NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya, manusia penuh hipokrit dan sandiwara' - Tiong Lai


KUANTAN:
Bekas Presiden MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai secara sinis berkata beliau merasakan perubahan situasi politik hari ini menakjubkan dan membuka matanya.

Beliau dipercayai merujuk kepada perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di ibu negara pada Isnin.

Menerusi entri terbaharu di laman Facebooknya, Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Dunia ini memang menarik. Tiga hari lalu, saya masih difitnah, parti saya masih dituduh pelbagai macam.

"Perubahan situasi pada hari ini memang menakjubkan dan membuka mata saya. Persepsi terhadap parti saya bertukar 180 darjah dalam sehari selepas PRU," katanya.

Tambah Tiong Lai, bagaimanapun beliau menerima keputusan itu.

Pada masa sama menzahirkan terima kasih kepada 24,383 pengundi yang menyokongnya sebagai calon Parlimen Bentong itu meskipun tewas di tangan Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH).

"Namun, saya menerima keputusan itu, saya tetap berterima kasih kepada 24,383 pengundi yang menyokong saya, dan memberikan berkat kepada pemenang di Bentong.

"Semoga maju jaya. Bentong selalunya di batinku," jelasnya lagi.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo