- Neow Choo Seong menegaskan, tindakan menganggap peruntukan kewangan tersebut sebagai satu bentuk ganjaran kepartian mempamerkan kekeliruan mengenai fungsi dana awam.
- “Sudahlah tak reti nak bezakan pengasingan kuasa, duit peruntukan itu dia anggap sebagai habuan politik kah? Itu duit rakyat dan sepatutnya dikembalikan kepada rakyat, bukan duit PH atau PKR atau mana-mana parti individu.
- “Setiap ahli parlimen sepatutnya layak mendapat peruntukan untuk kegunaan rakyat di kawasan masing-masing, bukan secara terpilih,” katanya.
KUALA LUMPUR – Pemuda MCA hari ini membidas kenyataan Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang seolah-olah menuntut pengiktirafan sumbangan politik Pakatan Harapan (PH) berhubung isu peruntukan kerajaan negeri, dengan menyifatkan tuntutan itu sebagai tidak masuk akal serta gagal memahami prinsip pengasingan kuasa dalam pentadbiran.
Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong menegaskan, tindakan menganggap peruntukan kewangan tersebut sebagai satu bentuk ganjaran kepartian mempamerkan kekeliruan mengenai fungsi dana awam.
“Sudahlah tak reti nak bezakan pengasingan kuasa, duit peruntukan itu dia anggap sebagai habuan politik kah? Itu duit rakyat dan sepatutnya dikembalikan kepada rakyat, bukan duit PH atau PKR atau mana-mana parti individu.
“Setiap ahli parlimen sepatutnya layak mendapat peruntukan untuk kegunaan rakyat di kawasan masing-masing, bukan secara terpilih,” katanya di ruangan komen Facebook The Merdeka Times.
Bidasan tersebut dibuat sebagai mengulas kenyataan Jimmy hari ini yang menyeru Kerajaan Negeri Johor dan pemimpin politik tertentu di negeri itu agar bersikap jujur apabila bercakap mengenai kemajuan negeri serta tidak memadamkan sumbangan PH dan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan politik.
Jimmy menegaskan bahawa pentadbiran negeri tidak sewajarnya sekadar menikmati limpahan dasar, hasil pelaburan, dan peruntukan besar daripada peringkat Persekutuan, namun pada masa yang sama terus meminggirkan peranan serta sumbangan politik gabungan berkenaan.
“Apabila melihat keadaan di Johor, kita menyaksikan pendekatan yang berbeza. Dahulu, PH sanggup bertolak ansur, bekerjasama dan mengutamakan kepentingan besar,” ujar Jimmy.
Beliau menambah, rakyat Johor adalah golongan yang bijak serta mampu menilai secara matang berhubung perkara itu sambil menegaskan bahawa landskap politik sebenar bukanlah medan untuk berebut kredit, sebaliknya adalah tentang menghormati fakta, mengakui jalinan kerjasama, dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan tertinggi.
Baru-baru ini, Barisan Nasional (BN) Johor mengesahkan akan bergerak secara solo dan tidak mengadakan kerjasama politik dengan PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, susulan itu pihaknya akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam PRN itu. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment