NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi pertahan calon Bersama Perling bangkit isu babi



JOHOR BAHRU – Presiden Parti Bersama Malaysia, Datuk Seri Rafizi Ramli mempertahankan calonnya di kerusi N.46 Perling, Boo Wei Han yang membangkitkan isu berkaitan penternakan babi ketika berkempen.

Rafizi berkata, isu tersebut bukanlah soal menggalakkan mana-mana kaum menerima atau mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan pegangan mereka.

Menurut Rafizi, sebaliknya Wei Han hanya menyentuh tanggungjawab seorang wakil rakyat untuk memperjuangkan isu yang memberi kesan kepada mana-mana kelompok masyarakat, termasuk golongan minoriti.

“Ramai yang menghantar mesej kepada saya kononnya habislah calon kita kerana bercakap mengenai isu orang Cina makan babi.

“Tetapi saya hendak tanya semula, bukankah itu memang isu yang dekat dengan hati sebahagian pengundi Cina?

“Kita tidak suruh orang Melayu makan babi. Kita juga tidak suruh semua orang meraikannya.

“Apabila kita menjadi wakil rakyat, kita mesti mewakili semua rakyat,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Trak Kancil di Taman Pelangi di sini, malam tadi.

Menurut Rafizi, sekiranya sesuatu isu penting kepada sebahagian pengundi, khususnya golongan minoriti, wakil rakyat tidak boleh berdiam diri hanya kerana bimbang menerima kecaman atau kehilangan sokongan politik.

“Kalau perkara itu penting kepada sebahagian pengundi kita, lebih-lebih lagi kumpulan minoriti, mereka hanya bergantung kepada kita untuk bersuara,” katanya.

Dalam masa sama, Rafizi turut mempersoalkan mengapa isu yang dibangkitkan Wei Han tidak diperjuangkan oleh parti-parti yang selama ini mendakwa mewakili masyarakat Cina.

“Jangan tanya saya atau Wei Han. Tanya kenapa DAP tidak bercakap. Tanya kenapa MCA tidak bercakap. Itu suara orang biasa,” katanya.

Katanya lagi, prinsip yang sama turut terpakai kepada isu melibatkan masyarakat Melayu atau mana-mana kaum lain kerana setiap rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan perkara yang memberi kesan kepada kehidupan mereka.

“Saya mungkin bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan. Tetapi hak rakyat untuk bersuara mengenai perkara yang rapat dengan kehidupan mereka mesti dipertahankan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo