NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ingkar SOP: Neelofa, keluarga dikompaun RM60,000




KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI ACP MOHAMAD ZAINAL BIN HAJI ABDULLAH PERKEMBANGAN SIASATAN KES PERLANGGARAN SOP PKPB DI MAJLIS PERKAHWINAN MELIBATKAN NOOR NEELOFA BINTI MOHD NOOR DI HOTEL GRAND HYATT PADA 27 APRIL 2021


Pada 26 April 2021, kertas siasatan kes perlanggaran SOP PKPB di majlis perkahwinan melibatkan Noor Neelofa binti Mohd Noor telah dikembalikan dari pejabat Peguam Negara, Putrajaya dengan keputusan mengenakan KOMPAUN di bawah Peraturan 19 PeraturanPeraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) 2021 seperti berikut:-

Noor Neelofa binti Mohd Noor dikenakan KOMPAUN sebanyak RM20,000.00 (tiada diskaun dibenarkan) bagi dua (2) kesalahan iaitu:-

Kesalahan Pertama : Selaku penganjur telah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya (1) meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Kesalahan Kedua : Melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, 2 memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak Polis.

Muhammad Haris bin Mohd Ismail dikenakan KOMPAUN sebanyak RM10,000.00 (tiada diskaun dibenarkan) kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak Polis.

Kesemua ahli keluarga Noor Neelofa binti Mohd Noor seramai (20) orang dikenakan KOMPAUN sebanyak RM1,500.00 seorang yang berjumlah RM30,000.00 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya (1) meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Semua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun pada 27 April 2021. Jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM60,000.00. Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kegagalan mematuhi Perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undangundang yang masih berkuatkuasa.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo