JOHOR BAHRU – Parti Bersama Malaysia (PBM) menimbulkan isu larangan penternakan babi di negara ini dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam kempen pertamanya di sini hari ini.
Calonnya di kerusi N46 Perling, Boo Wei Han mempersoalkan larangan itu sedangkan ia diusahakan keluarga yang bergantung kepada industri itu sejak beberapa generasi.
“Saya hairan kenapa babi jadi isu sebab sudah 30 hingga 40 tahun orang bela babi.
“Ada orang mati ke tinggal sebelah kandang babi? Ada orang kena penyakit ke?” soalnya berucap pada Ceramah Jelajah Trak Kancil dalam kempen PRN Johor di Taman Pelangi, di sini malam tadi.
Wei Han menegaskan, sebarang tindakan penutupan semua ladang babi perlu mengambil kira kesan terhadap pengusaha yang telah lama mencari rezeki dalam industri berkenaan.
“Saya harap isu ini boleh u-turn.
“Saya kesian kepada mereka. Seumur hidup, dua hingga tiga generasi mereka bela babi, tiba-tiba disuruh tutup semua,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment