NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu sudah tiada roh, lebih baik keluar PN



SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini seakan-akan sudah hilang roh perjuangan sehingga dilihat lebih baik keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, keadaan itu berlaku apabila pemimpin parti itu didakwa 'disembelih' satu demi satu hingga tidak lagi memberi impak dalam gabungan tersebut.

"Disembelih satu-satu pemimpin untuk terus berkuasa. Parti yang namanya Bersatu sekarang hanya tinggal parti yang sudah tiada roh.

"Kalau dah macam ni, molek Bersatu keluar sahaja dari PN. Hadirnya seperti bayang senja, hilang tanpa kesan, lenyap tanpa bekas," katanya pada Isnin.


Beliau memuat naik hantaran di Facebook dipercayai susulan kemelut dalaman Bersatu yang semakin memuncak selepas beberapa pemimpinnya dikenakan tindakan pemecatan dan pergantungan sejak beberapa hari lalu.

Pada Isnin, Ketua Armada Bahagian Parit, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menjadi antara pemimpin terbaharu dipecat daripada Bersatu.


Manakala, Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dan ADUN Bukit Bunga, Mohd Almidi Jaafar pula dikenakan tindakan penggantungan hak keahlian bagi tempoh dua penggal pemilihan Bersatu.

Tindakan ke atas empat individu itu diambil selepas 10 pemimpin Bersatu dikenakan tindakan disiplin termasuklah dipecat dan digantung pada Jumaat lepas.


Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo