PRN Sabah : MCA Mencuba Nasib Di Empat Kerusi

Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung

KOTA KINABALU: MCA akan bertanding di 4 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.

Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung berkata, kerusi itu adalah Kapayan yang juga kerusi tradisi serta 3 lagi kerusi baharu iaitu Elopura, Karamunting dan Likas.

“MCA sekali lagi diberikan kepercayaan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi mengangkat suara komuniti Cina khususnya dan suara rakyat Sabah keseluruhannya di beberapa kawasan terpilih.

“MCA mempunyai keazaman cukup kuat untuk membantu masyarakat di 4 DUN yang akan ditandingi itu andai kata diberikan mandat oleh rakyat.

“MCA Sabah mempunyai kekuatan tersendiri dalam usaha memperjuangkan nasib komuniti Cina di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan parti itu akan menggunakan logo BN.

Katanya, rakyat Sabah perlu diberikan pembelaan semula selepas hampir 26 bulan berada bawah pemerintahan kerajaan Warisan yang hanya indah khabar dari rupa.

“Ketidakadilan kerajaan Warisan terhadap rakyat adalah motivasi utama MCA Sabah untuk terus bertanding kali ini.

“Jentera MCA juga bersiap siaga untuk bergandingan dengan jentera rakan dalam BN dan rakan strategik baru di pihak Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi blok Warisan dan sekutunya,” katanya.

Terdahulu, Umno mengumumkan bertanding di 31 kerusi, PN yang terdiri daripada PPBM, STAR, SAPP di 29 kerusi dan PBRS 5.

Penyertaan MCA di 4 DUN itu tidak berlaku pertembungan dengan parti mewakili PN dan rakan komponen BN yang lain.

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post