NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA perlu bekerjasama dengan DAP, atau tersungkur

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menasihatkan MCA memihak kepada DAP supaya berada dalam kedudukan baik bagi mendapatkan kerusi yang boleh dimenangi pada pilihan raya negeri akan datang di Pulau Pinang dan Selangor.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, MCA tidak mempunyai pilihan selain bekerjasama dengan DAP untuk kekal relevan memandangkan Barisan Nasional (BN) kini menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran Anwar Ibrahim.

MCA, bersama Umno dan MIC, adalah tiga komponen utama BN manakala DAP adalah ahli Pakatan Harapan pimpinan Anwar.

“MCA tidak boleh terus bergantung kepada undi Melayu untuk memenangi kerusi seperti dahulu,” kata Awang Azman kepada FMT, merujuk kepada penggantungan parti itu kepada Umno untuk mendapatkan undi Melayu.

“Kelangsungannya banyak bergantung kepada hubungannya dengan DAP. Jika ia menolak, ia akan menjadi tidak relevan.”

Beliau juga berkata, adalah baik untuk kerajaan campuran jika MCA bekerjasama dengan DAP.

Seorang lagi ahli akademik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata MCA mesti kekal dalam BN atau berisiko menjadi tidak penting jika pakatan semasa antara kedua-dua gabungan itu semakin kukuh.

Sokongan untuk MCA telah berkurangan sejak 2008, katanya. “DAP terlalu kuat untuk MCA dan ia akan mempunyai kelebihan dalam soal peruntukan kerusi.”

MCA hanya memenangi dua kerusi Parlimen pada pilihan raya umum baru-baru ini dan kedua-duanya kerusi itu Johor. DAP memperoleh 40 kerusi.

James Chin, seorang profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania, berkata pengaruh MCA yang semakin berkurangan tidak semestinya bermakna parti itu sedang menghitung harinya.

Katanya, MCA memiliki kekayaan asetnya tersendiri.

“Orang ramai tidak menyedari bahawa aset MCA seperti Wisma MCA, yang dimilikinya secara langsung, dan pegangan saham majoritinya dalam Kumpulan Star melebihi RM1 bilion. Dengan ini, MCA akan sentiasa kekal sebagai parti politik,” katanya.

Chin berkata, isu yang lebih penting ialah bagaimana PH akan memperuntukkan kerusi di kawasan majoriti Cina yang secara tradisinya menjadi medan pertempuran antara MCA dan DAP.

Katanya, salah satu pilihannya ialah membiarkan kedua-dua parti ini bertarung secara langsung, dengan alasan yang terbaik adalah membiarkan pengundi memutuskan parti mana yang mereka suka untuk berada dalam kerajaan.

“Ini tidak akan menjejaskan kerajaan perpaduan kerana parti itu akan dilihat sebagai memperjuangkan suara orang Cina,” katanya.

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo