NOTIS:
Ahmad Fuzi Terima Watikah Pelantikan TYT Pulau Pinang
Acrly Sani dilantik Ketua Polis Negara Baharu
Kelantan tutup sekolah sehingga Aidilfitri
ADUN Melor, meninggal dunia

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia di kediamannya, di sini, awal pagi tadi.
Allahyarham, 53, menghembuskan nafas terakhir jam 2.28 pagi tadi di kediamannya di Melor.
Perkara itu disahkan anak Allahyarham, Mohd Auzaie di Facebook.
"Dukacita dimaklumkan bahawa baba, Dr Yusnan sudah pergi menghadap Ilahi jam 2.28 pagi.
"Mohon doakan arwah ditempatkan di kalangan para solihin.
"Insya-Allah solat jenazah akan diadakan jam 2 petang di Masjid Ketereh. Mohon kepada semua untuk patuh prosedur operasi standard (SOP)," katanya.
Assalamualaikum, Dukacita dimaklumkan bahawa Baba DrYusnan Albadar telah pergi menghadap Ilahi pada pukul 2.28pg 18...
Posted by DrYusnan Albadar on Thursday, 29 April 2021
Usah tindas suara Ilmuan, hormati kebebasan bersuara!
Tawaran kerajaan selamatkan rakyat: Integriti bersama Ramadhan
Ketaqwaan akan lahir apabila dibaca laporan yang dinyatakan dalam Kitab Allah dengan hati yang beriman dan khusyuk, bukan berilmu dengan berpandukan laporan yang disiarkan dalam media perdana dan sosial yang paling diminati kini. Sehingga mereka membaca laporan media di hujung jari itu dengan lalai, mata dan akal yang tidak sihat tanpa khusyuk, kerana iman dan taqwa dianggap tidak penting kepada mereka.
- Jantung hati.
- Perasaan dalam hatiatau batinnya. Sepertimana yang disebutkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
- Hidayah al-fitrah ialah petunjuk secara naluri (instinct) atau sifat semula jadi yang ada kepada semua makhluk secara tabii. Terdapat pada manusia, binatang, tumbuhan dan semua makhluk mengikut kejadian masing-masing.
- Hidayah al-hawwas ialah petunjuk yang bersifat perasaan seperti sakit, seronok dan sebagainya. Sifat yang ada pada manusia termasuk bayi yang menangis ketika lapar dan sakit, termasuk kepada kepada binatang.
- Hidayah al-‘aql (hidayah akal) ialah petunjuk yang ada pada manusia yang aqil baligh dengan mampu ditaklifkan. Adapun kanak-kanak dan orang gila yang lemah akalnya tidak ditaklifkan kerana akal tiada pada binatang dan tidak ditaklifkan
- Hidayah al-Din (hidayah agama) ialah petunjuk mengikut agama Allah SWT secara ilmu dan kurniaan daripada-Nya. Petunjuk ini didapati dengan kurniaan daripada Allah SWT yang sentiasa dipohon hidayah-Nya dalam setiap rakaat solat dengan ilmu yang betul dan akal yang sihat. Inilah petunjuk yang dibawa oleh para Rasul yang yang dilantik oleh Allah SWT dengan pilihan-Nya, berpandukan Kitab yang telah diwahyukan kepada mereka.
PRU-15: Tiada pertembungan BN-PAS kerusi DUN Pahang

KUANTAN: Tiada pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dengan PAS membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di Pahang berdasarkan semangat dan keikhlasan Muafakat Nasional (MN) di negeri ini.
Perkara itu dipersetujui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dan Pesuruhjaya PAS negeri Rosli Abdul Jabar menerusi satu kenyataan yang ditandatangani bersama hari ini.
Pimpinan MN negeri ini, menurut Wan Rosdy dan Rosli, melihat kerjasama politik itu perlu dipertahankan demi kestabilan dan kemakmuran negeri selain Pahang harus menjadi pengasas trend dan model perpaduan ummah yang padu dan jitu di Malaysia.
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN negeri berkata, kedua-dua pihak juga bersetuju dengan formula mengekalkan kerusi DUN dimenangi pada PRU lalu, manakala perbincangan lanjut diperlukan bagi sembilan kerusi di bawah Pakatan Harapan (PH).
"UMNO Pahang berhasrat tidak akan meletakkan calon di lapan kerusi dimenangi PAS pada PRU ke-14 dan tidak akan menyokong serta bekerjasama dengan calon yang bertanding di kerusi tersebut kecuali calon PAS.
"Begitu sebaliknya, PAS dengan berpandukan persetujuan dan pendirian PAS Pusat, tidak akan meletakkan calon di 25 kerusi DUN dimenangi UMNO dan BN serta tidak akan menyokong dan bekerjasama dengan pihak lain yang bertanding di 25 kerusi itu," katanya.
Wan Rosdy ditemui pemberita pada Majlis Iftar Bersama yang dihadiri semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kedua-dua parti termasuk Rosli yang juga ADUN Tanjung Lumpur di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang di sini, hari ini.
UMNO menang 24 kerusi daripada 42 kerusi DUN Pahang manakala satu lagi kerusi BN diperoleh menerusi MCA pada PRU ke-14.
Sementara itu, Rosli semasa ditemui berkata, PAS negeri akan memaklumkan kepada pimpinan PAS Pusat supaya mereka diberikan sedikit kebebasan dalam menentukan hala tuju pada pilihan raya akan datang.
Ditanya mengenai kerjasama PAS negeri dalam Perikatan Nasional Pahang bersama BERSATU dan Gerakan, Rosli hanya berkata: "perkara akan datang dibiarkan akan datang dan bukan untuk dijawab sekarang". – BERNAMA
Perang siber: Pemberitaan yang merosakkan
Wakil rakyat PAS bantu rakyat dengan beri rumah percuma
oleh:Timmy Say
Bantuan ‘lumayan’ kepada rakyat yang disembunyikan
Setakat ini, sebanyak enam rumah dengan keluasan 816 kaki persegi dengan kos sebanyak RM45,000 berjaya dibina dan diserahkan bermula bulan Januari yang lalu.
Sebanyak lima buah rumah lagi akan diserahkan kepada rakyat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Bahkan di Kelantan, bukan Amar sahaja melaksanakan inisiatif memberikan rumah percuma kepada rakyat.
Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian juga melakukan inisiatif sama pada tanggal 17 April lalu.
Di mana beliau menyerahkan sebuah rumah baru kepada keluarga Mat Salleh Ab Rahman di Kampung Seterpa menerusi program Rumah Wakaf Program Khidmat Masyarakat SPAN.
Pernah tak kalian mendengar cerita rakyat yang ditimpa musibah kehilangan kereta Perodua MyVi digantikan dengan kereta Proton Saga?
Ini adalah cerita yang berlaku Kampung Pohon Chelagi, Kelantan.
Seorang mangsa tebing Sungai Kelantan yang runtuh, Nor Ain Ramli, dikejutkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari apabila dihadiahkan kereta Proton Saga bagi menggantikan kereta MyVi mereka.
Ini juga antara contoh bantuan kepada rakyat yang tersembunyi daripada kaca mata rakyat.
Bukan salah kalian jika kalian tidak mengetahui adanya bantuan-bantuan “lumayan” sedemikian kepada rakyat di Kelantan walaupun perkara ini juga diumumkan di Facebook.
Ini kerana media tidak melaporkannya dan juga tiada keinginan untuk menularkannya menggunakan tajuk seperti, “YB PAS buat hal lagi! Kali ini, serah rumah percuma”.
Apakah ia kerana tindakan menghadiahkan sebuah rumah atau kereta tidak setanding tindakan menghadiahkan sebuah motosikal dan belanja makan, atau ada agenda lain yang mempengaruhi jarum-jarum apa yang perlu ditabur ke minda rakyat?
Ataupun berita ini tidak menarik kerana YB dan rakyat yang dibantu datang daripada negeri yang sama?
Ataupun berita ini akan menaikkan imej pihak yang dibenci mereka?
Ada minda, kita boleh analisa sendiri.
Setiap bantuan kepada rakyat seharusnya diraikan.
Berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan itu satu perkara yang baik.
Cuma malangnya, ada bantuan yang sengaja ditularkan, dan ada pula yang kononnya terlupa atau sengaja tidak dilaporkan demi untung-rugi politik pihak masing-masing sehingga menimbulkan persepsi kononnya pihak lain tidak berupaya, atau tidak menyumbang langsung untuk membantu rakyat.
Perkara sebegini adalah tidak adil.
Media memainkan peranan penting sebagai saluran maklumat.
Itu tidak dapat dinafikan.
Malangnya, media juga adalah saluran utama membina persepsi palsu kepada rakyat, dan ramai yang tertipu olehnya sehingga “terbuta” matanya.
‘Rebus Umat Islam Macam Rebus Katak’, Archbishop Julian Leow Perlu Tampil Beri Penjelasan – Pengerusi PEMBELA
Eksport Malaysia catat pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 44 bulan

KUALA LUMPUR: Eksport Malaysia pada Mac 2021 terus berkembang dengan merekodkan pertumbuhan kukuh dua digit 31.0 peratus kepada RM104.9 bilion dari setahun yang lalu.
Ia merupakan pertumbuhan tahun ke tahun tertinggi dalam tempoh 44 bulan, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin hari ini.
"Eksport domestik bernilai RM87.0 bilion menyumbang 82.9 peratus kepada jumlah eksport, meningkat dengan kukuh 38.5 peratus tahun ke tahun.
Terdahulu, laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, Mac 2021 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan eksport dan import Malaysia pada Mac mencatat nilai tertinggi, masing-masing mencecah RM104.9 bilion dan RM80.8 bilion.
Turut dilaporkan, lebihan dagangan berjumlah RM24.2 bilion (+96.1%), yang menunjukkan ke arah pemulihan ekonomi daripada kesan wabak COVID-19.
Laporan tersebut turut memaparkan prestasi import dan eksport mengikut produk dan rakan dagangan.
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/eksport-malaysia-catat-pertumbuhan-tertinggi-dalam-tempoh-44-bulan-295451
Jika Tak Berubah, UMNO Akan Kehilangan Undi Melayu

27 APRIL : Walaupun UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung namun parti itu dilihat bakal berdepan defisit kepercayaan dan hilang undi kaum Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) gara-gara perpecahan serta kegagalan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatukan ahli parti.
Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata, pelbagai kontroversi yang menyelubungi Ahmad Zahid Hamidi sejak kebelakangan ini jelas bukan satu imej yang positif buat UMNO menjelang PRU15.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata parti Melayu terbesar itu berpotensi hilang majoriti undi Melayu jika Ahmad Zahid kekal bersifat pro PKR di mata pengundi.
“UMNO mungkin dilihat lemah dan tidak berpendirian di bawah kepimpinan Ahmad Zahid. Mereka akan hilang kepercayaan undi kaum Melayu yang masih tak boleh terima kepimpinan DAP masa kerajaan Pakatan Harapan (PH), jadi ada kemungkinan ramai ahli UMNO akan memihak kepada parti Melayu lain yang tidak bersekongkol dengan PKR.
“Terus terang, UMNO kini berdepan defisit kepercayaan Melayu untuk terus memimpin, jadi mereka perlu melakukan perubahan dalaman sebelum PRU15 untuk terus kekal relevan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam pada itu, ditanya mengenai pelucutan jawatan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Kartini mendakwa, tindakan Ahmad Zahid itu juga disifatkan memiliki sentimen peribadi gara-gara kelantangan Shahidan mengkritik beliau sebelum ini.
“Di Perlis, Shahidan sangat berpengaruh kerana jiwa rakyat dan kesudian membantu rakyat Perlis, UMNO kehilangan tokoh yang tak pernah kalah di Indera Kayangan.
“Shahidan sedia membuka rahsia Ahmad Zahid. Kenyataan itu juga boleh memburukkan imej Zahid sebagai Presiden UMNO,” katanya.
http://www.pnbbcportal.com/2021/04/27/jika-tak-berubah-umno-akan-kehilangan-undi-melayu/
Tinjauan: Pengundi tak kenal, dibeban Anwar, kedudukan Shamsul Iskandar di Hang Tuah Jaya goyah
Jangan keluar kenyataan yang memecah belahkan-Jeffrey
6 Pelajar Kolej Matrikulasi Perak tidak perlu bayar kompaun
http://www.pnbbcportal.com/2021/04/28/6-pelajar-kolej-matrikulasi-perak-tidak-perlu-bayar-kompaun/
Kompaun mesti ikut garis panduan
Ingkar SOP: Neelofa, keluarga dikompaun RM60,000
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI ACP MOHAMAD ZAINAL BIN HAJI ABDULLAH PERKEMBANGAN SIASATAN KES PERLANGGARAN SOP PKPB DI MAJLIS PERKAHWINAN MELIBATKAN NOOR NEELOFA BINTI MOHD NOOR DI HOTEL GRAND HYATT PADA 27 APRIL 2021
Pada 26 April 2021, kertas siasatan kes perlanggaran SOP PKPB di majlis perkahwinan melibatkan Noor Neelofa binti Mohd Noor telah dikembalikan dari pejabat Peguam Negara, Putrajaya dengan keputusan mengenakan KOMPAUN di bawah Peraturan 19 PeraturanPeraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) 2021 seperti berikut:-
Noor Neelofa binti Mohd Noor dikenakan KOMPAUN sebanyak
RM20,000.00 (tiada diskaun dibenarkan) bagi dua (2) kesalahan
iaitu:-
Kesalahan Pertama : Selaku penganjur telah gagal mematuhi
arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP
Penganjuran Majlis Sosial PKPB apabila gagal memastikan wujud
penjarakan fizikal sekurang-kurangnya (1) meter sewaktu majlis
akad nikah berlangsung.
Kesalahan Kedua : Melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, 2 memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak Polis.
Muhammad Haris bin Mohd Ismail dikenakan KOMPAUN sebanyak RM10,000.00 (tiada diskaun dibenarkan) kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak Polis.
Kesemua ahli keluarga Noor Neelofa binti Mohd Noor seramai (20) orang dikenakan KOMPAUN sebanyak RM1,500.00 seorang yang berjumlah RM30,000.00 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya (1) meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.
Semua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun pada 27 April 2021. Jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM60,000.00. Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kegagalan mematuhi Perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undangundang yang masih berkuatkuasa.

















