NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jika Tak Berubah, UMNO Akan Kehilangan Undi Melayu



27 APRIL : Walaupun UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung namun parti itu dilihat bakal berdepan defisit kepercayaan dan hilang undi kaum Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) gara-gara perpecahan serta kegagalan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata, pelbagai kontroversi yang menyelubungi Ahmad Zahid Hamidi sejak kebelakangan ini jelas bukan satu imej yang positif buat UMNO menjelang PRU15.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata parti Melayu terbesar itu berpotensi hilang majoriti undi Melayu jika Ahmad Zahid kekal bersifat pro PKR di mata pengundi.

“UMNO mungkin dilihat lemah dan tidak berpendirian di bawah kepimpinan Ahmad Zahid. Mereka akan hilang kepercayaan undi kaum Melayu yang masih tak boleh terima kepimpinan DAP masa kerajaan Pakatan Harapan (PH), jadi ada kemungkinan ramai ahli UMNO akan memihak kepada parti Melayu lain yang tidak bersekongkol dengan PKR.

“Terus terang, UMNO kini berdepan defisit kepercayaan Melayu untuk terus memimpin, jadi mereka perlu melakukan perubahan dalaman sebelum PRU15 untuk terus kekal relevan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pelucutan jawatan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Kartini mendakwa, tindakan Ahmad Zahid itu juga disifatkan memiliki sentimen peribadi gara-gara kelantangan Shahidan mengkritik beliau sebelum ini.

“Di Perlis, Shahidan sangat berpengaruh kerana jiwa rakyat dan kesudian membantu rakyat Perlis, UMNO kehilangan tokoh yang tak pernah kalah di Indera Kayangan.

“Shahidan sedia membuka rahsia Ahmad Zahid. Kenyataan itu juga boleh memburukkan imej Zahid sebagai Presiden UMNO,” katanya.

http://www.pnbbcportal.com/2021/04/27/jika-tak-berubah-umno-akan-kehilangan-undi-melayu/


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo