NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tinjauan: Pengundi tak kenal, dibeban Anwar, kedudukan Shamsul Iskandar di Hang Tuah Jaya goyah


Oleh Zainal AS Rashid

SATU kajian mendapati sukar bagi wakil rakyat PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin mempertahankan kerusinya di Hang Tuah Jaya, di mana kebanyakan pengundi tidak mengenali beliau dan hanya empat peratus mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin negara ini.

Menurut tinjauan Invoke yang dijalankan untuk Malay Mail, hanya 21 peratus pengundi di Hang Tuah Jaya mengenali Shamsul Iskandar sebagai ahli parlimen kawasan itu, sementara 74 peratus lagi berkata mereka tidak pernah berjumpa mahu pun menerima bantuan daripada beliau.

Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa sebanyak 72 peratus daripada pengundi di kawasan itu tidak pernah mendengar apa-apa berita tentang beliau.

Hasil tinjauan mendapati bahawa walaupun beliau telah berkhidmat sebagai ahli parlimen Hang Tuah Jaya (sebelum ini dikenali sebagai Bukit Katil) sejak 2013, namun keadaan masih tidak berubah.

Tinjauan tersebut telah mendapatkan maklum balas daripada 500 pengundi di enam kawasan berlainan: Gombak (Datuk Seri Azmin Ali – Bersatu), Hang Tuah Jaya (Shamsul Iskandar – PKR, Johor Baru (Akmal Nasrullah Mohd Nasir – PKR), Seremban (Anthony Loke – DAP), Tanjong Malim (Chang Lih Kang – PKR), dan Wangsa Maju (Datin Paduka Dr Tan Yew Kew – PKR).

Tujuan tinjauan ialah untuk mengukur sentimen pengundi enam bulan selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional yang tidak dipilih oleh rakyat dan kebencian terhadap “penolakan mandat rakyat.”

Menurut Invoke, keasingan Shamsul bersama kecenderungan mengundi calon berdasarkan parti boleh menjejaskan kedudukannya di mata pengundi dan seterusnya memberi kesan kepada peluang Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

Justeru, berdasarkan ini sememangnya logik untuk mempersoalkan sama ada sumbangan, usaha dan impak beliau memadai.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati bahawa seorang daripada setiap dua orang pengundi di kawasan tersebut berkata mereka lebih memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, sementara hanya 4 peratus mahukan Anwar dan 40 peratus mengatakan bahawa mereka tidak pasti.

Secara dasarnya boleh dirumuskan bahawa para pengundi tidak gemar menyaksikan perbalahan politik dan sebaliknya menganggap isu-isu nasional sebagai faktor yang akan mempengaruhi undi mereka kelak.

Ini mencerminkan bahawa Muhyiddin dilihat sebagai tokoh politik penting yang bersikap tenang, namun peka terhadap isu-isu nasional yang mendesak. Beliau juga dilihat sebagai berprofil rendah ketika berlaku pertembungan politik pada 2020.

Menurut tinjauan Invoke ia seolah-olah menunjukkan bahawa pengundi di Hang Tuah Jaya telah berganjak daripada perdana menteri terdahulu dan juga tidak yakin dengan Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian prestasi rendah yang ditunjukkan oleh Shamsul Iskandar sebagai ahli parlimen bermakna PKR mungkin akan kehilangan kerusi Hang Tuah Jaya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo