NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Firdaus Wong pertikai Ahli Parlimen DAP sokong ubah suai kuil



BANGI, 6 MUHARRAM – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, mempersoal tindakan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid yang menyokong kerja pengubahsuaian sebuah kuil di Batu Gantong, Pulau Pinang. 

Beliau mengingatkan pemimpin DAP berkenaan bahawa sebelum memulakan sesuatu tindakan, lebih baik bertanya kepada mereka yang lebih arif berhubung hukum hakam dalam Islam.  

Menerusi hantaran di Facebook, katanya Islam mengajar untuk menghormati, kasih sayang dan tanggungjawab, namun  mempunyai batasan. 

“Kalau jahil & diam, ok tiada siapa akan tahu mahu pun mengkritik. Tetapi bila jahil hukum, masih mahu menulis kononnya ‘my religion teach me,” katanya.

Firdaus Wong turut mengingatkan mengenai perjuangan nabi dan rasul ketika berdakwah serta menghapuskan syirik dan berhala di Makkah. 

“Jangan pula play victim nanti ya, kononnya orang yang kritik anda ini ialah walaun la dan sebagainya.

“Susah payah individu yang kamu akui sebagai nabi & rasul, Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam berdakwah 23 tahun hapuskan syirik & berhala di Makkah. Tiba-tiba kamu pula guna dalil my religion teach me mercy & compassion,” katanya. 

Firdaus Wong turut mengingatkan Syerleena melalui firman Allah SWT yang bermaksud “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah 5:2).

“Di mana kamu nak letak firman Allah ini. Kami kritik kerana kami masih sayang Syerleena Abdul Rashid sebagai saudara seagama.

“Kalau tak nak respon sekalipun takpa. Bermuhasabah la. Dunia ini sementara. Kuasa sementara. Nak berpolitik, silakan. Jaga akidah,” katanya. 

Terdahulu, Syerleena menerusi perkongsian di Facebooknya berkata, beliau melawat kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang dijalankan di Kuil Sri Maha Kaliamman yang dilaksanakan melalui peruntukan pejabatnya. 

“Sebagai seorang Muslim, saya percaya bahawa khidmat kepada masyarakat mesti dipandu oleh prinsip keadilan. Setiap komuniti berhak mendapat penghormatan.

“Setiap rumah ibadat berhak mendapat perhatian dan penjagaan. Setiap rakyat Malaysia berhak untuk dilihat, dihargai dan dibantu.

“Rumah ibadat bukan sekadar bangunan. Ia adalah tempat komuniti berkumpul, tempat tradisi dipelihara, tempat orang ramai mencari ketenangan, dan tempat hubungan sesama jiran diperkukuhkan,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo