NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir Kilat, Balai Polis Gombak Di Naiki Air Paras lutut


KUALA LUMPUR, 10 Sept — Hujan lebat sekitar Lembah Klang sejak tengahari tadi menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Di media sosial, tular video Balai Polis Gombak dinaiki air setinggi paras lutut.

Video berdurasi 28 saat itu menunjukkan air daripada jalan utama mengalir laju masuk ke perkarangan balai.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe mengesahkan kejadian banjir kilat di balai itu seperti tular di media sosial, lapor Harian Metro.

Namun katanya banjir sudah mula surut dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Dilaporkan Kuala Lumpur kini mengalami banjir kilat, apabila paras air naik 1.5 meter di Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang di Kampung Baru dan Jalan Semarak.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata pihakya memantau lokasi banjir bagi memastikan keselamatan orang awam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo