NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Roh ‘reformasi’ ada pada Rafizi, bukan Anwar




ALOR SETAR
: Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengalu-alukan BERSAMA yang ditubuhkan bekas Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohd Rafizi Ramli untuk mengambil ahli PKR di Kedah.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu berkata, perkara tersebut bukan sahaja boleh memecah-belahkan PKR, malah dapat menghidupkan kembali ‘roh reformasi’ yang dilaungkan parti itu sebelum ini.

“Ahli PKR di Kedah, boleh masuk parti BERSAMA beramai-ramai. Pecahkan PKR, biar berselerak semua. Jadi untuk hidupkan semula ‘roh reformasi’ orang PKR pakat masuk parti BERSAMA beramai-ramai,” kata beliau.

Tegas Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah, roh sebenar PKR sekarang ini ada pada Rafizi, bukan lagi di diri Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin parti itu di Kerajaan Persekutuan.

“‘Roh’ itu telah beralih ke Rafizi dan berjalan sewaktu tidur,” sindir beliau ketika ditemui ditemui media pada majlis serahan lembu korban, di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon, hari ini.

Sementara pada majlis itu sebanyak 170 lembu diagihkan kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk agensi-agensi kerajaan seperti pasukan polis, tentera dan penjawat awam.

Maklum beliau, haiwan berkenaan disumbangkan oleh seorang dermawan kepada Kerajaan Negeri untuk diagihkan sempena Aidil Adha, Rabu ini.

Katanya, polisi sekarang di bawah pimpinannya sebagai Menteri Besar, tidak lagi meneruskan pemberian lembu korban yang ditaja oleh Kerajaan Negeri mahupun anak-anak syarikat kerajaan (GLC).

“Dulu memang ada, Kerajaan Negeri bagi lembu korban, tetapi rasanya tidak sesuai kerana yang membuat korban adalah individu bukan syarikat. Jadi kita ubah, Alhamdulillah, tahun ini dimulakan dengan sumbangan daripada orang kaya,” tambahnya.

Penyerahan lembu korban kali ini jelasnya, juga melibatkan agensi kerajaan dan penjawat awam di mana kakitangan kerajaan juga bukanlah dari kalangan orang senang, malah ramai yang boleh dikategori sebagai golongan B40.

“Gaji RM2,000-RM3,000, (tapi) anak 11 orang, tak termasuk komitmen lain, nak kena bayar ‘loan‘ bank lagi. Jadi kita bagi jugalah kepada agensi, bawa balik,  gih-agihkan daging,” maklumnya lagi. – HARAKAHDAILY 25/5/2026




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo