NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Eksport Malaysia catat pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 44 bulan



KUALA LUMPUR: Eksport Malaysia pada Mac 2021 terus berkembang dengan merekodkan pertumbuhan kukuh dua digit 31.0 peratus kepada RM104.9 bilion dari setahun yang lalu.

Ia merupakan pertumbuhan tahun ke tahun tertinggi dalam tempoh 44 bulan, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin hari ini.

"Eksport domestik bernilai RM87.0 bilion menyumbang 82.9 peratus kepada jumlah eksport, meningkat dengan kukuh 38.5 peratus tahun ke tahun.
"Sementara, eksport semula berjumlah RM17.9 bilion meningkat 3.7 peratus berbanding Mac 2020.
"Import pada Mac 2021 juga mencatat nilai bulanan tertinggi RM80.8 bilion, meningkat 19.2 peratus daripada RM67.8 bilion pada tahun sebelumnya.
"Jumlah dagangan yang bernilai RM185.7 bilion meningkat 25.6 peratus tahun ke tahun," kata Mohd Uzir dalam satu kenyataan.

Terdahulu, laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, Mac 2021 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan eksport dan import Malaysia pada Mac mencatat nilai tertinggi, masing-masing mencecah RM104.9 bilion dan RM80.8 bilion.

Turut dilaporkan, lebihan dagangan berjumlah RM24.2 bilion (+96.1%), yang menunjukkan ke arah pemulihan ekonomi daripada kesan wabak COVID-19.

Laporan tersebut turut memaparkan prestasi import dan eksport mengikut produk dan rakan dagangan.

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/eksport-malaysia-catat-pertumbuhan-tertinggi-dalam-tempoh-44-bulan-295451

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo