NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bantu Kuil Hindu Atas Ajaran Islam – Ahli Parlimen PH Syerleena



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid mengakui berasa sedih dan tertekan ekoran kecaman daripada netizen.

Ia susulan kenyataannya bahawa tindakan beliau menyokong kerja-kerja pengubahsuaian kuil Hindu sebagai Ahli Parlimen Muslim adalah berdasarkan ajaran agama Islam.

Syerleena memaklumkan kerja-kerja pengubahsuaian di Kuil Sri Maha Kaliamman di Batu Gantong dilaksanakan melalui peruntukan pejabat beliau.

“Mengapa seorang Ahli Parlimen Muslim menyokong kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah kuil Hindu?”

“Jawapannya mudah. Kerana agama saya mengajar saya tentang rasa hormat, belas ihsan dan tanggungjawab terhadap orang lain,” katanya menerusi hantaran di media sosial semalam.

Syerleena dalam hantaran itu menegaskan, beliau sebagai Muslim percaya bahawa khidmat kepada rakyat mesti dipandu oleh prinsip keadilan.

“Setiap rumah ibadat berhak mendapat perhatian. Setiap rakyat Malaysia berhak untuk dirasai kewujudan mereka dan menerima sokongan.

“Rumah-rumah ibadat bukan sekadar bangunan. Ia tempat komuniti berkumpul, tempat tradisi dipelihara, tempat orang ramai memperoleh ketenangan.

“Inilah Malaysia yang saya percaya sebuah negara di mana kita saling menghormati, saling mengambil berat, dan memastikan tiada komuniti yang tercicir. Jalan ‘teruih’,” katanya.

Bagaimanapun, dalam hantaran hari ini, Syerleena yang juga ahli DAP memberitahu lebih RM 1.2 juta telah disalurkan kepada masjid dan surau di Parlimen Bukit Bendera. – MYNEWSHUB





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo