NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Balakong:  Penentu MCA Aset Atau Liabiliti BN?


BALAKONG: Pilihan raya kecil (PRK) Balakong akan menjadi medan penentu sama ada MCA ialah aset atau liabiliti kepada Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata, keputusan bertanding menggunakan logo sendiri buat pertama kali dalam PRK itu sejak menyertai BN 60 tahun lalu bukannya mudah.

Namun, beliau berkata, MCA mengambil langkah yang disifatkannya luar biasa sebagai peluang untuk menguji kekuatan sokongan kaum Cina kepada parti itu.

"Tohmahan pembangkang kita diselubungi rasuah dan imej yang buruk.

"Hari ini kita nak cari balik apa kita hilang, kita nak beritahu (orang ramai)…nak pamerkan MCA sebagai parti ikhlas, memang kita nak wakili kaum Cina," katanya ketika berkempen untuk calon MCA di PRK Balakong, Tan Chee Teong, hari ini.

Beliau bersama Tan memberi ceramah dari atas trak mengelilingi sekitar Taman Megah, di sini.

Ong bagaimanapun berkata, tiada keputusan MCA keluar daripada BN buat masa ini, kerjasama dan perjumpaan dengan parti komponen lain diadakan seperti biasa.

"Ini cuma pilihan raya kecil bukan pilihan raya umum, peluang yang baik untuk kita jadikan ujian dan merancang masa depan parti," katanya.

PRK yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Eddie Ng Tien Chie dalam satu kemalangan jalan raya 20 Julai lepas menyaksikan Tan, 40, yang merupakan ahli Jawatankuasa MCA Bangi (sebelum persempadanan semula MCA Serdang) berdepan calon Pakatan Harapan(PH), Wong Siew Ki, 32.

Pada pilihan raya umum ke-14, Ng menewaskan calon BN, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi.

– FMT


.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo