Responsive Ad Slot

Apa maksud pelampau politik yang dimaksudkan Presiden PAS?


Pelampau politik adalah individu/kumpulan yang sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai agenda politik mereka.
 
Mudah faham, apa sahaja perkara yang membolehkan mereka berada ditampuk kuasa, mereka akan lakukan. Jika ada perkara bertentangan dengan kehendak mereka, akan ditentang semberono secara membuta tuli.
 
Walaupun yang ditentang itu perkara kebaikan dan kebenaran.

Itulah yang sedang berlaku sekarang. Bahkan sejak dulu lagi.
 
Bagaimana seorang yang berpengaruh boleh menghasut masyarakat menentang institusi Diraja sedangkan ia teras dalam perlembagaan?

Ada pula individu mendesak untuk tamatkan darurat sedangkan penularan pandemik masih aktif yang membunuh banyak nyawa.

Umum mengetahui Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang diperkenankan YDPA turut dibarisi wakil daripada pembangkang. Maka kenapa tidak manfaatkan posisi yang ada untuk mengemukan tindakan terbaik untuk negara.

Sebab itu, PAS mengemukakan budaya baru berpolitik berlandaskan politik Islam iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
 
Ringkasnya, segala agenda yang memberi kebaikan pada Islam, negara dan masyarakat mesti disokong.
Namun mesti diperbetulkan jika sebaliknya.

~ KZ ~


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo