakilan pusat parti dan kedua-dua sayap MCA.

“Justeru, ketiga-tiga AGM bagi parti, Belia dan Wanita MCA tahun ini tidak akan menjemput mana-mana tetamu sama ada daripada pimpinan tertinggi Barisan Nasional, wakil pertubuhan dan persatuan Cina, badan bukan kerajaan atau ketua perwakilan asing dan pengamal media,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Chong juga berkata perbincangan dan pascanilai akan memfokus kepada prestasi MCA pada pilihan raya umum ke-15.

Katanya MCA percaya ini adalah saat yang kritikal untuk parti itu membuat penilaian kendiri dan membincangkan hala tuju masa depan.

'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya, manusia penuh hipokrit dan sandiwara' - Tiong Lai


KUANTAN:
Bekas Presiden MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai secara sinis berkata beliau merasakan perubahan situasi politik hari ini menakjubkan dan membuka matanya.

Beliau dipercayai merujuk kepada perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di ibu negara pada Isnin.

Menerusi entri terbaharu di laman Facebooknya, Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Dunia ini memang menarik. Tiga hari lalu, saya masih difitnah, parti saya masih dituduh pelbagai macam.

"Perubahan situasi pada hari ini memang menakjubkan dan membuka mata saya. Persepsi terhadap parti saya bertukar 180 darjah dalam sehari selepas PRU," katanya.

Tambah Tiong Lai, bagaimanapun beliau menerima keputusan itu.

Pada masa sama menzahirkan terima kasih kepada 24,383 pengundi yang menyokongnya sebagai calon Parlimen Bentong itu meskipun tewas di tangan Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH).

"Namun, saya menerima keputusan itu, saya tetap berterima kasih kepada 24,383 pengundi yang menyokong saya, dan memberikan berkat kepada pemenang di Bentong.

"Semoga maju jaya. Bentong selalunya di batinku," jelasnya lagi.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

20 wakil rakyat DAP masuk MCA? - Adakah Ini Agenda UMNO?


Biasanya berita politik Cina yang dilaporkan secara eksklusif dalam akhbar Cina tidak pernah menipu kerana akhbar Cina memang benar-benar berobjektif.

Baru-baru ini, akhbar China Press melaporkan tentang khabar angin bahawa akan ada 'perpindahan' beramai-ramai wakil rakyat DAP ke MCA. Dilaporkan juga ini disambut baik oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Jika benar khabar tentang 'rancangan' mereka ini, maka saya tidak terkejut kerana kita tahu yang parti politik Cina hanyalah wadah bagi menjayakan agenda-agenda masyarakat mereka. Ini merupakan rahsia yang diketahui umum atau 'open secret' kerana lihatlah bagaimana agenda-agenda mereka dapat dijayakan walau siapa pun yang memerintah.

Lihatlah bagaimana mereka bersolidariti dan bersepakat dalam isu-isu kepentingan bangsa mereka walaupun berlawanan dengan undang-undang dan malah salah di segi perlembagaan sekalipun. Mereka akan cuba pelbagai jalan dan strategi, sama ada dalam atau luar kerajaan tanpa menggunakan alasan-alasan karut seperti 'tidak cukup kerusi'.

Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi percaturan politik yang strategik demi bangsa mereka walaupun perlu menukar parti. Mungkin menukar-nukar parti ini pun adalah aturan di belakang tabir di antara mereka. Mereka ini terlalu 'isolated' dalam masyarakat mereka dengan isolasi bahasa mereka tersendiri, akhbar mereka tersendiri, persatuan-persatuan mereka tersendiri dan sebagainya yang membuatkan kita terlepas pandang pelbagai perkara dan perspektif terutamanya tentang politik.

Pastinya mereka sudah merancangkan pelan A, B, C dan seterusnya untuk menghadapi kemungkinan politik yang sangat tidak menentu pada hari ini. Boleh jadi pelan A adalah DAP bekerjasama dengan UMNO. Boleh jadi pelan B adalah untuk memperkasakan MCA kerana MCA pasti akan menang di banyak kerusi dengan menumpang ihsan orang Melayu yang setia mengundi lambang 'dacing', dan seterusnya. Jangan pandang rendah akan kelicikan dan ketelitian perancangan-perancangan mereka.

Persoalannya, apakah UMNO akan teruskan kerjasama dengan MCA jika mereka hanya salin kulit dari DAP sahaja nanti (jika jadi)? Jika UMNO membiarkan sahaja dan terus memanjakan MCA, maka ini adalah penipuan moral yang akan mengotorkan lagi lanskap politik negara. Akhirnya tiba pada persoalan, apakah orang Melayu perlu menolak BN? Takkanlah kita mahu pilih PH pula? Politikus akan mengambil kesempatan atas dilema ini dengan pelbagai cara memanipulasi dan kata-kata dusta.

Perpecahan politik Melayu pada hari ini semakin menjadi-jadi sedangkan mereka bijak mengatur strategi sesama mereka dan bersama 'musuh dalam selimut' yang dianggap kawan kita sekalipun. Saya tidak tahulah kebodohan apa yang ada pada pemimpin kita sehingga boleh ditipu siang-siang. Atau mereka sendiri menipu rakyat dengan membiarkan penipuan berlaku.

Bak kata pepatah yang sering diungkapkan sendiri oleh pemimpin Melayu kita, "Antan dengan antan berlaga, Ayam tepi lesung yang kenyang". Tetapi malangnya mereka tidak pernah ambil iktibar pun atas apa yang diratibkan itu. Fikir-fikirkanlah.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
7 Januari 2021

MCA Keliru ke?

Daripada MCA duk bising dengan hukuman Khairuddin yang disahkan tiada kes oleh AG, baik bising pasal ceroboh tanah haram di Raub. Itu sah-sah dah ada kes. 

Rasanya lebih afdhal MCA fikirkan cara nak memperkemaskan MN dalam menghadapi cabaran yang lebih besar nanti. Harapnya MCA jangan jadi DAP kalau sekiranya mereka masuk MN. Atau kalau mahu bersama PH, terserahlah.

MCA dan DAP dua-dua bersama dalam kes-kes ini. Mempertahankan salah dalam kes tanah di Raub dan mendesak hukuman bagi kes yang selesai. Kita faham sangat sebabnya.

Yang kita tak fahamnya, ada Melayu Islam, setia sungguh dengan DAP, memang menjilat punggung, dia ikut jer apa DAP kempen. Tapi senyap membisu dengan tanah haram di Raub. Konon dia adalah pencari keadilan. Tapi kes-kes PH yang lain, dia tak ungkit pula.

Atau mungkin dia ingat MCA dengan DAP akan bagi upah kat dia kut lepas ni? Barangkali, ya. Tapi paling kuat pun, dia orang kekalkan kau jadi kuli dia jer. Itu pun kerja tak berupah buat fitnah. Lepas tak pakai, dengan kau pun dia lelong.

Ingat kempetai Jepun dulu? Kau tengok filem Sarjan Hasan, lepas habis, kau tengok cermin, si Buang ada di cermin tu.

Mohd Nasir Abdullah
23 Oktober 2020

PRN Sabah : MCA Mencuba Nasib Di Empat Kerusi

Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung

KOTA KINABALU: MCA akan bertanding di 4 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.

Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung berkata, kerusi itu adalah Kapayan yang juga kerusi tradisi serta 3 lagi kerusi baharu iaitu Elopura, Karamunting dan Likas.

“MCA sekali lagi diberikan kepercayaan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi mengangkat suara komuniti Cina khususnya dan suara rakyat Sabah keseluruhannya di beberapa kawasan terpilih.

“MCA mempunyai keazaman cukup kuat untuk membantu masyarakat di 4 DUN yang akan ditandingi itu andai kata diberikan mandat oleh rakyat.

“MCA Sabah mempunyai kekuatan tersendiri dalam usaha memperjuangkan nasib komuniti Cina di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan parti itu akan menggunakan logo BN.

Katanya, rakyat Sabah perlu diberikan pembelaan semula selepas hampir 26 bulan berada bawah pemerintahan kerajaan Warisan yang hanya indah khabar dari rupa.

“Ketidakadilan kerajaan Warisan terhadap rakyat adalah motivasi utama MCA Sabah untuk terus bertanding kali ini.

“Jentera MCA juga bersiap siaga untuk bergandingan dengan jentera rakan dalam BN dan rakan strategik baru di pihak Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi blok Warisan dan sekutunya,” katanya.

Terdahulu, Umno mengumumkan bertanding di 31 kerusi, PN yang terdiri daripada PPBM, STAR, SAPP di 29 kerusi dan PBRS 5.

Penyertaan MCA di 4 DUN itu tidak berlaku pertembungan dengan parti mewakili PN dan rakan komponen BN yang lain.

Kenapa Isu ‘Pekebun Durian Raub’ Istimewa Sangat Pada MCA?

SEPERTI yang saya jangka, MCA akan bertindak sebagai ‘wakil’ parti dalam kerajaan untuk membela pekebun-pekebun haram seiring dengan tekanan DAP di pihak pembangkang dan dilengkapi dengan rangkaian badan bukan kerajaan (NGO).

Sudah terang lagi bersuluh yang ini adalah isu pencerobohan tanah yang sangat bersistematik dan rapi.

Dengan kata lain, ini adalah suatu kegiatan haram yang sangat nyata. Tetapi tanpa segan silu para politikus membela penceroboh-penceroboh ini.

Mengapa MCA begitu bersungguh hingga perlu tubuhkan sebuah jawatankuasa khas ‘tergempar’ di peringkat parti untuk isu ini, sedangkan mereka sendiri ada dalam kerajaan negeri Pahang yang sedang mencari jalan untuk menyelesaikan isu ini?

MCA juga mengakui bahawa kerajaan negeri sepatutnya boleh ‘lakukan lebih baik’ dalam menyelesaikan kes ini.

Istimewa dan pentingnya isu ini bagi mereka sehingga Timbalan Menteri Perpaduan (Ti Lian Ker) dan Setiausaha Agung MCA (Chong Sin Woon) turut sertai jawatankuasa tersebut selain pimpinan parti yang lain.

Kita bimbang mereka akan lobi lebih banyak lagi dari apa yang telah dikompromikan oleh kerajaan baru-baru ini.

Lihat sahaja, mengapa jawatankuasa ini ditubuhkan hanya selepas pekebun-pekebun ini mendapat ‘kemenangan kecil’ beberapa hari sebelum itu?

Ini tidak mustahil kerana kita tahu yang parti-parti Melayu dalam kerajaan sedang bersungguh-sungguh mahu memenangi hati masyarakat Cina kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dekat.

Dari sudut yang lain, sesiapa yang menceroboh sesuatu tidak sepatutnya diberikan apa-apa hak walau apa pun alasannya. Lebih-lebih lagi tanah yang diceroboh sebesar lebih 4000 ekar, bukan kecil-kecilan.

Jika kita berkompromi dengan modus operandi sebegini, kita telah membuka ‘floodgate’ untuk lebih ramai membuat perkara yang sama di seluruh negara.

Bayangkan, betapa mudahnya taikun-taikun boleh mendapat tanah nanti, sedangkan orang-orang kampung yang mengusahakan tanah secara halal akan terus bertani secara daif.

Kita harap pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat masuk campur dengan serius dalam isu ini kerana rakyat sudah mula sangsi dengan gerak-geri politikus-politikus yang mula melibatkan diri dalam isu ini.

Kita menyeru supaya rakyat dan NGO-NGO pantau rapat, sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan dan pihak berkuasa dalam isu ini kerana terbukti gelombang suara rakyat mampu mempengaruhi tindakan-tindakan kerajaan.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sumber:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/08/29/pahang-mca-forms-committee-to-tackle-issues-faced-by-farmers-in-the-state

MCA bukan rasis macam parti lain-lain'


PONTIAN - MCA mempunyai kelainan sedikit berbanding parti lain yang kononnya mewakili masyarakat Cina di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, MCA mewakili majoriti masyarakat Cina yang bukan bersifat rasis dan masih berjiwa anak Malaysia.

Buktinya, beliau menegaskan MCA menyokong apa jua kerjasama berlandaskan perlembagaan negara termasuk Muafakat Nasional antara rakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), UMNO bersama Pas yang dikecam Pakatan Harapan (PH).

"Dalam BN, kita sentiasa tekankan kepelbagaian dan kesinambungan perjuangan antara satu sama lain.

"Kita juga hendak nyatakan sebarang kerjasama (rakan parti komponen) berlandaskan perlembagaan akan disokong.

"Sebab itu saya kata MCA lihat Muafakat Nasional tiada masalah... bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung," katanya sewaktu menyampaikan ceramah perdana BN sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Kampung Rimba Terjun di sini hari ini.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan; Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad.

Ka Siong berkata, MCA juga bukan seperti DAP kerana tidak pernah memperlekehkan institusi kaum Melayu dan Islam.


"Dalam masyarakat majmuk, kita kena wujudkan keharmonian dan kekalkan keamanan, itu khazanah paling bernilai," katanya.

Mengenai peluang calon BN dari MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng untuk menang dalam PRK pada 16 November ini, MCA merayu sokongan semua pengundi Parlimen itu untuk menewaskan calon PH.

Menurutnya, keperluan menjadi suara lantang dalam Parlimen adalah penting untuk mendesak kerajaan PH agar tidak berterusan membuat pusingan U dalam melaksanakan polisi pentadbiran negara.

"Sebab itu tidak kira dasar apa dipegang BN, mahupun Muafakat Nasional, kita perlu jadi pembangkang bermaya dan bersatu dalam menjadi elemen semak dan imbang kepada kerajaan sedia ada.

"Justeru, saya mohon sokongan pengundi kepada calon kerana saya baru seorang wakil rakyat MCA di Parlimen dan kita janji akan jadi wakil rakyat kepada semua kaum," katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika hadir pada Ceramah Perdana di Kampung Rimba Terjun malam tadi. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika hadir pada Ceramah Perdana di Kampung Rimba Terjun malam tadi. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Penyatuan ummah #HPU914 : PAS rintis jalan betulkan salah faham MCA, MIC



Langkah PAS merintis perbincangan demi perbincangan dengan MCA dan MIC akan membetulkan banyak salah faham mengenai rancangan penyatuan ummah, kata timbalan presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kata Tuan Ibrahim, PAS juga akan memastikan rancangan terbaru mereka dan Umno itu tidak akan meminggirkan hak orang bukan Islam di negara ini.

Sebaliknya kata beliau penyatuan ummah diusahakan PAS dan Umno akan menguntungkan semua rakyat.

"PAS ingin memberikan jaminan bahawa agenda penyatuan ummah tidak akan meminggirkan hak-hak orang bukan Islam seperti diajar oleh Islam dan diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Iklan

"Malah, PAS merintis banyak perbincangan dengan MCA dan MIC sebelum ini agar pelbagai salah faham dapat diperbetulkan. Insya-Allah, penyatuan ummah ini akan menguntungkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas berseteru selama puluhan tahun, PAS dan Umno akan menandatangani dokumen bagi menandakan kerjasama mereka secara rasmi pada 14 Sept ini.

Hubungan kedua-dua parti menjadi erat selepas BN gagal mendapat mandat buat kali pertama untuk terus menjadi kerajaan di negara ini. PAS pula gagal menjadi penentu kuasa (king maker) seperti yang mereka jangkakan sebelum PRU ke-14 itu.

Untuk rekod, Umno adalah parti paling dominan dalam gabungan BN. Ekoran kemenangan PH pada 9 Mei tahun lalu, hampir semua parti yang ada dalam BN meninggalkan gabungan tersebut.

Bagaimanapun rancangan "penyatuan ummah" Umno dan PAS itu dilaporkan kurang diterima oleh MCA dan MIC - dua parti yang masih bersama Umno dalam BN.

Kata Tuan Ibrahim kerjasama politik - atau hubungan taawun siyasi - PAS dan Umno tidak bersifat perkauman, sebaliknya dibuat atas dasar penyatuan.

Anggota parlimen Kubang Kerian itu juga mendakwa PH menggerakkan propaganda bagi menggambarkan kerjasama tersebut bermotifkan perkauman sempit dan boleh mengundang konflik keharmonian.

"Pengerusi PH, Dr Mahathir Mohamad, juga pernah mengatakan pada Julai lalu bahawa bangsa Melayu telah berpecah belah.

"Tindakan membentuk kerjasama PAS dan Umno selepas PRU ke-14 ini ialah untuk mempertautkan semula orang Melayu yang merupakan tunggak politik utama negara dengan menjadikan Islam sebagai teras penyatuan," katanya.

MCA:Pengundi Cina tak perlu takut kerjasama PAS-Umno


Setiausaha Agung Umno (3 dari kanan), MB Kelantan Ahmad Yakob (3 dari kanan) dan beberapa pemimpin BN lain bergabung dalam program Ceramah Sepentas BN di Taman Kelab Tuanku, malam tadi. 

SEREMBAN: MCA memberi keyakinan kepada pengundi Cina agar tidak takut kepada PAS termasuk kerjasama parti Islam itu dengan Umno.

Naib Presiden MCA Ti Lian Ker berkata semua persepsi buruk mengenai kerjasama tersebut hanya dimainkan pemimpin DAP.

"Saya menyeru kepada masyarakat Cina jangan terus diracuni pemikiran mereka bahawa PAS haruslah ditakuti atau pemimpin Umno akan menekan masyarakat Cina.

"Ini semua dimomokkan oleh DAP semata-mata," katanya ketika berucap di program Ceramah Sepentas BN di Taman Kelab Tuanku, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob; Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa; Presiden Makkal Sakti, R S Thanenthiran dan barisan pimpinan komponen Barisan Nasional.





Ceramah itu menyaksikan pertama kali pimpinan utama komponen BN dan PAS berada 1 pentas berdepan PH selepas puluhan tahun menjadi seteru politik.

Mengakui MCA mempunyai perbezaan dengan PAS dan Umno, Ti berkata, parti itu mempunyai pendekatan sendiri untuk bekerjasama.

"Kita ada cara dan pendekatan yang kita pegang. Inilah budaya politik majmuk BN," katanya.

Kenyataan, Ti disokong Thanenthiran sambil memaklumkan beliau pernah dijemput menyertai program anjuran kerajaan PAS Kelantan dibawah pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2007, mengatakan layanan yang diberikan cukup baik.

"Dulu sebelum betul-betul kenal PAS, kami ingat mereka ini ekstrem, tapi bila kenal jauh sama sekali, mereka hormat kepada bukan Islam," katanya.

Jemput MCA ceramah di Kelantan


Sementara itu, Ahmad ketika berucap membuat jemputan terbuka kepada Ti untuk berceramah kepada penyokong PAS di Kelantan.

"Saya jemput beliau datang ke Kelantan untuk beri ceramah kepada penyokong PAS dan memberi gambaran perpaduan berlaku dengan baik, jangan takut," katanya.

Ahmad menambah, muafakat yang ditunjukkan pembangkang ditakuti oleh PH yang mereka sifatkan akan menghancurkan perpaduan di negara ini.

"Ini yang ditakuti, apabila muafakat antara PAS dengan Umno dan juga bersama BN, ini yang sangat menakutkan mereka PH, saya percaya PRK ini walaupun kecil tetapi sebenarnya besar.

"Apa yang berlaku ini memberi kesedaran tinggi kepada kita untuk membina perpaduan yang benar. Sebab kita menerima hakikat negara kita ada kaum Melayu, Cina dan India.

"PAS dah memerintah Kelantan selama 28 tahun dan hubungan antara kaum amat baik. Setakat ini tidak ada satu insiden yang berlaku antara agama di Kelantan, kita hormat antara satu sama lain," katanya sambil memaklumkan orang bukan Islam di Kelantan turut dilantik menjadi penghulu.


Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/09/mcapengundi-cina-tak-perlu-takut-kerjasama-pas-umno/




MCA takut bayang-bayang sendiri - PAS


KUALA LUMPUR : PAS membidas tindakan MCA mengancam UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak realistik dan seolah-olah ‘takut kepada bayang-bayang sendiri’.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata parti mewakili suara masyarakat Cina itu sewajarnya bertindak sebagai parti politik matang dan lebih terbuka.

Katanya, MCA perlu menunjukkan semangat demokratik dalam menghadapi suasana landskap politik yang sudah berubah.

"Jangan kerana bimbang kehilangan sokongan orang Cina kepada DAP, MCA beralih (mengancam) kepada PAS yang kononnya tidak mempertimbangkan realiti masyarakat majmuk di Malaysia dan tidak mementingkan keharmonian kaum di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mendakwa MCA sudah tersilap membuat 'persepsi' kepada parti Islam itu.

Katanya, PAS sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk MCA, demi untuk kebaikan rakyat dan negara.

"Walaupun MCA seolah-olah menafikan kerjasama dengan PAS semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong baru-baru ini, mereka perlu sedar PAS bukan sahaja bekerjasama dengan UMNO atas dasar solidariti pembangkang tetapi juga dengan MIC dan beberapa parti serta individu lain lagi, " katanya.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ketika berucap pada Konvensyen MCA 2018, memberi dua kata putus berhubung kerjasama PAS-UMNO iaitu bubar Barisan Nasional (BN) atau singkirkan UMNO daripada BN.

Tiong Lai memberi amaran akan mengambil tindakan drastik berkenaan jika UMNO bergerak ke arah politik teokrasi.

Dakwanya, BN mengamalkan kesederhanaan dan perlu terus memegang prinsip kemajmukan budaya dan mempertahankan keharmonian kaum di negara ini.

Ti Lian Ker nukilkan Puisi peralihan kuasa PM



KUALA LUMPUR 29 Ogos - Senator Datuk Seri Ti Lian Ker mencuit perhatian dalam sidang Dewan Negara hari ini apabila mendeklamasi puisi nukilannya berhubung pelan peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Puisi tersebut adalah seperti berikut:

Manifesto bukan lagi satu janji
janji pada rakyat boleh dimungkiri
dua tahun lagi Anwar jadi Perdana Menteri
adakah Anwar akan ditipu lagi?
Kenangan pada tahun 90-an
apabila Anwar dipecat jawatan
negara dilanda demonstrasi jalanan
harapan rakyat, negara sihat dan aman. 

MCA lancar Deklarasi Balakong


PRESIDEN MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga dari kanan) ditemani Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong (empat dari kiri) dan Calon MCA Dun N.27 Balakong, Tan Chee Teong (empat dari kanan) menunjukkan Deklarasi Balakong dalam Majlis Pelancaran Deklarasi Balakong di Bangunan MCA Cawangan Sungai Chua hari ini. - UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd Aminuddin
KUALA LUMPUR 28 Ogos - MCA melancarkan Deklarasi Balakong yang mengandungi lima 'rukun' sebagai sebahagian langkah mereformasikan parti itu selepas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Deklarasi Balakong itu melambangkan perjalanan baharu MCA yang sedang melalui era transformasi bagi mendapatkan sokongan rakyat. 

Antara kandungan deklarasi itu katanya, MCA akan melakar laluan penentuan masa depannya yang tersendiri demi rakyat. 

"MCA akan memperkasakan diri dan kuasa politik kami dengan parti-parti lain untuk kembali ke pangkal dan asas perjuangan MCA," katanya dalam sidang akhbar di pejabat MCA Sungai Chua dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan. - UTUSAN ONLINE



MCA: Wee umum tanding jawatan Presiden



Wakil tunggal MCA di Dewan Rakyat, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan secara rasmi untuk bertanding jawatan presiden parti itu.

Menurut laporan China Press, Wee berkata dia mempunyai tanggungjawab sebagai satu-satunya anggota parlimen MCA untuk menerajui pembaharuan partinya memandangkan MCA berada di tahap paling teruk ketika ini.

Ditanya jika dia mempunyai gandingan, Wee dipetik berkata MCA tidak mampu menangani perpecahan dalam parti yang lebih lanjut.

Justeru, Wee berharap pemimpin yang paling berkemampuan akan diangkat untuk bekerjasama antara satu sama lain.

Wee kini menyandang jawatan timbalan presiden. Dia dilapor membuat pengumuman itu di Johor Bahru yang juga merupakan kawasannya sebagai ketua bahagian MCA.

Jumlah perwakilan MCA di Dewan rakyat menurun sejak pilihan raya umum (PRU) ke-12 pada 2008 yang menyaksikan jumlah anggota parlimennya berkurangan dari 31 ke 15, dan seterusnya hanya tujuh pada PRU ke-13 pada 2013.


Pada PRU ke-14, MCA meletakkan 39 calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen, namun hanya Wee yang berjaya mempertahankan kerusinya di Ayer Hitam.

MCA kini memegang dua kerusi dewan undangan negeri.

Susulan keputusan PRU lalu, penyandang jawatan presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata dia tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai bertanggungjawab atas kekalahan partinya.

PRK Balakong:  Penentu MCA Aset Atau Liabiliti BN?


BALAKONG: Pilihan raya kecil (PRK) Balakong akan menjadi medan penentu sama ada MCA ialah aset atau liabiliti kepada Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata, keputusan bertanding menggunakan logo sendiri buat pertama kali dalam PRK itu sejak menyertai BN 60 tahun lalu bukannya mudah.

Namun, beliau berkata, MCA mengambil langkah yang disifatkannya luar biasa sebagai peluang untuk menguji kekuatan sokongan kaum Cina kepada parti itu.

"Tohmahan pembangkang kita diselubungi rasuah dan imej yang buruk.

"Hari ini kita nak cari balik apa kita hilang, kita nak beritahu (orang ramai)…nak pamerkan MCA sebagai parti ikhlas, memang kita nak wakili kaum Cina," katanya ketika berkempen untuk calon MCA di PRK Balakong, Tan Chee Teong, hari ini.

Beliau bersama Tan memberi ceramah dari atas trak mengelilingi sekitar Taman Megah, di sini.

Ong bagaimanapun berkata, tiada keputusan MCA keluar daripada BN buat masa ini, kerjasama dan perjumpaan dengan parti komponen lain diadakan seperti biasa.

"Ini cuma pilihan raya kecil bukan pilihan raya umum, peluang yang baik untuk kita jadikan ujian dan merancang masa depan parti," katanya.

PRK yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Eddie Ng Tien Chie dalam satu kemalangan jalan raya 20 Julai lepas menyaksikan Tan, 40, yang merupakan ahli Jawatankuasa MCA Bangi (sebelum persempadanan semula MCA Serdang) berdepan calon Pakatan Harapan(PH), Wong Siew Ki, 32.

Pada pilihan raya umum ke-14, Ng menewaskan calon BN, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi.

– FMT


.

MCA Cabar Guan Eng Hentikan Kongres Bumiputera



Naib Presiden MCA Chew Mei Fun menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak menggunakan sentimen perkauman menjelang pilihan raya kecil (PRK) Balakong dan sebaliknya mencabar beliau menghentikan Kongres Bumiputera.

"Jika beliau (Lim) betul-betul peduli tentang perpaduan, saya harap beliau boleh melarang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) daripada mengadakan Kongres Bumiputera. Ini yang saya fikir beliau harus lakukan," kata Chew kepada pemberita di bilik operasi kempen MCA di Balakong hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018 yang akan diadakan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 1 September depan.

Kementerian berkenaan semalam mengumumkan KBN 2018 akan menjadi sebahagian usaha kerajaan untuk merumuskan agenda pemerkasaan bumiputera yang baru.

Chew berkata demikian sebagai membalas kenyataan Lim semalam yang berkata bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) berpegang kepada perpaduan kerana gabungan itu menggunakan logo HARAPAN dalam PRK.

Lim membandingkan perkara itu dengan MCA yang menggunakan logo parti sendiri bagi PRK Balakong yang menurutnya hanya mewakili kepentingan kaum tertentu.

Pemimpin MCA itu menegaskan bahawa partinya sudah bekerjasama dengan rakyat pelbagai kaum sejak ditubuhkan.

"Saya ingin menegaskan bahawa meskipun MCA hanya terdiri daripada anggota Cina, kami kekal dengan pendekatan pelbagai kaum dan budaya sejak ditubuhkan pada 1949.

"Kami sudah bekerjasama dengan kaum lain sekian lama," katanya ketika melancarkan manifesto MCA Balakong pagi tadi.

Chew menambah Lim sebagai anggota parlimen dan menteri kewangan seharusnya menumpukan untuk membangunkan negara dan menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat dan bukannya memainkan isu perkauman.

"Tanggungjawabnya sebagai menteri adalah menjadikan kehidupan rakyat lebih baik, manifesto HARAPAN menjanjikan perkara itu. Bagaimanapun, kos hidup akan terus meningkat kerana nilai ringgit terus jatuh ketika ini," katanya.

– M'kini

PRK Balakong: Tidak Timbul Soal Perpecahan Dalam BN – Pemuda MCA



KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Pemuda MCA menafikan berlaku perpecahan antara parti komponen Barisan Nasional (BN) malah setiap sayap pemuda perikatan itu akan bekerjasama membantu calon MCA berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Ketuanya Datuk Chong Sin Woon berkata perbincangan telah diadakan bersama setiap parti komponen untuk koordinasi tanggungjawab sewaktu tempoh 21 hari berkempen.

"Semalam pun ada wakil-wakil dari UMNO, Gerakan, MIC sewaktu penamaan," katanya kepada Bernama, selepas melancarkan jentera Pemuda MCA bagi PRK Balakong di Kg Baru Batu 11, di sini.

Mengulas lanjut, Chong menegaskan bahawa penggunaan logo MCA buat pertama kali bagi pilihan raya ini juga telah dipersetujui dalam mesyuarat BN sebelum ini.

"Lepas kita bincang, kita nak gunakan peluang ini untuk kita buat percubaan nak lihat sama ada kalau komponen parti bertanding atas tiket sendiri dia akan dapat undi lebih baik atau tidak. Ini penting untuk kita lihat hala tuju parti komponen kita, kita masih dalam keadaan mencari hala tuju masa depan," katanya.

Beliau berkata lebih 100 orang jentera Pemuda MCA akan turun padang antara lain bagi sesi ceramah dan mengedarkan risalah bagi kempen pilihan raya itu.

PRK DUN Balakong pada 8 Sept ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) yang menampilkan pemimpin muda wanita daripada parti gabungannya DAP Wong Siew Ki manakala MCA mempertaruhkan ahli perniagaan Tan Chee Teong.
© all rights reserved
made with by templateszoo